Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Selasa, Mac 25, 2008

Khabar dari Kuala Tahan , Jerantut...





Assalamualaikum....
Pertama kali mendapat perkhabaran dari sahabat Sabri...terkejut juga. Maklumlah dah hampir 16 tahun tidak mendengar kabar berita. Terima kasih atas kesungguhan sahabat kita....bukan senang nak dapatkan no telefon kawan. Habis tempat dia telefon...dari telekom ke SMK Kuala Tembeling kemudian ke SMK Kuala Tahan barulah dapat menjejaki kawan di SK Kuala Tahan. Masih kekal di sekolah lama...dulu cuma sempat bertugas selama 4 tahun di Sk kemudian ke PKG Tahan...habis belajar kembali semula ke SK Kuala Tahan. Semasa di PKG sempat juga jumpa rakan M3P..Mohd Niza , Mat Zan , Abd Ghani ( Sabah ) dan Sabri.
Kepada sahabat yang mengenaliku...bolehlah berutus kabar berita ( dintahan@yahoo.com ). Baru semalam menghubungi Adnan di Sabah , Roshdi dan Riduan di Terengganu.. Gang Jerantut masih jumpa...biasalah siapa tak kenal Mat Beragas ( Mohd Abd Rahman )..Rusini dan Norsiah terserempak di pasaraya...masih kenal lagi. Apa cerita dengan Nik Mohd Zaki... Dulu sama belajar di UKM ...kemudian balik ke Kelantan...terus tak dapat kontek..

Untuk kenal sekolahku layarilah...

http://www.geocities.com/skkualatahan
Foto album
http://public.fotki.com/skkualatahan
http://public.fotki.com/skkualatahan2007

Sekian..

Ihklas dari belantara Taman Negara

kamaruddin @ dintahan 0199695889

Tiada ulasan: