Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Mac 12, 2009

Smalam Mang Di Pulau Redang

4 Mac 09 - Sepatutnya Cuti Umum sempena Ulang Tahun Pertabalan DYMM Sultan Terengganu, tetapi "Diarah" supaya mengadakan program khidmat bantu di SK Pulau Redang.
10.30 Pagi bertolak dengan Feri dari jeti Shah Bandar berdekatan Pasar Payang Kuala Terengganu.

Di Jeti Shah Bandar Kuala Terengganu

Ketika di atas feri berhampiran Pulau Bidong - Keadaan laut agak "kuccah" so semua penumpang jadi pening-pening lalat dan ada yang muntah, tetapi pasukan kami tak ada yang muntah.

Kawasan penempatan orang-orang Pelarian Vietnam di Pulau Bidong, kisah lanjut ada aku nukilkan bersama bekas orang pelarian Vietnam di Tales From Bidong's, Gambar dari atas feri.

Rumah Penginapan di kami di Pulau Redang murah dan berpatutan "RM 100.00 smalam mang" boleh muat 4 orang sebilik.

Cik Che Huzaifah Pengurus Rumah Tumpangan, Anak murid aku tahun 3 1994

Bangsal ini merupakan tempat aku dan rakan-rakan lepak-lepak pada tahun 1992 - 1994 dulu, tetapi dulu tak ada dinding seperti sekarang, ia merupakan milik datuk Che Huzaifah

Gambar rakan rakan yang turut serta dalam rombongan kali ini okanan sekali ialah TN.Hj. Wan Zuhaidi Penolong Pengarah di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.

Senja di Pulau Redang, Pemandangan ini sungguh memberi satu nostalgia kepada aku kerana di sinilah kawasan penempatan penduduk sewaktu aku mengajar dulu.

5 Mac 2009 Khamis , Tugas rasmi kami bermula.....




Gambar sebahagian sekolah (baru) SK Pulau Redang, aku tak sempat mengajar di sini tetapi, loceng yang tergantung itu merupakan loceng yang sama sewaktu aku mengajar di sini dulu.



Program gerak gempur NILAM SK Pulau Redang

Program Khidmat Bantu ICT - Sebelah kiri sekali ialah Cikgu Joni, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Redang manakala sebelah kanan ialah cikgu Rosli bekas Guru Pelatih MPPP 1994/1997



Anak-anak Redang Peramah, ceria dan bersopan santun

Daing Suzi - Anak Murid aku tahun 6 1994, sekarang kerani sk pulau redang

Sekali lagi kami tinggalkan redang dengan seribu kenangan.

Akhirnya .... Jeng...jeng....jeng.. telur penyu (orang terengganu sebut piun ) satu ketika dulu banyak terdapat di Pulau redang kini tak ada lagi kerana semuanya akan diramkan oleh puhak berkuasa. Ni gambat aku ambil di pasar Payang . Boleh lagi didapati , sesuai untuk orang mengidam sahaja harganya antara RM 4.00 - RM 5.00 sebiji.

Tiada ulasan: