Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Mac 20, 2008

Dari Zaitun untuk Zie dan Din

Wa'alaikumsalam Zie...
Alhamdulillah aku sihat je. Terima kasihlah send message untuk aku tadi tu. Terima kasih juga tentunya untuk Sabri. Baru malam tadi aku start email kat blog ni. Tu pun lepas Kas Shidah inform Sabri create blog untuk geng2 kita. Dah tu pukul 2.00 pagi aku call Sabri sebab dah teruja sangat tengok korang yang anto email kat blog ni. Sian Sabri. He3...Patutlah kerap tul aku mimpi pasal kengkawan sejak tahun lepas. Sayang aku tak tahu awal-awal dulu.
Sejak tinggal di sini, aku balik Trg sekali setahun masa hari raya jumpa pakcik 2 orang kat sana. Abang aku yang tinggal kat sana dah meninggal dua tahun lepas. Tu pasal tak kerap sangat balik. Tapi tak usah nak cerita la kerinduan aku pada kawan, sedara dan makanan kat sana. Lidah Trg mana nak tinggal walaupun dah bermastautin kat negeri orang. Loghat Trg aku pekat lagi ooo. Oye, anak2 ada tiga je setakat ni, dua hero 1 heroin (bongsu dah 6 tahun). Lain kali aku email gambo sekali.
Aku ni bukan rajin sangat nak belajar Zie, tapi ada kawan aku yang isikan borang online untuk aku. Bila dah belajar seronok pula. Aku amik major Bm, minor Math dan Kajian Sosial. Study dalam BI engko... Mula tu gayat juga. Lama-lama ok la...Tapi tak dapat la kita nak tolong menolong ye. Lain sangat subjeknya.
Takpe, janji blog ni menyambung persahabatan kita. Untuk kengkawan lain2, selamat bertugas. Untuk Sabri pula , please email no phone, email @ alamat kengkawan yang mana ada tu ye. TQ untuk apa yang U lakukan ini. Bye buat masa ini.

Tiada ulasan: