Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, April 30, 2009

Kursus Bina Pasukan di Taman Negara

Best sungguh dapat Berkursus di Taman Negara, macam macam benda ada, tengok ikan kelah, naik bot, berendam dalam sungai , naik titi gantung ( canopy walk ) dan lain-lain. Sesiapa yang rasa nak pergi tu jangan tangguh-tangguh lagi , jom kite ke taman negara.
Menambah keseronokan lagi bila jumpa dengan Din Tahan, walaupun penuh kesibukannya , sampai tiga kali dia pergi ambik aku. Aku lebih terharu apabila dapat tahu balik dari Cerating dia pergi jumpa aku dulu sebelum balik jumpa anak isterinya. Ni sebahagian gambar yang ake terima dari kawan-kawan aku sendiri tak bawak kamera.
Ketika berendam bersama ikan kelah dan berbagai ikan lagi, tapi tak dang nak tangkap.
Suasana ketika menyusuri sungai tahan , che tun jangan jeles tau !!
Ni namanya permainan rimau-rimau , sape nak cuba boleh tanya aku .

Kepada Din Tahan dan Abg Lan terima kasih diatas sokongan kalian. Ari ni masuk pejabat berulah berasa lenguh lenguh segala urat sendi.

Rabu, April 29, 2009

Khabar dari Kuala Tahan


Baru lepas hujan...keruh

Latar belakang Sg Tahan dan Sg Tembeling

Bergambar di mercu tanda Taman Negara

Lama tak tak menulis di blog nie...masuk dan jenguk tu selalulah...lagipun agak sibuk kebelakangan nie. Baru nie blogger kite Brie telah menjejakkan kakinya ke Kuala Tahan...kursus perasa..namum dalam masa yang sama saya berkursus PKJR untuk tahun 4 di Cherating , tak sempatlah bawak jalan-jalan dan kenal dengan labih lanjut mengenai kuala Tahan.

Ahad, April 26, 2009

Jalan-jalan cari makan


Salam semua. Kabare... Saja nak kongsi ngan korang nih...Pagi tadi setelah 5 tahun meninggalkan Shah Alam ke Banting, baru kali ni berkesempatan ke Pasar Tani Mega di padang letak kereta Stadium Shah Alam. Rindu benar nak jenguk ke sana. Akhirnya suami berkesempatan bawa kami sekeluarga jalan-jalan cari makan kat situ. Anak2 le paling gembira. Aku pun sama le sbb dulu2 waktu tinggal kat sana, saban minggu berbelanja kat sini. Dulu2 'car but sale' je. Skang bukan main besar sepenuh2 tempat letak kete stadium Shah Alam nih. Apa lagi, hujung minggu camni dengan go kart nya, tambah pula minggu ni sale Metrojaya kat dalam stadium Melawati. Tapi kami ronda kat luar je, cari makan sambil cuci mata. Kat sebelah2 ada macam2 pasaraya dengan Giantnya, Tesco, Tesco Extra, tapi tak kuasa nak jalan2 ke situ sbb pasaraya ada kat mana2. Tapi pasar ni kat sini aje setiap pagi Ahad.


Korang tengok le tempat letak kereta padat. Pusing keliling nak cari parking. At least dapat ge port cantik redup.Ni antara jualan kat sini. Nama pun bandar Anggerik. Jualannya murah2 aje. Nak apa, macam2 ada. Tudung cantik2, kain, telekung, makan minum, aksesori kereta, beg tangan, kasut, barang antik, jualan kereta, semua adalah. Kalau yang pompuan tu, korang nak tudung apa, ekin, mawi, ala2 ariani, hajaba, munawarah? Kalau tak beringat, kopak gak la poket. Kalau korang berkesempatan, meh la ke mari. Kopok leko mmg betul2 rasa mcm yg dimasak kat Tganu pun ada. Jom, boleh aku bawa ronda2.

Sabtu, April 25, 2009

Jenguk Jap

Salam buat semua sahabat...Kabare? Lama menyepi, rindu nak tulis kat sini. Che Da, ko pun kemain lama tak post berita. Sihat yek? Kak dah ok dah. Selama ni cukup jaga kesihatan, tapi dek kerana sibuk sesangat sampai lupa2 nak amik suplement cam bese. Tu pasal jadi 'ari ini dalam sejarah'. Tapi memang banyak sungguh hikmahNya yang terasa. Aman sungguh hidup kebelakangan nih sbb ramai takut nak ganggu. Manakan tidak, lepas mc 5 ari, balik keje dan 3 ari masuk ER ( emergency room) lagi skali. Sambung lagik 2 ari mc. Alhamdulillah masih dpt hirup udara kurniaan Ilahi.

Lia, betul kateko tuh. Aku se7 benor. Akupun benornya dah 2 kali dpt 'amaran' nih. Citer ko lebih kurang aku. 1996 masa pregnant dulu dah skali kena tp bukan sakit nih. Masa tu lagi dahsyat. Pendek citer setelah pelbagai usaha, aku sembuh. Sejak tu aku mmg jaga sungguh kesihatan sampai skang pun. Cuma last month tu, dah hyper stress. So, aku dpt 'amaran' 4 2nd time. Kali nih tak leh memain sbb umur kita pun dah makin lanjut, ekeke! Skang boleh le keje, buat apa yang kita suka dan mampu. Lelain aku tak peduli sgt dah. Cuma target untuk anak2 upsr tu maintain ge lagi.

Khas utk Brie, ko touch-up blog dah cantik molek sesangat dah ni. Suke sangat tengok tersusun gambo kwn2 kita. Rasa terharu juga sbb usaha awal ko nih dah membuahkan hasil sesangat. Dah makin tersusun juga blog2 ex-mppp. Aku juga terharu sbb dpt jemputan via email untuk jadi penulis blog mereka. Cuma aku amik masa ckit utk terima sbb tahun nih aku nak tumpu utk anak nak pekse. Lagi pulak kalu teringat kat aku, lawat le ke blog sek aku. Apa2 pun, aku masih aktif kat ctu.

Ubah Gaya Hidup





Assalamualaikum,



Salam buat semua. Selesai e-filling, jenguk blog. Lantas terbaca coretan 'Nasib seorang Sahabat' yang dah hampir nak kena serang strok. Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang, sahabat kita baru diperingkat permulaan. (Saya tak dapat meneka siapakah dia?) Namun begitu, bersyukur dan banyaklah bersabar, setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya.



Saya ingin berkongsi pengalaman dengan sahabat : Jagalah kesihatan kerana ianya tidak ternilai. Jangan berkira untuk membayar kos pemeriksaan ujian darah di makmal seandainya sahabat-sahabat terasa kurang sihat atau ragu-ragu dengan tahap kesihatan diri. Cegah sebelum parah, buat pemeriksaan dan ketahui dengan 'details'.



Jangan sampai ianya dah di peringkat kritikal baru nak bersusah payah buat itu dan ini. Bila dah kena hanya Tuhan saja yang tahu. Seandainya dah ada tanda-tanda, ubahlah 'gaya hidup'.



Inilah yang telah saya lakukan setelah doktor mengesahkan tiada ubat yang dapat mengubati penyakit saya melainkan pembedahan (pada tahun1991, sewaktu di mppp, saya rahsiakan dari semua kawan). Oleh kerana saya tidak mahu menjalani pembedahan di usia muda, saya mohon dengan doktor untuk menangguhkan temujanji di IJN. Dua kali saya di masukkan ke ICU iaitu pada 1996 dan pada tahun 2003. Saya ubah gaya hidup disamping berbagai ikhtiar lain. Akhirnya inilah saya, di saat ini masih berupaya menghirup udara segar dan menatap alam ciptaan Ilahi. (Gambar bercuti dengan anak-anak cuti sekolah baru-baru ni dan rupa yg terbaru di Pulau Kapas 22.04.09.) Alhamdulillah. Bertambah 'montel' lagi, he...he...he....(Norliah Othman - Kuantan)








Selasa, April 21, 2009

Crite di Penang


Ceritanya bermula di sini , 8.30 pagi 13 April 2009 aku dihantar oleh anak sedara di Lapangan Terbang Sultan mahmud yang serba baru dan cantik ini.

Abang Mat Harun Pegawai di BTPN Terengganu mewakili BTPN Negeri Terengganu manakala aku mewakili PKG Negeri Terengganu untuk kursus Para Kaunselor BTPN PKG. Abang Mat Harun Merupakan abang kepada Apandi (MPPP sesi 88/90 ) dan abang ipar Noraida Dungun, sesi kita.

Pemandangan yang aku agak samada daerah marang atau hulu terengganu yang aku tak dapat lagi kesan dimana lokasi sebenarnya. Gambar diambil selepas lima minit kapal terbang yang aku naiki berlepas.

Sewaktu di KLIA aku dapat posisi menarik untuk bergambar, aku tak lepas peluang, suruh abang Mat Ngap je gambar , nanti boleh tunjuk kat anak-anak inilah kapal terbang yang ayah naik.

Dlm Kapal Terbang, sahabat kita yang di sebelah tu merupakan Pegawai Jabatan Laut, Sarawak kami berbual juga tapi bila abang mat ambik gambar dia berpaling ke lain.

Pemandangan di sekitar Lapangan Terbang Bayan Lepas dari atas Kapal Terbang

Encik Chen dari PKG Kelawai Penang , bekas pelatih MPPP 88/90 seorang yang sangat mesra peramah.

Dr Mansor merupakan Fasilitator untuk kursus kami beliau merupakan Timbalan Dekan Fakulti Evolusi Manusia UPM, sempat berposing dalam kedai Jeruk di Bazar Kailan Kepala Batas.

Rumah Arwah ayah Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi

Peserta Kursus Para Kaunselor seluruh Malaysia, ada tak kenal sape sape ?

Sebuah Kampung di P. Pinang yang mirip nama Yahoo.

Jambatan Pulau Pinang dan Pulau Jerejak dari dalam bas.


Jumpa seorang kanak-kanak yang ceria di KLIA aku suruh abang Mat Ngap dengan kamera aku. Aku dengar maknya panggilnya Emi atau Imi.

Pemandangan Putrajaya dari udara pada jam 8.00 mlm.

Pemandangan bandar Kuala Terengganu dari atas kapal terbang dengan kelajuan 600 km/h pada waktu malam, garisan kuning panjang di bahagian bawah ialah jambatan Sultan Mahmud, manakala warna biru + purple di tepinya ialah masjid kristal.

Lastly - Bila buka pintu rumah aku pokok kelapa depan rumah aku gak yang tak pernah lekang dari keindahan semulajadi dan lambaian yang mengasyikkan.

Istimewa buat Mas, abang Anuar kita (serumah) dulu dah jadi Pensyarah di MPPPP , aku tak jumpa sendiri tetapi MR Chen maklumkam.

Isnin, April 20, 2009

singgah kejap.

Gambar bersama keluarga Azlan Aseh dengan kami di seremban pada tahun lepas iaitu 2008. Lambat pulak nak publish gambar ni , sebab komputer kena cikugunya. Si sharifah tengah mabuk-mabuk.. Aku ingat dah masuk anak ke 7 dia ni ok... Tu..lah , cuti skolah panjang sangat. Takpelah , tuhan dah nak bagi rezeki. Apa-apa pun ,kekawan yang lain selalulah kita berhubung sekiranya tersinggah kat N9.Hari tu tak sempat nak ambik gambar Termizi ngan Tg Shahrir di Sban , pasal sibuk ngan kojo skolah..
Pagi ni tak leh tidur, esok nak interview SPP. Ntah ,apa aku baca PIPP panjang sangat, lalu bukak blog ni.
Jumpo laei.......

Khamis, April 16, 2009

Salam buat semua

Assalamualaikum,
Lama tak menatap laman blog ni lantaran sibuk dengan tugas. Tahniah buat rakan yg tak putus-putus menghantar input-input berguna buat tatapan yg lain. Doa semuanya sihat walafiat dan berada dalam rahmat dan keredhaan Allah senantiasa dalm apa jua yg dilakukan dan di mana saja berada. Salam dari Norliah sekeluarga.

Ahad, April 12, 2009

Tabung Kita

Apabila aku terbelek fail-fail aku baru teringat yang kita sudah pungut yuran yang kita putuskan RM 50.00 untuk dua tahun, persoalannya :
a) Bagaimana dengan ahli yang belum atau tidak mahu membayar yuran ???
b) Apa yang nak dibuat dengan yuran tersebut ???

Mari kita bincang bersama
, untuk makluman tuan puan , kita telah melantik Noma Bt Baba selaku bendahari kita. Ajk lengkap nanti aku akan paparkan dalam blog bila aku bawa senarainya ari ni tak terfikir nak bawa .

Khamis, April 09, 2009

PENDAYUNG SAMPAN

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.


Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian

digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat

kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia

berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."


"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan..


"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu

bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."

Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu

masih lagi bertanya..
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu

dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula

pendayung sampan itu bertanya,

"Kamu tahu berenang?"

Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.



Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.

Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.


Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?


Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Usaha sempurna adalah kemenangan ..

" Allah beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Allah juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan"


- -
Pria Terheba

Kalu Pasal Sembahyang, Boleh Pulang Awal.....!

Kalu Pasal Sembahyang, Boleh Pulang Awal.....!
>
>
> Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari
> nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia
> kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah
> pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan
> datang mintak balik awal..
>
> Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang
> kat rumah boss, leh tak?
> Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi,
> lagi banyak pahalanya..!
>
> Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
> Bosss : Hang apa pasai:
> Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker
> tak? Ntah-ntah dia ponteng?
> Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
>
> Pekerja 3: A'kum Boss!
> Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
> Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
> Boss: Alasan apa lak ngko nie?
> Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung
> saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer
> pulang awal?
> Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang
> ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat
> kerja..
>
>
> Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
> Boss : Naper?
> Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
> Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak mungkin dah
> seminggu nunggu!!!
> Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee

10 Peringatan Bumi

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a.;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku

Isnin, April 06, 2009

Khabar seorang sahabat

Salam semua...TQ brie, ju n abg lan. Alhamdulillah, kawan dah ok w/pun telah mendaftar sebagai ahli baru kelab hipertensi...ekeke... Apa nak buat, sudah tersurat. Cuma sekarang sedang cuba segera memulihkan diri dengan pengamalan ubatan herba tradisi. Okey gak la progressnya. Orang tua kawan dan adik beradik tak de kena pulak tapi sebelah mertua dua2 ada. Jadi kawan amal apa nasihat mereka. Okey gak. Takut nak bergantung semata2 ubat spital sebab tengok member yg memang dah lama kena, tak baik2 pun.

Brie, kawan ingat sangat sajak yang ko post dulu tu...dan sedang cuba diingati slalu...Memang ada hikamahnya segala yang berlaku. Cuti seminggu amat bermakna. Masa tu juga kita kenal siapa kawan siapa sahabat. Siapa yang bersama waktu ketawa, siapa pula ketika sedih. Apapun yang syok, boring baring, kawan touch-up habis2an blog kawan. Ziarah le...