Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Ahad, Disember 02, 2007

SABANG

Saya bagaikan bermimpi apabila dapat bertemu dengan Sabang di Sarawak pada 28 November yang lalu. Walaupun saya bermesyuarat di Kuching tetapi sempat jugalah sya menjengok rumahnya di Gedong,Serian Serawak lebih kurang 1 jam setengah memandu kereta . Cikgu Sabang sekarang dah memiliki sebuah bungalow dua tingkat, seorang ( seorang sahaja) isteri dan tiga orang anak. Lebih mengejutkan lagi dalam diam-diam dia dah ada Masters. Cikgu sabang juga ada mencadangkan agak blog kita ini banyak diisi dengan benda-benda lebih manfaat dan ilmiah...... sebenarnya itulah hasrat saya. Tetapi buat permulaan ini biasa-biasakanlah dulu menggunakan blog ni ye.... Cikgu Sabang dan keluarganya sempat juga menghantar saya di lapangan terbang Kuching sewaktu saya pulang ke semenanjung pada 30 November... sayu juga hati saya bila teringatkan air mineral dan roti bum yang dibekalkan untuk saya makan sewaktu perjalanan pulang. Kepada Cikgu Sabang saya mengucapkan selamat berjaya dan selamat berbahagia, semoga panjang umur kita berjumpa lagi. Terima Kasih, Sabri, - PKG Mengabang Telipot 2 Disember 2007. 10.28 am

Tiada ulasan: