Pecarian Belum Selesai
Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ
Komuniti Seluruh Warga M3P di Facebook
Assalamualaikum....2008 bakal muncul. Bermula buku baru untuk tahun baru. Semoga kedatangan 2008 ini akan menyemarakkan lagi semangat kita warga pendidik untuk mendidik dengan lebih tekun lagi anak-anak didik kita. Tahun 2008 saya masih lagi mengajar tahun satu. Mulanya telah dinaikkan pangkat untuk mengajar tahun 4 sesi pagi tetapi memandangkan anak nak masuk tahun 1 2008, teruslah dengan kontrak tahun satu untuk tahun yang ke berapa dah. Di SK Batu 3 tahun satu sesi petang jadi masalah anak tiada siapa tinggal di rumah. Sejak keluar mengajar sehingga sekarang hanya setahun dua mengajar tahun lain, selebihnya tahun satu. Kiranya dah pakar tahun satu. Kalau ada kawan-kawan yang terlibat dengan tahun satu bolehla kita tukar-tukar idea, pengalaman untuk memantapkan lagi p & p kita, tukar-tukar soalan ke.Okeyla, di sini dulu saya mengundur diri. Berharap sangat untuk mendengar khabar dari kalian semua. Salam sayang ingatan berpanjangan daripada Zarida and Family.
Terima kasih kepada u all dah pandai hantar gambar pun, dulu jadi ahli kelab komputer kan .... anak buah cik yo lah tu... mintak tolong sampaikan salam saya pada cikgu mohd abd rahman dan family , suruh dia tengok-tengok blog ni. pah tu mintak no hp isteri dia untuk simpanan data. Cikgu mat le ni sibuk sangat agak nya kalau setakat sms tu susah nak balas.....cakap dalam blog ni ada gambar dia.
Kepada Rosnani&Family juga saya ucapkan terima kasih dan tahniah, kalau dtg ke terengganu calling-calling lah, TQ.-sabri.
Assalamualaikum.... Salam Aidil Adha drp Junaina dan keluarga....
Bersama-sama nih Ju lampirkan gambar keluarga kami. Gambar ni kami ambil pada 10 Nov 2007... hari akhir raya aidil fitri.. Korang ingat lagi tak rupa Ju n Abg Aminudin Yaakub ketika kami kempis dulu? Bandingkan la rupa kami skrg... he he...
Anak2 kami tuh.. sulung Effah Haziqah (naik form 2), Ahmad Effat Haziq (naik thn 6), Ahmad Effat Hazmi (naik thn 3), dan yang bongsu keladi nih (bongsu2 takut ada lagik) Ahmad Effat Hamizan (naik 4 tahun).. Yg kedua tu sebijik abg mie... Maaf la gambar anak2 kami nih tersenget2 sebab panas ketika tuh...
Wat Nanie Alie, abg mie tanya, ingat lagi tak ko rosakkan motor dia dulu tuh? Saje tanye tuk pastikan ko ingat lagi tak kat dia...
K, kalu korang nak naik Gunung Tahan atau nak ke Kuala Tahan contct kami la ek... Kami dok di K338 Taman Inderapura 4, 27000 Jerantut, Pahang..Rumah kami dekat dengan rumah Abang mat.. Mohamad b Abdul Rahman.. berjiran la katakan... isteri beliau ialah Razilah, ada sorang anak lelaki....Jumpa lagi nanti...
Good Luck Is Often With The Man Who Doesn't Include It In His Plans..
The Fact That No One Understand You Doesn't Make You An Artist..
There is only one corner of the universe you can be certain of improving and that is your own self.
Assalamualaikum Teman2 seperjuangan..masak suda lupa sama Nanie dari Tawau Sabah..dihati ini gembira sungguh mendapat perkhabaran daripada kawan2 semua.Inilah keluarga Nanie, baru seorang anak berusia 2 thn lebih.InsyaAllah thn depan bertambah lagi mudah-mudahan kembar tolong doakan..Sekarang ni tengah mengandung anak kedua or ketiga.Suami Nanie, cikgu jugak nama Ruly Sibat Masiga SMK Pasir Putih Tawau aktif KRS dulu sekarang dah pencen KRS dan kami jumpa di PusatKo Kem Malanggang Kiulu Tamparuli Sabah JU PusatKo gak..Sekarang Nanie bertugas di SK Kg Titingan Tawau Sabah dan menjadi Penyelaras Unit Bimbingan & Kaunseling tapi tidak sepenuh masa lagi. Kekawan2 yg berkesempatan datang ke Tawau Sabah jangan lupa hubungi Nanie ya...alamat rumah TB8777 Lrg 2,Taman Wawasan Jln Utara Baru.91000 Tawau tak jauh dari Bandar Tawau lebih kurang 10km je dan tambang teksi RM7 or hubungi Nanie (089-763709)/(0198234147) nanti Nanie ambil di Airport Tawau kalau ada masa la yea tak janji tau..sampai jupa lagi dilain waktu k...
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI KAMI SEKELUARGA.Inilah gambar anak-anak kami yang sulung Siti Farhana 13 tahun,kedua Safwan 12 tahun,ketiga Siti Nur Fathiah 7 tahun dan yang bongsu setakat ni Siti Nur Fadillah 4 tahun.
18 DISEMMBER 2007, 8 00 AM SAYA BERJUMPA DENGAN CIKGU ROSMAN DI BATU BUROK, DIA MENGINAP DI SITU, DIA KENA JAGA ANAKNYA YANG KEMBAR SEPASANG (SEORANG LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN BERUSIA 3 TAHUN LEBIH)ISTERINYA MENJADI PEMERIKSA KERTAS.RUPANYA ANAK SULUNGNYA MENINGGAL DUNIA PADA TAHIN 2002 SEWAKTU DARJAH SATU, TAMBAHAN PULA WAKTU ITU DIA HANYA MEMPUNYAI SEORANG ANAK. SO..... RASANYA BERAT JUGALAH DUGAAN YANG DI TERIMANYA. TAPI TAK SEMPAT NAK CAKAP BANYAK SEBAB AKU KENA MASUK PEJABAT SEGERA PAGI NI KERANA ADA URUSAN MUSTAHAK, ......... TENGAHARI LEBIH KURANG JAM 12 30 CG MOHD AWANG TEH PULA JEMPUT AKU, DIA BUAT KENDURI DI RUMAHNYA HARI AHAD 23 DISEMBER NANTI , DIA MINTA AKU SAMPAIKAN SALAMNYA BUAT SEMUA KAWAN-KAWAN, SO SIAPA BACA BLOG INI KIRA AKU DAH SAMPAIKAN SALAMNYA OK . SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DARIPADA SABRI&FAMILY.
Woi handsomenye anak kau orang, sihat belaka nampaknya, mak dan ayahnya tak kurang juga . terima kasihlah hantar gambar untuk tatapan kami semua.
Selamat hari Raya AidilAdha untuk semua kawan-kawan, terutamanya warga m3p9092.kalian semua masih tetap dalam ingatan kami.kami sekarang tingal di kuantan . kalau ada masa datanglah ke rumah. insya Allah tak banjir
ini gambar kami sekeluarga. tapi bukan yang terbaharu.sekarang ni anak yang sulong dah tingkatan 2. dan yang bongsu nak masuk darjah 1
Tahniah kepada tuan sekeluarga kerana dah aktif menulis blog ini, lepas ni war-warkanlah kepada kawan-kawan kite ye. Khabor ke dia bahawa menulis blog ni bukanlah payah ok. terima kasih.
Alkisahnya pada 9 Disember yang lalu kami makan angin ke Tanah Merah dan terus ke Kota Bharu pada sebelah petangnya.Nak dijadikan cerita termakan buah langsat dalam bandar KB ketika mencari-cari Hotel Pasifik.Mujurlah terlintas nak hubungi rakan lama Affendi untuk dapatkan bantuan.Setelah selesai tugas kami ke Dewan Beta mengunjungi rakan lama yang lama tak jumpa selain untuk balas jasa dan bertukar-tukar cerita.Kunjungan kami mendapat sambutan dan layanan yang baik dari keluarganya. Rasa macam tak percaya pulak setelah hampir bertahun-tahun dapat berjumpa dengannya.Banyak cerita yang kami kemukakan mengenai kawan-kawan yang lain sempat juga "give and take no hp"hinggakan tak sedar hari telah hampir larut malam.Darinya kami dapat tahu yang Seri Abd Rahman dan Norliza MD Noor duduk berjiran di bandar Tanah Merah ,belakang pasaraya Pantai Timur .Rakan-rakan nak tau Affendi kini mempunyai 5 orang cahayamata hasil perkahwinan dengan seorang jururawat.Insyaallah selepas raya korban ini kami akan singgah pula di Tanah Merah dan mungkin akan berjumpa pula rakan-rakan yang lain.DIEN & ZIEY SG TONG SETIU TERENGGANU.
Khabar Baik yang di terima Cikgu Hilmi Hussain , kelantan dah bergelar pensyarah di Institut Perguruan Sultan Mizan Besut, Syabas dan tahniah di ucapkan
DIN & ZIEY - SG. TONG SETIU, TRG. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,Sungguhpun M3P telah terkubur, namun ianya masih bernesan. Mana tidaknya....terkadang kami jengah dan jejaki lamannya...segalanya masih segar dalam ingatan. Setiap sudut yang kami soroti semuanya menggamit memori mengimbau kenangan lama ketika bersama kalian. Laman dan bangunan yang masih tegap dan teguh seperti dulu, cuma...sedikit ceria dari dulu..yang saban hari pernah menyambut mendakap kita dengan pelbagai rencah dan lagak...melucukan, membosankan, menyedihkan, menyakitkan, menyentuh perasaan, menakutkan, membimbangkan, menyeksakan, membahagiakan, dan bermacam-macam 'me' lagi. Di sinilah semuanya kita harungi bersama. Teramat sangat ingin kami temui kalian agar dapat kita membuka cerita kisah lama dan baru untuk kita satukan semoga ikatan ini tetap utuh sampai bila-bila. Kami yakin bahawa antara kita tidak pernah lupa bahawa kitalah yang mewarnai keakraban ini di sebalik takdir manis Yang Maha Esa. Hadiahkan Al-Fatihah kepada dua orang sahabat kita; Allahyarham Rosmayazed Rasli dan Nik Mohd Zaki yang telah dijemput Rabbulizati moga rohnya tenang dan aman di alam baqa. Ingatan ikhlas daripada Din & Ziey sekeluarga.
Saya bagaikan bermimpi apabila dapat bertemu dengan Sabang di Sarawak pada 28 November yang lalu. Walaupun saya bermesyuarat di Kuching tetapi sempat jugalah sya menjengok rumahnya di Gedong,Serian Serawak lebih kurang 1 jam setengah memandu kereta . Cikgu Sabang sekarang dah memiliki sebuah bungalow dua tingkat, seorang ( seorang sahaja) isteri dan tiga orang anak. Lebih mengejutkan lagi dalam diam-diam dia dah ada Masters. Cikgu sabang juga ada mencadangkan agak blog kita ini banyak diisi dengan benda-benda lebih manfaat dan ilmiah...... sebenarnya itulah hasrat saya. Tetapi buat permulaan ini biasa-biasakanlah dulu menggunakan blog ni ye.... Cikgu Sabang dan keluarganya sempat juga menghantar saya di lapangan terbang Kuching sewaktu saya pulang ke semenanjung pada 30 November... sayu juga hati saya bila teringatkan air mineral dan roti bum yang dibekalkan untuk saya makan sewaktu perjalanan pulang. Kepada Cikgu Sabang saya mengucapkan selamat berjaya dan selamat berbahagia, semoga panjang umur kita berjumpa lagi. Terima Kasih, Sabri, - PKG Mengabang Telipot 2 Disember 2007. 10.28 am
Wan Rusnani telah meng e mailkan sekolahnya iaitu SK Leban Chondong Rompin Pahang, sesiapa berminat nak menghubunginnya bolehlah contact saya, sabri tq.