Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Selasa, Mac 31, 2009

Nasib Seorang Sahabat

Posting kali ini diambil sebahagian daripada e mail seorang sahabat kita, cuba baca patah demi patah dan agaklah siapa orangnya :

"Balik kuliah aku ke wad kecemasan kerana badan dah menggeletar, takleh pegang apa2, menulis pun tak boleh...Dr tahan sekejap, buat ujian darah, amik BP, ujian jantung sbb kata Dr, degup jantung tak normal, laju sangat...Dari jam 6, jam 10 malam baru balik. Itupun patutnya aku warded tapi aku mohon Dr bagi rehat kat umah sbb kesian anak2...Dr bagi cuti seminggu sampai Jumaat. Jumaat kena buat test lagi, nak tengok progress kesihatan aku. Darah tinggi aku dah teruk, hampir strok. Nasib baik kata Dr aku cepat datang sebab menggeletar tu dah hampir sgt nak kena strok. Terkejut aku Brie, gini jadinya dengan aku."

Aku sungguh bersimpati dengan beliau ini dan aku doakan agar beliau cepat pulih serta semakin tabah menghadapi kehidupan yang kian mencabar.

Isnin, Mac 30, 2009

TRY BACA NIH...

SAPE BLEH BACA NIE CAYA LA...

I CAN READ IT! CAN YOU?
Ada sesiapa yg boleh baca ni?


(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna):-

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.

Camne? Bley baca tak?.. Kalu tak bley, kena masuk KIA2M..
Bye.. JunMie

Selasa, Mac 24, 2009

Pesta Buku Terengganu Mac 2009

Sempena Pesta Buku Terengganu 23 hingga 29 Mac2009 aku juga bertugas di "bangsal" Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Mari kita tengok apa yang terjadi ...

Bangsal kami sentiasa penuh dengan pengunjung sepanjang hari ini dan semalam.

Petugas ( aku le tu he...he....) sedang sibuk melayan tetamu. Gambar menunjukkan sesi menjawab soalan.


Ada juga tetamu yang mintak nak bergambar, aku tumpang le .

Melintas seorang Cikgu Perempuan berbaju hijau Uniform KRS ..... rasa macam kenal , rupanya Sapura ( Sapura Embong sahabat mppp kita ) sempat berbual , lepas tu aku mintak nak ambil gambar dia dengan kawanya, walaupun penuh dengan pujuk rayu tapi tak dibenarnya jua . Oleh kerana aku tak berpuas hati di atas keengganannya dan nak lepaskan tension aku aku ngap je gambar budak dua orang entah sape ntah!!!

Bila aku dah boring berada di bangsal aku, aku pun mula merayau ke bangsal jiran-jiran. Di sebelah bangsal aku merupakan bangsal Galeri Hasil Penulis Terengganu, Hari ini Cikgu Alias Ismail bertugas, aku rasa bertuah dapat berjumpa dan berkongsi idea dengan beliau. Beliau bekas Pelatih MPPP 1988/1990, banyak juga karya yang telah dihasilkan.

Ketika berbual dengan Cikgu Alias, muncul lah cikgu yang berbaju biru ni, aku ngaplah dengan kamera yang sedia tergantung di leher aku. Cikgu ni steady je. Aku pun mulalah merayau ...


EZ=math = Siti Zulaikha - Zullaili terkenal seantero Malaysia

Bagi peserta pameran yang mesra alam macam aku, aku pun mintak untuk bergambar juga.

Gerai Yayasan Islam Terengganu jual buku dengan harga RM 10.00 seikat, lebih kurang 25 biji , aku pun belilah untuk rujukan dirumah dan mini khutub khanah.

Alhamdulillah ... apa yang diidamkan selama ini di jumpai di sini, malangnya stok dah tak ada untuk pameran sahaja, walau bagaimanapun aku ambil juga dan ?????
untuk simpanan aku. esok aku kena hantar balik lah buku tu.

Isnin, Mac 23, 2009

Jengok Sekejap

Assalamualaikum Ape khobar? Lama tak mencoret dalam laman blog ni weh.Baghu2 ni kawe ada gi ganu dan klate bersama oghe2 Johor. Maklumle skrg dah jd jurupandu ke sana. Kalu ade oghe JOhor nak ke sana kawelah yg sedia berkhidmat.Dalam perjalanan hujan sokmo tak henti2 maka terbataslah aktiviti.Walaubagaimanapun sempat juge bershoping .Bukan ape kalu kawan takde bende yg hendak dibeli cume temankan kawan dari Johor ni.
Di Pasir Puteh kawe skluarga gi rumoh Aida Akmar unit D.Sronok juge dapat bersembang
Tenteranya ramai jugok 6 oghe.Kalau sesiapa nak tahu rumoh dia bule contact kawe.Pagi esoknya jupe Sabri di kedai makan Pasar Payang.Bincang pasal mahasistua nanti d USM.Kalau nak ikut hati malah doh, nak blaja doh rok otak dah berkarat kena berus smula bagu jadi.....
Teringat pulok kawe ade gi Di paroi Seremban bawok budok Takraw MSSM.Disana jupe pulok Tg Sharil.Dia jadi pengadil Ganu.Pus sermangat badannya....Pah tu kawe call Kamal Sharipah jupe kawe di sana. Dia pun sama juga serba serbi naik....Anak dah nak masuk 7 boleh buat team bola baling... Begitu hakikat hidup kalu dapat jupe kawan2 lama alangkah meriahnya. Wassalam

Rabu, Mac 18, 2009

Tahniah, rindu....

Kerinduan terubat juga bila menatap blog kita ni.. Dah lama betul tak buka blog ni bukan tak ingat, tak tau kenapa tak dapat2. Ari ni baru dapat... Banyak perkara yang atie baca dari tahun 2008 tu ... beguna ... dapat idea... beri info..tahniahlah pada kekawan yang rajin menyumbang idea..

Atie ni 3 kali daftar 3 kali batal tuk reunion tu... betulkan Brie..At last.. ada hikmahnya atie tak gi.. Ibu mertua kembali ke rahmatullah sehari selepas tarikh reunion tu.. Itulah kisahnya... kehilangannya sangat terasa kerana di kluang ni dia tempat mengadu, tempat bercerita..kepada mereka yang masih memiliki ibu,bapa ke..mertua ke hargailah mereka ...

Brie.. masukkan nama blog kelas atie..www.pkskdary.myportal.my

Jumpa lagi

Selasa, Mac 17, 2009

Bertemu Kembali

16 Mac - Bertemu dengan Razima dan Zakiah di BTPN Terengganu, mereka menghantar anak dan anak murid sempena pemilihan tokoh NILAM peringkat negeri Terengganu.Alhamdulillah mereka ceria dan sihat belaka, cuma tak sempat nak ambil gambar sebab aku sedang adakan kursus di bilik yang berlainan.

17 Mac, Jumpa dengan abang long meezee calon mahasitua bersama aku, banyak juga sembang, dia dari pasir putih kelantan, katanya ada jumpa beberapa orang kawan, dan salah seorangnya aida akmar. Dapatlah tambah koleksi seorang lagi sahabat kita , siapa nak no hp boleh minta dgn aku atau meezee.

Khamis, Mac 12, 2009

Smalam Mang Di Pulau Redang

4 Mac 09 - Sepatutnya Cuti Umum sempena Ulang Tahun Pertabalan DYMM Sultan Terengganu, tetapi "Diarah" supaya mengadakan program khidmat bantu di SK Pulau Redang.
10.30 Pagi bertolak dengan Feri dari jeti Shah Bandar berdekatan Pasar Payang Kuala Terengganu.

Di Jeti Shah Bandar Kuala Terengganu

Ketika di atas feri berhampiran Pulau Bidong - Keadaan laut agak "kuccah" so semua penumpang jadi pening-pening lalat dan ada yang muntah, tetapi pasukan kami tak ada yang muntah.

Kawasan penempatan orang-orang Pelarian Vietnam di Pulau Bidong, kisah lanjut ada aku nukilkan bersama bekas orang pelarian Vietnam di Tales From Bidong's, Gambar dari atas feri.

Rumah Penginapan di kami di Pulau Redang murah dan berpatutan "RM 100.00 smalam mang" boleh muat 4 orang sebilik.

Cik Che Huzaifah Pengurus Rumah Tumpangan, Anak murid aku tahun 3 1994

Bangsal ini merupakan tempat aku dan rakan-rakan lepak-lepak pada tahun 1992 - 1994 dulu, tetapi dulu tak ada dinding seperti sekarang, ia merupakan milik datuk Che Huzaifah

Gambar rakan rakan yang turut serta dalam rombongan kali ini okanan sekali ialah TN.Hj. Wan Zuhaidi Penolong Pengarah di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.

Senja di Pulau Redang, Pemandangan ini sungguh memberi satu nostalgia kepada aku kerana di sinilah kawasan penempatan penduduk sewaktu aku mengajar dulu.

5 Mac 2009 Khamis , Tugas rasmi kami bermula.....




Gambar sebahagian sekolah (baru) SK Pulau Redang, aku tak sempat mengajar di sini tetapi, loceng yang tergantung itu merupakan loceng yang sama sewaktu aku mengajar di sini dulu.



Program gerak gempur NILAM SK Pulau Redang

Program Khidmat Bantu ICT - Sebelah kiri sekali ialah Cikgu Joni, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Redang manakala sebelah kanan ialah cikgu Rosli bekas Guru Pelatih MPPP 1994/1997



Anak-anak Redang Peramah, ceria dan bersopan santun

Daing Suzi - Anak Murid aku tahun 6 1994, sekarang kerani sk pulau redang

Sekali lagi kami tinggalkan redang dengan seribu kenangan.

Akhirnya .... Jeng...jeng....jeng.. telur penyu (orang terengganu sebut piun ) satu ketika dulu banyak terdapat di Pulau redang kini tak ada lagi kerana semuanya akan diramkan oleh puhak berkuasa. Ni gambat aku ambil di pasar Payang . Boleh lagi didapati , sesuai untuk orang mengidam sahaja harganya antara RM 4.00 - RM 5.00 sebiji.

Selasa, Mac 10, 2009

Suka ke? Cinta ke? Apa Bezanyer Ekkk????



Assalamualaikum geng.. Ni satu lagik petua persahabatan yang Ju ciluk drp bolg tuuuut... Bukan apa.. supaya kita senang nak tafsirkan perasaan sendiri..bimbang kot2 cinta berbunga lagik...ekeke.. kalu jenis Brie atau Mas takpe la.. kalu spesis kita CTun, alamatnya ehem ehem le..ish,ish,iiiiiisshh.. minta dijauhkan...

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Amacam? Ada tak ciri2 Cintan tu kat korang???... Buat la apa yg patut yek...
Adios..JuNmie..

Salam Dari Abdullah (Azwan)

Pagi tadi 10 Mac 2009, Jam 12.19 malam, sewaktu aku dah tidur lena, aku terima mesej dari Azwan Johor Bharu. Dia minta aku sampaikan salamnya untuk semua rakan mppp 1990 dan 1991 dan memaklumkan dia akan pergi umrah pada 14 Mac nanti. Untuk lebih faham lagi apa yang aku maksudkan aku taipkan semula mesejnya. "Tlg tulis dlm blog, kwe g menunaikan umrah pd 14mac. So minta ampun n maaf pd semua rakan pelatih 9092 n 9193 serta para pensyarah jika kwe buat kesilapan spjg belajar d mppp.Dari Abdullah (azwan)jb."
Aku juga mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama mendoa kan kesejahteraan Abdullah. Dan bagi Abdullah juga jangan lupa doakan kesejahteraan sahabat-sahabat yang berada di tanahair bila berada di tanah suci nanti. semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Amin.

Isnin, Mac 09, 2009

Mari Kenali Diri Kita

Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

Tarikh Lahir pada 2,11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

Tarikh Lahir pada 4,& 13 Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

Tarikhv Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu Dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara. "

Nak Berpuisi laks...Kelmarin yang Tinggal

Semalam...

aku lihat dia..dia lihat aku.. datang tanpa bicara.. senyum tanpa tawa.. sinisnya menjulang sejuta tanya.. aku beku tanpa rasa..

Hari ini..

dia ada juga.. menjelma bagai bayu senja...menerpa laman duka...membawa berita tanpa cerita.. aku pilu tanpa sendu..

Besok...

Aku harapkan tiada duka.. agar aku bisa tertawa.. melengkapkan seribu sinopsis.. menceriakan segala simbiosis.. marga yang luka dengan satu warta..

Diari seorang guru

Salam buat semua...Malam ini aku membaca emel dari seorang kawan lama kita yang sedang dilanda kesedihan. Jika aku kerana tugas, dia kerana keluarga. Sukar untuk membantu kerana berada di kejauhan. Apa yang mampu hanyalah menghulur kata2 semangat agar dapat meneruskan perjuangan hidup.

Semua antara kita mempunyai kisah tersendiri yang sukar diungkap. Hanya teman baik tempat mengadu agar dapat meredakan sebak dan tekanan. Kepada teman-teman yang dilanda tekanan tugas, keluarga, kehidupan dan sebagainya, pesanku pada diri dan semua, tabahlah kerana sudah tentu ada hikmahnya.Di samping,waspada dan sentiasa beringat.

Kadangkala kita ni terpedaya juga dengan tipu daya syaitan. Ada kalanya hilang kesabaran dalam menghadapi dugaan. Begitulah perlunya kawan yang mungkin boleh jadi penunjuk jalan. Boleh mengingatkan satu sama lain agar sabar dan tabah hadapi sebarang dugaan. Syukur dengan segala yang ada kerana selain kita, ada insan lain yang lebih hiba.

Namun, bagi yang sudah tiada ibu bapa, sudah tentu agak sukar meluah rasa. Biasanya ibu yang rapat dengan kita, kini berubah setelah mereka tiada. Mungkin suami, rakan, mertua dan sebagainya tempat mencurah sesak di dada. Paling penting, ingat kita sentiasa ada Maha Esa yang mendengar tiap ketika. Semoga Allah sentiasa membantu hambaNya yang sabar menangani segala dugaan.

Khamis, Mac 05, 2009

Kaya ???

....selepas maghrib itu hujan renyai-renyai.Dengan keadaan jalan yang berlopak dan becak di tengah ladang getah itu aku memandu dengan berhati-hati. Sayup-sayup di hadapan kelihatan satu objek berbalam -balam. Apabila semakin hampir jelas menunjukkan ia seorang manusia yang berjalan dengan perlahan dan memegang sebiji guni yang berlipat. Perasaan belas kasihan muncul pula dalam sanubari ku.... tetapi apakah mungkin ada manusia di tengah rimba ladang pada waktu begini???. Tiba-tiba terfikir pula alangkah gembira hatinya jika dia dibantu ? dan aku pula mengenangkan arwah ayah ku dulu. Aku terus membrek dan memberhentikan keretaku. Pakcik itu menjenguk dan aku memalingkan mukanya. Dia membuka pintu belakang dan terus masuk. "Nak ke mana pakcik ?" aku bertanya. "nak balik depan tu" ringkas jawabnya. Keadaan hening seketika. Aku cuba menjeling melalui cermin , tetapi keadaan gelap menyebabkan aku tidak nampak apa-apa melalui cermin. Aku berdebar-debar, siapakah manusia di tengah ladang ini ?. seketika kemudian pakcik itu bersuara " awang (panggilan kepada orang lelaki lebih muda di terengganu ) nak kaya ?". Aku semakin berdebar dan gugup dan tidak mampu berkata apa-apa. Apakah pak cik ini nak berikan aku harta, wang , tanah atau nombor ekor kepada aku ? suasana hening lagi. Selepas melepasi ladang getah itu, pakcik itu berkata lagi " berhenti tepan tu lah , rumah pakcik ikut lorong sana". Dia turun dari kereta dan pergi ke arah aku lalu dibukakan guninya dan berkata " awang ambillah kaya ni satu tin, anak pakcik beri dua tin tadi ", Aku tersengih-sengih dan merasa amat lega. Kah....kah...kah terima kasih kerana sudi membaca. Cerita ini disampaikan oleh kawan aku bukan aku sendiri.

Pulau Redang

Sekarang 10.20 am, aku di SK Pulau Redang untuk program khidmat bantu, tapi sayangnya line internet di sini agak lembab so aktiviti dan gambar yang ada tak dapat di post kan, cuma aku agak terharu apabila banyak membaca coretan rakan-rakan, mas, ju dan che tun. Terima kasih dia atas kesetiaan kalian dengan blog rakanmppp.blogspot.com. Jumpa lagi

Diari seorang guru.

Pagi ini aku sengaja lewat ke sekolah. Walau bgmnpun tidak melepasi waktu masuk jam 7.30. Hajat hati nak patah balik untuk ke klinik selepas hantar anak2. Lagi pulak sejam pertama free. Namun, hajat tertunda kerana dua guru senior dan guru media yang juga guru tahun 1 masuk lambat. Ke klinik dulu khabarnya. Rupanya rakan2 ada juga senasib. Kepenatan. Ingatkan minggu exam takde gerko mcm tahun2 lepas, rupanya semlm kena juga. Aduhai...

Seorang guru baru lelaki lepasan KPLI meluah rasa tertekan dengan kerja2 sek. Apa taknya, dulu kerja ofis sebagai banker. Dia bertukar profesion akibat masalah ekonomi lah nih. Aku nasihatkan, teruskan perjuangan. Takkan nak patah semula? Berapa kena bayar kerajaan nanti? Kalau tak tahan sangat, tukar ke pengajian tinggi. Mungkin sesuai.

Fenomena ini kadang membuat kita rasa nak bertukar sekolah. Tapi, pada aku tak guna juga. Ke mana pun kita pergi, lebih kurang sama. Lagi pula segalanya bergantung kepada ketua. Kemudian tu, kalau sek bertukar ketua, berubah juga cara pentadbirannya.

Aku juga menerima khabar dari sek lama di Shah Alam yg mana PK 1 kesayangan kami telah dimasukkan ke wad kerana mslh tekanan juga. Antara semua ketua, dia seorang lelaki. Tertekan dgn kerenah org sekeliling, dia meracau sendirian. Ya Allah, minta jauhkan. Kini, PK itu berehat di rumah. Ada masa bila ke sekolah, dia mendiamkan diri sahaja. Ada antara rakan berkata, sepatutnya dia perlu membantah dan jangan melayan sangat kerenah ketua. Tapi pada aku, kalau kita tidak berada di tempat dia, memang senang berkata. Bila kena batang hidung sendiri, taulah nanti langit tinggi rendah. Sebab tu org tua2 kata 'lebih berat bahu memikul'.

Ketua wajar dihormati. Tapi ketua (bukan semestinya GB)juga perlu menghormati. Gunakan pendekatan mesra alam utk mengarah anak buah. Tak usahlah asyik nak tunjuk kuasa veto. Kalau diri tak suka diperintah sesuka hati, orang lain pun gitu juga.

Rabu, Mac 04, 2009

3 R

Salam buat member2 semua....

Membaca coretan Ju memang tak kering gusi! Itulah Puan Ju kita...sejak kenal di maktab memang mak lawak orangnyer...so tak heranlah bang Amin tertarik dengan watak humorisme yang dimilikinya itu....( bukan bodek ni tau Ju...)

Buat kak Tun kita, apa lagi yang boleh saya kata ek....banyak2kan bersabar dengan ujian Allah ini...Jika terlampau layan sakit di hati kelak kita kan "mati"... Jika diikutkan kata kelak badan sendiri kan merana...so berpada-padalah...Kalau Ju bagi tips yang boleh menghiburkan kita bagaimana cara kita boleh hilangkan stress, saya juga nak kongsikan idea sama...tapi tak lah lawak cam Ju...ini cerita serius sikit jer...

Pernah tak nonton program 3R? Saya dan isteri suka akan bahan2 yang dipaparkan dalam program tersebut...Kekadang tu ada tips untuk kita menangani masalah peribadi dan kehidupan kita...Tapi saya bukanlah nak promosi program itu!! Kita pinjam jer tagline 3R dalam kehidupan seharian kita...Ya...Respect...Relax and Respond!!


Ada masanya kak Tun kita kena respect @ hormat dengan diri kita sendiri...So mana2 kerja yang berlebih-lebihan itu kita kena kontrol agar diri kita tak overdo the matters!! Kalau kita sendiri tak hormat, cam mana orang lain nak hormatkan...Dan ada masanya kita kena hormat akan orang lain di sekeliling kita...Kalau di sekolah espescially bos lah kan...but remember one important thing : berani katakan tidak pada perkara yang kita tidak mahu buat...!!! Dengan ini bos akan berasa kita juga punya prinsip dan hak untuk bersuara...

Relax @ santai penting dalam hidup...Tambah2 lagi pabila usia kita nak menginjak ke senja ni kan!! Santai bersama keluarga merupakan ubat terbaik untuk kehidupan kita...Hiburkanlah hati kita setelah penat bekerja...senyumlah selebar mungkin jika kita dihimpit tugasan yang banyak..jika tidak kita akan tambah susah hati...dan muka akan cepat tua..( perasan muda la tuh! ) Seminggu sekali walau seibuk manapun kita luangkan masa bersama2 keluarga keluar dari rumah untuk bersantai walaupun hanya ke pasar tani ker, pasar malam ker...tengok Upin n Ipin ngan anak2 ker..kalau di bandar tuh g main bowling sama2 keluarga ker...tinggalkan sejenak tugasan kita yang melambak tu untuk berikan ruang kepada kita bernafas semahu2nya..InsyaALLAH...lepas bersantai kita akan kembali bertenaga...

Respon @ bertindak balas merupakan kemahiran individualistik yang tak dapat diajar secara total kepada seseorang...Ia merupakan kemahiran yang bernilai tambah yang harus dicari oleh seseorang tambah2 lagi kita sebagai guru... Respon ini lah yang akan membezakan kita guru gred A ker B ker atau tak bergred langsung!! Jika kita respon semua perkara dengan nilai momentum yang sama akan ada 2 keadaan yang berlaku : sama ada kita akan semakin dibebani atau pun kita akan semakin disisihi.. Jadi, kita kena bertindak ikut keadaan..Mana satu yang first priority kita settlekan dahulu...yang bukan major action kita tinggalkan dulu...Secara tidak langsung kita dapat memaksimakan masa 24 jam yang kita ada seoptimum mungkin.... Dalam kemahiran inilah juga menuntut kita untuk mempunyai skil bahasa pengucapan dan daya pujuk yang tinggi agar apa yang kita luahkan mudah difahami oleh penerima tanpa menyinggung mana2 pihak...Cara kita bertindak balas menunjukkan status minda yang kita miliki...So bergeraklah kita ke arah minda kelas pertama....InsyaALLAH....

Cubalah yer petua2 di atas nih...Cuma berkongsi pengalaman ngan member2 jer...Yang penting jangan kita STRESS...Kalau ada bunga2 STRESS nak berkembang, cepat2lah ambil wuduk dan solat lah apa2 yang patut, mengaji n find somebody to talk...but do remember...carilah teman sejenis untuk berkongsi segala masalah agar terselamat daripada bibit2 kemesraan yang lain pulok!!! he..he..Yang bagus sekali...teman hidup kita adalah rakan terbaik untuk mendengar segala masalah yang kita ada...tapi carilah masa yang sesuai..Jika kita murung ceritalah kepadanya agar dia tahu masalah kita...setidak2nya separuh masalah yang kita ada dah terlepas dari cengkaman maut hidup kita kan???!!!

Baiklah Bri, Ju, Kat Tun and to those who read this blog...apa2 yang kita lakukan, lakukanlah dengan ikhlas kerana ganjaran yang menunggu kita tak tergambar nikmatnya. Jumpa lagi...M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7.

Kita Minum Dulu...

Assalamualaikum geng.. khasnya tuk CTun, Brie, n Mas.. Sian tul bila Ju baca cerite dema nih.. Takpe la.. bebyk sabo, jgn stress.. setakat migrain sesikit biasa la.. Selagi kita jadi KuLi memang canggitu la.. so, cpt2 le isi borang hakiki jd GPK.. leh lak bg keje kat org bawah..

Benonya jd cikgu nih formula kejenye senang je.. org rajin byk keje (KEREJAan), org malas xde keje (keRAJAan).. Cuma apapun tugas kita, kita niat kerana Allah, semoga keberkatan dan rahmat Allah melimpah tuk kita.. tak kpd kita, kpd anak2 kita.. Insya-Allah..

Tuk gumbirakan hati, ni Ju turunkan sikit IKLAN tuk sengehkan muncung tu..hehehe...

KEDAH VS KELATE...
Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

Jangan mare ek.. suka2 je.. Wat Brie n Abg Long Mezee, 'Selamat Mengharungi Liku2 Mahasiswa..' .. biar lambat jgn tak mula langsung..

K, C U all lagik...

Selasa, Mac 03, 2009

T A H N I A H !!!

Salam buat semua member yang masih setia menatap blog kita ini...

Pejam celik pejam celik dah bulan Mac kan? Betapa sibuknya kita sebagai guru sampai sesak nafas nak kejar semua benda kena buat kan kak Tun? Awak pun cam tu jugak kan Ju? Sabri pulak lagi lah...kejap g sana kejap g sini...mujur kuat iman tuh...kalau tak banyak 'rumah' la jawabnyer...he..he..

Kekadang tu tertanya2 jua, kenapa asyik muka kita jer yang dipilih oleh GB nak buat kerja2 pilihan tuh!! Tension gak kekadang tuh...tapi pabila baca rungutan kawan2 yang lain, faham lah saya kenapa asyik kita2 jer yang kena... Kesimpulannya memanglah ex-student MPPP ni MANTOP!!! sebab tu asyik balik2 muka kita...ye tak? Siapa setuju angkat kaki...

Paling penting dalam coretan kali ini, teman nak ucapkan tahniah pada Sabri n abang long Mezee kita sebab telah terpanggil untuk menjadi mahasitua cam saya gak n dah terpilih pun ke PPPJJ USM...welcome...Welcome to the club...At last, jumpa gak kita kat sana nanti ek...N selamat menempuh kehidupan 'mahasitua' yang bakal mengegar kehidupan rumah tangga kita...Apa yang penting, kemahuan..n jangan cepat mengalah..Apa2 jua pekerjaan pasti ada rintangan..so pandai2ler kita merancang...apatah lagi sewaktu musim peperiksaan nanti!! Betul x kak Tun n Ju?

Buat kak Tun n Ju tuh, tahniah gak sebab dah siapkan assignment...cam teman ler jugak..last minute baru terkial2 nak siapkan...nasib baik siap jua!! La ni tengah buat proposal untuk tesis pulok n mesti submit sebelum 15 Mac 2009. So, kat sini teman nak tanya2ler member2 yang ada kat sini jika di tempat anda ada monumen2 lama seperti kubur @ masjid lam yang dibina sebelum 1899. Tesis teman tajuk tu lah..Tongah poning ni wei...siapa buleh bantu.....????? Kalau boleh, sms jer kat saya di talian 0129576775. Terima kasih...

Ok lah..saya minta diri dulu. Kononnya malam ni nak mula study prepare untuk final exam bulan 4 nanti...8 kertas tuh!!! Dugaan... Jumpa lagi... M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7

Maklumat Umum Untuk Guru

Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa;

1) Institut Perguruan (IPG) telah ditukar nama kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM).

2) Tema hari Guru 2009: "Guru Pembina Negara Bangsa"

Sekian untuk makluman tuan.

Terima kasih.
Mat Sabri bin Ismail

Nota : aku dok tengah kursus ni, bagi nak hilangkan tension aku post lah apa yang patut tq.

Berkongsi Pengalaman Dengan Profesor Jepun

Konsep 5S telah diperkenalkan oleh Professor Yuri Aida dari Jepun dan
dipraktikkan sebagai satu pendekatan dalam Total Quality Management (TQM)
atau Pengurusan Kualiti Menyeluruh. 5 S adalah konsep pengurusan dan
pengendalian persekitaran kerja yang sistematik dalam sesebuah organisasi
bagi menjamin kualiti perkhidmatan. Persekitaran kerja yang kemas,
teratur, bersih dan bersistem adalah penyumbang kepada peningkatan
prestasi kerja.

5 S adalah berdasarkan 5 perkataan Jepun iaitu :

SEIRI - sorting out / organization / pengelolaan
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan
membuangkannya

SEITON - systematic arrangement / penyusunan teratur
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil
untuk digunakan

SEISO - shine / kebersihan
Bersihkan tempat kerja anda dnegan rapi supaya tiada habuk di atas lantai,
mesin dan perkakas

SEIKETSU - standardization / standard penjagaan dan pengelolaan
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang
tinggi pada setiap masa

SHITSUKE - sustain / penjagaan dan pengelolaan berterusan
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan
sendirinya

Perihal Pn Kelsom dan Encik Hel

Wah....wah....wah....alahai petang semalam aku terima mesage, "ni no hp cgu sabri pkg manir ke ?" , aku terus call , rupanya no pn kelsom. Katanya dai tak tahu kita buat re union. Dia dapat tahu dari pengerusi kita en alias. Aku kata tak pe lah tak sempat kali ni tahun depan lah.
Pagi tadi lak jumpa dua pelatih KPLI Maktab Perguruan Sultan Mizan, aku tanya dia kenal helmi ke tidak. Mereka jawab kenal "kami panggil dia encik Hel" itulah nama baru rakan kita . Katanya dia jadi juru latih bolah baling. Tu lah kisah sahabat kita dua orang.Abih

Isnin, Mac 02, 2009

Mahasitua?

Salam untuk semua...Kabare? Brie n Meezee, tahniah untuk korang berdua serta sesiapa lagi kengkawan kita yang menyambut seruan 'pembelajaran sepanjang hayat'. Selamat menghadapi era ber'kuliah' dan ber'assignment'. Ada banyak juga seronok jadi orang tua belajar nih. Takde le berkepuk je kat sekolah semata-mata menghadap buku dan anak didik setiap hari. Paling kurang dapat gak kenalan baru dan paling penting 'ilmu' baru.

Memang mencabar betul jadi teacher-student nih. Pahit maung harung juga. Tak lama pun, tengok Ju pun dah nak abih. Tambah teruja bila tang tutor tu lagik muda belia drp kita remaja bangka nih, ahaks... Tapi, bersemangat juga bila dapat khidmat nasihat Dr Sani kita. Semangat betul adik sorang tu. TQ le atas kata-kata semangat tu.

Selamat belajar la ye che brie n che meezee. Bertambah lagi le korum kita. Papepun, boleh juga kalau nak buat 'perkongsian pintar' jika berkenaan.

Pelajar Dewasa

Tak semene-mene aku terima call dari Abg Long (meezee) menyatakan result tawaran PJJ USM dah keluar. Kebetulan internet di pejabat aku tak ok pulak, suruh dia semak akhirnya kami berdua berjaya, kalau tak silap aku , aku yang beria-ria suruh abang long isi borang , pergi lah kot kali ni. Bila terima tawaran belajar terkenang tahun 1990 dulu sebenornya aku dan beberapa orang sahabat dah pun terima tawaran menyambung pelajaran ke universiti masa tu tapi buat jual mahal sebab dok kat MPPP lagi best termasuk juga Mas yang dok serumah dengan aku. sesiapa kekawan yang sedang sambung belajar kat USM tolonglah bantu kami murid yang tua tetapi bergelar junior. Satu lagi jika ada kawan kepada sahabat-sahabat kita tak kira sesiapa sahaja walau di mana jua yang dapat tawaran PJJ USM ni boleh lah beri e mail kepada saya untuk berkenalan terima kasih.