Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Ahad, September 13, 2009

Mariam Johari - Di Sebalik Tabir

Stesen KBS terharu kisah Mariam
Posted on Jun 28, 2007 by pemudawilayah

Oleh Azida Shaharuddin

JOHOR BAHRU: “Kasih seorang ibu terhadap anak-anaknya tidak pernah pudar. Walaupun selepas 64 tahun meninggalkan anak-anaknya, Mariam (Johari) tidak dapat melupakan mereka.” Kasih sayang Mariam itu menjadi pendorong Produser Korea Broadcasting System (KBS), Park Keon Young mengikuti liku hidup wanita Melayu kelahiran Plentong, Johor itu.

Park yang pernah memenangi dua anugerah penyiaran, berkata kisah hidup Mariam yang dipanggil Halmoney (bermaksud nenek) lebih menusuk jiwanya berbanding kisah hidup warga asing yang pernah dimuatkan dalam siri dokumentari Cinta di Asia yang diterbitkan sebelum ini.

“Lebih menyedihkan, nenek masih ingat janji kepada anak bongsunya, Jamnah untuk membeli biskut untuknya apabila pulang dari Korea. Hingga kini, beliau terkilan ia (janji) tidak dapat dipenuhi.

“Saya juga mempunyai ibu dan ketika meletakkan diri sebagai seorang anak, sedih mengenangkan tidak dapat merasa belaian kasih seorang ibu ketika kecil,” katanya di sini semalam.

Perjalanan hidup Mariam yang terperangkap di Korea Selatan selama 61 tahun dan keinginan Park menemukan wanita itu dengan keluarga yang terpisah sejak 1943, di Malaysia, membuatkan produser berusia 38 tahun itu tidak tidur malam.

Beliau yang mengetahui kesengsaraan Mariam daripada seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, menemui wanita itu kira-kira dua bulan lalu di Seoul.

Park berkata, keputusan menerbitkan dokumentari itu bagi mengenang jasa Mariam yang banyak membantu masyarakat Korea terutama ketika menjaga isteri majikannya yang mengidap barah serta tiga anak mereka yang masih kecil pada 1954.

“Sebelum isteri majikannya meninggal dunia, beliau mewasiatkan Mariam berkahwin dengan suaminya. Ketika itu, Mariam menjadi serba salah kerana sudah mengumpul wang untuk kembali ke Malaysia.

“Bagaimanapun, selepas mendengar rayuan anak tirinya, Ji Yong Un yang ketika itu berusia tujuh tahun, Mariam berkorban untuk menjaga Yong Un hingga anak tirinya berumah tangga.

“Apa yang saya lakukan (membantu Mariam) sangat kecil berbanding pengorbanannya yang tidak boleh dibayar dengan wang,” katanya yang menitiskan air mata apabila mengenangkan kesusahan yang dilalui wanita Melayu itu.

Park juga menemuramah semua pihak yang mengenali Mariam di Korea Selatan bagi mengetahui perjalanan hidup wanita itu.

“Nenek pernah tinggal di satu perkampungan kecil kira-kira 300 kilometer dari Selatan Seoul. Di Korea, rakyat kami terutama di kawasan perkampungan tidak menyukai warga asing dan melihat mereka seperti ‘makhluk asing’.

“Namun Mariam seorang wanita yang istimewa kerana di kampung itu, beliau diterima dan disukai ramai kerana ciri diri yang lembut, peramah, penyayang dan pandai mengambil hati. Malah, ke mana saja termasuk ketika tiba di Seoul untuk bekerja sebagai pengasuh, beliau berjaya menawan hati ramai orang termasuk majikannya,” katanya.

Semua ini, katanya, mendorong beliau membantu Mariam mencari keluarganya di Plentong, di sini untuk mencari keluarga Mariam serta merakamkan bukti diperlukan kerajaan Korea Selatan dan Malaysia untuk mengesahkan kewarganegaraan wanita itu.

Siri dokumentari The Way Home yang mencatatkan perjalanan hidup Mariam akan disiarkan 19 Julai ini.

Sumber :

Kesah - Jelani Mariam Johari

>Jelani cuti berniaga

JOHOR BAHRU: Resah memikirkan nasib jenazah ibu tersayang, kehidupan harian Jelani Sonni (gambar), 72, anak lelaki tunggal Mariam Johari, 88, terganggu sehingga memaksanya bercuti sementara waktu menjalankan perniagaan menjual kuih-muih di Bazar Ramadan Perhentian Bas, Taman Kota Jaya.

Jelani melupakan sementara perniagaan yang menjadi sumber pendapatan utama keluarganya itu sejak beberapa hari lalu kerana asyik memikirkan bila jenazah wanita dikasihinya dibawa pulang ke negara ini dari Seoul, Korea.

Menurutnya, ramai saudara- mara serta jiran di kawasan perumahan berkunjung ke rumahnya hampir setiap hari bertanyakan pelbagai soalan mengenai Mariam selepas membaca laporan akhbar berhubung kemungkinan jenazah ibunya dibawa pulang ke sini.

Namun, dia tidak dapat memberikan apa-apa jawapan kerana kerana dia sendiri tidak mengetahui status sebenar perkara itu, sebaliknya mengharapkan perkembangan daripada dari petugas media yang menghubunginya setiap hari.

“Saya langsung tidak dihubungi pihak Wisma Putra untuk dimaklumkan mengenai perkembangan pengurusan membawa pulang jenazah emak sejak surat dihantar kepada mereka sedangkan mereka sudah ada nombor saya.

“Hari ini (semalam) sudah masuk hari keenam jenazah masih belum dikebumikan... keadaan ini menyeksa arwah mak,” katanya

Sumber : Harian Metro 12 Sept 2009

Status Agama Mariam Johari

Anak tiri tidak halang
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin



JOHOR BAHRU: Status agama Mariam Johari, wanita Melayu yang meninggal dunia di Seoul, Korea Selatan, awal pagi Ahad lalu, terus menimbulkan tanda tanya apabila timbul pelbagai versi cerita daripada pihak berkaitan hinggakan upacara pengebumian jenazah wanita itu terpaksa ditangguhkan beberapa kali.

Jenazah Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae, 88, sehingga tengah hari semalam, masih belum menjalani upacara penyempurnaan mayat mengikut tradisi rakyat negara itu.

Jurucakap Kedutaan Malaysia di Seoul ketika dihubungi semalam, menjelaskan pihaknya berpendirian yang warga emas itu mengamalkan cara hidup sebagai seorang ahli gereja berdasarkan pengakuan anak tirinya, Ji Yong Un, 53, bahawa Mariam mendaftar dengan gereja itu sebaik menjejakkan kaki ke negara itu, kira-kira 60 tahun lalu.

“Perkara ini dimaklumkan sendiri anak tiri Mariam dalam pertemuannya dengan pegawai kedutaan Julai lalu di mana dia memberitahu wanita itu mendaftar sebagai kariah Gereja Katholik Bundong sejak tiba di bandar Seoul sekitar 1946.





“Malah dalam pertemuan itu, Ji turut menyatakan hasrat Mariam yang mahu jenazahnya disempurnakan mengikut cara hidupnya di Korea,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, katanya, keluarga anak tiri Mariam dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah jika keluarga ibu tirinya di Malaysia mahukan jenazahnya dibawa pulang untuk dikebumikan di tanah kelahirannya.

“Pihak kedutaan kini hanya menunggu keputusan yang dibuat Wisma Putra, Putrajaya kerana pihak pemerintah negara ini tidak mempunyai halangan untuk membenarkan jenazah wanita itu dihantar pulang ke negara asalnya,” katanya.

Mariam menghembuskan nafas terakhir kira-kira 12.20 tengah malam Ahad lalu (waktu Malaysia) ketika ditemani Ji dan isterinya, Shin Sook Hyun, 51, serta penerbit rancangan Love In Asia terbitan Korea Broadcasting System (KBS), Park Keon Young

Sumber : Harian Metro 12 Sept 2009

Sabtu, September 12, 2009

Jenazah Mariam - Belum selesai

Jenazah Mariam hampir dibakar
Oleh Siti Nurbaiyah Nadzmi
nurbaiyah@nst.com.my

KUALA LUMPUR: Jenazah Mariam Johari, 88, hampir dibakar semalam, sebelum dibawa balik ke New Best Hospital bagi membolehkan jenazah warga emas itu dihantar pulang selepas mendapat pengesahan dan jaminan kerajaan untuk dikebumikan di Malaysia, Rabu depan.

Mariam yang meninggal dunia di Seoul, Korea Selatan, Ahad lalu dibawa ke rumah pembakaran mayat kerana sehingga malam kelmarin, pihak yang menguruskan jenazahnya tidak mendapat lampu hijau dari pejabat Kedutaan Malaysia di Seoul.

Usaha untuk menghantar Mariam pulang menemui jalan buntu dan menjadi terawang-awang apabila anak tiri Mariam, Ji Yong Un, tidak mendapat kata putus dari pejabat kedutaan Malaysia, menyebabkan semua prosedur untuk penghantaran pulang terbantut.

Ji akhirnya mengambil keputusan untuk meneruskan upacara pembakaran pada jam 3 waktu tempatan (jam 2 petang waktu Malaysia) semalam, apabila sejam sebelum upacara itu berlangsung, mereka mendapat pengesahan yang dinantikan selama ini.

Ini adalah kali kedua upacara pembakaran mayat Mariam tergendala, tetapi kali ini dengan kepastian yang jenazah Mariam akan diterbangkan ke Malaysia dan dijangka dikebumikan di Kota Tinggi, Johor.

Penerbit dokumentari Korean Broadcasting System, Park Keon Young, yang berada dalam kenderaan jenazah itu, berkata berita itu melegakan banyak pihak, termasuk keluarga Mariam di Seoul, dermawan dan kumpulan yang bersimpati dengan kisah Mariam.

“Kami semua lega kerana kes ini tidak lagi terawang-awang dan akhirnya mendapat satu kepastian,” katanya yang menelefon wartawan New Straits Times, dari dalam kenderaan itu sebaik saja menerima berita pengesahan itu.

Kata Park lagi, semua prosedur untuk mengawet jenazah Mariam dan penyediaan dokumen terpaksa dihentikan semalam kerana tidak mendapat maklum balas positif dari pejabat kedutaan.

“Kami mulanya sudah tidak mengharap lagi apa-apa perkembangan dari pejabat kedutaan dan menganggap penangguhan tanpa sebab adalah suatu perbuatan yang menghina jenazah.

“Malam tadi kami telah membuat keputusan untuk meneruskan upacara pada petang ini,” katanya.

Park berkata, jenazah Mariam akan ditempatkan di hospital sama untuk proses pengawetan sebelum penerbangan pulang ke Malaysia.

Semua prosedur penghantaran pulang akan diuruskan antara pejabat kedutaan dan pejabat Menteri Luar Korea.

“Kami berharap selepas ini semua urusan akan dilaksanakan dengan segera tanpa halangan lagi,” katanya.

Kali pertama majlis dihentikan adalah pada Selasa lalu apabila seorang selebriti Malaysia menawarkan diri untuk menanggung kos penghantaran pulang jenazah Mariam ke Malaysia setelah wanita itu meninggal dunia di sebuah rumah penjagaan orang tua di Seoul.

Malangnya Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa Mariam telah melucutkan kewarganegaraan Malaysia pada hujung 2007 sekali gus menggugurkan kuasa organisasi itu untuk membawa pulang jenazahnya.

Sejurus selepas kenyataan itu dibuat, sekumpulan dermawan Korea pula mengaturkan usaha untuk membawa pulang Mariam tetapi turut menemui jalan buntu apabila pihak kedutaan tidak memberi maklum balas yang positif.

Mariam Johari - 2007 ( Sorotan Semula)

Mariam uzur, kekal di Korea

Berita Harian Online ~ 21 Julai 2007

Pertemuan kedua antara Mariam dan anak-anaknya di rumah Ji Yong Un di Ueijong-bu, di pinggir bandaraya Seoul

"MALAM tadi, saya dan Jelani tidur di sisi emak dan memeluknya hingga ke pagi. Saya amat gembira campur terharu. Saya sudah lama menanti saat manis ini," kata Ramlah Sonni, 72, yang pertama kali bertemu ibunya, Mariam Johari di sini selepas terpisah kira-kira 64 tahun.

Beliau dan adiknya, Jelani, 70, seperti dua kanak-kanak yang dahagakan pelukan dan kasih sayang ibu, menginap bersama Mariam di rumah rehat tradisional Korea Selatan, Seoul Guest House di sini, malam kelmarin.

Ketika bersama Mariam, beliau sempat membisikkan mengenai harapan ibunya itu dapat kembali ke kampung halaman di Johor.

"Seperti anak kecil, saya membisikkan kepada emak perasaan sayang dan rindu. Malah, saya mengajaknya pulang ke rumah kami di Kota Tinggi dan bertemu Jamnah. Emak kemudian mengangguk senyum," kata Ramlah kepada wartawan di sini semalam.

Beliau juga tidak dapat menahan air mata kerana mengetahui Mariam tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

Ramlah juga tidak segan mengaku sudah lama dahagakan belaian ibu dan pertemuan singkat itu amat bermakna bagi dirinya sebelum pulang ke Malaysia 23 Julai ini.

Ibunya dilarikan tentera Jepun ketika beliau berusia lapan tahun dan sejak itu tidak pernah menemui Mariam.

Sementara itu, Jelani berkata, sejak kecil hingga menjangkau usia remaja, beliau sering bermimpi akan berjumpa ibunya.

"Pernah saya luahkan keinginan itu kepada isteri saya, Suriah (Anwar). Mungkin agak pelik bunyinya, tetapi itulah impian saya sejak kecil lagi kerana selama ini Ramlah yang mengambil tugas emak. Syukur Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan Tuhan," katanya.

Mariam yang berada di sisi Ramlah dan Jelani kelihatan lebih ceria selepas bersama dua anak kandungnya itu.

Katanya, beliau agak terkilan Jamnah tidak dapat bersama.

"Jika boleh, saya mahu semua anak-anak tinggal di Korea bersama saya dan keluarga Ji, (Yong Un). Kami boleh meluangkan masa bersama setiap hari. Bagaimanapun, mereka akan pulang beberapa hari lagi," katanya yang masih mampu mengukir senyuman.

Perbualan Mariam dengan dua anaknya diterjemahkan pelajar Malaysia di Korea Selatan, Umar Fakhrin.

Sebelum itu, Mariam bersama Ramlah, Jelani, anak Ramlah, Ahmad Onn, Suriah, menantu Jamnah, Siti Zainab Noor, Ji serta isterinya, Shin Sook Hyun menyaksikan tayangan dokumentari Love In Asia, The Way Home terbitan Korea Broadcasting System (KBS), di rumah Ji, di bandar Uijongbu, di sini.

Ramlah dan Jelani menjadi tetamu rancangan itu kelmarin. Ramlah, Mariam dan Jelani menitiskan air mata ketika menyaksikan segmen apabila mereka dipertemukan KBS dalam program itu.

Mariam Johari - 2007

Mariam hiba tatap gambar anak

Berita Harian Online ~ 18 Julai 2007

Belum buat keputusan pulang ke tanah air kerana kenang keluarga di Korea

KEHADIRAN tiga anak kandung yang ditinggalkan 64 tahun lalu dan seorang anak tiri yang hidup bersama selama 44 tahun, sudah tentu menjadikan Mariam Johari seorang ibu yang paling gembira ketika ini kerana mempunyai empat anak yang sentiasa menyayanginya.

Beliau yang berpisah dengan ketiga-tiga anak kandung kerana mengikut teman lelaki, Cho Se Won ke Korea kira-kira 61 tahun lalu, kini boleh bergembira kerana anak-anaknya, Ramlah Sonni, 72; Jelani, 70 dan Jamnah, 65, masih hidup dan merindui ibu mereka yang selama ini disangka sudah meninggal dunia.

Sejak menjejakkan kaki di bumi Korea pada 1946, selain hidup bersama Cho, Mariam berkahwin dengan bapa kepada anak tirinya, Ji Yong Un, 51, dan menjaga Ji sejak berusia tujuh tahun seperti anak kandung sehinggalah anak tirinya berumah tangga.

"Saya menghabiskan lebih separuh hayat menetap di Korea sejak meninggalkan tanah air pada 1946 sebagai isteri kepada Cho dan amah kepada beberapa majikan dan seterusnya ibu kepada Ji. Saya anggap Ji anak kandung saya. Ji banyak menjaga saya, seperti mana saya menjaganya dulu sejak beliau berusia tujuh tahun.

"Pada masa sama, Ramlah, Jelani, Jamnah juga adalah anak-anak saya. Saya juga sayangkan mereka, lebih-lebih lagi selepas tidak berjumpa sekian lama," kata Mariam dalam bahasa Korea yang diterjemah pelajar Malaysia di Korea Selatan, Yen Mun Wah ketika ditemui di Hospital Perbandaran Dong-Bu, Seoul, di sini, semalam.

Mariam juga berkata, kini beliau menjadi serba salah memikirkan keadaan itu dan berdoa semuanya berjalan dengan baik jika diizinkan beliau bertemu semula dengan ketiga-tiga anaknya.

Katanya, Ji tumpang gembira mengenai berita baik penemuan ketiga-tiga anaknya yang masih sihat dan menetap di Kota Tinggi namun beliau dapat menyelami perasaan serta memahami jiwa anak tirinya itu.

"Saya tahu Ji tentu sedih jika saya pulang ke Malaysia. Riak wajahnya apabila saya sebut nama Ramlah, Jelani dan Jamnah sudah cukup menggambarkan kepiluan hatinya," katanya dengan nada sebak.

Mariam berkata, Ji sebelum ini kurang mengetahui mengenai latar belakangnya, namun selepas berjumpa dengan produser televisyen Korea Broadcasting System (KBS), Park Keon Young, anak tirinya itu kini difahamkan mendapat banyak maklumat kehidupan lampaunya.

"Ketika ke rumah lama saya bersama keluarga Cho di pekan Hampyong, wilayah Jeonnanamdo minggu lalu, Ji kelihatan lain sedikit, lebih banyak mendiamkan diri selepas berkenalan dengan keluarga Cho di sana dan melihat pusara Cho. Sebelum ini, saya merahsiakan kisah hidup bersama Cho kerana memikirkan perkara lama tidak perlu difikirkan kembali terutama pengalaman sedih membawa diri ke Seoul apabila Cho berkahwin lain.

"Saya juga sangkakan anak-anak di Malaysia sudah tiada akibat Perang Dunia Kedua pada tahun 40-an itu," katanya.

Mariam berkata, ketika ini beliau masih belum membuat keputusan untuk mengikut anak-anaknya kembali ke Malaysia kerana beliau juga berasa berat hati ingin meninggalkan Ji serta cucu tirinya yang sudah menjadi sebahagian daripada keluarganya.

"Biarlah masa, keadaan dan kesihatan saya menentukan sama ada saya akan kembali ke Malaysia atau tidak," katanya yang masih tidak tahu akan dipertemukan dengan ketiga-tiga anaknya hari ini di Studio KBS pada jam 3 petang waktu tempatan.

Ketika sedang rancak berbual dengan wartawan Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times (NST), Mariam terkejut dan gembira apabila ditunjukkan gambar terbaru ketiga-tiga anak kandungnya.

Sejurus menatap gambar anak-anaknya, beliau terus menyebut setiap nama mereka berkali-kali 'Jelani, Ramlah, Jamnah' dengan nada sebak yang ada kalanya terimbas riak gembira.

"Mereka kelihatan tua," katanya dengan wajah menguntum senyuman sepanjang masa menatap gambar itu.

Jumaat, September 11, 2009

Mariam Johari Tak Pernah Makan Babi

Mariam disahkan Islam
Oleh Siti Nurbaiyah Nadzmi dan Nazura Ngah

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) mengesahkan Mariam Johari, 88, yang meninggal dunia di Seoul, Korea Selatan, Ahad lalu, masih beragama Islam.

Ini berdasarkan bacaan Fatihah dan pengucapan kalimah syahadah yang dilafazkan Mariam di hadapan dua anaknya, Jelani Sonni, 72, dan Ramlah, 73, ketika tiga beranak itu bertemu semula di Seoul pada Julai 2007 serta sewaktu warga emas yang menetap di Korea sejak 64 tahun lalu itu pulang ke Malaysia sebulan selepas itu.

Mariam juga menyatakan tidak pernah makan daging babi atau anjing.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan MAIJ, Yosree Ikhsan, berkata perkara itu jelas menunjukkan Mariam pada zahirnya seorang Islam dan MAIJ sedia mengebumikan jenazahnya mengikut syariat Islam.

Katanya, pihaknya dimaklumkan bahawa keadaan Mariam yang tertekan di Korea menyebabkan beliau tidak dapat melaksanakan ibadat seperti seorang Muslim.

Kita menganggap beliau seorang Islam yang sewajarnya dikebumikan cara Islam," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Sebelum ini, Wisma Putra cuba membawa pulang jenazah Mariam tetapi buntu apabila wanita itu disahkan bukan lagi warga Malaysia dan mewasiatkan supaya jenazahnya disemadikan mengikut adat masyarakat Korea.

Bagaimanapun, 10 dermawan Korea dilaporkan bersetuju menanggung kos menerbangkan jenazah Mariam supaya dapat dikebumikan di Malaysia.

Jenazah Mariam kini ditempatkan di Universiti Suwon, Seoul untuk proses pengawetan sebelum diterbangkan ke Malaysia.

Yosree menjelaskan tidak timbul lagi keraguan terhadap pengebumian Mariam kerana menjadi fardu kifayah bagi masyarakat setempat untuk menyempurnakan jenazahnya mengikut Islam.

"Dalam kes ini, menjadi tanggungjawab MAIJ sebagai pengurus kebajikan umat Islam setempat mengebumikan Mariam.

"Pengebumian akan disempurnakan di Kota Tinggi oleh Kadi Taufik Shamsuddin," katanya.

Jelani ketika dihubungi pula berharap kebuntuan untuk membawa pulang dan mengebumikan jenazah ibunya akan berakhir secepat mungkin.

"Saya berdoa supaya perkara ini benar-benar terjadi," katanya.

Penolong Kanan Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Cawangan Import Eksport, Ibu Pejabat KDRM, Ismail Abdul Rahman, pula berkata proses menuntut jenazah Mariam dijangka dapat dilakukan dalam masa singkat jika tiada masalah dalam proses dokumentasi sama ada di Korea Selatan mahupun di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, ia masih tertakluk kepada keputusan Kementerian Kesihatan yang akan menjalankan pemeriksaan ke atas mayat sejurus tiba di lapangan terbang.

Khamis, September 10, 2009

Mariam Johari - Disemadikan di Tanah Air ?

Dermawan Korea biaya penerbangan
Oleh Siti Nurbaiyah Nadzmi
nurbaiyah@nst.com.my


Urus bawa pulang jenazah Mariam

KUALA LUMPUR: Usaha membawa pulang jenazah Mariam Johari masih belum berakhir apabila beberapa dermawan Korea bersetuju meneruskan urusan peng-hantaran pulang warga emas yang menetap di Korea Selatan lebih 64 tahun itu supaya dapat dikebumikan di Malaysia.

Selepas Wisma Putra tidak dapat membawa pulang jenazah Mariam, 88, yang meninggal dunia Sabtu lalu atas alasan wanita itu bukan lagi warga Malaysia, 10 dermawan Korea tampil untuk menanggung kos menerbangkannya pulang ke Malaysia.

Penerbit Korean Broadcasting Systems (KBS) Park Keon Young, yang menerbitkan dokumentari mengenai kehidupan Mariam berkata, mereka merasa amat tersentuh dengan kisah kehidupan wanita itu dan inginkan Mariam disemadikan di tanah tumpah darahnya.

"Kisah Mariam menyentuh perasaan kami (dermawan) dan merasakan inilah sumbangan sewajarnya untuk wanita berjiwa kental ini," kata Park yang berada di Seoul ketika dihubungi.

Kelmarin, keadaan menjadi kecoh apabila upacara pembakaran mayat Mariam terpaksa dihentikan apabila Kedutaan Malaysia di Seoul mengeluarkan kenyataan bahawa jenazah Mariam akan dibawa pulang.

Bagaimanapun setelah menunggu berjam-jam ternyata kedutaan Malaysia menarik balik keputusan untuk membawa pulang Mariam atas alasan wanita itu telahpun melucutkan kewarganegaraannya pada hujung 2007, iaitu beberapa bulan selepas beliau pulang buat pertama kalinya ke Malaysia selepas terkandas selama 64 tahun di Korea Selatan.

Jenazah Mariam kemudiannya dialihkan ke sebuah gereja di Seoul dan upacara pengebumian ditunda pada Jumaat (11/9) jam 3 petang waktu tempatan.

Bagaimanapun seorang biarawati yang pernah menjaga Mariam, Sister Seraphina merasakan Mariam perlu disemadikan di tanah airnya sendiri menghu-bungi Park untuk membantu.

"Sister Seraphina berkata beliau akan mencari dermawan yang sudi membiayai semua kos ini dan meminta saya menghubungi keluarga Mariam di Johor," katanya.

Menurut Park, jenazah Mariam akan dihantar ke Suwon University (berdekatan dengan Seoul) hari ini sebelum dihantar pulang melalui penerbangan.

"Profesor itu yang juga kenalan kepada Sister Seraphina, memang mengikuti perkembangan Mariam dan merasa simpati dengan kemelut yang melanda keluarga Mariam."

Park menjelaskan mereka hanya menunggu kata putus dari keluarga Mariam untuk membuat urusan penghantaran.

"Keseluruhan kos pengawetan dan penghantaran mungkin menelan belanja lebih kurang AS$3,000," katanya.

Rabu, September 09, 2009

Mariam bukan lagi rakyat Malaysia

Mariam bukan lagi rakyat Malaysia
Oleh Siti Nurbaiyah Nadzmi dan Jalal Ali Abdul Rahim
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Urusan membawa pulang jenazah Mariam Johari, 88, dari Korea Selatan semalam buntu apabila warga emas yang terkandas di negara berkenaan sejak 64 tahun lalu itu, disahkan bukan lagi rakyat Malaysia.

Mariam yang berasal dari Plentong, Johor, dikatakan membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melucutkan kewarganegaraan sebagai rakyat Malaysia pada akhir 2007 dan permohonan itu diluluskan tahun lalu.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, ketika dihubungi Berita Harian berkata, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman semalam mengesahkan Mariam bukan lagi warga Malaysia.

"Biasanya jika ada mayat bukan warga Malaysia di luar negara, maka kita tidak boleh buat apa-apa lagi. Isu nak bawa balik jenazah itu tidak timbul kerana dia bukan warga negara ini.

"Tambahan pula dalam kes Mariam, dia ada membuat wasiat untuk dikebumikan di sana (Korea Selatan) mengikut adat masyarakat Korea," katanya.

Ditanya mengenai kesahihan wasiat berkenaan, Kohilan berkata, pihaknya perlu menelitinya.

Mariam yang terkandas di Korea Selatan selepas dibawa tentera Jepun ke negara itu ketika Perang Dunia Kedua, meninggal dunia di sebuah rumah kebajikan di Seoul, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, anaknya, Jelani Sonni, 72, kelmarin memohon bantuan Wisma Putra untuk membawa pulang jenazah Mariam kerana yakin ibunya masih Islam.

Malah, berita kematian Mariam turut mendapat simpati seorang artis wanita terkenal yang bersetuju membiayai kos membawa pulang jenazahnya supaya dapat dikebumikan secara Islam.

Di SEOUL, penerbit Korean Broadcasting Corporation (KBC), Park Keon Young yang pernah menerbitkan dokumentari mengenai kisah kehidupan Mariam, ketika dihubungi berkata, jenazah Mariam hampir dibakar di pusat pembakaran mayat, pagi semalam, tetapi ditangguhkan atas permintaan Kedutaan Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, keadaan menjadi kecoh apabila pihak pengurusan mayat memberi kata dua kepada anak tiri Mariam, Ji Yong Un, 53, sama ada meneruskan upacara itu atau memindahkan jenazah ke hospital.

"Anak tiri Mariam menunggu dari pagi hingga ke petang tetapi tidak mendapat kata putus dari kedutaan. Bila saya menghubungi pejabat Kedutaan Malaysia di Seoul, mereka mengatakan yang mereka masih menunggu dokumen dari Kuala Lumpur," katanya.

Park berkata, jenazah Mariam ketika ini masih ditempatkan di rumah mayat berkenaan, tetapi Ji kini dalam dilema kerana sebagai pemandu bas, beliau tidak mampu menampung kos menyimpan jenazah Mariam di hospital

NAMA-NAMA ANAK.....


SALAM.....

Semoga semua teman terus sihat dan tabah mengharungi sisa2 Ramadhan yang akan berakhir menjelangnya Syawal nanti...Dan semoga kita terus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang dan terus berusaha untuk sesuatu yang lebih baik...tetapi haruslah kita ingati bahawa sesungguhnya kesederhanaan itu amat dititikberatkan dalam ajaran Islam...Oleh itu, bersederhanalah kita untuk memeriahkan Syawal nanti yer....

Pada Subuh yang syahdu ini, teman nak ajak kawan2 sekalian, berfikir sejenak apakah nama2 yang telah kita berikan kepada anak2 kita. Ada orang kata, apa ada pada nama!? Mmmm...kalau ada yang berbisik sedemikian, sebenarnya mereka silap...Dalam agama Islam sendiri menganjurkan agar ibu bapa memberi nama anak yang mempunyai maksud yang baik2 dan tidak mengaibkan anak2...Oleh itu, janganlah kita syok sendiri apabila memberi nama anak seperti cantuman nama suami isterilah, emak ayah lah, adik beradiklah..Apa yang lebih penting, adalah makna disebalik nama itu kerana nama tersebut akan memberi kesan kepada anak2....

Jadi, untuk Ju, Kak Tun, Ida, Kak Una, Razima ( mana dah hilangnya budak mak ini!)yang berhasrat nak tambah anak nanti atau para bapa yang mengidam untuk punya anak kecil lagi, di sini kawan turunkan sedikit petua untuk memilih nama2 anak yang sesuai dengan kehendak kita...Jangan mare no, bukan nak mengajar tapi nak berkongsi maklumat jer...Ha Ju, tunggu apa lagi...ngandung lah lekas...!

Panduan..... Sesiapa yang masih tercari-cari nama untuk cahaya mata yg baru, bolih le kalau nak Consider nama2 yang di bawah ni.....semuga "sejuk perut ibu mengandung" hehe... Pilihlah yg anda berkenan:- Pandai tanam bunga - Rosman.Pandai membaiki kereta - Karman . Average dalam golf - Parman . Pandai dlm penulisan - Suratman . Gagah perkasa – Suparman. Boleh mendengar sambil berjalan - Wakiman . Selalu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman) . Pandai buat kuih – Paiman. Pakar jualan – Salman. Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar) . Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu – Saniman. Doktor gigi – Sugiman. Supaya cepat naik pangkat - Yasman . Bakal kaki pukul dan dera orang - Deraman . Yang ada darah Bengali - Baiman . Mat rock - Rokman . Jadi polis trafik – Saman. Pakar kunci – Lokman. Baik budi pekerti – Budiman. Ada lagi... .. Buat kerja ala kadar – Kadarisman. Suka bagi orang susah - Sukarman . Suka mengada-ngada – Ngadiman. Dua alam - Herman . Paling tak guna – Koman. Selalu sakit - Deman Kalau yang kuat berlawan – Ultraman. Yg suka main daun terup poker - Pokerman.

M3P tetap di hati...

Ikhlas: Mas, Jengka 7

Selasa, September 08, 2009

Artis bantu bawa pulang jenazah Mariam


JELANI menulis surat kepada Wisma Putra untuk membuat permohonan membawa pulang jenazah ibunya, Mariam Johari yang meninggal dunia di Korea Selatan ketika berniaga di Bazar Ramadan Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI: Seorang artis wanita terkenal menyumbang RM11,000 untuk membiayai kos membawa pulang jenazah Mariam Johari, 88, bagi membolehkan wanita warga Malaysia yang terkandas di Korea Selatan sejak 64 tahun lalu itu, dikebumikan secara Islam.

Artis itu yang enggan namanya disiarkan akan menyerahkan bantuan berkenaan kepada Wisma Putra di Putrajaya, hari ini.

Seorang pegawai Bahagian Konsulat, Wisma Putra ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah berurusan dengan artis itu dan menerima surat daripada anak lelaki Mariam, Jelani Sonni, 72, yang meminta jenazah ibunya dibawa pulang secepat mungkin sebelum dibakar mengikut adat masyarakat Korea.

"Konsulat Malaysia akan berurusan dengan kerajaan Korea bagi mendapatkan kebenaran membawa pulang jenazah Mariam kerana Allahyarham sudah menjadi warga negara itu.

"Kita juga akan meneliti kandungan wasiat yang dikatakan ditinggalkan Mariam sebelum meninggal dunia. Sejurus mendapat kelulusan, jenazah Mariam akan dibawa pulang," katanya.

Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae yang dikatakan tidak sihat sejak empat bulan lalu, meninggal dunia ketika tidur di sebuah rumah kebajikan di Seoul, kira-kira jam 12.20 malam Sabtu lalu (waktu Malaysia).

Jelani yang menerima berita kematian ibunya, pagi kelmarin, bagaimanapun terkilan kerana Mariam dikatakan meninggalkan wasiat supaya dikebumikan mengikut adat masyarakat Korea.

Kisah Mariam mula mendapat perhatian apabila akhbar Kumpulan The New Straits Times (NSTP) menyiarkan hasratnya untuk mencari tiga anaknya di Plentong, Johor, dua tahun lalu.

Dengan bantuan Korea Broadcasting System (KBS), Mariam yang terkandas di Korea selepas dibawa tentera Jepun ke negara itu ketika Perang Dunia Kedua, akhirnya dipertemukan dengan tiga anaknya, Ramlah, 74, Jelani dan Jamnah, 67, di Seoul pada Julai 2007.

Mariam juga dibawa ke Malaysia pada 5 September tahun sama sebelum pulang semula ke Korea Selatan, kira-kira dua minggu selepas itu.

Sementara itu, Jelani yang berniaga di Pasar Ramadan Perhentian Bas Taman Kota Jaya di sini, yakin jenazah ibunya dapat dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam di sini.

Beliau berkata, ramai ahli keluarganya dikebumikan di tanah perkuburan itu dan terletak berdekatan rumahnya serta Ramlah dan Jamnah.

"Kami memang nak dia (Mariam) dibawa balik ke sini (Kota Tinggi). Apa pun orang kata, dalam hati kami mak masih Islam. Apabila dia pulang ke sini dua tahun lalu dan mengucap, dia memang ingat agama dia.

"Bila difikir-fikir, saya sendiri belum tengok surat wasiat emak, hanya dimaklumkan mengenai wasiat itu menerusi anak saudara saya, Ahmad Onn. Sekiranya benar ada surat wasiat daripadanya, saya mahu tengok," katanya.

Penyelidik KBS, Seo Kyu Won, yang dihubungi pula berkata, rakannya, Park Keon Young sering mengunjungi Mariam termasuk ketika wanita itu dalam keadaan tenat.

"Mariam sakit sejak Mei lalu tetapi kembali sihat. Namun sejak dua bulan lalu, Mariam tenat semula dan cuba menghubungi keluarganya di Malaysia.

"Mariam mahu pulang melihat anak-anaknya... beliau asyik menyebut nama Ramlah, Jelani, dan Jamnah. Mungkin ketika itu Mariam sudah tahu dia akan pergi. Malah, Mariam pernah berkata 'Saya mahu pulang ke Malaysia kerana saya dilahirkan di negara itu, ini impian saya'," katanya.

Seo berkata, anak tiri Mariam, Ji Yong Un, 53, tidak membantah sekiranya jenazah Mariam dibawa pulang ke Malaysia.

Ketika ini, jenazah Mariam masih disimpan di rumah kebajikan Gereja Roman Katholik Beon Bong dengan namanya diletakkan sebagai 'Mariam Binti Johari' dan di bawah jagaan keluarga Ji.

Bagaimanapun, keluarga Ji perlu dimaklumkan mengenai urusan membawa balik jenazah sebelum 1 tengah hari waktu Korea (12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini kerana sekiranya gagal, jenazah wanita itu akan dibakar mengikut adat masyarakat Korea.
Sumber : Berita harian 8 Oktober 2009

Isnin, September 07, 2009

MARIAM JOHARI:Anak Kecewa Ibu Wasiat dikebumi Cara Kristian

Brie.. ni yang Ju baca dari Berita Harian.. sebak dada Ju dibuatnya.. terkilan sesangat.. Sebenarnya belum dikebumikan lagi kot.. cuma berdasarkan wasiat tu dan kegagalan pihak anaknya yang tidak dapat membawa jenazah beliau ke Malaysia, mungkin keluarga beliau di Korea akan menunaikan wasiat tu.. Allah Maha Besar..

Mariam meninggal
Oleh Azida Shaharuddin
azida@bharian.com.my

Mariam Johari
Anak kecewa ibu wasiat dikebumi cara Kristian

KOTA TINGGI: "Saya terkilan mak buat wasiat hendak dikebumikan secara Kristian kerana kami langsung tidak tahu menahu mengenai wasiat itu," kata Jelani Sonni selepas mendapat tahu ibunya, Mariam Johari, 88, rakyat Malaysia yang terkandas di Korea Selatan sejak 64 tahun lalu, meninggal dunia, malam kelmarin.

Jelani, 72, berkata beliau mendapat tahu berita kematian ibunya di sebuah rumah kebajikan di Seoul daripada anak saudaranya, Ahmad Onn, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Katanya, beliau hanya tahu Mariam ada membuat wasiat sebelum menyambut Ramadan, tetapi tidak tahu kandungannya.

Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae meninggal dunia kira-kira jam 1.20 pagi waktu Korea Selatan (kira-kira jam 12.20 malam kelmarin waktu Malaysia) ketika tidur selepas kira-kira empat bulan tidak sihat.

Kisah Mariam mula mendapat perhatian apabila akhbar terbitan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) menyiarkan hasratnya untuk mencari tiga anaknya di Plentong, Johor, pada 23 Jun 2007.

Mariam yang dilahirkan di Plentong pada 16 Mac 1921, berkahwin dengan seorang jirannya ketika berusia 11 tahun pada 1932 dan melahirkan empat anak, namun anak keempatnya meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan.

Ketika Perang dunia kedua, suami Mariam menyertai tentera manakala Mariam dikerah menjadi buruh membina landasan kapal terbang di Senai pada 1943.

Mariam kemudian berkenalan dengan tentera kerahan Jepun dari Korea, Cho Se Won, yang membawanya ke Korea Selatan dan terkandas di negara itu.

Namun, hasratnya bertemu semula tiga anaknya, Ramlah Sonni, 74, Jelani dan Jamnah, 67, akhirnya termakbul apabila Korea Broadcasting System (KBS) membawa Ramlah dan Jelani serta cucunya, Ahmad Onn, 43 dan menantu, Siti Zainab Noor, 37, ke studio KBS di Seoul pada 18 Julai 2007.

Pertemuan kali pertama selama enam hari tidak berakhir di situ apabila Mariam pula dibawa ke Malaysia pada 5 September tahun sama sebelum pulang semula ke Korea Selatan pada 13 September 2007.

Jelani berkata, itulah kali terakhir beliau serta kakak dan adiknya bertemu dengan ibu mereka.

"Sejak itu saya langsung tidak mendengar daripadanya... mahupun daripada keluarga anak tirinya, Ji Yong Un, 53, di Seoul.

"Hanya pada petang 30 Mei lalu, saya mendapat panggilan daripada Mariam menerusi pelajar Malaysia yang menuntut di sana, Yen Mun Wah, yang menyatakan mak ketika itu tenat dan mak turut menyebut ketiga-tiga nama kami.

"Selepas itu tidak lagi ada khabar berita," katanya ketika ditemui selepas berbuka puasa di rumahnya di Taman Kota Jaya di sini.

Jelani kelihatan sedih, namun cuba menyembunyikannya dan kerap kali menyentuh mengenai kenangan bersama ibunya ketika wanita itu pulang ke negara ini, dua tahun lalu, termasuk mendengar Mariam mengucap dua kalimah syahadah.

Ditanya sama ada beliau akan ke Korea membawa jenazah ibunya pulang ke negara ini, Jelani berkata beliau difahamkan kos membawa pulang jenazah itu membabitkan kira-kira RM30,000.

"Lagipun saya tidak sanggup melihat ibunya dikebumikan cara mereka... rela tidak rela, kami redha dan berserah kepadaNya," katanya.

Jelani mengakui beliau dan adik beradik sekeluarga memang mahu ibu mereka dibawa pulang.

"Malah ketika beliau masih sihat lagi. Namun apakan daya, tiada siapa dapat membantu kami membawanya pulang, kerajaan negeri pula sudah banyak membantu kami dan kami turut terhutang budi.

"Kalau pun ada pihak yang sudi membantu membawa jenazah pulang, kami juga khuatir mengundang pelbagai masalah di Pejabat Agama di sini," katanya.

Aku Seorang Che'gu Part 20

Telefon. Pada masa aku mengajar di Pulau Redang pada tahun 1992 hingga 1994 talian telefon rumah, masih belum ada begitu juga di sekolah, pun tidak ada telefon. Telefon bimbit (handphone) yang terdapat melambak-melambak seperti sekarang memang tidak pernah diimpikan. Di Pulau Redang pada masa itu cuma terdapat satu telefon satelit menggunakan tenaga solar yang ditempatkan di Pondok Polis Pulau Redang.
Bagi urusan rasmi sekolah biasanya Jabatan atau PPD membuat panggilan dan meninggalkan pesan agar Guru Besar, atau guru berkenaan pergi menunggu panggilan di pondok telefon dalam masa tertentu antara 10 hingga 15 minit. Jarak antara sekolah dengan pondok telefon berkenaan lebih kurang 400 meter.
Bagi urusan tidak rasmi pula biasanya pemanggil akan memaklumkan kepada orang yang mengangkat telefon supaya membuat panggilan kembali. Dalam bab ini pujian patut diberi kepada penduduk pulau Redang kerana biasanya mereka sangat beramanah dan dengan sukarela mencari dan memaklumkan panggilan-panggilan telefon seperti yang diminta oleh pemanggil.Dalam situasi kesukaran perhubungan dan lokasi yang terasing sebegitu setiap panggilan telefon adalh sangat mustahak dan mencemaskan. Jika kita menerima panggilan telefon terbayang-bayang di fikiran apakah kejadian yang tidak kena berlaku di rumah atau kepada ahli keluarga terdekat.
Pada musim tengkujuh , sewaktu awan mendung menyelubungi angkasa telefon solar ini tidak dapat berfungsi, jadi bagi penduduk kampung dan orang awam hubungan dengan daratan terputus terus. Alternatif bagi yang terlalu mencemaskan ialah talian telefon polis ataupun telefon atur tokeh-tokeh pelancongan yang pada masa itu sebesar bateri kereta kancil dan seberat 3 kilogram ( to be continue...)

Tragis dan Menyedihkan

Mati ketika tidur
Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my


BATU PAHAT: Hasrat Mariam Johari, 88, untuk pulang buat kali terakhir ke Johor bagi menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama keluarganya, tidak kesampaian apabila wanita yang terkandas di Korea Selatan sejak 63 tahun lalu itu, meninggal dunia jam 12.20 tengah malam kelmarin (waktu Malaysia).

Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae, yang keadaan kesihatannya dilaporkan merosot sejak dua bulan lalu, meninggal dunia ketika tidur di sebuah rumah perlindungan orang tua di bandar raya Seoul.

Wanita warga emas yang pernah menarik perhatian masyarakat Malaysia itu meninggal dunia ketika ditemani anak angkatnya, Ji Yong Un, 53, dan isteri, Shin Sook Hyun, 51, serta penerbit rancangan Love In Asia KBS, Park Keon Young.

Penyelidik Korea Broadcasting System (KBS), Seo Kyu Won, berkata Mariam pernah meluahkan hasrat kembali ke tanah kelahirannya terutama bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarganya yang lama terpisah.





“Tidak beberapa lama sebelum kesihatannya semakin merosot, Mariam meluahkan keinginannya untuk pulang menemui keluarga di Malaysia buat kali terakhir.

“Saya tak tahu dia sedar atau tidak Ramadan dan Aidilfitri bakal menjelma, namun dia berharap pulang kali terakhir untuk bersama keluarganya di Malaysia walaupun keadaan kesihatannya bertambah buruk,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Won bagaimanapun berkata, Mariam disahkan meninggal dunia ketika tidur pada jam 1.20 pagi waktu Korea akibat sakit tua.

Menurutnya, jenazah Mariam kini disimpan di hospital berkenaan selama tiga hari (hingga esok) sementara menunggu keputusan sama ada keluarganya di Malaysia mahu membawa pulang atau sebaliknya.

Mariam mula mendapat perhatian apabila akhbar terbitan kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) menyiarkan kisahnya yang mencari tiga anak kandungnya di Plentong, Johor, pada 23 Jun 2007 menerusi rancangan Love In Asia KBS.

Dia yang dilahirkan di Plentong pada 16 Mac 1921, dibesarkan keluarga di Kampung Sungai Tengkorak, Plentong dan bekerja sebagai penoreh getah.

Wanita itu dinikahkan dengan seorang jiran ketika berusia 11 tahun pada 1932 dan melahirkan empat anak, namun anak keempatnya meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan.

Ketika Perang Dunia Kedua, suami Mariam menyertai tentera manakala wanita itu dikerahkan menjadi buruh membina sebuah landasan kapal terbang di Senai pada 1943.

Mariam kemudian berkenalan dengan tentera kerahan Jepun dari Korea, Cho Se Won, yang membawanya pulang ke Korea Selatan dengan alasan berkenalan dengan ibu bapanya sebelum pulang ke Tanah Melayu (ketika itu) semula.

Bagaimanapun, Mariam terkandas di Korea Selatan termasuk terpaksa melalui Perang Saudara Korea dari 1950 hingga 1953 dan selepas perang tamat, harapannya untuk pulang ke Tanah Melayu musnah apabila Tanah Melayu bergelar Malaysia.

Namun, hasratnya bertemu semula tiga anaknya, Ramlah Sonni, 74, Jelani, 72, dan Jamnah, 67, akhirnya termakbul apabila KBS menerusi rancangan itu membawa Ramlah dan Jelani, serta cucu, Ahmad Onn, 43, dan menantu, Siti Zainab Noor, 37, bertemu buat kali pertama di studio KBS di Seoul pada 18 Julai 2007.

Pertemuan kali pertama selama enam hari itu tidak berakhir di situ apabila Mariam dibawa pulang ke Malaysia pada 5 September tahun sama sebelum pulang semula ke Korea Selatan pada 13 September 2007.

Ahad, September 06, 2009

Aku Seorang Che'gu Part 19

Yak Bok TanJeti kayu dan kehidupan di Pulau Redang tidak dapat dipisahkan umpama irama dan lagu. Jeti-jeti dibuat pada akhir tahun 1970an seiring dengan perpindahan penduduk yang sebelumnya di pulau Pinang kira-kira satu kilometer dari Pulau Redang. Pada asalnya tiang jeti empat persegi, tetapi kebanyakannya telah ditukar dengan tiang bulat daripada kayu bakau apabila tiang asalnya reput. lantai pula kebanyakannya adalah papan 1 inci X enam inci yang disusun di atas penyangga tiang tadi. Jeti ini digunakan oleh pejalan kaki, penunggang basikal dan jarang-jarang penunggang motorsikal. Ada sesetengah tempat , jeti ini bergoyang-goyang bila kita melaluinya.
Ketika hujan pula jeti ini sangat licin, pejalan kaki akan jatuh tersungkur atau terjelepuk jika tidak berhati-hati melaluinya. kadangkala di atas jeti ini terdapat pula longgokan tahi kucing yang selalu terpijak kerana warnanya dengan warna lantai jeti tidak banyak bezanya.
Pada suatu petanng ahli jemaah masjid termasuk kami guru-guru yang datang bersolat Asar dijemput untuk bertahlil di rumah penduduk kampung Pulau Redang. Seperti biasa kami akan pergi secara berderet dan beriringan dalam kumpulan tujuh hingga sepuluh orang. Selesai tahlil dan jamuan kami keluar daripada rumah itu secara beriringan sepertimana waktu kami datang tadi. Sewaktu perjalanan pulang Seorang sahabatku telah terpijak lantai yang hujungnya telah reput dan tidak kena pada penyangga menyebabkan lantai itu terjungkit ke atas hampir menghempap kepala. Sebelah kaki lagi telah terperosok ke celah lantai yang tercabut tadi bersama sebahagian kain pelikatnya. Serentak itu seorang pakcik yang bersama kami berteriak " Yak Bok Tan" . Kami membantu menarik sahabat tadi. Apabila kembali ke rumah guru sahabat yang terpelosok tadi yang berasal dari Johor bertanya apakah erti " Yak Bok Tan " itu beberapa kali. Aku cuba menjelaskan bahawa itu adalah kata-kata spontan seperti "Masya Allah " dan sebagainya, pada hal aku pun tak tahu dengan tepatnya apakah ertinya " Yak Bok Tan " itu. ( To be continue...)

Sabtu, September 05, 2009

AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS....

Salam Ramadhan Buat Sahabat-Sahabat Yang Budiman. Semoga terus ceria pada bulan Ramadhan ini. Tentunya semakin sibuk menguruskan anak2 dan rumahtangga apatahlagi menjelang Syawal ni kan? Ju, Kak Tun, Ida, Gee dan Razima pastinya tengah sibuk mencongak2 kuih raya yang bakal dibuat atau ditunjuk! Kita lak sebagai suami pastinya tongah poning memikirkan duit raya, baju raya , belanja raya, belanja selepas raya dan bermacam-macam lagilah.....mmmm kekadang tu rasa macam nak patah balik zaman kanak2 dulu... bebas tanpa tanggungjawab kan?! Yang penting seronok jer....Tapi itulah hidup namanya...Semakin kita menginjak usia tanggungjawab kian bertambah..Siapa yang lari daripada tanggungjawab pasti tak aman hidupnya!!

Pada Subuh yang hening ini, saya nak ajak diri saya dan rakan2 sekalian untuk lebih menyayangi adik-beradik yang kita ada. Ingat tak dulu2 sewaktu kita kecik2 lagi? Masa tu saya yakin kita semua rapat ngan adik beradik kan? Tidur sebantal, makan semeja, mandi segayung, selimut bersama... tapi apabila kita sudah mempunyai haluan masing2 kekadang kita lupakan semua kemesraan itu...Pernah jugak kita gaduh ngan adik-beradik dulu kan? Tapi bak kata orang, carik2 bulu ayam lama2 bercantum jugak! Pagi tu gaduh, tengah hari dah berpeluk2 balik, tak gitu Ju? Saya ingat cerita seorang rakan yang telah yatim piatu. Katanya hari raya baginya kini tak bererti kerana tak de orang tua yang harus diciumi pada pagi raya...Mujur ada adik beradik untuk berkongsi suka dan duka...Oleh itu, rakan2 sekalian, selain ibu bapa berbuat baiklah dengan adik-beradik kita kerana mereka juga adalah 'diri' kita sebenarnya...Sama2lah kita hayati kisah di bawah yang menyentuh perasaan...Ju, ko jangan nangis k....

.. Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. "Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak- esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg... .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... .. "Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas- kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras. " Apalagi... aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. Moralnya - Sayangilah ahli keluarga anda ..

M3P tetap di hati...

Ikhlas : Mas, Jengka 7

Jumaat, September 04, 2009

Menghiasi hati dengan menangis

Satu lagi perkongsian untuk kengkawan...satu bahan menarik untuk santapan minda...

"Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." (HR. Bukhari dan Muslim). Indahnya hidup dengan celupan iman. Saat itulah terasa bahwa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada di depan mata. Semuanya teramat kecil dibanding dengan balasan dan siksa Allah swt.

Menyedari bahwa dosa diri tak akan terpikul di pundak orang lain

Siapa pun kita, jangan pernah terfikir bahawa dosa-dosa yang telah dilakukan akan terpikul di pundak orang lain. Siapa pun. Pemimpinkah, tokoh yang punya banyak pengikutkah, orang kayakah. Semua kebaikan dan keburukan akan kembali kepada pelakunya.Maha Benar Allah dengan firman-Nya dalam surah Al-An'am ayat 164. "...Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudaratannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan."Lalu, pernahkah kita menghitung-hitung dosa yang telah kita lakukan. Seberapa banyak dan besar dosa-dosa itu. Jangan-jangan, hitungannya tiada beza dengan jumlah nikmat Allah yang kita terima. Atau bahkan, jauh lebih banyak lagi.Masihkah kita merasa aman dengan kualiti diri seperti itu. Belumkah tersedar kalau tak seorang pun mampu menjamin bahwa esok kita belum berpisah dengan dunia. Belumkah tersedar kalau tak seorang pun yakin bahwa esok ia masih bisa beramal. Belumkah tersedar kalau kelak masing-masing kita sibuk mempertanggungjawabkan apa yang telah kita lakukan.

Menyedari bahwa diri teramat hina di hadapan Yang Maha Agung

Antara keindahan iman adalah anugerah pemahaman bahwa kita begitu hina di hadapan Allah swt. Saat itulah, seorang hamba menemukan jati diri yang sebenarnya. Ia datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa. Dan akan kembali dengan selembar kain putih. Itu pun kerana jasa baik orang lain.Apa yang kita dapatkan pun tak lebih dari anugerah Allah. Kita pandai kerana orang tua menyekolah kita. Seperti itulah sunnatullah yang menjadi kelaziman bagi setiap orang tua. Kekayaan yang kita peroleh bisa berasal dari warisan orang tua atau kerana berkat lingkungan yang lagi-lagi Allah titipkan buat kita. Kita begitu faqir di hadapan Allah swt.Seperti itulah Allah nyatakan dalam surah Faathir ayat 15 sampai 17, "Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, nescaya Dia musnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sulit bagi Allah."

Menyedari bahwa syurga tak akan termasuki hanya dengan amal yang sedikit

Mungkin, pernah terangan-angan dalam benak kita bahawa sudah menjadi kemestian kalau Allah swt. akan memasukkan kita ke dalam syurga. Fikiran itu mengalir lantaran berasa diri telah begitu banyak beramal. Siang malam, tak henti-hentinya kita menunaikan ibadah. "Pasti, pasti saya akan masuk syurga," begitulah keyakinan diri itu muncul karena melihat amal diri sudah lebih dari cukup.Namun, ketika perbandingan nilai dilayangkan jauh ke generasi sahabat Rasul, kita akan melihat pemandangan lain. Bahwa, para generasi sekaliber sahabat pun tidak pernah aman kalau mereka pasti masuk surga. Dan seperti itulah dasar pijakan mereka ketika ada order-order baru yang diperintahkan Rasulullah.Begitulah ketika turun perintah hijrah. Mereka menatap segala bayang-bayang suram soal sanak keluarga yang ditinggal, harta yang pasti akan disita, dengan satu harapan: Allah pasti akan memberikan balasan yang terbaik. Dan itu adalah pilihan yang tak boleh disia-siakan. Begitu pun ketika secara tidak disengaja, Allah mempertemukan mereka dengan pasukan yang tiga kali lebih banyak dalam daerah yang bernama Badar. Dan taruhan saat itu bukan hal sepele: nyawa. Lagi-lagi, semua itu mereka tempuh demi menyongsong investasi besar, meraih syurga.Begitulah Allah menggambarkan mereka dalam surah Albaqarah ayat 214. "Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

Menyedari bahwa azab Allah teramat pedih

Apa yang bisa kita bayangkan ketika suatu ketika semua manusia berkumpul dalam tempat luas yang tak seorang pun punya hak istimewa kecuali dengan izin Allah. Jangankan hak istimewa, pakaian pun tak ada. Yang jelas dalam benak manusia saat itu cuma pada dua pilihan: syurga atau neraka. Di dua tempat itulah pilihan akhir nasib seorang manusia."Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapanya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya." (QS. 80: 34-37)Mulailah bayang-bayang pedihnya siksa neraka tergambar jelas. Kematian di dunia cuma sekali. Sementara, di neraka orang tidak pernah mati. Selamanya merasakan pedihnya siksa. Terus, dan selamanya.Seperti apa siksa neraka, Rasulullah saw. pernah menggambarkan sebuah contoh siksa yang paling ringan. "Sesungguhnya seringan-ringan siksa penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang di bawah kedua tumitnya diletakkan dua bara api yang dapat mendidihkan otaknya. Sedangkan ia berpendapat bahwa tidak ada seorang pun yang lebih berat siksaannya daripada itu, padahal itu adalah siksaan yang paling ringan bagi penghuni neraka." (HR. Bukhari dan Muslim)

Belum saatnyakah kita menangis di hadapan Allah. Atau jangan-jangan, hati kita sudah teramat keras untuk tersentuh dengan kekuasaan Allah yang teramat jelas di hadapan kita. Imam Ghazali pernah memberi nasihat, jika seorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis karena takut dengan kekuasaan Allah, justeru menangislah karena ketidakmampuan itu.

Nota : Terima kasih kepada penulis asalnya.

Khamis, September 03, 2009

SAYANGILAH IBU DAN AYAH.....

Salam Ramadhan.....

Khusus buat sahabat semua, semoga terus tabah dalam menjalani ibadah puasa ini. Semoga kita terus sabar melayan karenah anak2 kita...Apabila dah ada anak, barulah kita rasa bagaimana peritnya ibu bapa kita membesarkan kita dahulu...Jadi pada bulan yang mulia ini, jika kita ada terasa dengan emak atau ayah kita cepat2lah berjumpa mereka...Kalau tinggal seorang daripada mereka seperti saya yang hanya ada ibu sahaja, berbaktilah sementara mereka masih ada ini...Bukan apa, kekadang tu tika lihat anak2 jiran sedikit"kurang ajar"dengan emak mereka sendiri, rasa syahdu sangat! Harap2 anak2 kita tidak seperti itu...Buat sahabat semua, saya titipkan cerita yang panjang ini buat renungan kita bersama...Buat Ju, Kak Tun, Ida, Razima dan kaum2 Hawa yang lain, anda sebenarnya insan2 yg paling mulia di sisi anak2...

Seorang budak perempuan berumur belasan tahun meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. " Bukannya?banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak. " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. " Maaak...kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. " Yalah, mak tau...tapi mak tak ada duit," balas ibunya. " RM 20 aja !" si gadis berkata. " Tak ada ," jawab ibunya. " Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. " Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak ! Saya takmau dengar ! " " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !" Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding.?Dan Sementara diluar,suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 . Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu. " Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis?berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah?ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung?mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun, apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat .

Ia seperti di paku ke tanah.Si gadis mula cemas. " Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. " Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. " Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa?orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil. " Ayah...kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di?pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. " Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah ? " kata si gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal...Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus. " Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita?tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam?mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan. " Habis anak saya ?" tanya si bapa. " Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat?dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan,"balas imam. Lelaki berkenaan bersetuju.

Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ; "Emak...ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi?memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan. " Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas 'tunai'.

Bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka. ?? Sama-samalah kita ambil iktibar dari kisah cerita ini....mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yg derhaka....na'uzubillah.... Moralnya - Jangan melawan cakap orang tua kita & sayangilah mereka..

M3P tetap di hati.....

Ikhlas : Mas, Jengka 7

"P" Untuk Ku - "P" Untuk Mu

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji
antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau
ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri
hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada
setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang..

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh
menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana
kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan,
katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga,
Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Usz Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan
suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi
mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya
membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu
merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh
daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah
supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi
daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Usz Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang
boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami
isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat
ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah
mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap
agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia
bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung
jawab terhadap keluarga," katanya.

Rabu, September 02, 2009

ALHAMDULILLAH .........


Salam Ramadhan...

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak kawan publish kat sini. Testing...testing...Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya kan?! Tak gitu kak Tun, Ju, Sabri n rakan2 sekalian...Ok selepas ini, kawan cuba untuk meriahkan blog kita ini semula ngan coretan2 yang dah lama terpendam...TUNGGU......!!!