Assalamualaikum rakan2 yang dirindui...
Tersentuh membaca coretan Brie dan Che Tun.. Memang itulah pengalaman yg amat berharga utk kita sebagai ibu bapa kan? Walau apapun kepahitan yg kita alami dlm uruskan ank2, sebenarnya itulah kemanisan yg tiada galang gantinya.. biarpun air mata yg menjadi taruhan.. apatah lagi jika kita masih berpeluang utk mendidik atau membentuk mereka...
Untuk Brie, napa tak ambik gambor ber'sanding' kali kedua tu.. tentu berbagai rasa ada kan? Ju dapat selami rasa hati kalian ketika tu.. ada terharu, teruja, terkilan..dan semua 'ter' akan terbit... tapi di sebalik semua itu, rasa yg pasti menjadi ingatan sepanjang usia ialah rasa bangga jauh di sudut hati kita...bila mana kita tersedar, bahawa anak kalian 'sedang berusaha untuk mengambil hati kalian'.. kan, Brie?,, Ish, rasa hangat di mata Ju ni.. Ah, tergenang lak air mata terharu Ju... Kamu bertuah Brie.. anak2mu amat mencintai kalian.. harapnya akan berbunga dan terus berkembang bagi menerbitkan buah2 yg manis di usia kalian...bak kata pepatah bijak pandai.. "Sesungguhnya akar pendidikan itu pahit, tapi buahnya manis"...Amin...
Tapi, memang benar kata Che Tun, dalam setandan kelapa tidak semua akan elok, tentu ada yg bermasalah.. Satu kita perlu ingat yg bermasalah itu bukan bermakna tidak berguna.. mungkin Allah bagi peluang utk kita berfikir, utk menambah pahala, mengenali erti sabar dan sejuta rahmat serta kebaikan yg Allah lindungkan agar kita mencari... Syabas utk Che Tun, sebab tabah menjaga ank yg 'mungkin' pada kita bermasalah pada ketika ini.. (sebab ank yg ok ketika ini sebenarnya BELUM bermasalah lagik...) Jika kita kata kita sukar, masih ada lagi yg susah... Semua itu adalah pengalaman yg tidak boleh dijual beli...
Anak sulung Ju juga mengalami masalah kesihatan...
'seronegative athritis', yg melibatkan keradangan setiap sendinya...Kata doktor, antibodi yg sering melindungi badan kita, terlalu aktif dan memusnahkan sistem badan dia (pelik kan?) mula dikesan selepas menyertai sukan tahun lepas.. dia aktif sukan sejak skolah rendah lagi... nak jadi sebab, naik tingkatan satu, selepas sukan dan merentas desa, lututnya bengkak.. skrg ni, bengkak dah ok, tapi sakit setiap sendi.. bertahan dgn ubat setiap masa... solat duduk, naik turun tangga kena kurangkan, segala aktiviti fizikal kena stop, kena guna tandas duduk... Kami terpaksa mohon tak duduk asrama melalui surat doktor... Masalah tuk menulis sering berlaku, masa peksa la sian sgt.. skolah tu kalau dpt 'D' kena wat ulangan peksa kat dataran.. angkat meja menulis sdn.. tu yg anak Ju takut sgt.. Subjek yg lemah sejarah n bahasa Arab... selalu dpt 'C'...
Ok la... byk dah ter'coret' nih... jumpa lagi nanti ek..