08 Jun 2008 (Ahad)
Setelah 16 tahun, berjumpa semula dengan Adnan di kediaman barunya di Kampung Beringgis Papar, Sabah. Pertemuan yang tak dirancang itu berlaku semasa saya dalam perjalanan dari Lawas (Sarawak) ke Kota Kinabalu (Sabah). Perjalanan mengambil masa 3 jam setengah. Belum separuh perjalanan, teringat dengan si Adnan. Bila di tepon, dia berada di tamu Putatan.
Nan suruh datang rumah dan dia akan segera balik. Setelah terlajak 3 km, barulah jumpa Adnan yang sedang menunggu di tepi jalan. Pertemuan 20 minit banyak berkisar tentang rumah baru masing-masing. Rumah Adnan 98% siap, manakala rumah saya 45% siap. Perjalanan ke KK diteruskan. (hantar anak ke SMK Agama KK).
Buat rakan lain, esp Mustafa, Sani, Mat Nor Gege, Sagap, Sukor, Jemi, Mat zin, Budak Hensom, Pok Nik....... bila nak ke Lawas.? Sebelum harga minyak melambung ke RM 4.00 seliter... melanconglah dalam negara.
Wassalam.
Rusdi Bin Amit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan