Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Ahad, Disember 30, 2007

Selamat Bertugas Kembali 2008

Assalamualaikum....
2008 bakal muncul. Bermula buku baru untuk tahun baru. Semoga kedatangan 2008 ini akan menyemarakkan lagi semangat kita warga pendidik untuk mendidik dengan lebih tekun lagi anak-anak didik kita. Tahun 2008 saya masih lagi mengajar tahun satu. Mulanya telah dinaikkan pangkat untuk mengajar tahun 4 sesi pagi tetapi memandangkan anak nak masuk tahun 1 2008, teruslah dengan kontrak tahun satu untuk tahun yang ke berapa dah. Di SK Batu 3 tahun satu sesi petang jadi masalah anak tiada siapa tinggal di rumah. Sejak keluar mengajar sehingga sekarang hanya setahun dua mengajar tahun lain, selebihnya tahun satu. Kiranya dah pakar tahun satu. Kalau ada kawan-kawan yang terlibat dengan tahun satu bolehla kita tukar-tukar idea, pengalaman untuk memantapkan lagi p & p kita, tukar-tukar soalan ke.Okeyla, di sini dulu saya mengundur diri. Berharap sangat untuk mendengar khabar dari kalian semua. Salam sayang ingatan berpanjangan daripada Zarida and Family.

Tiada ulasan: