Salam muhibah buat penatap setia blog yang meriah ini....
Buat Sabri, cuba awak korek2 rahsia dengan Mr. Yeo tu apa petua yang dia guna dalam mendidik kita sehingga kita berasa dekat dengan dia. Kawan bukan nak memuji tetapi cara Mr. Yeo mendidik kita penuh dengan 'kelembutan' meskipun dalam lembutnya itu ada ketegasan! Mungkin ahli St. John lebih mengenali Mr. Yeo oleh sebab dibimbing Mr. Yeo sepanjang bergerko di M3P dahulu...
Syabas bete.. Ju!! ( hindustan la pulok! ) Syabas!! Nampaknya awak dah mengorak langkah terlebih dahulu menghubungi pensyarah yang kita hormati itu.. Tentu seronokkan dapat berbual dengan Mr. Yeo? Bila la den nak hubungi Mr. Yeo pulak ek? Terasa malu la pulok!!! Agak2nya Mr. Yeo ingat tak lagi ngan kita ni Ju?
Tentang gambar2 tu, InsyaAllah mana-mana yang berkaitan akan dipostkan di sini. Jadi sekiranya gambar deme-deme semua kuor dalam blog ni jange maroh deh!! Tapi buat pengetahuanmu Ju, gambor yang ada muka awok tak banyak ler... Cuba mike semua peratikan gambar di bawah ini pula! Sebenarnya gambar ini diambil ketika berada hampir dengan puncak Gunung Tahan 15 tahun dulu! Cuba cam siapa ada dalam gambar tu? Awak masa tu kan berebut2 nak tunggu kat kem di bawah kan Ju? Rugi besor ko Ju....!!
Ha.. yang pegang tongkat cam nenek kebayan tu tak kan korang tak kenal kot? Itu Che Pah... C suami Zarida pun ada jugak tu... Ops.. suami Che Pah pun ada gak tau! Yang berbaju merah tu, senior kita Kak Nik! Tengah posing molek tu c Norliah Othman!! Yang kecik molek tu korang ingat tak siapa? Mu ingat tak Ju siapa tu? Ha..., itulah Mr. Yeo pensyarah berkaliber yang banyak ilmu St. John tu!! Dan aktiviti ini adalah ekspedisi ke Gunung Tahan yang ahli St. John jalankan 15 tahun dulu!! Kalau ada rakan-rakan nak komen gambar ni sila ler.. tapi jangan pulok kata: Ngape dulu deme semua kuruh ek? Ha, kalau itu den tak dapek nak nolong!!
Baikler den undur diri dulu. Nak tidurkan anak jap. Maknya dah beradu kerana kepenatan berpuasa ganti. Awak dah ganti pose ke belum Ju? Jumpa lagi. M3P tetap di hati...
Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan