Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Jumaat, Jun 05, 2009

Mahasiswa dan Mahasituwa

Salam rindu buat semua, Alhamdulilah atas dorongan kalian aku dan abanglong Meeze bergelar mahasiswa (Mahasituwa). Aku baru selesai menjalani program orientasi PJJ USM 2009/2010 pada 1 - 4 Jun yang lalu. Dalam masa seminggu memang sangat sibuk sehingga tak sempat langsung nak jenguk blog, dari 25 May hingga 4 Jun, aku ke Klang, Pulau Redang dan sambung ke USM. Balik ni kena hantar dan ambik menantu abang-abang aku lak. Agaknya beginilah tugasan kita bila dah makin tua. Di USM ada jumpa juga dengan seorang junior 1992/1994 dia kata dia dapat maklumat daripada blog, begitu juga dengan seorang cikgu dari SK Kadok , katanya kawan berblog kita maklumkan yang pegawai PKG (aku lah tu ) juga sambung PJJ USM. Sehingga kini aku dan Meezee boleh dikatakan masih "Happy Go Lucky" macam belajar di MPPP juga. Maksudnya tidaklah begitu terbeban pun, malah lepas orientasi Meezee sambung lagi orientasinya kat Langkawi. Kami berdua gunakan pengalaman yang lalu untuk menjayakan misi kami. Ketika orang lain berpeluh-peluh berbaris untuk ambil gambar kad matrik kami relaks minum , bila orang dah habis berbaris kami pergilah tangkap gambar kami. Begitu juga sewaktu ambil module orang lain berbaris panjang sambil menggalas beg kami baca surat khabar , bila orang dah habis semua kami ambik.Akhirnya kerja kami beres juga tanpa gopoh gapah. Itulah yang boleh aku cerita. Sewaktu orang dok sembang begitu begini pasal modul aku sempat bergurau "module kita ni sama berat dengan beg buku anak kita yang darjah satu sahaja". Apa yang aku coretkan hanyalah untuk menyedapkan hati sendiri. Aku mengharapkan doa kalian agar kami menghadapi hari depan dengan lebih tabah. satu lagi aku dah terima e mail 22 Jun Nanti aku akan ke Ipoh pula, siapa ada masa kita jumpa di sana bye.

4 ulasan:

mohd yahaya berkata...

tahniah dan syabas buat cikgu sabri dan cikgu mezee. Jadikan lagu ciptaan nyanyian salem "Selamat Tinggal Pendirian" sebagai azimat. Insyaallah anda berdua pung boleh setelah ramai rakan-rakan m3p berjaya...Yahaya alsohok9193

mohd yahaya berkata...

MAAF...Tajuk lagu saleem tu sebenarnya "Selamat Tinggal Penderitaan". Ramai rakan m3p yg bergelar "mahasituwa" telah berjaya masa belajar kat U, anda berdua pun tentu BOLEH...Yahaya alsohok9193

Tanpa Nama berkata...

go..go..mahasistua..aku pun same.. sori la ye sebab baru berjinak2 jadi blogger. camne nak bg nama ada kat atas tu..

Tanpa Nama berkata...

yang tak tau atas tu tadi harianifaidza