Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Selasa, Jun 30, 2009

Petua Untuk dapat IV dalam PTK

Ini petua yang di beri oleh seorang sahabat bagaimana nak dapat IV dalam slip keputusan peperiksaan PTK.

Ikutilah langkah berikut ;-

1. Sebelum pereksa baca sekurang-kurangnya lima buah buku berkaitan PTK.
2. Bangun awal pada hari perperiksaan PTK, Jangan lupa mandi (kalau terpaksa niat kena berniat kesan daripada aktiviti semalam)
3. Pakai pakaian yang paling baru , kalau boleh jahit khas untuk peperiksaan PTK
4. Pergi periksa dengan tenang jangan bawa kereta laju-laju.
5. Sebelum tu bersarapan pagi di rumah , kalau boleh makan dua biji telur separuh masak dan minum susu.
6. Masuk dewan poeriksa dengan tenang.
7. Dengar arahan dengan berhati-hati.
8. Jangan lupa bawa 4 batang pensel 2B , 1 guna sendiri manakala 3 batang lagi hendaklah di beri kepada kawan-kawan yang tak bawa pensel.
9. Jangan buka soalan sehingga di beri tahu.
10. Apabila mendapat arahan supaya menjawab soalan jangan panik.
11. Buat wajah serius dan garu kepala tiga kali.
12. Tunggu dulu jangan jawab apa-apa soalan sehingga minit ke 55.
13. Pada minit ke lima puluh lima jawab satu soalan yang paling senang tetapi ingat pilih jawapan yang pasti salah

KEPUTUSAN PTK
Sekarang keputusan ptk di umumkan (Contoh)

Nama : ????????????????? KP :70000000000 No Angka Giliran : 000000001

Kertas Umum I
Kertah Khusus I


selepas itu ...........


Tambahkan V selepas huruf I dengan berhati-hati dengan mesin taip.

ia akan menjadi begini


Nama : ????????????????? KP :70000000000 No Angka Giliran : 000000001

Kertas Umum IV
Kertah Khusus IV


Selamat mencuba dengan risiko ditanggung sendiri.....terima kasih

Selasa, Jun 23, 2009

Sabtu, Jun 13, 2009

Aku tak banyak idea tuk menulis di blog ni... kerana tu aku suka baca je hasil nukilan kawan-kawan..walaupun masa di maktab aku suka gak menulis..tapi perubahan masa dan usia serta persekitaran membuatkan kita kadangkala menenggelamkan bakat dan kebolehan...apa yang ku catat ini mungkin menjadi tauladan buat rakan-rakan.

Setiap tahun biasanya anak muridku juga akan terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan sekolah seperti pertandingan mewarna. Kebiasaannya guru yang menganjurkan pertandingan akan datang ke kelasku untuk mengutip kertas lukisan atau setidak-tidaknya menghantar pelajar sebagai wakil bagi pihaknya.Sehingga pada suatu hari Isnin sewaktu perhimpunan, aku bertanya kepada guru berkenaan mengenai pertandingan Mewarna sempena Kempen Anti Dadah. Katanya hadiah dah dibeli, oleh kerana pendidikan Khas tak hantar, tiada hadiah.. Aku tersentak mendengar kata-kata guru itu. Setahu aku penyampaian hadiah akan diadakan pada Jumaat . Ini bermakna ada empat hari lagi ...Setibanyanya hari Jumaat...aku membawa hadiahku sendiri untuk tiga orang muridku...Selepas majlis penyampaian hadiah kami masuk ke kelas... Aku termenung mengenangkan sikap guru yang memenangi kategori Guru Paling Bergaya pada Hari Guru yang lalu.. Alangkah malangnya...dia memang cantik bergaya dengan kebaya setiap hari ...tetapi memandang rendah pada kanak-kanak pendidikan Khas. Tidakkah dia boleh berkata..."Tak mengapalah ada banyak masa nanti saya minta AJK hadiah sediakan hadiah..."
Sampai air mataku bergenang bila aku dan seorang rakan guru pendidikan Khas bercerita mengenai perkara ini... Anak-anak istimewa ini tidak minta dilahirkan cacat... bukan kehendak mereka lahir dengan ketidakupayaan mental atau lembam atau hiperaktif.. mereka juga ingin menjadi manusia normal... kita yang normal ini pun belum tentu masuk ke syurga Allah..tetapi mereka bakal ahli syurga...mengapalah didunia mereka dipandang hina.. malah ada guru yang tak mahupun mendekati anak2 ini ..jijik melihat hingus tak kering di hidung...Mudah2an keluaran M3P tidak ada pendidik yang sebegini rupa... Selamat Malam...

Jauh dari Kluang...


Selamat kembali bertugas buat cikgu-cikgu..
Sekejap je dahpun 2 minggu berlalu...masa cuti ni banyak perkara yang nak buat... selain balik kampung jenguk orang tua...bolehlah bawa anak2 bercuti.. dan nak kongsi hobi berkebun dengan kekawan2..Kebetulan rumah aku adalah tanah sikit.. sejak jadi guru pendidikan khas 12 tahun lalu lebih kurang aku ajar murid2 ni berkebun sayur.. tak alih-alih minat berkebun mula datang bila melihat pokok sayur subur menghijau.. Selain boleh makan sendiri boleh jugak sedekah kat jiran2. Yang aku nak kongsikan disini... buat teman2 tahukah anda bahawa sayuran yang dijual di pasar itu mengandungi bahan pengawet yang cukup tinggi... buktinya.. sayur yang kita tanam sendiri ..(biasanya kat sekolah sawi la..baru bawa balik dari sekolah sampai umah dah layu) tapi sayur kat pasar tu berhari-hari tak layu .. segar je.. So untuk kaum ibu pastikan sayur yang dibeli direndam dulu dengan sedikit garam dalam 5 minit dan basuh sebelum dipotong..
Kat disini ada la gambar rose dan pokok2 yang aku tanam ..

From: Atie..Kluang....KakTun ..dah sampai segamat tu ngape tak gi Kluang terus...?

Jumaat, Jun 05, 2009

Mahasiswa dan Mahasituwa

Salam rindu buat semua, Alhamdulilah atas dorongan kalian aku dan abanglong Meeze bergelar mahasiswa (Mahasituwa). Aku baru selesai menjalani program orientasi PJJ USM 2009/2010 pada 1 - 4 Jun yang lalu. Dalam masa seminggu memang sangat sibuk sehingga tak sempat langsung nak jenguk blog, dari 25 May hingga 4 Jun, aku ke Klang, Pulau Redang dan sambung ke USM. Balik ni kena hantar dan ambik menantu abang-abang aku lak. Agaknya beginilah tugasan kita bila dah makin tua. Di USM ada jumpa juga dengan seorang junior 1992/1994 dia kata dia dapat maklumat daripada blog, begitu juga dengan seorang cikgu dari SK Kadok , katanya kawan berblog kita maklumkan yang pegawai PKG (aku lah tu ) juga sambung PJJ USM. Sehingga kini aku dan Meezee boleh dikatakan masih "Happy Go Lucky" macam belajar di MPPP juga. Maksudnya tidaklah begitu terbeban pun, malah lepas orientasi Meezee sambung lagi orientasinya kat Langkawi. Kami berdua gunakan pengalaman yang lalu untuk menjayakan misi kami. Ketika orang lain berpeluh-peluh berbaris untuk ambil gambar kad matrik kami relaks minum , bila orang dah habis berbaris kami pergilah tangkap gambar kami. Begitu juga sewaktu ambil module orang lain berbaris panjang sambil menggalas beg kami baca surat khabar , bila orang dah habis semua kami ambik.Akhirnya kerja kami beres juga tanpa gopoh gapah. Itulah yang boleh aku cerita. Sewaktu orang dok sembang begitu begini pasal modul aku sempat bergurau "module kita ni sama berat dengan beg buku anak kita yang darjah satu sahaja". Apa yang aku coretkan hanyalah untuk menyedapkan hati sendiri. Aku mengharapkan doa kalian agar kami menghadapi hari depan dengan lebih tabah. satu lagi aku dah terima e mail 22 Jun Nanti aku akan ke Ipoh pula, siapa ada masa kita jumpa di sana bye.

Isnin, Jun 01, 2009

Etok ke nih?

Salam buat semua...kabare? Selamat bercuti khas kepada yang bercuti dan selamat bertugas kepada yang tidak bercuti atau menjalani kelas tambahan. Teruskan perjuangan...

Khas buat sahabat di Terengganu, korang kenal tak image kat atas nih? Selalu aku tengok jejauh je. Tapi semalam baru tergerak hati nak beli ketika balik dari kenduri kahwin di Hutan Melintang, Perak. Lalu Sabak Bernam, aku lihat ramai peniaga Melayu jual di sepanjang jalan berselang seli dengan jualan jagung dan aneka buah tempatan.

Ketika perjalanan ke Perak tu aku lihat banyak gerai jualan lokan dan mentarang. Aku ingat mentarang tu kuih...ekeke. Gelak abang aku bila aku kata mentarang tu kuih. Manalah aku tahu. Seumur hidup tak pernah tengok apatah lagi rasa spesies kerang nih. Ye kot spesies kerang!

Image atas tu lokan (macam etok). Kat bawah tu pulak mentarang. Isi mentarang sedap, manis. Isi lokan sama macam etok. Mu kenal etok ke Brie? Dulu masa kekecik aku selalu gak cari etok kat sungai Jeram tu, dekat rumah tok ki aku. Nostalgia tuh. Rasa dan baunya lebih kurang cuma saiznya beza. Sekilo lokan dalam 10 pcs je RM5.