Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Isnin, Jun 01, 2009

Etok ke nih?

Salam buat semua...kabare? Selamat bercuti khas kepada yang bercuti dan selamat bertugas kepada yang tidak bercuti atau menjalani kelas tambahan. Teruskan perjuangan...

Khas buat sahabat di Terengganu, korang kenal tak image kat atas nih? Selalu aku tengok jejauh je. Tapi semalam baru tergerak hati nak beli ketika balik dari kenduri kahwin di Hutan Melintang, Perak. Lalu Sabak Bernam, aku lihat ramai peniaga Melayu jual di sepanjang jalan berselang seli dengan jualan jagung dan aneka buah tempatan.

Ketika perjalanan ke Perak tu aku lihat banyak gerai jualan lokan dan mentarang. Aku ingat mentarang tu kuih...ekeke. Gelak abang aku bila aku kata mentarang tu kuih. Manalah aku tahu. Seumur hidup tak pernah tengok apatah lagi rasa spesies kerang nih. Ye kot spesies kerang!

Image atas tu lokan (macam etok). Kat bawah tu pulak mentarang. Isi mentarang sedap, manis. Isi lokan sama macam etok. Mu kenal etok ke Brie? Dulu masa kekecik aku selalu gak cari etok kat sungai Jeram tu, dekat rumah tok ki aku. Nostalgia tuh. Rasa dan baunya lebih kurang cuma saiznya beza. Sekilo lokan dalam 10 pcs je RM5.

Tiada ulasan: