Salam hormat, salam rindu, salam ingatan dan apa-apa salam lah yang patut.
Tiga hari tinggal blog ni dah rasa tiga tahun. Pertamanya saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Mr Yeo, di atas kesudian berkunjung dan menyertai blog ini, rasanya tak sia-sia saya mendaki bukit untuk mendapatkan no hp dan email Mr Yeo.
Tak sia-sia juga saya belajar komputer dengan Mr Yeo di Maktab dulu, mungkin inilah salah satu hasilnya .........
Kepada kawan-kawan sesungguhnya re union sudah agak hampir, teriama kasih di atas cadangan azwan dan meezee memang sesuai benar cadangan tuan-tuan itu, di belakang tabir juga saya sedang berunding dengan kawan-kawan. Sebagai YB seperti kata gelaran isteri Mr Yeo ( Yang Berkhidmat ) sekarang ni saya agak sibuk sikit dengan tugasan rasmi dan tak rasmi. Tetapi saya mengharap sangat jika tuan-tuan dan puan-puan meng e mailkan AJK dan Jadual Re union Nanti tarikhnya ialah 20 dan 21 November, antara aktiviti yang dicadangkan semasa re union nanti termasuklah 1. Jamuan Utama / Persembahan 2. Mesyuarat Penubuhan Alumni 3. Lawatan Ke tempat yang memberi sesuatu Nostalgia kepada kita semua Termasuk Ke BEKAS MPPP. Sewaktu jamuan nanti kalau sesiapa nak buat persembahan bolehlah buat persediaan dari sekarang. Kalau kita sembang kosong sahaja pun saya rasa satu aktiviti menarik juga sebab selepas berpisah 16 tahun lalu inilah masa kita bertemu semula. Dengan kos yang ada sekarang kita perlu fikirkan semula kos untuk aktiviti kita ini.
Kepada kekawan-yang tengok saja blog ini masuk-masuklah juga blog ini, lama dah tak dengar berita daripada kamal& Sherry, Jama & Gee, Yazid, Geng kelate bila lah nak masuk blog ni , password banyak kali dah mintak, geng kita kat besut, yati,sober, zamri guane cerite, si amri masih takut lagi kah nak pegang tikus ni , sabang sarawak kawe rindu weh kat demo dan semua kawan yang diigati hantarlah berita semoga kalian makin segar bugar dalam ingatan dan kepada kawan-kawan yang tidak tersenarai di sini bukan beerti kawe lupakan demo tetapi kawe selalu menyemak-nyemak nama dan no tel demo terutama yang belum ada no hp, di mana patut ku cari ???? bye Sabri
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan