Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Mac 05, 2009

Diari seorang guru.

Pagi ini aku sengaja lewat ke sekolah. Walau bgmnpun tidak melepasi waktu masuk jam 7.30. Hajat hati nak patah balik untuk ke klinik selepas hantar anak2. Lagi pulak sejam pertama free. Namun, hajat tertunda kerana dua guru senior dan guru media yang juga guru tahun 1 masuk lambat. Ke klinik dulu khabarnya. Rupanya rakan2 ada juga senasib. Kepenatan. Ingatkan minggu exam takde gerko mcm tahun2 lepas, rupanya semlm kena juga. Aduhai...

Seorang guru baru lelaki lepasan KPLI meluah rasa tertekan dengan kerja2 sek. Apa taknya, dulu kerja ofis sebagai banker. Dia bertukar profesion akibat masalah ekonomi lah nih. Aku nasihatkan, teruskan perjuangan. Takkan nak patah semula? Berapa kena bayar kerajaan nanti? Kalau tak tahan sangat, tukar ke pengajian tinggi. Mungkin sesuai.

Fenomena ini kadang membuat kita rasa nak bertukar sekolah. Tapi, pada aku tak guna juga. Ke mana pun kita pergi, lebih kurang sama. Lagi pula segalanya bergantung kepada ketua. Kemudian tu, kalau sek bertukar ketua, berubah juga cara pentadbirannya.

Aku juga menerima khabar dari sek lama di Shah Alam yg mana PK 1 kesayangan kami telah dimasukkan ke wad kerana mslh tekanan juga. Antara semua ketua, dia seorang lelaki. Tertekan dgn kerenah org sekeliling, dia meracau sendirian. Ya Allah, minta jauhkan. Kini, PK itu berehat di rumah. Ada masa bila ke sekolah, dia mendiamkan diri sahaja. Ada antara rakan berkata, sepatutnya dia perlu membantah dan jangan melayan sangat kerenah ketua. Tapi pada aku, kalau kita tidak berada di tempat dia, memang senang berkata. Bila kena batang hidung sendiri, taulah nanti langit tinggi rendah. Sebab tu org tua2 kata 'lebih berat bahu memikul'.

Ketua wajar dihormati. Tapi ketua (bukan semestinya GB)juga perlu menghormati. Gunakan pendekatan mesra alam utk mengarah anak buah. Tak usahlah asyik nak tunjuk kuasa veto. Kalau diri tak suka diperintah sesuka hati, orang lain pun gitu juga.

Tiada ulasan: