Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Ahad, Disember 30, 2007

Selamat Bertugas Kembali 2008

Assalamualaikum....
2008 bakal muncul. Bermula buku baru untuk tahun baru. Semoga kedatangan 2008 ini akan menyemarakkan lagi semangat kita warga pendidik untuk mendidik dengan lebih tekun lagi anak-anak didik kita. Tahun 2008 saya masih lagi mengajar tahun satu. Mulanya telah dinaikkan pangkat untuk mengajar tahun 4 sesi pagi tetapi memandangkan anak nak masuk tahun 1 2008, teruslah dengan kontrak tahun satu untuk tahun yang ke berapa dah. Di SK Batu 3 tahun satu sesi petang jadi masalah anak tiada siapa tinggal di rumah. Sejak keluar mengajar sehingga sekarang hanya setahun dua mengajar tahun lain, selebihnya tahun satu. Kiranya dah pakar tahun satu. Kalau ada kawan-kawan yang terlibat dengan tahun satu bolehla kita tukar-tukar idea, pengalaman untuk memantapkan lagi p & p kita, tukar-tukar soalan ke.Okeyla, di sini dulu saya mengundur diri. Berharap sangat untuk mendengar khabar dari kalian semua. Salam sayang ingatan berpanjangan daripada Zarida and Family.

Rabu, Disember 26, 2007

To Junaina, Abg Amin & Family / Rosnanie

Terima kasih kepada u all dah pandai hantar gambar pun, dulu jadi ahli kelab komputer kan .... anak buah cik yo lah tu... mintak tolong sampaikan salam saya pada cikgu mohd abd rahman dan family , suruh dia tengok-tengok blog ni. pah tu mintak no hp isteri dia untuk simpanan data. Cikgu mat le ni sibuk sangat agak nya kalau setakat sms tu susah nak balas.....cakap dalam blog ni ada gambar dia.
Kepada Rosnani&Family juga saya ucapkan terima kasih dan tahniah, kalau dtg ke terengganu calling-calling lah, TQ.-sabri.

Selasa, Disember 25, 2007

SALAM AIDIL ADHA...


Assalamualaikum.... Salam Aidil Adha drp Junaina dan keluarga....
Bersama-sama nih Ju lampirkan gambar keluarga kami. Gambar ni kami ambil pada 10 Nov 2007... hari akhir raya aidil fitri.. Korang ingat lagi tak rupa Ju n Abg Aminudin Yaakub ketika kami kempis dulu? Bandingkan la rupa kami skrg... he he...

Anak2 kami tuh.. sulung Effah Haziqah (naik form 2), Ahmad Effat Haziq (naik thn 6), Ahmad Effat Hazmi (naik thn 3), dan yang bongsu keladi nih (bongsu2 takut ada lagik) Ahmad Effat Hamizan (naik 4 tahun).. Yg kedua tu sebijik abg mie... Maaf la gambar anak2 kami nih tersenget2 sebab panas ketika tuh...

Wat Nanie Alie, abg mie tanya, ingat lagi tak ko rosakkan motor dia dulu tuh? Saje tanye tuk pastikan ko ingat lagi tak kat dia...

K, kalu korang nak naik Gunung Tahan atau nak ke Kuala Tahan contct kami la ek... Kami dok di K338 Taman Inderapura 4, 27000 Jerantut, Pahang..Rumah kami dekat dengan rumah Abang mat.. Mohamad b Abdul Rahman.. berjiran la katakan... isteri beliau ialah Razilah, ada sorang anak lelaki....Jumpa lagi nanti...

Sabtu, Disember 22, 2007

Anak sulung Nanie ni namanya A'qeem A'mally..


Good Luck Is Often With The Man Who Doesn't Include It In His Plans..

The Fact That No One Understand You Doesn't Make You An Artist..

Aku berkongsi 2 jejaka dalam hidup ku kini..Rosnanie Mohd Alie SK Kg Titingan Tawau Sabah


There is only one corner of the universe you can be certain of improving and that is your own self.

Rosnanie Mohd Alie Dah kahwin Dengan Ruly Sibat Masiga dan dapat anak lelaki nama A'qeem A'mally


Assalamualaikum Teman2 seperjuangan..masak suda lupa sama Nanie dari Tawau Sabah..dihati ini gembira sungguh mendapat perkhabaran daripada kawan2 semua.Inilah keluarga Nanie, baru seorang anak berusia 2 thn lebih.InsyaAllah thn depan bertambah lagi mudah-mudahan kembar tolong doakan..Sekarang ni tengah mengandung anak kedua or ketiga.Suami Nanie, cikgu jugak nama Ruly Sibat Masiga SMK Pasir Putih Tawau aktif KRS dulu sekarang dah pencen KRS dan kami jumpa di PusatKo Kem Malanggang Kiulu Tamparuli Sabah JU PusatKo gak..Sekarang Nanie bertugas di SK Kg Titingan Tawau Sabah dan menjadi Penyelaras Unit Bimbingan & Kaunseling tapi tidak sepenuh masa lagi. Kekawan2 yg berkesempatan datang ke Tawau Sabah jangan lupa hubungi Nanie ya...alamat rumah TB8777 Lrg 2,Taman Wawasan Jln Utara Baru.91000 Tawau tak jauh dari Bandar Tawau lebih kurang 10km je dan tambang teksi RM7 or hubungi Nanie (089-763709)/(0198234147) nanti Nanie ambil di Airport Tawau kalau ada masa la yea tak janji tau..sampai jupa lagi dilain waktu k...

Khamis, Disember 20, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI KAMI SEKELUARGA.Inilah gambar anak-anak kami yang sulung Siti Farhana 13 tahun,kedua Safwan 12 tahun,ketiga Siti Nur Fathiah 7 tahun dan yang bongsu setakat ni Siti Nur Fadillah 4 tahun.

Selasa, Disember 18, 2007

CIKGU ROSMAN

18 DISEMMBER 2007, 8 00 AM SAYA BERJUMPA DENGAN CIKGU ROSMAN DI BATU BUROK, DIA MENGINAP DI SITU, DIA KENA JAGA ANAKNYA YANG KEMBAR SEPASANG (SEORANG LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN BERUSIA 3 TAHUN LEBIH)ISTERINYA MENJADI PEMERIKSA KERTAS.RUPANYA ANAK SULUNGNYA MENINGGAL DUNIA PADA TAHIN 2002 SEWAKTU DARJAH SATU, TAMBAHAN PULA WAKTU ITU DIA HANYA MEMPUNYAI SEORANG ANAK. SO..... RASANYA BERAT JUGALAH DUGAAN YANG DI TERIMANYA. TAPI TAK SEMPAT NAK CAKAP BANYAK SEBAB AKU KENA MASUK PEJABAT SEGERA PAGI NI KERANA ADA URUSAN MUSTAHAK, ......... TENGAHARI LEBIH KURANG JAM 12 30 CG MOHD AWANG TEH PULA JEMPUT AKU, DIA BUAT KENDURI DI RUMAHNYA HARI AHAD 23 DISEMBER NANTI , DIA MINTA AKU SAMPAIKAN SALAMNYA BUAT SEMUA KAWAN-KAWAN, SO SIAPA BACA BLOG INI KIRA AKU DAH SAMPAIKAN SALAMNYA OK . SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DARIPADA SABRI&FAMILY.

Ahad, Disember 16, 2007

TQ to Cikgu Zul & Keluarga

Woi handsomenye anak kau orang, sihat belaka nampaknya, mak dan ayahnya tak kurang juga . terima kasihlah hantar gambar untuk tatapan kami semua.

Khamis, Disember 13, 2007

salam aidil adha dari kami


Selamat hari Raya AidilAdha untuk semua kawan-kawan, terutamanya warga m3p9092.kalian semua masih tetap dalam ingatan kami.kami sekarang tingal di kuantan . kalau ada masa datanglah ke rumah. insya Allah tak banjir
ini gambar kami sekeluarga. tapi bukan yang terbaharu.sekarang ni anak yang sulong dah tingkatan 2. dan yang bongsu nak masuk darjah 1

Tahniah Kepada Sabaruddin & Family

Tahniah kepada tuan sekeluarga kerana dah aktif menulis blog ini, lepas ni war-warkanlah kepada kawan-kawan kite ye. Khabor ke dia bahawa menulis blog ni bukanlah payah ok. terima kasih.

Rabu, Disember 12, 2007

BERSUA AFFENDI DI DEWAN BETA

Alkisahnya pada 9 Disember yang lalu kami makan angin ke Tanah Merah dan terus ke Kota Bharu pada sebelah petangnya.Nak dijadikan cerita termakan buah langsat dalam bandar KB ketika mencari-cari Hotel Pasifik.Mujurlah terlintas nak hubungi rakan lama Affendi untuk dapatkan bantuan.Setelah selesai tugas kami ke Dewan Beta mengunjungi rakan lama yang lama tak jumpa selain untuk balas jasa dan bertukar-tukar cerita.Kunjungan kami mendapat sambutan dan layanan yang baik dari keluarganya. Rasa macam tak percaya pulak setelah hampir bertahun-tahun dapat berjumpa dengannya.Banyak cerita yang kami kemukakan mengenai kawan-kawan yang lain sempat juga "give and take no hp"hinggakan tak sedar hari telah hampir larut malam.Darinya kami dapat tahu yang Seri Abd Rahman dan Norliza MD Noor duduk berjiran di bandar Tanah Merah ,belakang pasaraya Pantai Timur .Rakan-rakan nak tau Affendi kini mempunyai 5 orang cahayamata hasil perkahwinan dengan seorang jururawat.Insyaallah selepas raya korban ini kami akan singgah pula di Tanah Merah dan mungkin akan berjumpa pula rakan-rakan yang lain.DIEN & ZIEY SG TONG SETIU TERENGGANU.

Ahad, Disember 09, 2007

Tahniah Buat Cikgu Hilmi

Khabar Baik yang di terima Cikgu Hilmi Hussain , kelantan dah bergelar pensyarah di Institut Perguruan Sultan Mizan Besut, Syabas dan tahniah di ucapkan

Ahad, Disember 02, 2007

DIN & ZIEY

DIN & ZIEY - SG. TONG SETIU, TRG. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,Sungguhpun M3P telah terkubur, namun ianya masih bernesan. Mana tidaknya....terkadang kami jengah dan jejaki lamannya...segalanya masih segar dalam ingatan. Setiap sudut yang kami soroti semuanya menggamit memori mengimbau kenangan lama ketika bersama kalian. Laman dan bangunan yang masih tegap dan teguh seperti dulu, cuma...sedikit ceria dari dulu..yang saban hari pernah menyambut mendakap kita dengan pelbagai rencah dan lagak...melucukan, membosankan, menyedihkan, menyakitkan, menyentuh perasaan, menakutkan, membimbangkan, menyeksakan, membahagiakan, dan bermacam-macam 'me' lagi. Di sinilah semuanya kita harungi bersama. Teramat sangat ingin kami temui kalian agar dapat kita membuka cerita kisah lama dan baru untuk kita satukan semoga ikatan ini tetap utuh sampai bila-bila. Kami yakin bahawa antara kita tidak pernah lupa bahawa kitalah yang mewarnai keakraban ini di sebalik takdir manis Yang Maha Esa. Hadiahkan Al-Fatihah kepada dua orang sahabat kita; Allahyarham Rosmayazed Rasli dan Nik Mohd Zaki yang telah dijemput Rabbulizati moga rohnya tenang dan aman di alam baqa. Ingatan ikhlas daripada Din & Ziey sekeluarga.

SABANG

Saya bagaikan bermimpi apabila dapat bertemu dengan Sabang di Sarawak pada 28 November yang lalu. Walaupun saya bermesyuarat di Kuching tetapi sempat jugalah sya menjengok rumahnya di Gedong,Serian Serawak lebih kurang 1 jam setengah memandu kereta . Cikgu Sabang sekarang dah memiliki sebuah bungalow dua tingkat, seorang ( seorang sahaja) isteri dan tiga orang anak. Lebih mengejutkan lagi dalam diam-diam dia dah ada Masters. Cikgu sabang juga ada mencadangkan agak blog kita ini banyak diisi dengan benda-benda lebih manfaat dan ilmiah...... sebenarnya itulah hasrat saya. Tetapi buat permulaan ini biasa-biasakanlah dulu menggunakan blog ni ye.... Cikgu Sabang dan keluarganya sempat juga menghantar saya di lapangan terbang Kuching sewaktu saya pulang ke semenanjung pada 30 November... sayu juga hati saya bila teringatkan air mineral dan roti bum yang dibekalkan untuk saya makan sewaktu perjalanan pulang. Kepada Cikgu Sabang saya mengucapkan selamat berjaya dan selamat berbahagia, semoga panjang umur kita berjumpa lagi. Terima Kasih, Sabri, - PKG Mengabang Telipot 2 Disember 2007. 10.28 am

Wan Rusnani

Wan Rusnani telah meng e mailkan sekolahnya iaitu SK Leban Chondong Rompin Pahang, sesiapa berminat nak menghubunginnya bolehlah contact saya, sabri tq.

Rabu, November 14, 2007

Email daripada Zulkafle Kamaruddin

apa kabar? kawan sehat la ni. tahniah kerana berusaha mengembalikan kenangan lama kawan-kawan m3p.semoga kita dapat berkumpul semula dengan bilangan ahli yang lebih ramai lagi.-zulkafle kamarudin -skteruntum kuantan
no tel kawan 0199523278 e mail ajoi_65meto@yahoo.com.

Isnin, November 12, 2007

Selamat Bercuti

Kepada Teman-teman seperjuangan saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat bercuti panjang....... semoga cuti ini membawa bahgia kalau datang ke terengganu tu contact-contactlah saya . terima kasih.

Ahad, November 11, 2007

.............Zam Maamor...........

10 November 2007 seorang lagi sahabat kita di temui dengan selamatnya. Zamma'mor Misiran sekarang mengajar di sk Khir johari Bagan Datoh Perak. Email yang diberi zam5291@oum.edu.my.

Rabu, November 07, 2007

Al Kisahnya

aSSAMUALAIKUM. lONI KAWE DOK SAJA DI KOMPUTER.pEJAM CELIK DAH 15 THN BERLALU.kALU BULEH NOK JUPO SEMULA KAWE-KAWE. sEPI X BEERTI LUPA, DEKAT X BERMAKNA BULEH BERJUPO, JAUH X BERMAKNA KITA X DPT BERSUO. aDANYA BLOG NI DPTLAH KITO BERKOMUNIKASI SEMULA. aYUH HISDUPKAN SEMULA SINAR MPPP 90/92. Meezee, Tangkak

Isnin, November 05, 2007

.......Kata Junaina.....

Salam Pertautan Kembali Sempena Aidil Fitri....
Assalamualaikum rakan semua...
Tidak pernah diduga ini menjadi kenyataan.. Rupanya ada ruang untuk kita kembalikan nostalgia kita di M3P... Pernah terfikir, mungkin terpadam kenangan di M3P dengan hilangnya M3P dalam senarai nama maktab di Malaysia ni...

Apapun, dalam cubaan pertama Ju ini untuk me'neray' blog ni Ju ucapkan 'Salam Pertemuan Kembali dan Salam Aidil Fitri untuk Semua'... no ctct Ju 0139336540, bertugas di SK Pedah, Jerantut, Pahang... Kawan sebilik Ju di Maktab dulu, Kak Rusini dah jadi pensyarah di IPTAA, Kuala Lipis... Ju masih di sekolah rendah je... tak naik-naik kelas ni... badan je naik... he he...

Ahad, November 04, 2007

........Abd Shukor Ibrahim.......

Tengah Hari Jumaat 2 November Shukor dah contact aku ketika tengah bersiap nak sembahyang jumaat. Dia mengajar di SK Jaya Bakti Beluran Sabah katanya alamat dulu dah tak leh pakai lagi. Nasib baik kawan arwah bapanya kenal dengannya dan menyerahkan kad raya kepadanya. Katanya dia dah ada 2 pasang anak sekarang.

Khamis, November 01, 2007

......E Mail dari Rushdi Amit......

Assalamualaikum,
Terima kasih atas usaha anda dalam menyatukan mereka yang terpisah pada zahirnya walaupun kenangan tidak dapat dipisahkan. Hasil usaha anda, saya dapat berhubung semula dgn Adnan Abdullah, Mohd. Sani, Md Noor Gege, Mustafa, Mohd Zain dll.

Saya berminat utk masuk ke ruangan pengarang.
Saya ni taklah begitu arif dalam komp. Lagipu
schoolnet di sini selalu slow dan break down.

Saudara,
Boleh beritahu cara bagaimana nak coretkan catatan, ucapan dalam ruangan blog yang disediakan?

Contact no Shahdana Buji : 0138176710
SK Batu Danau
98700 LIMBANG,
Sarawak

Terima kasih atas kiriman kad. Baru diterima kelmarin

Wassalam,
RUSDI BIN AMIT
SK BATU LIMA
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH,
98850 LAWAS,
SARAWAK
013-8050307

Rabu, Oktober 31, 2007

Selamat Menjadi Pengarang Blog

Tahniah kepada Pn. Junaina kerana dah berjaya menjadi pengarang blog. Kepada abang amin tu kalau berminat saya bercadang nak perluaskan blog ini untuk peserta mppp89/90 dan 91/93 cukuplah rasanya saya handle 3 sesi. Kalau rakan lain setuju. setuju tak ???. Diharap lepas ni family kalian selalulah poskan maklumat dari Jerantut untuk blog kite ye

.......Reduan Debok...

Hari ini 31 Oktober 2007 seorang lagi kawan kita Mohd Reduan Debok telah mengSMSkan no HPnya kalau berminat bukalah mail yahoo kawanmaktab@yahoo.com dan mintaklah password dengan saya terima kasih. SK Mercang, 1.00 tengahari.

Selasa, Oktober 30, 2007

Pencarian Ke 100 Berakhir

Pada hari ini 30 Oktober 2007 Saya telah menerima contact nombor ke 100. Orang yang bertuah tersebut ialah Pn.siti norbaiti SK Pulau Condong. Kota Bharu kelantan, Untuk memudahkan tuan puan mendapatkan 100 nama kawan kawan tersebut bukalah e mail kawanmaktab@yahoo.com. cuma password hendaklah diminta dengan saya atas sebab-sebab keselamatan dan integriti. Kalau berminat sms lah ye. Terima kasih. Residence Inn Kuantan, 30 Oktober 2007.

Isnin, Oktober 29, 2007

Masih Lagi dalam Pencarian....

Sehingga kini saya dah mengumpul 99 contact nama kawan-kawan kita . Siapakah yang bertuah akan menjadi kawan yang ke 100. Kalau dapat saya akan umumkan dalam blog ini. Harapnya menjelang ahhir tahun ini dapatlah saya memenuhkan 157 contact no kawan-kawan kita. ( 10.26 am Residen Inn Kuantan 29 Oktober 2007). Kawan terakhir dapat contact rohana dan junaina . tq.

Khamis, Oktober 25, 2007

Terima Kasih .........Sahabat-sahabatku

Hari ini aku berasa very happy pasal blog ni dah laku macam goreng pisang panas. Terima kasihlah kepada sahabat-sahabatku kerana sudi berkunjung ke blog ini. nampaknnya penggunaan e mail pun boleh tahan juga. Aku mengharapkan kawan-kawan cuba menjadi pengarang blog ini. Caranya ialah :
1. Hantar e mail ke aku, sabrimnr@yahoo.com
2. Apabila ada dijemput dalam e-mail cuba jawab dengan menerima invitation
3. Kemudian sign in dengan email-dan password yang dihantar.
3. seterusnya klik dekat newpost , taip apa nak taip dan publish post.
Selamat mencuba.

Tolong maklumkan kepada kawan-kawan lain atau diri sendiri yang belum beri no hp tu tlg smskan ye terima kasih.

Khamis, Oktober 18, 2007

Salam Aidil Fitri dari rakan-rakan..........

Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin, Rindu rasanya dengan teman-teman dan kalau boleh ingin kembali ke zaman M3P . Daripada Fazilah Othman @ Anis.

Dari Johor ke Kuala Terengganu, di MPPP kita berjumpa, Biarpun lama tidak bertemu Namun di Hati tidak ku lupa. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Dari Rosli Dahlan, SMK Tenang Stesen, Segamat, Johor. Contact No 0197720529.

Lisan Kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang tak tertunai, Hati kadang-kadang berprasangka, Sikap kadang-kadang menyakitkan. Hidup ini menjadi indah jika masih ada rasa maaf. Dalam Menyambut Aidilfitri marilah kita bersihkan hati. Mohon Maaf Zahir dan Batin, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Daripada Sagap Smawi & Norlaila, Aida,M Zikri dan M Hellmi. SK Methodist Anglo Chinese, Sarikei Sarawak. Contact no 0198193017

Selasa, Oktober 16, 2007

....Zanariah Nawi....

Salam Aidilfitri Khas buat rakan MPPP yang masih mengingati Kak Yah, semoga suatu masa kita akan bertemu jua.
Daripada Zanariah Nawi SK Kamil Pasir Putih Kelantan

...Zainal Ismail..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, jika langkah membekas lara, jika kata merangkai dusta jika tingkah menoreh luka, jika suara menkam rasa, ampun maaf saya pinta dengan ingatan setulus rasa daripada Zainal Sekeluarga, Palong, Negeri Sembilan

.......Rohayati Ali

Berpisah bukan terpisah, jarak bukan pemisah, selamat bertemu kembali
Rohayati Ali Contact no 0177318244

.......Zarida.....

Assalamualaikum, saya Zarida bt Mat. Baru Baca Kad, seronok tak terkira dah lama nak cari kawan-kawan M3P, Selamat Hari Raya. Contact No Zarida 0199392484 , Zulkafle 0199522378 Kuantan Pahang

.......Zainab Wan Hamzah

Assalamualaikum, Saya Zainab Wan Hamzah MPPP 1990/92, semoga kita boleh berkumpul semula. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Contact No 0199985121

Rohana Isahak

Didalam kerendahan HATI ada ketinggian BUDI, dalam kemiskinan HARTA, ada kekayaan JIWA, dalam gurau senda ada KHILAF dan DOSA..... Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin buat semua ex Student M3P sesi 90/92
dari Rohana Isahak dan Keluarga, SMK Bukit Damar,Lanchang Pahang

.....dari sarawak

Di kesempatan ini, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kepada rakan-rakan yang sentiasa menghantar berita, kirim ucapan dan bertanya khabar, terima kasih di atas ingatan tulus ikhlas tuan puan.

Assalamualaikum.



Daripada :

SABANG B HJ CHEK

LATIPAH BT SUHAILI

KHAIRUL IRADAT B SABANG

AISYAH SYAHIDA BT SABANG

MUHAMAD MUHAIMIN B SABANG

Khamis, Oktober 11, 2007

.........radizam......

jika wajah tak sempat bertatap dan tangan tak sempat berjabat maka biarlah maaf dari hati yang penuh dengan keikhlasan yang hakiki . Semoga amal ibadah kita diterima olehNya. Marhabban ya syawal . Daripada Radizam Abd Kadir, SK Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor . Contact no 0197603646

Rabu, Oktober 10, 2007

Daripada Hayati Awang

Terima kasih atas kiriman kad ucapan hari raya. Nostalgia MPPP mengamit memori lagi. Selamat hari raya daripada saya sekeluarga.Tahniah atas usaha saudara dan rakan -rakan. Semoga tali silaturrahim antara kita semua warga M3P dapat diteruskan sampai bila-bila.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.




Daripada : Hayati Awang/ 0129227554

Salam ukkhuwah

Assalamualaikum,
Buat rakan-rakan seperjuangan,sudah 15 tahun kita tak bersua dan berbicara.Namun mppp tetap dalam kenangan.Walaupun kita tak mungkin lagi duduk sebumbung namun kita masih
boleh berhubung.
Senyap tak bererti kita lupa,dekat tak semestinya kita boleh berjumpa.Jauh tak semestinya kita tak boleh bersua.Dengan adanya ruangan ini maka dapatlah kita berhubung semula walaupun tak berjumpa muka .Pokok pangkalnya keikhlasan,kejujuran di dalam hati dapat mengeratkan kembali siratulrahim yang telah putus lama.
Rakan-rakan kalau dulu kita dipimpin tapi kini giliran kita pula memimpin.Kita mempunyai tanggungjawab bukan saja pelajar tetapi anak-anak kita.Didik dan semaikan mereka dengan penuh kasih sayang.Lebihkan ukrahwi dpd duniawi, Insyaallah kita akan selamat.Akhir kato
perkataan yg cantik "Allah"Lagu yg merdu"azan"Novel yg menarik "Al-Quran, Senaman yg baik "Solat"Diet yg baik "poso"Slamat Hari Rayo" Dr Meezee Skluarga...Kalu Buleh Nok Jupo
Demo Sumo.......Wassalam

Selasa, Oktober 09, 2007

Zamri Idris

MPPPKT 90/92 Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya dari Zamri Idris dan keluarga Wassalam. Contact no 0199777886.

Sehat Shamsuddin , Johor

Saya Sehat & Family mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir batin buat warga M3P 90/92. Kalau rakan M3P buat Program Alumni mungkin kita boleh jumpa semula Insya Allah.

Isnin, Oktober 08, 2007

Ucapan Daripada Hasmah Sorumin

Selamat hari Raya Maaf Zahir dan Batin daripada Hasmah Sorumin dan Family , SK Maran 26500 Maran Pahang

KIRAMAN KAD RAYA

Kad raya telah diedarkan kepada semua kawan kawan jika sesiapa belum terima berkemungkinan posmen tak jumpa cari anda. Jangan bersedih hati ... ada lagi dalam stok. masih boleh di hantar walaupun terlewat. SMS kan alamt penuh ye !!!!

Khamis, Oktober 04, 2007

Pengarang Blog Berdaftar

Tahniah kepada Meezee , atuk dan mat zain kerana dah daftar jadi pengarang blog. Orang lain bila lagi ? Cubalah.

Rabu, Oktober 03, 2007

Dari Tarmeezee

Salam Ramadhan dan Aidil Fitri untuk semua rakan mantan MPPP 1990/1992 Kalu Buleh nok jumpe seula dengan demo semua. Salam Ukkhuwwah
daripada
meezee sk sri tangkak, muar johor.
contact no 0196816508

Ucapan Raya Rosdi Aziz

Ass.
Sempena menyambut 1Syawal 1428H,saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin buat teman2 M3P 90/92 di mana jua berada.Sekian.

Ingatan Tulus Ikhlas ;

Drp;
Roshdi,NurulAin & Afiq Ridhwan

Isnin, September 17, 2007

Ucapan Raya Razima

Tiada kata seindah bahasa, salam aidilfitri Untuk semua, walau dimana kita berada kita tetap lihat bulan yang sama.
Razima Mat Mat Yassim

Cerita Mas Lanasrie Melalui E Mail

Assalamualikum Bri,

Sori lama tak bere-mel ngan ko. Sibuk ngan tugasan di sekolah la....
Baru-baru ni dari 9 - 12 Sept, aku berkursus di Port Dickson. Mohamad b Abd Rahman unit E pun ada juga! Terlanjur ke sana, aku berkesempatan berjumpa dengan Mohd Yazid unit E dan bermalam di rumahnya yang besar di Taman Bukit Kepayang, Seremban. Aku dan dia cuba cari rumah Mohd Kamal Arifin tetapi sesat dan tak berjumpa. Yang seronoknya, Kamal cari aku di Glory Beach Resoat tempat aku dan Mohamad berkursus. So petang tu kami bertiga ke luar minum2 di bandar Por Dickson. Seronok pula mengimbau cerita lama2 di MPPP. Kau tahu kan Kamal kahwin ngan siapa? Dia kahwin ngan Sharifah Zainab budak Sarawak tu.. Kalau tak silap aku unit C sama ngan ko kan? Cam mana Ramadhan kali ini? Aku harap ko terus semangat untuk menghubungkan kami semua... Ok lah Bri, di bawah ini ucapan daripada aku untuk dimuatkan dalam kad raya gergasi yang ko planning tu. Harap harap menjadi!

ALFATIHAH

Alfatihah

Sempena bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama menyedekahkan Al Fatihah kita untuk rakan-rakan yang telah menemui Ilahi


ALLAHYARHAM ROSMAYAZED ROSLI
Kembali Ke Rahmatullah Pada Tahun 1995

ALLAHYARHAM NIK MOHD ZAKI NIK MAN
Kembali Ke Rahmatullah Pada Tahun 2006


Semoga Allah Mencucuri Rahmat Ke atas Roh Mereka

Salam Aidil Fitri dari Rakan-Rakan

Selamat Berpuasa.
Helmi Hussin, SMK Pengkalan Chepa Kelantan,0129392171 (members 077)

Selamat berpuasa dan selamat hari raya.Jadilah hamba Allah yang sentiasa bertakwa dan usah tertipu dengan keindahan serta keseronokan duniawi.
Abd Rahim@Sangkang Ismail,SK Kuala Berang, Terengganu, 0139045051 (members079)

Senyap tak berarti lupa. Dekat tidak bermakna kita akan berjumpa. Jauh tak bearti hubungan kita terputus. Terserah pada diri , tanyalah hati, Salam Aidilfitri, Maaf ,Zahir batin,- UNA. CH.
Husna Abdul Ghani, Sk Tanah Rata, Cameron Highland,0199242166 (members 080)

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, bulan penuh keberkatan dan keampunan, Dengan Ingatan Tulus Ikhlas.
Rosilawati Abd Rahman,SK BT 48 Dungun, Trg,0199782447 (members 086)

Sentiasalah setting NIAT, upgrade IMAN, download SABAR, upload USAHA, delete DOSA, update DOA dan top up ILMU agar kita sama-sama lebih hampir pada ILAHI RABBI. Selamat menyambut kedatangan Ramadhan, Maaf Zahir Batin. Selamat Hari Raya.
Mohd Asri Ibrahim (ATUK),SMK Long Yunus,Kelantan.0179780331 (members 100)

Selamat menyambut Ramadhan. Semoga kawan-kawan sihat hendaknya.
Amriruden Mohd Ali,SK Gelam Patah Johor,0137267161 (members 137)

Salam dari Jengka 4 Pahang, Buat semua rakan seperjuanganku dari M3P. Selamat menyambut hari lebaran 1428 H. Dan moga Allah memberkati kerjaya kita.
Haryati Hanip,SK Jengka 4,Pahang. 0139891171 (members 139)

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk semua warga M3P 90/92 Khususnya unit E.
Mustafa Ali,SK Kepong,Trg, 0199054829 (members 152)

Salam Aidilfitri buat teman MPPP, semoga Aidilfitri ini akan menaut kembali jalinan persahabatan yang semakin hilang seiring waktu. Mohon ampun dan maaf andai ada terlanjur kata sepanjang kita bersama di sebuah tempat yang penuh kenangan di MPPP.

Maslanasrie Mohamad, SK Jengka 7,Pahang , 0129576775 (members 053)

Salam Aidil Fitri dari Rakan-Rakan

Salam Ramadhan Al-Mubarak, semoga ibadah diterima, rezeki diberkati umur dirahmati.
Mohd Asri Jusoh, Dungun Terengganu . 0199075115 (members 007)

Selamat menunaikan ibadat puasa dan selamat menyambut hari raya buat semua yang masih mengingati saya. I mis you all.
Rahmat Minhat, SMK Iskandar Shah, Melaka. 0136042542 (members 027)

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Mohd Sani Ismail, Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu. 0199686829 (members 033)

Gema azan menusuk jiwa, rebana dipalu petanda berbuka, Salam Ramadhan penambah mesra, moga sempurna ibadah puasa. “selamat berpuasa”.
Sabaruddin Salleh, SMK Langkap Terengganu. 0199365796 (members 045)

Assalamualaikum, kepada semua ex student M3P sesi 90/92, selamat menjalani ibadah puasa dan selamat membuat persiapan Aidilfitri. Pengalaman di M3P bersama kalian begitu indah dan menjadi memori sepanjang hayat. Jika ada masa contactlah kawe.
Azwan Jabar, SK Rinting 2, Johor,0137780793 (members 012).

Tiada hari seindah JUMAAT. Tiada kata seindah ZIKIR, Tiada ibadah seindah SOLAT. Tiada bulan seindah RAMADHAN. Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa.
Azmi Hj. Mat Nor, SK Felda Jengka 23 Pahang,0199930414 (members 070)

Selamat menyambut bulan yang penuh keberkatan dan mulia.
Noriah Othman, SK Seri Budiman 2,0129843767 (members 073)

Sudah berlabuh tirai Syaaban. Cahaya Ramadhan kian menyinari. Luhur hati ikhlas amalan. Semoga segala ibadat Allah berkati. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.
Hamidah Rashid, SK Mengabang Telipot, 0148025168, (members 074)

Isnin, Julai 30, 2007

Rakan Dari Serawak

Sabang Chek adress : Kg, Lubuk Lalang gedong,94700 Serian Sarawak. Tempat bertugas SK Gumpey Simunjang, d/a Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Simunjang 94800 Simunjang Sarawak. E-Mail sabchek@tm.net.my.

Ahad, Julai 29, 2007

Kamal ke pejabat aku


25 Julai A K Ariffin ke pejabat aku. Sebenarnya pejabat aku dekat je dengan rumahnya lebih kurang dua batu je. Dia dok tengah buat master katanya akan abis sebulan ni. Tahniah lah kepadannya. Satu lagu dia khabo Aji khairuddin jadi penyelianya. Bertuah sungguh dia.

Isnin, Julai 23, 2007

Roshdi Aziz


Inilah Roshdi Aziz pada masa ini, mengajar di SK Bukit Tok Beng, Sedan belajar PJJ.

Ahad, Julai 22, 2007

Tolong War-warkan lah....

Saya dah menerima sms dan panggilan daripada rakan-rakan supaya memperluaskan blog ini kepada semua rakan-rakan lain. Dan itulah hasrat saya, jadi kalau terjumpa rakan-rakan lain tu tolonglah war-warkan blog ini ya www.rakanmppp.blogspot.com Terima Kasih.

Khamis, Julai 05, 2007

Lagi Gambar azwan



Gambar Azwan

Ini gambar yang dikirim oleh rakan kita Azwan dari skrinting 2 johor.

Ahad, Jun 24, 2007

Anak Bongsu Sabri ?

Ikut kata orang rumahnya inilah anak bongsu ( no 6 dah ) boleh caye ke)

keluarga sabri 4


Inilah gambar aku anak beranak pada 22 Jun 2007, Hari jumaat

keluarga sabri 3


keluarga sabri 2


Keluarga Sabri 1


Ahad, Jun 17, 2007

Niza & Family


Inilah sebuah keluarga rakan kita yang mengajar di Pahang kalau nak contact mereka gunakan e mail niza_harun@yahoo.com.my atau norsiah_kamari@yahoo.com no hp dia orang pun ada nak ke ???

Khamis, Jun 14, 2007

Di Cameron Highland

Aku bermesyuarat di cameron highland baru ni. 11-13 jun , pergi tengok pkg cameron highland, rupanya ada kawan kita di situ. Namanya puan Husna.

Khamis, Mei 31, 2007

Sokongan Daripada Kawan-Kawan

Saya sangat-sangat memohon sokongan kawan-kawan semua untuk menghantar apa sahaja yang berkaitan dengan rakan-rakan MPPP1990/92 caranya ialah emailkan saja kepada sabrimnr@yahoo.com Insya Allah ia akan dipaparkan dalam blog ini. terima kasih-terima kasih.

Cikgu Azmi



Ni Lah Namanya Cikgu Azmi BT Ali, Mengajar di SK Durian Mas Manir, Buat rumahpun dekat-dekat tu je.

Mohd Abd Rahman


Ini Seorang lagi rakan kita, bila jumpa lepas beri salam dia akan kata takbir !!!! Allahu Akhbar, sekarang mengajar di SK Jerantut Pahang , kahwin pun dengan rakan MPPP 1990/92 Juga Nak tahu siapa tanyalah dia. ( Sori gambar diperolehi secara maya sahaja)

Tawaran Istimewa

Peluang untuk menghubungi rakan-rakan. Bersama saya ada lebih daripada 50 nama dan no telefon rakan-rakan mppp1990/92 kalaulah berminat hubungilah saya di talian 0199677400 atau kalau nak semua emailkan kepada sabrimnr@yahoo.com semua perkhidmatan percuma sahaja.

Cikgu Zakiah



Cikgu Zakiah Kassim sekarang mengajar di SK Telok Pasu Kuala Terengganu. Sekarang telah menjadi warga Terengganu.

Inilah Rakan Kita Cikgu Laili


Cikgu Laili Ali, sekarang mengajar di SK Manir sebagai guru kaunseling, kalau nak hubungi dia bolehlah contact web master.

Selasa, Mei 29, 2007

Web Master

Inilah Aku Pada Bulan Mac 2007 Kalau kalian sudah lupa. Sekarang bekerja di PKG bersama seorang lagi rakan Bernama Ramzi, junior setahun.
Aku juga ada beberapa gambar rakan yang lain. kalu nak tengok boleh aku beri dengan izin. T.Q.

Lengkapkan Data Diri dan Rakan-rakan

Saya memohon rakan rakan mengirimkan maklumat diri iaitu nama, no hp, sekolah , e mail diri sendiri atau rakan rakan yang lain untuk mengemaskini data rakan-rakan, rakan-rakan juga boleh juga mendapat maklumat rakan rakan lain melalui e mail sabrimnr@yahoo.com atau melalui sms 0199677400. terima kasih.

Mengimbau Kenangan

Sahabat-sahabat yang dihormati, di kesempatan yang ada ingin ku ukirkan seribu kenangan kalian sewaktu bersama di MPPP 1990/1992. Bila dihitung, lima belas tahun berlalu, tidak mungkin ada sekelumitpun kenangan yang menjadi kenangan tidak berguna. Peristiwa manis dahulu telah menjadi mimpi dan rempah ratus adunan yang sempurna untuk menjadi pendidik yang berwibawa. Kenangan pahit pula terbukti menjadi satu penawar untuk kita menjadi lebih matang dan dewasa.
Alangkah ruginya jika apa yang kita mulakan lima belas tahun dahulu kita kuburkan sahaja. ayuh !!! kita mulakan kembali, kita hidupkan semula, di kejauhan ini kita suburkan akal, minda dan budi kita dengan penuh ukhhuwah. Kita wujudkan kekuatan kita. Jadikan Laman Web ini penghubung Silaturrahim antara kita . Wassalam
Web Master- Sabri, h/p 0199677400, e mail sabrimnr@yahoo.com