Salam buat semua rakan dan Mr. Yeo...
Pertamanya, kawan nak ucap terima kasih kepada Mr. Yeo sebab sudi luangkan masa menjengah ke blog ini dan mencoret sesuatu yang berharga di sini. Apatah lagi dengan klip video yang penuh maknanya itu!! Memang betul kata Ju, kami dalam St. John dulu lebih mesra memanggil Mr. Yeo dengan panggilan Sir. Harap2 ini bukan kali pertama dan terakhir Sir coretkan dalam blog ini. Lepas ni kalau Sir bagi lagi ilmu untuk kita upgradekan blog ni lagi baguih!! Mana tau kot2 ada rahsia mendidik yang kita boleh kongsi bersama kan?
Ju, kawan tak hilang ler.. ada je kat Jengka 7 yang indah lagi permai ini. Biasaleh cikgu... ada hari banyak kerja, ada hari kena kerja, ada hari kena siapkan kerja, n tak de hari yang tak bekerja. Itulah cikgu namanya kan? Tapi bidang inilah yang menjadikan kawan "manusia". Kalau orang nak kata kerja cikgu ni tak mencabar, kawan anggap orang tu bukan manusia!!
Buat Dolah, ops.. terpanggil lak nama glamer si Azwan tuh!! Untukmu Wan, kawan ada tengok mike dalam rancangan tv3 dulu yang awak pernah sertai. Lepas tu langsung tak dengar berita. Cadangan awak untuk wujudkan jawatankuasa tu memang kawan sokong 200% tapi kenapalah nama awak tak dicalonkan jugak? Ini tak adil!! Sepatutnya orang yang mencadang tu kena jadi urus setia tau? Alah boleh la Wan, lagipun ko kan memang mahir bab urus2 orang ni kan? Siapa setuju?? Tima kasihler Ju, Kak Ton, Ma n Brie yang setuju ngan cadangan kawan tu. Tapi bila tarikh sebenarnya kita nak reunion ni ek? Kalau hujung tahun semasa cuti panjang tu, sah2 kawan tak leh gi...Kursus Intensif di USM selam 3 minggu wei.....
Cuba kengkawan peratikan lak gambar di bawah ini? Cam tak sesape yang berkenaan dalam gambar ini? Gambar ini diambil ketika di atas bot dalam perjalan ke Pulau Redang untuk projek Pendidikan Luar Jasmani 16 tahun dulu tau! Korang tengoklah cam mana daringnya c Amri tu berposing. C Kamarudin tu pulak menunduk sampai x nampak muka dah! Yang abang Mamat tu pulak asyik pegang tiang bot tu jer! C Adanan tu x tau ler apa yang dibualkan tu! Ha, Brie mu perasang dok mu ada dalam gambar ni? Yang berkaca mata hitam tu pulak Wak Radizam unit D. Ko kenal tak ni Ju? Sori ek gambar awok ngan abang Mie x de kat cni!! Bawah c Sabri ialah Zamri unit B! Inilah satu kenangan yang terindah buat kami sewaktu itu kerana Pulau Redang sememangnya cantik dan mengasyikkan!
Baikler, kawan ngundur diri dulu. Dah pukul 12 malam ni. Jumpa lagi. M3P tetap di hati...
Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7.
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu
1 ulasan:
Abang Mat Beragas tu buka main suka dia...Saya ada juga simpan gambar ni..dan lain gambar kat Pulau Redang..Insyallah upload kemudian..
Catat Ulasan