Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Mac 05, 2009

Kaya ???

....selepas maghrib itu hujan renyai-renyai.Dengan keadaan jalan yang berlopak dan becak di tengah ladang getah itu aku memandu dengan berhati-hati. Sayup-sayup di hadapan kelihatan satu objek berbalam -balam. Apabila semakin hampir jelas menunjukkan ia seorang manusia yang berjalan dengan perlahan dan memegang sebiji guni yang berlipat. Perasaan belas kasihan muncul pula dalam sanubari ku.... tetapi apakah mungkin ada manusia di tengah rimba ladang pada waktu begini???. Tiba-tiba terfikir pula alangkah gembira hatinya jika dia dibantu ? dan aku pula mengenangkan arwah ayah ku dulu. Aku terus membrek dan memberhentikan keretaku. Pakcik itu menjenguk dan aku memalingkan mukanya. Dia membuka pintu belakang dan terus masuk. "Nak ke mana pakcik ?" aku bertanya. "nak balik depan tu" ringkas jawabnya. Keadaan hening seketika. Aku cuba menjeling melalui cermin , tetapi keadaan gelap menyebabkan aku tidak nampak apa-apa melalui cermin. Aku berdebar-debar, siapakah manusia di tengah ladang ini ?. seketika kemudian pakcik itu bersuara " awang (panggilan kepada orang lelaki lebih muda di terengganu ) nak kaya ?". Aku semakin berdebar dan gugup dan tidak mampu berkata apa-apa. Apakah pak cik ini nak berikan aku harta, wang , tanah atau nombor ekor kepada aku ? suasana hening lagi. Selepas melepasi ladang getah itu, pakcik itu berkata lagi " berhenti tepan tu lah , rumah pakcik ikut lorong sana". Dia turun dari kereta dan pergi ke arah aku lalu dibukakan guninya dan berkata " awang ambillah kaya ni satu tin, anak pakcik beri dua tin tadi ", Aku tersengih-sengih dan merasa amat lega. Kah....kah...kah terima kasih kerana sudi membaca. Cerita ini disampaikan oleh kawan aku bukan aku sendiri.

Tiada ulasan: