Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Ahad, Mac 30, 2008

Lama tak jenguk

Assalamualaikum...
Seronok membaca blog ni... banyak cerita baru.. Aku, Junaina Suleiman dan keluarga amat bersetuju dan menyokong 100% cadangan tuk buat reunion tu....

Sabri.. Kak Ju tak tau nak ubah tulisan tajuk tu.. Kenapa la keluar tulisan tu, kak ju pun puas ubah, tak jadi... Kak Ju pun tak reti nak baca.. Kak Ju tulis... "Lama Tak Jenguk".. pastu keluar puntal-puntal tu...
******************************************
Ju, ni Zaitun. Maaf sebab terpandang dan terbaca email Ju yang tulisan Tamil tu masa tu agaknya Ju tengah taip drafnya. Masa tengah baca tu tengok jap ada jap takde. Okey, ni aku tolong kau postkan apa yang ditulis. Kalau nak tukar edit balik okey? Jangan marah, bukan along, cuma nak tolong. He3...

Lawatan Dari Jerantut

Hari ini 30 Mac 2008, Cg Mohd Abd Rahman serta rombongannya selamat sampai di Kuala Terengganu sejak semalam. beberapa tempat di Terengganu telah di lawati termasuklah masjid terapung, masjid kristal, muzium negeri , pasaraya mydin dll. Semalam saya berborak panjang dan bercerita kisah-kisah masa silam, sewaktu praktikum kami tinggal serumah sewa di Bukit Perah Ajil. Tempat itu saya selalu kunjungi sekarang sebab di situlah saya bertemu jodoh... he2...he2... Kepada kawan-kawan nak berkunjung ke terengganu jangan segan silu nak hubungi saya insyaAllah saya akan uruskan tempat lawatan, tempat tinggal dan tempat makan dengan harga yang berpatutan. kepada kak tun silalah bawa anak murid ke terengganu dan hubungi saya dalam masa sebulan sebelum melawat. Kepada Jama dan Kak Gee poskan juga gambar kalian ke blog ini kawan ni dah dak sabor nak tengok kau orang. Bye. -SABRI-

......apa yang Syahdana coretkan di copy semula...

Assalamualaikum kepada geng2 semua.
Lama betul la tak jumpa korang semua. Bila la gaknya nak jumpa lagi. Ujung taun ramai jugak guru2 dari semenanjung yang melawat Kuching. Sha harap2 ade le muka korang tapi.......................
Sha selalulah jugak bukak blog ni tapi tak ada tengok catatan daripada Anis. Mane engko Anis. Nanie, Da, Zie dah ada. Anis oh Anis mane engko. Rindu la kat engko Anis. Contant la Sha. Sha sekarang dah ada 3 puteri. putera tak ade. Kalau yang ada terlebih bagilah dekat Sha. Kalau nak buat reunion Sha setuju sangat tapi tetapkan date awal2, bolehlah prepare. Kalau nak hantar email dekat Sha, klik saja skbatu danau@gmail.com

Jumaat, Mac 28, 2008

Reunion

Okey Sabri, kak peserta pertama nak mendaftar. He3...1 family 5 orang (2 dewasa 3 kanak-kanak). Murah benor tu, kalau kak nak bawa budak2 sekolah kak bermalam di situ, camtu gak ke bayarannya? Boleh bagi kak alamatnya? Kitorang memang confirm akan ke Terengganu lepas UPSR tahun ni.
Kalau tak menjadi masalah buat Sabri, kak nak minta tolong Sabri dapatkan alamat kilang Noor Arfa batik kat Chendering, then, Masjid Kristal tu kalau nak masuk kena bayar ke? Boleh bagi kak suggestion mana lagi tempat menarik di Terengganu untuk kak bawa budak2 kenali kesenian, budaya, dan sejarah Terengganu. Kalau kak balik Trg pun kak dah tak lawat mana2 sangat kecuali pulau2 dan bawa ke Pasar Payang je. Tapi ni tercabar juga bila member tanya apa menarik sekarang. Yang terkini kak tak tau sangat apa tempat nak dibawa. Pulak tu sibuk gila ni sebab sekolah kak dicalonkan sebagai sekolah cemerlang negeri Selangor. Almaklum, GB cemerlang. Kerja berat sampai rebah ni Sabri . Lum campur lagi keje2 lain yang tak abis2 ni. Faham2 je la, malas nak cerita.
Okey, TQ Sabri. Jumpa lagi.
Zaitun.

Rabu, Mac 26, 2008

Salam dari Pekan ( Jama+Fauziah )

Assalamualaikum semua,
Tahniah kepada saudara Sabri atas inisiatif wujudkan blog ni juga kpd yang dah jauh sambung belajar mujur-mujur ramai dpt Phd nanti. Kawan-kawan kat maktab dulu ramai yang dah jumpa tapi lagi ramai yg tak jumpa-jumpa sampai sekarang.Harap-harap masa reunion nanti jumpele. Kalau jumpa aku nanti jumpa le si Fauziah Kadri yang jadi org umah aku tu. Sekarang aku kat SBPI Pekan dan Fauziah kat SK Indera Shahbandar kat Pekan juga. Ok le cerita banyak lain kali le ye. Tel : 013-9831969.

Selasa, Mac 25, 2008

Khabar dari Kuala Tahan , Jerantut...





Assalamualaikum....
Pertama kali mendapat perkhabaran dari sahabat Sabri...terkejut juga. Maklumlah dah hampir 16 tahun tidak mendengar kabar berita. Terima kasih atas kesungguhan sahabat kita....bukan senang nak dapatkan no telefon kawan. Habis tempat dia telefon...dari telekom ke SMK Kuala Tembeling kemudian ke SMK Kuala Tahan barulah dapat menjejaki kawan di SK Kuala Tahan. Masih kekal di sekolah lama...dulu cuma sempat bertugas selama 4 tahun di Sk kemudian ke PKG Tahan...habis belajar kembali semula ke SK Kuala Tahan. Semasa di PKG sempat juga jumpa rakan M3P..Mohd Niza , Mat Zan , Abd Ghani ( Sabah ) dan Sabri.
Kepada sahabat yang mengenaliku...bolehlah berutus kabar berita ( dintahan@yahoo.com ). Baru semalam menghubungi Adnan di Sabah , Roshdi dan Riduan di Terengganu.. Gang Jerantut masih jumpa...biasalah siapa tak kenal Mat Beragas ( Mohd Abd Rahman )..Rusini dan Norsiah terserempak di pasaraya...masih kenal lagi. Apa cerita dengan Nik Mohd Zaki... Dulu sama belajar di UKM ...kemudian balik ke Kelantan...terus tak dapat kontek..

Untuk kenal sekolahku layarilah...

http://www.geocities.com/skkualatahan
Foto album
http://public.fotki.com/skkualatahan
http://public.fotki.com/skkualatahan2007

Sekian..

Ihklas dari belantara Taman Negara

kamaruddin @ dintahan 0199695889
ssalamualaikum.
Alhamdulillah.
16 tahun
bukan suatu jarak masa yang pendek
masa MPPP melahirkan warga pendidik
bertebaran serata pelusuk dan ceruk
di barat, selatan, utara dan timur
 
16 tahun
suatu jarak masa yang panjang
masa menghimpun segala sejarah
menyatu membina diri
membina insan
 
16 tahun
bukan meninggalkan kenangan
malah mengusik kalbu
akan MPPP dan warga sekutu
bersatu
di bawah naungan
institusi yang satu
 
16 tahun
harap jemaah MPPP bertemu
menyilatulrahim
mengikat ukhwah
dalam SATU
 
Semoga hidup kita mendapat limpahan berkah dan rahmah-Nya
 
Dari teman MPPP
 
Sabang & Family

Isnin, Mac 24, 2008

TQ untuk adik2ku

Seronoknya malam ni bila baca email Razima dengan Zarida. Ala korang jangan heran kak tak terkejutla tengok apa rupa atau bentuk korang sekarang sebab kak pun cam belon gak. Gambar tu sekerat je. Kak pun cam kena pam gak Ma. He3... Ma tulisla kat sini alamat email Ma, boleh kak anto berita terkini terus. Kan apa, lebih cepat guna email kan?

Zarida, kak pun rindu teramat sangat dengan korang semua. Meh le kita reunion. Kak setuju sangat dengan cadangan Sabri dan rakan2 tu. Dah termimpi2 ni nak tunggu apa lagi. Kak tak kesah kat mana2. Kalu nak imbas nostalgia, kat Terengganu je. Kalu nak fair, kat tengah2 negeri, Selangor ke, Pahang ke... Okey Sabri, kalau nak minta tolong kak pun, bila2 masa kak sudi la bantu. Cakap je nak watpe.

Kalu korang datang Selangor atau KL call kak. Datangla rumah. Okey?
Oh ya, tahun ni kak akan bawa budak2 Tahun 6 lawat Terengganu lepas UPSR. Nanti bila masanya kak contactla korang ye. Tahun lepas pegi Kelantan tido sana 1 malam, tapi kak tak contact sapa2 sebab takde no phone. Ni senangla nak call atau nak jumpe kang. Hai memang untung ada Sabri ni. Dulu2 kitorang selalu bawa dak tahun 6 ke Utara. Ha sekarang ke Timur lak la.
Salam sayang dan rindu buat semua.
Zaitun.

rinduuuuuuuuuuuuuuuu........m3p

lama dah tak buka blog. bila buka rupanya ada banyak cerita baru. Untuk ma, aku slalu hantar email kat ko tp x de balas mungkin alamat x betul kot.
kak ton x banyak brubah. kak ton tengokla gambar ida skeluarga tu. Dah tembam. Kalau ada masa jangan lupa email ida, zarida_71@yahoo.com.
untuk sabri, memang elok kalau kita dapat buat reunion. x sabo rasenya nak tunggu bila detiknya. Kak Farhah rasenya mengajar di sk sg isap kuantan. tp x de no phone dia.
okla jgn lupa contact ye.....zarida.

FROM RAZIMA WITH LOVE

Dok tahu la nok gamborkan perasaan ma sekarang ni.....sekok sebok sungguh rasanya kerana dapat join kita punya blog ni. TQ la Sabri terbuka hati mu nak call aku tadi setelah sekian lama berdiam diri. Kalu kawan-kawan nok tahu kebetulan pulok ma baru mmarin belajo pasal-pasal blog. Jadi seperti orang mengantuk disorong bantal. Sekali lagi TQ Sabri coz call aku tadi, agoknya mu mimpi aku malam tadi ya.

Untuk Kak Ton, marilah kita mengimbau kenangan kita masa dulu-dulu. Teruja sungguh ma untuk bertemu dengan Kak Ton. Setakat wujudnya contact meng contact yang diilhamkan Sabri ni, ma dah terima call dari ramai kawan-kawan kita. Di antaranya Kak Ti Awang, Kak Za, Kak Seniah, Shadana, Arif, Azwan Dullah, Adnan, Jamsari dan Zamri. Mas pun ma ada jumpa dia masa dia datang course di Cherating. Ari tu ma jumpa dengan Che Husin di program PSS. Che Husin pun tak sangka jumpa ma sebab ma le ning memang 'genit' he he he. Kalu Kak Ton tengok hem....ma ni makan belon. Kak Zi dan Abg Din memang dalam contact ma. Abang Lan (Zailan) dan Kak Mun setahun sekali tu ada la jumpa. Md Zain ada di Kerteh jadi tokey dia lening...bisnes beb. Satu hari tu ma terjumpa Kak Long Maimun di tempat makan pulut di Dungun. Ma harap lepas ni kawan-kawan kita akan memeriahkan lagi blog kita ni.

Untuk Sabri di sini aku titipkan no telefon Kak Zainun. 019-9185724. Dia memang ada di Kemaman tapi jarang aku jumpa dengan dia. Aku tengok tadi Kak Nun di antara kawan kita yang belum dapat dicontact. Nampaknya dok ramai doh hok dok leh contact agi. Seperti yang aku janjikan aku akan bekerjasama dalam menjayakan visi kita ini. Mu jangan kecik ati dengan aku. Aku jarang sangat-sangat la buka e mail2 ni. Bukannya duk depan PC yang berinternet sokmo. Tapi insyaallah mulai sekarang aku akan cuba menyumbang apa-apa dalam blog kita ni.

Untuk kawan-kawan yang lain, boleh la contact ma kalu ke Chukai, Kemaman. 013-9373312. Insyaallah dengan izinNYA kita boleh bertemu TAPI awal-awal lagi nak khabo jangan pengsan tengok ke'genit'an ma le ning. Standard le tu......

Jumpa lagi.

cerita dari Jerantut

Hari ini 24 Mac 08 aku berbual dengan dua orang rakan dari jerantut. Pertama Kamaruddin yang berada di sekolah kebangsaan kuala tahan jerantut, ke duanya Mohd Abd Rahman. Mohamad Abd Rahman call aku dan menyatakan akan Melawat Terengganu pada 29 dan 30 Mac bersama murid-muridnya. so kalu sape-sape di terengganu nak jumpanya boleh lah. Aku sendiri dah janji nak jadi l/o atau tourist guide untuk rombongannya. No HP nya dah bertukar. Kalu nak mintak ye. tak boleh publish di sini sbb tak ada kebenaran, terima kasih. Sabri.

Jumaat, Mac 21, 2008

TQ 4 Sabri

Selamat tengah malam Sabri...
Dah dapat dah ni alamat email kengkawan. Seronok tengok dah makin meriah blog ni. Jauh kau terbang ye Zie@Din. Jumpa kengkawan kirim salam okey. Jumpa lagi.
...From Zaitun

ADNAN OH ADNAN-0168118020


Khamis, Mac 20, 2008

Nota Dari Terengganu

Terima Kasih banyak utk kak zaitun, sekarang saya bertugas di PKG Manir yang terletak di KG Banggol Peradong, Kat rumah lama kak ton kan, tahniah kerana dah pandai ber blog. kalau kak ton nak no hp kawan-kawan buka mail yahoo kawanmaktab@yahoo.com passwordnya buang satu huruf hujung password blog saya dah masukkan dalam tu, kalau ada no hp kawan yang lain yang belum tersenarai tolong sms ye. Kepada sabaruddin tu bila lagi nak masuk cerita sabah ni. terima kasih buat semua bye.

Dari Zaitun untuk Zie dan Din

Wa'alaikumsalam Zie...
Alhamdulillah aku sihat je. Terima kasihlah send message untuk aku tadi tu. Terima kasih juga tentunya untuk Sabri. Baru malam tadi aku start email kat blog ni. Tu pun lepas Kas Shidah inform Sabri create blog untuk geng2 kita. Dah tu pukul 2.00 pagi aku call Sabri sebab dah teruja sangat tengok korang yang anto email kat blog ni. Sian Sabri. He3...Patutlah kerap tul aku mimpi pasal kengkawan sejak tahun lepas. Sayang aku tak tahu awal-awal dulu.
Sejak tinggal di sini, aku balik Trg sekali setahun masa hari raya jumpa pakcik 2 orang kat sana. Abang aku yang tinggal kat sana dah meninggal dua tahun lepas. Tu pasal tak kerap sangat balik. Tapi tak usah nak cerita la kerinduan aku pada kawan, sedara dan makanan kat sana. Lidah Trg mana nak tinggal walaupun dah bermastautin kat negeri orang. Loghat Trg aku pekat lagi ooo. Oye, anak2 ada tiga je setakat ni, dua hero 1 heroin (bongsu dah 6 tahun). Lain kali aku email gambo sekali.
Aku ni bukan rajin sangat nak belajar Zie, tapi ada kawan aku yang isikan borang online untuk aku. Bila dah belajar seronok pula. Aku amik major Bm, minor Math dan Kajian Sosial. Study dalam BI engko... Mula tu gayat juga. Lama-lama ok la...Tapi tak dapat la kita nak tolong menolong ye. Lain sangat subjeknya.
Takpe, janji blog ni menyambung persahabatan kita. Untuk kengkawan lain2, selamat bertugas. Untuk Sabri pula , please email no phone, email @ alamat kengkawan yang mana ada tu ye. TQ untuk apa yang U lakukan ini. Bye buat masa ini.

KENANGAN DI SABAH



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat teman-teman yang jauh di mata. Apa khabar kalian sekarang? Kami harap semuanya sihat dan selamat dengan kehidupan masing-masing tak kira di mana berada. Kami anak beranak masih sihat. Entah kali ke berapa kami menjengah laman ini kut-kut ada cerita baru yang rakan-rakan paparkan.... boleh tumpang sekaki.


sebelum cuti sekolah baru-baru ini kami jumpa Sabri kat Batu 6, KT. Katanya Tarmizi nak datang ke Terengganu. Di akhir pertemuan itu sempat aku cadangkan agar Sabri segerakan buat 'reunion' rakan-rakan di MPPP dulu. Rasanya tak sabar nak jumpa rakan-rakan.....nak tahu bagaimana keadaan mereka. Insyaallah katanya....dia akan pilih tarikh yang sesuai untuk kumpulkan rakan-rakan setakat yang dapat dihubungi dulu.


Pastu.....kami telah terbang ke Sabah dalam satu program lawatan beberapa keluarga guru-guru Setiu (86 orang termasuk keci besar) dalam cuti yang lepas (9 - 13 Mac 2008). Semasa di Sabah aku cuba menghubungi rakan-rakan kita...Syukur, Rusdi Amit dan Adnan. Alhamdulillah, kami telah diketemukan dengan Adnan. Yang lain jauh dari Kota Kinabalu, itu waktunya sangat singkat kerana Adnan terpaksa menunggu majlis pengkebumian ibu saudaranya yang baru meninggal selesai, baru bergegas ke Airport Kota Kinabalu, Tanjung Aru. Apa pun sempat juga bertukar cerita dan bergambar sebagai kenangan abadi. Nak tahu.....Adnan kata, kamilah orang yang pertama yang dia jumpa selepas hampir 16 tahun terpisah, sedihnya.....dengar! Rakan-rakan di Sabah pun dia tak jumpa. Dia berjanji akan berusaha kumpulkan rakan-rakan di Sabah untuk datang ke Terengganu. Kami berasa percutian kami kali ini penuh bermakna walaupun sempat jumpa hanya seorang teman lama. Tak caya...? Lihat gambar kami ni...!










Assalamualaikum...rakan-rakan semua ..
Buat sahabatku ...Puan Zaiton
Rindunya aku bila ternampak potretmu yang terpampang di laman ini.Lama juga kita terputus hubungan semenjak kau ber.... tak dengar langsung berita.Untuk pengetahuan , Zie la ni mengajar di SK Sg Tong, duduk di tempat lama cuma duduk rumah flat.Bila ternampak kan gambar semasa di maktab dulu teringat masa muda-muda dulu.Hei berapa orang cahaya mata la ni. Kami ada empat orang , kalau nak tengok gambar kami sekeluarga bukalah post 2007.Kalau jumpa kawan-kawan lama kirimkan salam kami di sini.Sesekali balik ke Terengganu bertandanglah keteratak kami nanti.Berilah no h/p kawan-kawan lain boleh juga berbalas messages.Belajar di oum bidang apa?La ni Zie belajar juga Kohot 2 , major Pendidikan Khas dan Masalah Pembelajaran.Jumpa Lagi.

Bertemu kembali

Selamat bercuti untuk semua.Selamat menyambut MaulidurRasul . Walau sehari tapi bolehlah luruskan kaki kejang kan. Baru balik latihan kawad kaki untuk dak sekolah ni. Saja suka-suka nak email kat sini. Lagi pulak kalau dah belajar di Universiti 'Maya' (OUM) memang internetlah alat utama selain buku untuk selesaikan banyak perkara.
Hari ni saya pos gambar terkini untuk kengkawan. Ingat-ingatlah kita yang mana satu, okey. Dulu cekeding je tapi sekarang memang semangat. Apa lagi masa dulu kawad kaki tak henti kan walaupun dah lepas pestarama tu. Tak leh kontrol lemak la. Apa nak buat, janji sihat.
Sani, ingat lagi kenangan di gunung Tebu? Sani kat mana sekarang? Ada masa contact la. Boleh guna no yang kak bagi dalam email sebelum ni.
Sabri, ada jumpa Nik Asri ke? Lagi tu Che Zul Che Kob, Seri, dll. Dulu masa kat Sungai Tong selalu jumpa Sabaruddin dengan Zie. Sekarang selalu jumpa Norinny dengan kak Asmak je. Norinny kat Teluk Panglima Garang, kak Asmak kat Klang. Kak Asmak kahwin abang bomba kot. Nanti kak inform diorang pasal blog ni okey. Nasib baik ada Sabri yang menolong kawan ubati rindu kan? Tahniahlah untuk U Sabri. Tak sangka dapat tengok kawan-kawan cam Junainah, Mohamad dll kat sini. Junainah, samalah kita membina badan. He3. Tak lupa untuk adik2 Sabah Sarawak, Seniah, Shahdana, Suryati dll. Yang tak sebut nama jangan marah. Hai, ingat lagi korang dengan majlis perpisahan kita kat rumah sewa kak dengan kak Roshidah dan kak Haslina? Ala yang kat depan maktab tu. Kak simpan baik2 lagi gambar dengan korang. Shahdana kak baca ada hantar email kat sini. Email kak please, okey?
Sabri, kak nak contact Mohd Nasobar la kalau ada sebab berhajat nak ke pulau dia tu tapi dah lama lost contact. Nak le bawa family. Dia kat mana sekarang ye? Dengar cite ada juga antara member yang dah jadi PK ye? Sapa tu? Oh ye, Kak Rusini tu ada gak jumpa tapi sekarang dia kat Institut Perguruan Islam Selangor, Bangi. Jumpa masa KDP-OUM 14 minggu awal tahun lepas. Orangnya masih maintain...
Sabri ada jumpa pensyarah lama kita ke? Kak ada jumpa email En. Ahmad Awang tapi tak dapat in pun. Teringat juga kat En. Osman, En. Mohd Noor (Tutor kami tu). Kalau jumpa sampaikanlah salam ok. Sekian, jumpa lagi.
...zaitun.

Lama cari dah jumpa

Ha, ingat atau kenal lagi ke sapa2 je yang ada dalam gambar ni?
Duduk depan sebelah kanan sekali tu saya le tu, depan En. Md. Noor.
Kiri sekali tu Azura.
Kengkawan lain tu ingat2 la rupa dan namanya ye. Saja nak mengenang kembali.
Camne la rupa dan bentuk korang sekarang...He3...
Nak tengok lebih jelas click kat gambar okey. Baru nampak semua dengan jelas.

Assalamualaikum untuk kengkawan. Memang rindu sangat sebab lama tak jumpa. Mana taknya dah 15 tahun lebih kan. Rupa pun tak berapa nak ingat dah. Syukur lah terjumpa laman ni. Apa khabar Din? Zie? Mas? Zima? Dll. Ingat lagi ke? Untuk kakak-kakak cam kak Laili, Maheran, Roshidah tu hai rindu sangat ni. Tapi jarang balik kampung sebab dah takde sesapa kat Terengganu. Yang tinggal cuma dua pakcik kat sana. Abang abang dan sorang kakak tu merantau cam kita. Apa nak buat. Sekarang saya mengajar kat SK Kanchong Darat, 42700 Banting Selangor. Lepas keluar Terengganu pada 1996 ikut suami saya sambung bertugas di SK Seksyen 17 Shah Alam. Lepas 10 tahun pindah ke Banting menetap di sini. Ada la jumpa Norizan, Khirul Anuar, Norinny Jamari dan beberapa orang lain termasuk kak Norasmak yang sedang sambung belajar bersama saya kat OUM Kohort 3 sekarang.
Okey, ada masa nanti saya tulis lagi kat sini.
...zaitun

Selasa, Mac 18, 2008

Salam hormat, salam rindu, salam ukhuwwah, salam sayang dan semua salam baik-baik yang ada. Pohon ampun dan maaf sebaba lama tak update blog ini. Bagaimana keadaan kawan-kawan semua. Jadi ke nak buat re union tahun ni, kalau berminat bolehlah contact saya untuk bagi idea. boleh lah kita bertemu kembali di terengganu ke di cameron ke atau di mana yang sesuai. daripada survey yang saya buat ramai juga yang berminat . Insyaallah saya akan cuba contact rakan rakan secara personal untuk menubuhkan AJK. Adnan sabah ada cadang nak kumpul rakan-rakan dari sabah untuk ke semenanjung. InsyaAllah usaha murni kita akan membawa kebarkatan.-Sabri-.

Isnin, Mac 17, 2008

Salam Dari Kluang

Assalamualaikum...

Ini kali pertama memasuki blog ni...Baru belajar guna kemudahan ICT , itupun kerana aku menyambung pelajaran.Pertamanya aku nak ucap tahniah pada rakan kita, Sabri yang bersusah payah menemukan kita, mengimbas nostalgia manis di MPPP

Jua mengambil kesempatan di sini nak betanya ada ke rakan yang sambung study OUM -SMP Kohort 3 , kalau ada boleh lah bertukar idea.



Ingat tak banjir besar yang melanda tanahair dua tahun lalu..Oleh kerana rumah aku tepi sungai, akupun jadi le mangsa banjir...dan sayang sekali gambar-gambar kenangan masa di maktab turut menjadi korban..

Sedaih tau...kerana rasanya itulah kenangan yang tinggal..



Apapun mujur ada 'maya' yang mempertemukan kita kembali...



Jika ada rakan yang nak contact bolehlah e-mail kat zatty@yahoo.com atau 017-7318244.



Jumpa lagi.



Rohayati Ali.