Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji
antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau
ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri
hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada
setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang..
3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh
menambah kasih sayang.
4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana
kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan,
katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga,
Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
5) Usz Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan
suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi
mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya
membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu
merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh
daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah
supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi
daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Usz Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang
boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami
isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat
ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah
mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap
agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia
bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung
jawab terhadap keluarga," katanya.
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan