Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Isnin, November 30, 2009

Perginya Yang Tidak kembali

Salam Hormat, berita yang sungguh mengejutkan , diterima secara bertalu-talu dari rakan-rakan. Terima kasih di atas ingatah kalian terhadap Allahyarham Arif. Untuk makluman rakan-rakan sewaktu di MPPP dulu kami serumah bersama Arif (yang lain nya sani, nasobar, Amri, Mas dan Aku) aku rasa akulah begitu rapat dengan arif sbb selalu berbasikal denganya , ( arif selalu guna mini basikal razima )manakala aku guna basikal rashing. Kenangan lalu sememangnya terlalu manis jika diulang kembali. Tapi apa kan daya kita ini terlalu kerdil dan naif untuk mendapatkannya semula. Bila direnung kembali sememangnya banyak silap dan salah terhadapnya. Kali terakhir kita dapat bersua ialah sewaktu re union 25 Disember 2009. Mengimbas kembali Alllahyarham sememangnya beria-iya untuk mengikuti re union, tetapi setelah jam 4 petang kelibat beliau belum ada aku membuat panggilan. Dia menyatakan dia terlupa, tetapi pukul 3.00 pagi berikutnya dia muncul juga di Nelayan Resort. Tuan/puan buatlah kesimpulan sendiri !!! , Pada pandangan saya beliau ceria pada hari itu.
Kini beliau telah pergi, dan pergi yang tidak akan kembali untuk bertemu kita di dunia ini. Apa yang terdaya bagi kita sedekahkanlah Alfatihah untuknya dan jenguk-jenguklah anak-anaknya yang masih memerlukan belaian, sekiranya termampu.
~Bukit Minden, Pulau Pinang~

Tiada ulasan: