Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Mac 20, 2008

Bertemu kembali

Selamat bercuti untuk semua.Selamat menyambut MaulidurRasul . Walau sehari tapi bolehlah luruskan kaki kejang kan. Baru balik latihan kawad kaki untuk dak sekolah ni. Saja suka-suka nak email kat sini. Lagi pulak kalau dah belajar di Universiti 'Maya' (OUM) memang internetlah alat utama selain buku untuk selesaikan banyak perkara.
Hari ni saya pos gambar terkini untuk kengkawan. Ingat-ingatlah kita yang mana satu, okey. Dulu cekeding je tapi sekarang memang semangat. Apa lagi masa dulu kawad kaki tak henti kan walaupun dah lepas pestarama tu. Tak leh kontrol lemak la. Apa nak buat, janji sihat.
Sani, ingat lagi kenangan di gunung Tebu? Sani kat mana sekarang? Ada masa contact la. Boleh guna no yang kak bagi dalam email sebelum ni.
Sabri, ada jumpa Nik Asri ke? Lagi tu Che Zul Che Kob, Seri, dll. Dulu masa kat Sungai Tong selalu jumpa Sabaruddin dengan Zie. Sekarang selalu jumpa Norinny dengan kak Asmak je. Norinny kat Teluk Panglima Garang, kak Asmak kat Klang. Kak Asmak kahwin abang bomba kot. Nanti kak inform diorang pasal blog ni okey. Nasib baik ada Sabri yang menolong kawan ubati rindu kan? Tahniahlah untuk U Sabri. Tak sangka dapat tengok kawan-kawan cam Junainah, Mohamad dll kat sini. Junainah, samalah kita membina badan. He3. Tak lupa untuk adik2 Sabah Sarawak, Seniah, Shahdana, Suryati dll. Yang tak sebut nama jangan marah. Hai, ingat lagi korang dengan majlis perpisahan kita kat rumah sewa kak dengan kak Roshidah dan kak Haslina? Ala yang kat depan maktab tu. Kak simpan baik2 lagi gambar dengan korang. Shahdana kak baca ada hantar email kat sini. Email kak please, okey?
Sabri, kak nak contact Mohd Nasobar la kalau ada sebab berhajat nak ke pulau dia tu tapi dah lama lost contact. Nak le bawa family. Dia kat mana sekarang ye? Dengar cite ada juga antara member yang dah jadi PK ye? Sapa tu? Oh ye, Kak Rusini tu ada gak jumpa tapi sekarang dia kat Institut Perguruan Islam Selangor, Bangi. Jumpa masa KDP-OUM 14 minggu awal tahun lepas. Orangnya masih maintain...
Sabri ada jumpa pensyarah lama kita ke? Kak ada jumpa email En. Ahmad Awang tapi tak dapat in pun. Teringat juga kat En. Osman, En. Mohd Noor (Tutor kami tu). Kalau jumpa sampaikanlah salam ok. Sekian, jumpa lagi.
...zaitun.

Tiada ulasan: