Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Isnin, Jun 02, 2008

MEMORI DI KELANTAN & GANU KITE...

Salam...

Buat semua penatap setia blog kita ni, di sini saya titipkan kisah menjejak kasih yang sempat saya lakukan sewaktu berombongan ke Kelantan dan Terengganu pada 31 Mei dan I Jun yang lepas.
Syukur alhamdulillah...akhirnya dengan izin Allah saya dapat ketemu 2 orang sahabat kita sewaktu di Kelantan. Walaupun penat ikut aktiviti rombongan ke Rantau Panjang, gi pulok ke Pasir Puteh kenduri kahwin guru sekolah, pah tu ko kilang batik di Pengkalan Chepa and belah malamnya ke Wakaf Che Yeh tapi usoho untuk temu ngan member masih diteruskan.

Malam 31 Mei, Nik Asri dari unit B menemui saya di Hotel Dhani tempat kami menginap! Ha.. yang berbaju Melayu merah tu la Nik Mohd Asri atau kami di unit B panggil dia Nik Yee... La ni kalau ada waktu lapang, Nik Yee bertugas sebagai polis dan dah berpangkat Inspektor doh n jaga 85 orang pegawai bawahan dio! Hebat anak buah Che Mat Nor ni!! Dan sebelah dia yang berbaju merah tu tak tau le budak gemuk mana tu!!!


1 Jun sebelah pagi sebelum bertolak ke Terengganu saya singgah di Bazar Buluh Kubu dan Pasar Siti Khadijah. Ha... di sinilah saya contact 'teman sehati berdansa' sewaktu di maktab dulu untuk berjumpa! Syukur...walaupun jalan sesak, mek ni usahakan juga untuk jumpa saya n family. Tengoklah gambar di bawah ni... berubah dok Mek Ju ni? Kenal tak siapa tu? Itulah Noor Azuraishan dari unit E! Dia dah ada 3 orang anak n sulongnya Tingkatan 1. Kalau tak anaknya 5 tapi yang sulung kembar 3 tu, meninggal 2 orang. Dari gambaran katanya, saya agak suaminya ada syarikat kereta...wah gitu! Sebelah Zura tu mak mertua dia, kerana Zura duduk ngan mak mertua.. dapat payung mas lah Zura tu nanti!!


Dalam perjalanan ke KT, bas berhenti rehat di hentian Sg. Tong. Teringatkan member di situ terus contact c Fadhilaton. Din yang jawab mengatakan cik Ton kursus EtemS untuk guru2 pemulihan n tengah berperang ngan anak2 di umah. Tak sempat nak jumpa ngan abang Din pun sebab bas dah nak bertolak..

Sampai KT terus ke Masjid Kristal. Untuk member2 yang tak sampai lagi ke Masjid Kristal ni, ha ada gambar untuk tatapan kalian gambaran dari luar n dalam masjid ni.




Pah tu gi Losong cari keropok lekor wei... Jeng..jeng..jeng..waktu inilah pencipta blog kita ni ikut dari belakang n akhirnya bertemulah kami dua sahabat yang pernah tinggal serumah waktu semester 1, 16 tahun dulu di m3p. Hik..hik..hik.. rupa2nya perut masing2 dah membesar! Abang Sabri kita ni sempat belikan keropok lagi untuk saya n family. Ish... ini yang malu ni.. Banyak jugok ler yang kami sembangkan.. Kalau nak tau waktu ini aku dah mula mengingat kembali kisah2 kita semua 16 tahun dulu di bumi Terengganu nie.. kini banyak sangat dah yang berubah di Ganu.. moh la wei ke Ganu....


Buat Nik Yee, Mek Zura and Abang Sabri kita, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kalian bertiga kerana menjadikan usaha saya satu kenyataan. Pertemuan kita walau hanya sebentar namun besar ertinya buat diri saya. Buat para sahabat yang menatap blog ni bila agaknya kita boleh berjumpa kembali? M3P tetap di hati...

Ikhlas tapi jauh : Mas, Jengka 7.

Tiada ulasan: