Pecarian Belum Selesai
Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ
Komuniti Seluruh Warga M3P di Facebook
DIN & ZIEY - SG. TONG SETIU, TRG. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,Sungguhpun M3P telah terkubur, namun ianya masih bernesan. Mana tidaknya....terkadang kami jengah dan jejaki lamannya...segalanya masih segar dalam ingatan. Setiap sudut yang kami soroti semuanya menggamit memori mengimbau kenangan lama ketika bersama kalian. Laman dan bangunan yang masih tegap dan teguh seperti dulu, cuma...sedikit ceria dari dulu..yang saban hari pernah menyambut mendakap kita dengan pelbagai rencah dan lagak...melucukan, membosankan, menyedihkan, menyakitkan, menyentuh perasaan, menakutkan, membimbangkan, menyeksakan, membahagiakan, dan bermacam-macam 'me' lagi. Di sinilah semuanya kita harungi bersama. Teramat sangat ingin kami temui kalian agar dapat kita membuka cerita kisah lama dan baru untuk kita satukan semoga ikatan ini tetap utuh sampai bila-bila. Kami yakin bahawa antara kita tidak pernah lupa bahawa kitalah yang mewarnai keakraban ini di sebalik takdir manis Yang Maha Esa. Hadiahkan Al-Fatihah kepada dua orang sahabat kita; Allahyarham Rosmayazed Rasli dan Nik Mohd Zaki yang telah dijemput Rabbulizati moga rohnya tenang dan aman di alam baqa. Ingatan ikhlas daripada Din & Ziey sekeluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan