Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Rabu, Disember 12, 2007

BERSUA AFFENDI DI DEWAN BETA

Alkisahnya pada 9 Disember yang lalu kami makan angin ke Tanah Merah dan terus ke Kota Bharu pada sebelah petangnya.Nak dijadikan cerita termakan buah langsat dalam bandar KB ketika mencari-cari Hotel Pasifik.Mujurlah terlintas nak hubungi rakan lama Affendi untuk dapatkan bantuan.Setelah selesai tugas kami ke Dewan Beta mengunjungi rakan lama yang lama tak jumpa selain untuk balas jasa dan bertukar-tukar cerita.Kunjungan kami mendapat sambutan dan layanan yang baik dari keluarganya. Rasa macam tak percaya pulak setelah hampir bertahun-tahun dapat berjumpa dengannya.Banyak cerita yang kami kemukakan mengenai kawan-kawan yang lain sempat juga "give and take no hp"hinggakan tak sedar hari telah hampir larut malam.Darinya kami dapat tahu yang Seri Abd Rahman dan Norliza MD Noor duduk berjiran di bandar Tanah Merah ,belakang pasaraya Pantai Timur .Rakan-rakan nak tau Affendi kini mempunyai 5 orang cahayamata hasil perkahwinan dengan seorang jururawat.Insyaallah selepas raya korban ini kami akan singgah pula di Tanah Merah dan mungkin akan berjumpa pula rakan-rakan yang lain.DIEN & ZIEY SG TONG SETIU TERENGGANU.

Tiada ulasan: