>Jelani cuti berniaga
JOHOR BAHRU: Resah memikirkan nasib jenazah ibu tersayang, kehidupan harian Jelani Sonni (gambar), 72, anak lelaki tunggal Mariam Johari, 88, terganggu sehingga memaksanya bercuti sementara waktu menjalankan perniagaan menjual kuih-muih di Bazar Ramadan Perhentian Bas, Taman Kota Jaya.
Jelani melupakan sementara perniagaan yang menjadi sumber pendapatan utama keluarganya itu sejak beberapa hari lalu kerana asyik memikirkan bila jenazah wanita dikasihinya dibawa pulang ke negara ini dari Seoul, Korea.
Menurutnya, ramai saudara- mara serta jiran di kawasan perumahan berkunjung ke rumahnya hampir setiap hari bertanyakan pelbagai soalan mengenai Mariam selepas membaca laporan akhbar berhubung kemungkinan jenazah ibunya dibawa pulang ke sini.
Namun, dia tidak dapat memberikan apa-apa jawapan kerana kerana dia sendiri tidak mengetahui status sebenar perkara itu, sebaliknya mengharapkan perkembangan daripada dari petugas media yang menghubunginya setiap hari.
“Saya langsung tidak dihubungi pihak Wisma Putra untuk dimaklumkan mengenai perkembangan pengurusan membawa pulang jenazah emak sejak surat dihantar kepada mereka sedangkan mereka sudah ada nombor saya.
“Hari ini (semalam) sudah masuk hari keenam jenazah masih belum dikebumikan... keadaan ini menyeksa arwah mak,” katanya
Sumber : Harian Metro 12 Sept 2009
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu
1 ulasan:
sedih,sudah tertulis dalam suratan luh mahfuznya perjalan mendiang kim/mariam penuh berliku,difahamkan bahawa mendiang kim/mariam telah menjadi ahli kariah gereja katolik sejak 60 tahun dulu lagi. Bagaimana kesudahan tragedi ini,hanya Allah saja yang mampu merungkainya
Catat Ulasan