Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Jumaat, November 13, 2009

Siapalah aku...

Salam buat semua kengkawan...harap korang sihat sejahtera...

Dalam kesibukan begini...debaran menanti keputusan UPSR yang bakal mendatang, kekalutan menyiapkan tugasan, disibukkan lagi dengan sukan tahunan, seterusnya menanti di penghujung minggu akan datang adalah hari anugerah kecemerlangan...begitu sibuknya kita bergelar guru... Saat2 akhir tahun begini juga kita akan bergelumang dengan segala macam laporan aktiviti tahunan, segala mak nenek sijil untuk anak didik kalau mengajar di tahun 6 termasuklah fail2 yang perlu diserahkan...

Terkedu seketika aku hari ini...percaturan memohon pertukaranku dan 5 teman seangkatan TIDAK DITERIMA dengan alasan tiada kekosongan. Deraian air mata seorang rakan yang sedang sarat menunggu saat kelahiran meruntun hati. Setelah berbelas tahun beliau berkhidmat di sini, masih ditahan dan tidak dapat bertukar sekolah. Aku, walaupun baru 5 tahun di sini sudah seperti cacing kepanasan, turut terkilan dengan penolakan permohonan biarpun permohonanku atas sebab kesihatan...

Ju, aku menerima nasihatmu untuk berkata 'tidak' dalam banyak perkara kebelakangan ini. Namun, seperti biasa, bertimpa2 tugasan tambahan diserah jua. Masakan aku dan rakan senasib mampu menanggung. Bukan hati benci, jauh sekali ingin melarikan diri, namun aku rasa tidak selamat lagi untuk diri ini melewati pekan sesak itu setiap hari untuk tiba ke destinasi tempat mencari rezeki...Tuhan...semoga ada hikmahMu di sebalik segalanya ini...

Hati remuk tatkala sahabat2 tersayang memeluk dan mengucap syukur di telinga kerana kami tidak meninggalkan mereka. Ketahuilah...bukan sebab hati tak sayang...tetapi jiwa sudah meronta tidak tertahan menanggung beban tugas yang tidak mengenal masa...Kerana harapan dan sasaran pihak atasan, terpaksa akur kerana siapalah aku...Pasang kabel kanan kiri pun tak lut juga lagi...

Aku tahu di manapun kita bekerja, semua ada masalah. Tapi sudah tentu masalahnya tidak sama.. Paling penting bertukar angin dan mungkin dapat berkhidmat dengan lebih selesa...

Tiada ulasan: