Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Sabtu, Oktober 31, 2009

Al-kisah

Salam buat semua kengkawan... Semoga kalian sihat sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t.

Sekadar ingin membicarakan kisah yang biasa2 buat sesetengah orang dan mungkin lebih biasa daripada biasa buat sesetengah orang yang lain pula. Tentu korang ada kisah tersendiri mengenai tawaran kenaikan pangkat ke DG 34 baru-baru ini. Bukan semua orang mengejar pangkat dan kedudukan. Namun, setelah bertahun-tahun mendidik anak bangsa, ia wajar diterima sebagai satu pengiktirafan. Bukan tanda guru tidak bersyukur dengan anugerah 32 sebelum ini, tetapi memandangkan ada tawaran sepatutnya semua yang layak diberi peluang. Itulah sebabnya juga, yg masih belum menggenggam segulung ijazah sebaiknya kejarlah peluang menggenggamnya jika terdaya. Terkini ada tawaran UPM. Cubalah. Mohonlah.

Bukan apa, kadangkala menjadi pelik juga dengan cara sesetengah ketua yang tidak sama dengan ketua yang lain dalam mentadbir manusia. (Nama pun rambut sama hitam kan?) Ada antara mereka mendiamkan sahaja perkara tersebut. Biarlah anak2 buah mereka berikhtiar sendiri untuk mendapat atau mengurus hal ini. Ada pula yang prihatin, dapat surat makluman sahaja terus mencari anak2 buah sampai ke padang sekolah semata2 ingin memberi peluang mereka membuat permohonan. Ada pula guru yang bertugas di luar seperti kursus, mesyuarat, pemeriksa UPSR dll dipanggil ke sekolah semata supaya berpeluang memohon. Itu bagi yang prihatin lah. Yang tak prihatin takde dikisahnya. Anak2 buah yang tak tau apa2 tertanya2 sesama sendiri. Malah ramai juga yang tau melalui rakan2 yang di sekolah lain. Tetapi kalau hal2 nak buat kerja untuk ketua atau sekolah boleh pulak panggil menghadap tak cukup sekali. Bila tiba ke sesuatu perkara untuk kebaikan anak buah boleh pula buat tak kesah. Bukan apa, dengan sikap ketua, maka ramai guru yang tidak mendapat peluang sama rata. Malah ramai guru senior yang terpinggir terutama yang terpaksa bertugas ke luar sek. Itulah sebabnya ada sesetengah sekolah, semua yang layak telah memohon manakala di sesetgh sek lain pula cuma seorang atau dua orang sahaja kerana tidak mendapat maklumat lengkap.

Jumaat, Oktober 30, 2009

Ada kenangan manis menjenguk ruang hati tatkala mengadap blog ini..Yang kau, dia dan mereka tidak tahu...Dulu masa weekend di asrama yang orang tganu , kelantan tu syok la balik tiap minggu...tinggallah orang-orang jauh macam aku, kakju..na (zakiah) dll..tapi ramai gak... dek kerana kebosanan macam-macam yang kami buat...termasuk panjat bukit besar...panjat tangki air kat tepi rumah cik maznah tu...panjat pokok jambu kat depan blog A tuu... satu je takleh panjat ialah pokok mangga kat depan hostel tu..yang boleh buat baling je buah mangga tu dengan kasut...
Aku tersenyum sendiri mengenangkan memori indah itu...Itu masa kita..tiba masa anak-anak..ee jangan panjat nanti jatuh..haa..jalan hati-hati jangan lari...pot-pet...pot-pet...bla...bla...bla.....itulah mulut seorang ibu...ibu bisu je tak gitu kan....

Adik bongsu 9092

Rabu, Oktober 28, 2009

22 Murid dikhuatiri Hilang Apabila Jambatan Gantung Runtuh

KAMPAR:Seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kirakira 10.30 malam tadi.

Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis. Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan. Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang. Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.

Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak. Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam.

Seorang murid yang terselamat K. Mathivanan, 12, berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba. Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan. Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.

"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan. Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjeritjerit meminta tolong dan ada yang menangis.

Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik. "Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.

Safri berkata beliau kemudian turun semua dan sempat membawa naik lima lagi murid.Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.

Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.
Perkhemahan itu bermula hari ini dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru SK Seri Tronoh itu.

Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lepas. Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.

Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.

"Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya. Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kirakira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kirakira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter.- BERNAMA

Tragedi Jambatan Runtuh Kuala Dipang

Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.

Titi gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai. Seramai 59 peserta yang melintasi titi itu walaubagaimanapun terselamat.Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.

3 mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah.Seramai 255 pelajar mengambil bahagian didalam program ini yang terdiri dari 115 berbangsa Melayu,73 berbangsa India dan 62 berbangsa Cina.Penglibatan guru ialah seramai 41 orang namun hanya 13 sahaja yang menghadirkan diri manakala yang lain tidak hadir kerana tidak mendapat kelulusan guru besar sekolah.

22 mangsa masih hilang setakat ini walaupun pencarian sepanjang 10km ia masih tidak menemui apa-apa. Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Program ini ialah dibawah anjuran PPD Kinta Selatan atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan.

Ahad, Oktober 25, 2009

Mini Re Union

25 Oktober 2009, Pergi buat pergambaran di SK Beladau Kolam, terserempak dengan Azimah, seperti biasa celotehnya lebat macam dulu juga. Katanya hari ini merupakan hari pertama dia datang semula ke sekolahnya itu selepas cuti berpantang anak ke enam.
Lupa lak nak tanya berapa laki-laki dan berapa perempuan. Marilah kita sama-sama ucapkan tahniah kepada Cikgu Azimah.
Tengaharinya aku berkunjung plak ke PKG Durian Burung , untuk pergi ambik barang, di sini juga jumpa lah 3 orang guru yang sangat penting di Negeri Terengganu. Tapi jumpa kejap je tak sempat nak sembang tapi nasib baik sempat ambik gambar.

Emmmm.....Sedapnya Nasi Kerabu





Salam untuk semua.Baghu2 ni kawan skluarga ke Kelantan n Ganu .Masih lagi dalam pghujung Raya 28 Syawal Dari Ganu kawan ke Pasir Puteh.Sebelum tu kawan dah call sahabat lama kite lni.Nak singgah rumah.Tepat jam 11.00 pagi maka sampailah kawan ke rumah sahabat lama kite ni.Maka dihidangkan pelbagai makanan untuk kawan skluarga. Menu utama nasi kerabu selain pencuci mulut,puding tapai ,tepung pelita dll.Apa lagi kawan pun make la.....emmmmm. sedapnya
manamboh lagi.... Kalu nak cubo singgahlah rumah sahabat kito ni....Di Pasir Puteh.Walau apa pun terima kasih kepada Puan Aida Akmar bt Abd Razak yg sudi menerima kunjungan kawan skluaraga.Pah tu kawan ke Rantau Panjang.....Wassalam.
No nphone Aida Unit D ;0199621170

Jumaat, Oktober 23, 2009


Assalamualaikum dan salam rindu buat kawan-kawan..

Raya dah lepas kini sibuk la pula mengadap kerja sekolah yang bertimbun menjelang tutupnya sekolah... bagi yang sambung belajar terutama buat kaktun, kakju, nasoba a.long dan sabri...(itu le yang aku tau ..selamat kembali berjuang..
Bagi meneruskan kehidupan banyak yang perlu kita fikirkan...jangan lupa jaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat...aku nak cerita pengalaman terkini supaya dapat jadi iktibar buat sume yang malas bersenam... Dua bulan sebelum raya aku stop bersenam sebab sibuk sangat dengan assigment dan puasa...(alasan la tu)...pas raya makan tak kira masa..open house kat johor ni tak cukup sebulan....terasa gak kepala pening2 tapi malas g cek... suatu ari kebetulan aku bawak anak aku ke klinik kerana demam..aku tergerak hati nak cek BP aku..alangkah terkejutnya aku BP aku pada paras kritikal 193/120.... Dr. swasta tu syorkan aku g hospital sebab sebelum ni aku tak penah la ambik ubat darah tinggi... terus kena tahan wad mujur satu malam je...Kesimpulannya...rakan2 jangan abaikan kesihatan...bersenam dan makan secara seimbang ....bye...bye...

Yang atas tu anak murid...aku sangat bangga menjadi guru pendidikan khas...dan terhibur dengan gelagat mereka...

Adik bongsu m3p9092

Rabu, Oktober 07, 2009

Raya Che Tun

Salam buat semua kengkawan. Masih dalam mood raya? Kat sini masih meriah. Aku masih menerima kunjungan rakan dan jiran. Kami ber'baraan'. Kunjung mengunjung ke rumah terbuka ikut giliran supaya tiada yang tertinggal. Alhamdulillah persahabatan amat bermakna di bulan Syawal sebegini.

Khas untuk permintaan bro Brie n utk tatapan kengkawan... ku ngadap juga laptop pepagi ni...

Family che tun n family brie..

Anak teruna aku pantang jumpa kucing. Aku allergic jadi ku tak benarkan dia bela kucing. Dia jumpa kucing kat umah Razima, terus tak dilepasnya...

Korang kenal tak ni? Ni la husband Ma... TQ kepada Ma n family atas layanan tempohari. Raya kali ni, penuh pengisian. malam baru kawan betul2 rest.

Korang tengok, Ma tak berenti makan... Ye lah, ada kakak n abang temankan. Lama tak jumpa, kan Ma?Ni time aku suka...berbelanja di Pasar Payang...ekeke...

Isnin, Oktober 05, 2009

Mayat 30 tahun ditemui tak reput

Mayat 30 tahun ditemui tak reput
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my

Jenazah misteri kejutkan tiga penggali kubur

KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.

Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.

Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.

Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

"Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.

"Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat," katanya.

Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.

Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.

Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.

"Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.

"Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur," katanya.

Sumber : Berita Harian 5 Oktober 2009