Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Mac 20, 2008

Lama cari dah jumpa

Ha, ingat atau kenal lagi ke sapa2 je yang ada dalam gambar ni?
Duduk depan sebelah kanan sekali tu saya le tu, depan En. Md. Noor.
Kiri sekali tu Azura.
Kengkawan lain tu ingat2 la rupa dan namanya ye. Saja nak mengenang kembali.
Camne la rupa dan bentuk korang sekarang...He3...
Nak tengok lebih jelas click kat gambar okey. Baru nampak semua dengan jelas.

Assalamualaikum untuk kengkawan. Memang rindu sangat sebab lama tak jumpa. Mana taknya dah 15 tahun lebih kan. Rupa pun tak berapa nak ingat dah. Syukur lah terjumpa laman ni. Apa khabar Din? Zie? Mas? Zima? Dll. Ingat lagi ke? Untuk kakak-kakak cam kak Laili, Maheran, Roshidah tu hai rindu sangat ni. Tapi jarang balik kampung sebab dah takde sesapa kat Terengganu. Yang tinggal cuma dua pakcik kat sana. Abang abang dan sorang kakak tu merantau cam kita. Apa nak buat. Sekarang saya mengajar kat SK Kanchong Darat, 42700 Banting Selangor. Lepas keluar Terengganu pada 1996 ikut suami saya sambung bertugas di SK Seksyen 17 Shah Alam. Lepas 10 tahun pindah ke Banting menetap di sini. Ada la jumpa Norizan, Khirul Anuar, Norinny Jamari dan beberapa orang lain termasuk kak Norasmak yang sedang sambung belajar bersama saya kat OUM Kohort 3 sekarang.
Okey, ada masa nanti saya tulis lagi kat sini.
...zaitun

Tiada ulasan: