Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Sabtu, April 25, 2009

Ubah Gaya Hidup





Assalamualaikum,



Salam buat semua. Selesai e-filling, jenguk blog. Lantas terbaca coretan 'Nasib seorang Sahabat' yang dah hampir nak kena serang strok. Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang, sahabat kita baru diperingkat permulaan. (Saya tak dapat meneka siapakah dia?) Namun begitu, bersyukur dan banyaklah bersabar, setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya.



Saya ingin berkongsi pengalaman dengan sahabat : Jagalah kesihatan kerana ianya tidak ternilai. Jangan berkira untuk membayar kos pemeriksaan ujian darah di makmal seandainya sahabat-sahabat terasa kurang sihat atau ragu-ragu dengan tahap kesihatan diri. Cegah sebelum parah, buat pemeriksaan dan ketahui dengan 'details'.



Jangan sampai ianya dah di peringkat kritikal baru nak bersusah payah buat itu dan ini. Bila dah kena hanya Tuhan saja yang tahu. Seandainya dah ada tanda-tanda, ubahlah 'gaya hidup'.



Inilah yang telah saya lakukan setelah doktor mengesahkan tiada ubat yang dapat mengubati penyakit saya melainkan pembedahan (pada tahun1991, sewaktu di mppp, saya rahsiakan dari semua kawan). Oleh kerana saya tidak mahu menjalani pembedahan di usia muda, saya mohon dengan doktor untuk menangguhkan temujanji di IJN. Dua kali saya di masukkan ke ICU iaitu pada 1996 dan pada tahun 2003. Saya ubah gaya hidup disamping berbagai ikhtiar lain. Akhirnya inilah saya, di saat ini masih berupaya menghirup udara segar dan menatap alam ciptaan Ilahi. (Gambar bercuti dengan anak-anak cuti sekolah baru-baru ni dan rupa yg terbaru di Pulau Kapas 22.04.09.) Alhamdulillah. Bertambah 'montel' lagi, he...he...he....(Norliah Othman - Kuantan)








Tiada ulasan: