Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Rabu, Julai 30, 2008

Khabar dari Kuala Tahan

Assalamualaikum....
lama dah tak jengah kat blog ni...hampir seminggu..bukannya apa line telefon terputus entah kat mana...aduh siksa sungguh kerana kat sini betul-betul bergantung kepada internet dari membayar bil hinggalah kepada pengajaran dalam kelas. Banyak dah rakan-rakan dah mula menulis di blog. Tahniah.
Minggu ini anak-anak didik dah mula peperiksaan percubaan UPSR. Insyallah saya akan uploadkan soalan-soalan negeri Pahang kat Yahoo Groups. Kak Tun dah pun upload teknik pengajaran Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C. Kepada rakan yang ada bahan bersama boleh dikongsi kat Yahoo tu.
Mudah sahaja ... daftar email yahoo lepas approve upload sahaja kat ruangan yang disediakan. Utk Saabri...boleh tolong app aje member punye...sebab sabri punye status moderator dan boleh approve orang lain punya. Cuba check kat ruangan member tu.
Mengenai reunion...saya memang nak sertai sangat. Pada bulan oktober nanti sekolah saya akan mengadakan Hari Keluarga di Angullia Resort Marang....pergi...bulan nov nanti pegi lagi...last saya ke Terengganu tahun 2001...masa itu masih di PKG...kursus di Permai Park Inn.
Seperti mana rakan...sekarang ni masa sibuk. Jadual anjal tu biasalah...pastu pukul 1.45 sambunglagi hingga 3.45 petang. Itu tak masuk hari sabtu dan ahad serta kelas malam. Walau dalam kesibukan itu , kami sempat cuti masa nak bawak budak ke Pusat Perlindungan Gajah , Kuala Gandah , Lanchang pada 10.8 nanti...tenangkan fikiran..untuk bebudak tahun 6 aje. Bulan okt nanti nak ke Cameron Highlands pulak...pelajar asrama..
Rasanya cukuplah buat kali ini. Kepada rakan kongsilah soalan-soalan percubaan tu...manalah tahu ada rezeki ... soalan keluar... pakar-pakar tu janganlah malu-malu nak kongsi pengalaman.

sekian...Wassalam
dintahan
Kuala Tahan , Jerantut 30 Julai 2008. 10.15 pagi. Makmal komputer.


alt="Click here to join rakanmppp">
Click to join rakanmppp

canteek

Tq buat abang pendi dengan sinopsis secebis kisah hidup. aku sungguh tertarik dengan cerita tu sebab ada sedikit sebanyak berkait dengan aku pertama aku rasa kelar tu kat rumah azmi mat nor, masa maktab dulu sempat aku lepak seminggu situ, sebab ada orang tua kampung aku kata orang pasir mas comel-comel dan tanahnya subur katanya "tanah serendah sekebun bunga"masa tu jugak rasanya aku melawat rumah mu, satu lagi aku baru jugak pergi kat felda kemayam dekat keratong ada anak beranak aku kahwin situ, aku menginap di hotel keratong, sempat tengok sekolah niza tapi masa tu dia takdok rumah. Aku rasa patut lah kita semua ni tulis kisah hidup kita sebagai cikgu , tentu banyak benda yang kita dan orang lain boleh dikongsi bersama , bila aku tengok dalam majalah dalam maktab dulu bukan main idea kau orang siap dengan sajak, syair cerpen dll. Maslanasri tu memang popular, guane!!! tulislah kisah kita 10 muka surat seorang pastu biar aku compile kita buat buku ( boleh jual beb !!!) setuju !!! kalau setuju standby lah tulis dulu satu ayat satu malam, tahun depan kita compile. Nasiblah kau cikgu sekolah sebok memanjang je, aku pun sibuk juga tapi mesyuarat memanjang je, cuma kerja di PKG ni tak lah tension sangat , ni nak mesyuaratlah ni tapi sementara tunggu orang datang aku berbloglah. cuma sekarang ni mesyuarat di premis kerajaan je sebagai langkah penjimatan ke luar negeri(luar terengganu) pun payah dah nak dapat peluang. Ok lah lepas daripada kesibukan kau orang nanti jangan lupa berblog semula ya. si kamaruddin tu tolonglah approve rakan-rakan yang nak join yahoo group tu tq.
sebetulnya baru spai rumah ats satu urusan, buka blog tgk respond sabri...t/kasihla..ni serba sedikit ..lps mppp dipostingkan ke sk kemayan phg..ujung phg.. 1km ke sg lui n.sembilan..api air tarak..12km jln estate n balak ke pkn kemayan.1992-1996, 1997 btukar ke sk kelar, p.mas dan 2004 ke sk pengkalan kubor,salor hingga sekarang.
1995 masa tu dah brasa nok kahwin...tup-tup ditakdirkan jumpa mata air masa sekolah di triang phg...dia pun first posting di triang phg dan sk kemayan sekolah kedua dilawati-misi gigi. dlm masa 6 bln kami kahwin.lps tu tak kahwin-kahwin lagi. skrg sudah 5 anak ... 12 thn(L), 11 thn(P),7 thn(L), 5thn(P) dan 2 thn(P).cukup doh kuata kjaan.
Cik Tun...mana anda...dulu suruh saya masuk blog..jangan lari...insyaAllah jumpa lagi di lain kesempatan

Selasa, Julai 29, 2008

Alahai Abe Pendi

Salam hormat, alahai abe pendi tokke tulis banyokk tu je, ramai kekawan lain nak tahu kisah demo tu, kalu ada post la ghetek gambar mu anak beranak. Walau lagu mano pun kawe ucap tahniah kerana dah berani tulis dalam blog ni, bila teringat kat demo kawe teringat kisah basikal dulu, kawe dengan basikal racing ( pakai kain pelikat ) arif naik basikal kecik ( tapi dok leh khabor dia tibai basikal sape he...he...he... )dan demo dengan basikal tu...... Buat kekawan lain aku baru ni pergi kebun durian Mr Yeo kalu kawan-kawan lain nak pergi boleh lah... (sapa nak ikut ?? ) pah tu aku ajak dia dan isterinya singgah rumah aku , bertuahnya sapa jadi aku kan, dok dekat dengan pensyarah dan dekat dengan bekas maktab kita bila rasa rindu dengan maktab tu boleh pergi bila-bila masa , tapi aku tak pernah pergi pun, tapi yang dekat sekali dengan maktab kita ialah wan maslihah sekolah pasir panjang je , yang ke dua dekat noriah othman unit C dekat sekolah seri Budiman dan yang ketiga dekat Reduan debok kaunselor SMK Chung Hwa dekat bukit Besar. ok sorilah jika termelalut aku nak mesyuarat pulak nih.
Salam....ambo afendy bin ghazali unit b. ini kali pertama masuk blog. dah kahwin anak lima , 2 lelaki dan 3 perempuan. jumpa lagi

Sabtu, Julai 26, 2008

Bersua Kembali

Salam utk semua. Kabare? Hi, sok nak exam, tgn masih gtal nak berblog. Tahniah Mas, tabah mendidik anak murid. Kami kat sini pun anjal jg, dah lama mula pun. Nnti Mas email soalan tu yek. Mmg nak guna. Soalan Pahang dan ng2 lain pun boleh gak. Tapi sori sbb lum dpt nak email soalan sini sbb tak de soft copy. Nak scan dan attach hard copy ni lmbb ckit, mkn masa. Nnti kalau ada lpg, kak send ke yahoo group. Korang, kat Sgor next week trial negeri, selang seminggu pastu trial daerah plk. Seminggu yg free tu kitorang kena jd tuan rumah kuiz kesihatan daerah. Bygkan 47 penyertaan sek. Masaaaak2...Cikgu t'tekan sama cam anak murid nak pekse. Ni antara program kitorang skrg.Ni tengah buat mural batik, parking lot, taman orkid dan segala mcm. Nak wat sek dlm taman cam Putrajaya gamaknya. Cam dah ku kata seblm ni la, guru merangkap segalanya. Nasib baik cikgu cikgi kt cni ok2. Bos pun rajin tolong. Korang bole order kitorang buat line parking kt umah. He3...Caca murba betoi. Tapi bkn apa la kan, yg benonya sek kwn ni dah lama, uzur dah. Dtg bos yg suka cantik2 je, tu pasal tgh menambah segala bentuk kecantikan yang ada. Brie, ko dah jumpa bos kwn kan? Mmg maintain cantik dlm segala hal.





Hi, rasa tak cukup mase btul tahun ni. Betoi ckp Mas, guru mmg camtu. Redha je la ye. Tapi dah nak siap ni rasa puas hati. Utk Ida, tahniah. Kak doakan ko lulus pmohonan tu. Welcome 2 our club - mahasitua. Oxford University M'sia u...Keh3...Roger n out.
...che tun

Salam Mesra....

Salam buat member2 yang diingati...

Sebelum nukilan ini panjangku coret, mohon maaf kerana udah lama tidak berbicara di sini. Buat Kak Tun n Ju yang asyik menyeru nama den kat sini..tima kasih ler... den idup lagi...

Sebenarnya masuk je bulan Julai ni sekolah kawan buat jadual anjal untuk budak tahun 6. Bayangkan dalam sehari cuma relax satu waktu jer... nak mampuih rasanyer...! Tapi itu lah kita... mengeluh bagai nak rak tapi tetap maintain ngan tugas yang diberi. Biasaler kan.. guru....

Buat Ida, kalau abang Zul awak dah bagi green light, apa nak tunggu lagi. Tiada istilah lewat dalam menuntut ilmu ni. Selagi hidup ilmu harus dicari...! Betullah apa yang dikata oleh Kak Tun n Ju tu.. Mula2 jer rasa perit, tapi masuk tahun 2 alah bisa tegal biasa jer... Kalau awak tak rebut peluang terakhir ni, percayalah...awak akan menyesal seumur hidup...

Baikler..dah pagi hari pun! Kawan mintak diri dulu ek.. Ju, kalau awak nak soalan Canang 2 dari Negeri Sembilan sms jer kawan... Kalau Kak Tun nak pun boleh! Member2 lain yang nak pun den boleh attach.. Esok sekolah ganti la pulok!!! Penat nyer la kerja sampai 6 hari seminggu kan?

Buat Bri, lama tak antor berita? Ke cibuk jugak? Tentang tarikh reunion tu kawan tak maun komen sebab awal2 lagi kawan tak boleh gi sebab tarikh tu kawan dah ada kat kampung untuk ke USM. Mintak maaf banyak2... Ok.. kita jumpa lagi.. M3P tetap di hati....

Ikhlas : Mas, Jengka 7

Jumaat, Julai 25, 2008

KDC OH KDC

Salam untuk semua.
Nampaknya aku kena sahutlah cabaran untuk sambung belajar juga. Ini Kak Tun punya penangan la. Begitu kuat semangat yang kak tun berikan. Lagi pun kat sekolah rata-rata isi borang mintak. Jadi cuba la mintak gak.

Untuk Sabri, kita kenala fikirkan semula tarikh reunion tu. Sebab kalau ramai yang dapat KDC mereka akan mendaftar pada 17 nov kan? Kita tanya smula la. Macam aku la, kalau dapat ( kalau la ) sememangnya tak dapat hadir. Hua...hua...hua.

Untuk kawan-kawan yang mintak KDC mudah2an kita dapat jumpa nanti ( belum dapat dah berangan )....-zarida

Rabu, Julai 23, 2008

Cikgu Cikgi

Salam utk semua...Kabare? Semoga korang btugas dgn gumbira. Jgn tensen nnti BP naik. Ni nak reply post Ju, nak kasi smgt utk Ida. Betoi ckp Ju tu, bila lg nak mula? Skrg on utk kdp, blasah je. M'sia boleh! Tak nak yg tu, byk U lain pun ada buat utk kita juga. Pilih mana nak. Zul dah bg greenlight, nak tunggu apa lg? Dah mula nnti gerenti sronoknya, ya la, yg bljr pun sama baya, seme ckp otak bkarat juga. Takpe bkarat, jnji masih boleh pakai. Hik3...Member sek kak skrg pun masing2 blumba mohon mana yg offer sbb kawan keliling asyik ckp psl bljr. Masih tak tlmbt utk kita. Redah jer...Tak sedar pun dah nak abis. Ala 4 th je. Muet pun dah lps. Okey la tuh. Ju, muet okeykan? Tapi mmg first degree perit ckitlah. Tapi betul ckp Sani, dah abis nnti lg sronok. Pastu nak sambung. Kak ni tak taulah larat sambung ke tak. Yg ini pun senak2 perut, nyawa2 ikan je benonya, tapi group work ok. Lg plk kalau nak diikut, keje kita mmg takkan abis. Takde noktahnye. Cam Brie takpe, rete dah byk . Bungalow dah tegak, teres pun ada, tanah pun byk ekar (jgn marah no). He3...Okey Da ek, isi borang ek? Okeyla tuh! Ida, kak ada email utk u. Nnti tgok tau? Bye. Roger n out. Maaaassssss, mana??????
...che tun

Selasa, Julai 22, 2008

Tiada Hari Tanpa Keje...

Salam hormat semuanya...
Lama tak menyumbangkan idea kat sini..Tapi masih macam dulu..hatiku tak berubah.. Walau kerja menimbun..(tak jugak)..tapi bertali2..ingatan masih juga teringat nak jenguk blog.. kekadang sempat baca je.. teringin nak balas, tapi tak sempat jugak..asyik ingat keje lain yg lum beres.. Bebudak thn 6 ujian sepanjang masa.. kena tanda la pulak..baca karangan je aku nih.. bimbang sok jawap ketas peksa sdn asyik2 ingat ayat anak murid je..

Best la awak Che Tun, dah nak merdeka.. Ju tak mula lagik nih..Paper Ju 2 n 3 Ogos..berturut hari.. dah tu hari sabtu dan ahad. Minggu tu Ju 'keje' 7 hari la..Berasap la kepala nih nak membaca.. Modul fresh lagik tu.. masih 'dara'(ekeke..)

Apapun, 'Akar pendidikan tu pahit, tapi buahnya manis'..kan Che Tun, kan? (nak bagi up semangat kat Ida skit..)..Betul Ida..ko blajo la..nanti pabila dah mula, ko pandainyer nak bahagi2kan masa..kalu tak pun hubby U mesti bagi masa dia kat ko sikit..hehe.. Tak caya tanya Mas..(mana la hilangnya si mamat 'becok' tu..)

Wah, best la ko Tun g PD wat kursus.. Ju wat kat skolah jerk..baru 2 hari je..nampak gayanye lambat la Ju nak cukup nisab tu..

Din, Ju tak pandai la nak wat yahoogroup tu..

K, untuk kengkawan yg setia sebagai pemerhati je tu..bila nak terjun kat sini?

Memang cbuk...

Salam untuk semua.
Cuba la gak jengok2 blog ni supaya meriahnyer berterusan. Ye la Kak Tun, la ni cbuk sket. Ida ni penyelaras unit berunipom. Nak berkhemah awal bulan depan jadi cbuk la mengaturkan segalanyer. Maklumlah dah 7 tahun dok kat sek ni, datang KOKO baru ni, baru nak buat khemah sepadu. Masak sendiri. Kalut la depa. Slama ni asyik cater je. Cikgu bando lain la sket. Tak macam dok ngajo Jengka dulu. Time khemah sonok cam main masak-masak je. Mas mesti masih merasa kesonokan nya.Tengoh2 cbuk sedia untuk berkhemah datang lak minggu ni kena buat RIMUP. Keje yang ada belum beres datang plok keje lain. Doh camna? Kekadang tensen gok. Sebab tu nak blajo fikir berjuta kali. Ni kan ada plak tawaran KDC. Hubby soh mintok tapi tok cekok eh. Asal cuti g blajo. Orang time cuti la nk releknyer. Ke guaner? Orang malas camtu la cakap nyer kan...kak Tun? He...he...he. Sbeno nyer ni baru lepas erobik. Tengok blog jap. Sebelum masuk opis ( dapo la ) rilek lu anto brita sket. Ok la seme2, kita jumpe lagi yek....melalut macam2 nih tok abih2....nak g masok plok.
....zarida

Isnin, Julai 21, 2008

Guru oh Guru

Salam untuk semua...Kabare korang? Nampaknya masing2 cbuk la tu ek? Ramai yg membisu ni. Cbuk sungguh minggu ni Brie, tu psl tak dpt nak post berita. Ju, Mas, Ida, Wan, Zima, dll tu sama gamaknya. Din cbuk handle group blog gaknye tapi masih sempat reply email kawan. TQ. Bila dah masuk Julai ni memang sibuk utk guru UPSR. Kat cni trial UPSR ujung bln ni. Ni baru lps ujian. Cikgunye pun sama cbuk exam. Nak wat lagu mana kalau cikgu dgn murid sama naik studynye. Berlwn2 bljr. Kekadang tu anak2 sendiri tak sempat nak tengok pljrnnya. Pandai2 korang nak idup. He2...Abis2 minta tolong kawan (cikgu dia) polishkan. Tak gitu Ju? Ha, Ju, kawan ada 1 paper lg 27.7 ni. Pastu sek kitorang mmg happening, 1-3 Ogos seme kat PD, buat kursus utk penuhkan buku rekod kursus kita tu. Hai, bjln sesaja. Cmrlg sungguh kita dok? Anak2 kena la pos ke kg. Korang camne, dah cukup 56 jam kursus? Fening la, mcm2 jd cikgu skrg. Atie, result okey? TQ jg sbb bantu ketika kak tgh desperate. Utk member lain, cptlah antar berita. Slow ni carpet kita bulan ni. Utk deq Tim, welcome 2 our blog. Aktif hoki lagi ke? Okey seme, chow dulu. Jumpa lagi. Roger n out.
...che tun

Promosi Blog

Salam hormat, ke mana kawan-kawan yang popular dengan blog ni menghilang , rindu pula dengan celoteh kalian terutamanya che tun. Tapi ada tulisan atie dengan cg fatimah tu kira okey lah tu.Terima kasih juga cikgu fatimah sudi promosi blog keluarganya. tak lah boring sangat buka blog ni. Pada kesempatan ini saya nak promosikan dua blog. Blog pertama www.nostalgiakita.blogspot.com blog ni untuk menghubungkan semua rakan guru-guru kalau ada kawan-kawan lain nak berblog macam kita jemputlah mereka suruh mereka emailkan kepada saya beserta nama maktab dan sesi.nanti saya akan buka blog mereka. Blog ke 2 www.kuliahcinta.blogspot.com, blog ini akan membicarakan hal-hal berkaitan nikah kahwin berdasarkan kitab orang terdahulu , saya jemput semua menyertai blog ini. cubalah. Semoga dapat manfaat.

Jumaat, Julai 18, 2008

Salam Dari Kluang

Agak lama menyepi..al-maklum la sibuk dgn 4 jawatan-4p(pelajar,pekerja, pengurus rumahtangga,penjaga anak-anak)..Tapi atie tak ketinggalan baca blog sokmo mengimbau kenangan..Brie.. tolong la carikan lagu maktab tu and attached kat sini.. rindu la nak dengar lagu tu kan..benonya dah lupa betul camne melodinya.
Betul la cam Kak tun kata banyak perkara yang dah lupa pasal maktab ni..bukan lupa..tapi tersimpan kat(ingatan luar sedar) .
Kak Noriny..cam dulu gak cutenya..tahniah la dah tersenarai muka kat blog kita ni...
Cite pasal makan..atie lupa la ada satu kuih tu namanya dah lupa, dibuat dari tepung beras , dibakar...Ma, ko tentu tahu kuih ape.. atie memang terliur nak makan kuih ni..kat sini tak dok..kalu reunion nanti Sabrie ko orderkan leh tak.. kalu tak kempunan aku..dulu masa dok tganu..teringat tempe..pecal...la ni teringat nasi air kat ....epe yek kita panggil pasar mlm kat teganu.. atie lupa...sorry..
by.. see you soon..
ATIE.

Khamis, Julai 17, 2008


Assalamulaikum, Apa khabar semua? Terima kasih kepada yang mewujudkan blog ni. Dapatlah kita melepas rindu pada kenkawan lama. Saya sekarang mengajar di kuala pilah. Dah jadi orang nogori.Jumpa lagi Reunion nanti.Insyaallah.BLOG KAMI

Selasa, Julai 15, 2008

Penambahbaikkan Blog

Salam hormat, kepada penatap setia blog ini beberapa perubahan telah dilakukan untuk memudahkan kita memahami situasi blog ini. pertama saya dah tukar waktu kepada waktu malaysia, dan keduanya nama rakan mpp dah ditukar kepada sabri mppp 90/92. jadi bila kita melihat waktu mengepos blog ini secara automatik kita dapat maklum tarikh dan waktu sebenar seperti yang dicatat di bawah, saya tak perlu lagi taip nama , kau orang kena taip nama lah sebab kongsi password

Isnin, Julai 14, 2008

Guru oh Guru

Salam utk semua...
Berbanggalah dengan status sbg guru yg merangkumi semua jwtn yg ada. Kita guru, kita kerani, kita drebar, kita tukang kebun, kita gak akauntan, kita gak la doktor@misi@bomoh. Mcm2 lg lah. Sama2 fhm kan? Dasyat ko Da sihir je PLBS. Kalu camtu kak bomohkan je le cam ko. Keh2...Ju, slmt memasak, jgn gantung piuk lelama nanti ilang ilmu msk. Hik3...Sama spesies je kita, tang rajin tgn tak kering, tiba mls @ cbuk, segala kuali, piuk blanga naik dinding. Bab study sebenonya baru buka modul, stkt ni baru scan je, blum pulun lagi. Camne, baru abis satu bab keje, dtg plk keje lain. Ai, kalu tak kuat smgt, masuk spital gue. Tapi kan dek cbuk, 2 minggu lps gue hampir kena darah tinggi, tetiba BP naik. Skrg ok la. Okeh kengkawan, jaga diri dan kesihatan. Tak nak tulis byk2 ari ni sbb prasannye dah lebih drp tuan tanah (Bro Brie) lak kwn menulis. Dah tu lak Nik Yee cyap ckp, kak paling byk mengepost. Jgn mara ha Brie. Roger n out.
...che tun

Ahad, Julai 13, 2008

Ada Resepi La Pulak...

Salam rakan2 semua...
Teruja betul dgn ketokohan kalian.. bukan saja aktif kat skolah, pandai lak memasak macam2.. Tak macam Ju nih.. hari2 makan masakan kedai..hujung minggu je kalu masak..itu pun kalu ada kenduri..gantung lak periuk tuh.. Tapi kalu korang bertandang kat umah Ju, Ju akan usahakan jugak masak tuk kalian..hehe..(Mas dah dua kali singgah umah Ju, tapi Ju tak jugak sempat nak masak..)

Wah, cantik plan mu Che Tun..bila nak G tahan? Kalu jadi, kol la ek..nanti leh jumpe..bestnyer..Ju suka sgt dok bercamping nih..cuma skrg nih agak kurang sikit..sebab byk fikir dah.. nak pk hal umah lagik..tenaga pun kurang..hehe..so, kurang la nak dok lelama bercamping..bantu2 kekejap ok sesgt..

PLBS siap dah..cuma minggu esok nih, ketua pentaksir kawasan nak dtg skolah Ju pulak..nak kutip data yg ada pada Ju.. Lepas nih leh la bukak buku tuk peksa.. Ju 2 dan 3 Ogos.. ntah la..bukak je..baca lum tau lagik.. Ko dah baca Tun?

Banyak resepi yg korang perturunkan kat sini..bagus2..Ju memang tak penah wat laksa..dgn tips yg korg bagi nih, khasnya petua Ma..nanti ada kesempatan leh Ju praktikkan..Kalu canggini lambat la Ju dpt kejar Ida yg dah mula kurus tuh..Ko lak camne MAS?? Mas OOO Mas..

Eh, Brie..Ju nak gak no kawan2 yg baru dikesan tuh.. emel la ek..

Re : Masak Oh Masak

Salam untuk semua,
TQ Ma utk tambahan perisa tu. Tak pernah buat tu, dgn segera akan dicuba. Ramadhan nanti sgt bermakna jika kita dpt kongsi resepi. 13 tahun dah kak kat sini, Ramadhan sgt syahdu krn tak dapat nikmati kepelbagaian juadah tanah kelahiran yg masih melekat kat tekak. Kalau balik Trg mmg kak mesti sgah kat gerai Berahim Pasar Payang yg jual mcm2 juadah tradisional. Cdgn Ma tu okey sgt la utk kita wanita. Tapi nak tengok gak la kesudian Bro Brie buat partition dlm blog ni. Dah agak lama kat sini tekak masih blum bole nak trima sotong rendam dgn laksa kering tu. Cam plastik. Apa nak buat, itu je yg ada, drp takde. Ida plak, baguslah. Tabahkan hati kalu betul nak kurus. Dah d'ambang 40 byk selulit tu mmg degil nak ilang. Watlah apa yg patut. Skolah kak ni mmg dah jadi tradisi buat camping 2x setahun. Lwtn th 6 pulak mesti keluar S'gor tiap tahun. Kak baru masuk 4 th kat sek ni. Tahun ni kena jd penyelaras uniform. April lalu dah camping asas utk th 4 kat sek. Sesi 2 mesti keluar, itu arahan bos. Kak okey bab bawa bdk2 bjln tambahan pula dah jumpa kawan2 satu Malaya, pjg sket langkahan tu. Alhamdulillah la. Bos cmrlg. Tu psl kami kena kerja selayaknyalah. Tiap2 tahun selain xtvt ko-akademik, kami juga dicalonkan dlm byk pertandingan peringkat negeri seperti lanskap, keceriaan, sek cmrlg dll.Agaknya sbb pernah jadi sek hrpn negara dulu. Tahun ni naib johan edible lanscape & kitchen garden S'gor (tp belum dpt keputusan rasmi). Th lepas ketiga, 2 th lepas kedua. Tahun dpn bole johan kot. Hik2... Masih tak dpt lwn Gombak (juara bertahan kebangsaan). Kak jg SU keceriaan. Dah lali buat ktas keje. Memang pening sket sbb ajar th 6 lagi. KBSR (keje brt spai rebah) la tu. Tapi yg baiknya, pglmn tak dpt dibeli. Nak offer lg se-x kat korang, jom ke Tahan. Boleh kita buat apa2 ptandingan muhibbah. He2..
Okey, jumpa lagi. Roger n out.
...che tun

MASAK OH MASAK

He...Kak Tun,rupanya ingatan Kak Tun pada Ma sebab masokan Ma ke?Alhamdulillah,kurang2nya kalu makan mende2 tu ada la ingat ke Ma.Ma bukannya panda sangat masok memasok ni seperti yang Kak Tun kata tapi kalu untuk Kak Tun insyaallah...bole la Ma buat mana hok Ma reti.Ma nok tamboh sikit resepi kuah laksa Kak Tun tu sebagai nok menambohkan aroma kesedapan kuah laksa.Kalu kita buh bawang yang dibakor dalam kuah laksa lagi la mengancam baunya.Buka tudung periuk gerenti terangkat aroma kuah laksa boleh meleleh la air liur.Baik2 jangan sampai masuk air liur dalam periuk pulok.Apa kata kita buat ruangan 'request' resepi dalam blog kita ni sempena bulan pose dok lama lagi.Kalu duk berjiran bole la kita bertukor juadah.Doh jauh di mata kita bertukor resepi la pulok.Kalu nok tahu cara masok mende2 bole la kita tanya sesama kengkawan di sini.Amacam bole dok Kak Tun?
He...Sabri,aku rasa jauh lagi aku dengan ustazah tapi kita ni kan dok kang la nok duk di tempat tu ler sokmo,kena la beransur2 untuk insafkan diri.Aku ni memang VOGUE tapi hati baik la beb...he he he.See you all later.
FROM RAZIMA WITH LOVE

Kak Long Zaini & Noor Sakeenah

Hari ini ( 13 Julai 08 ) aku berjaya menambah koleksi kawan-kawan , yang pertama Kak Long Zaini SK Kok Pauh,Rantau Panjang Kelantan dan ke dua Noor Sakeenah Abdullah SK Alor keladi, baru ni nik yie ada sms no hanan so, bertamabh-tambahlah koleksi kawan-kawan kita sape nak nanti aku emailkan. Cuma bila aku call mulut tu tercelupar sikit , aku selalu kata hidup lagi mu ? mintak maaflah jika ada yang berasa hati. blog ni dah sungguh meriah nampaknya terutama dengan kehadiran kau orang, dan dah masuk macam-macam petua , resipi , keluhan , tangisan dan sebagainya, Tahniah buat semua.Razima tu kan betul aku kata dah macam hajjah dan mirip ustazah pula, aku rasa orang lain patut ikut jejak dia tuh............. sabri

Sabtu, Julai 12, 2008

Meriah......nyer!

Salam untuk seme2....
Untuk Sabri, Fatimah dah stuju untuk reunion 2 dewasa dan 4 anak.
Untuk Chef Tun....wah bagi resepi la pulok. Best gak skali-skala cuba wat laksa sendiri. Tapi banyok keje weh! Senang amik duit g bli je. Kat Kontan ni senang gak nak dapat makanan tradisi tu. kalau kat tempat kak tun payoh la yek. Sebut pasal makan nih alergik sket bukan kak tun tak tau kan tengah mengecilkan mana yang besar. Mengurangkan mana yang terlebih. Kena berpada-pada la makan nyer. Setakat nih baru dapat kurang kan 5 kelo. Geramnyer la! Payoh bebeno nak kurang nyer. Poco2 on je tiap hari. Puas poco2 wat erobik plak. Sorang-sorang je wat nye.
Pasal PLBS kita orang baru nok mula buat. Banyok la keje. Blum habih yang tu, yang ni plak datang. Pening gak, main ngan budak darjah satu. Tengoh test kawan dia, dia memekak dalam kelas. Tension gila. Last2 pakai tembak je atau sihir je skor. Hik3.
Macamna study, ok? Ida ni pun nak study gak....study PTK je. Tu pun tak lepas2 lagi ketas umum nya. Macamna nak further study. Hok tu seket pun payoh nok lekat. Best la Kak Tun dapat bawok budak2 ke Tahan. Aktif la kak Tun nih. Sekolah ida ni nak buat perkhemahan bersepadu pun riuh. Itula inila! Dah tujuh tahun kat skola ni...baru ini nak berkhemah unipom nye. Sekolah ala-ala bando payoh...banyok songeh. Tapi nak wat camna kena la tempohi jugok dengan tenang dan tabah.
Ok semua....jumpa lagi nanti.

Sekali Lagi Edisi 2

Dulu waktu mude2 selalu tengok arwah mak bonda buat laksa Trg. Giling semua rempah, guna pula ikan bakar/panggang. Rumit nak buat tu tapi rasanya mak oi,peh!terangkat.Tapi tibe aku teringin nak makan, koboi je kubuat.Nama je anak toke kuih tradisi tapi tak menurun sangat kepandaian masaknye.Ha kalu korang nak belajar buat kuah laksa Trg paling mudah, ni dia, cubalah tapi guna sukatan sendiri sesedap rasa korang je la. Toksah ikut sangat kat buku resepi tu, dah banyak diadaptasi ikut citarasa individu. Tapi ni pun ikut citarasa aku. Hik2...
i. Ikan panggang (utk yg rajin) kalu lebih rajin lagi rebus je,
ii. Santan,
iii. Cili boh,
iv. Bawang besar/merah dan putih,
v. Lengkuas,
vi. Halia,
vii. Rempah kari ikan tak kira apa jenama
viii.Kerisek
ix *Semua rempah menggulai cam cengkih, cabe, kulit kayu manis, jintan, ketumbar (yg ni semua kalu tak bubuh pun takpe sebab dalam rempah kari tu dah ada semua ni.
x. Garam, gula, perasa (ikut suka).
Yang atas tu kulebur je dalam blender pastu masak sampai terbit minyak skit takde tumis2. Gerenti jadila tu. Makan dengan spagetti je ala2 laksa johor. Okey la tu. Nak jadi laksa Johor, korang tambah je udang kering. Dapat 2 resepi koboi. Ko jgn gelak resepi kak Ma, kak tau ko terer masak. Oya, ramuan lainnya tu timun, toge, kemangi (kalu ada). Kalu takde bedal dgn timun je kenyangla perut tu.
Bye...che tun
Nota utk Ju: Ko singgah jap je Ju, wa kalu singgah gerenti lama.Hik2..Mula nak melalut lg le tu. Bkn apa, senang ati dah beres byk keje. Bole start study lak.

Sekali Lagi Edisi 1

Ma, kak rindu sangat dengan makanan Trg. Tapi nak buat sendiri cuma tahu beberapa masakan mudah je. Pastu beberapa hari dulu kak ada terbaca dalam blog resepi cara nak buat laksa beras cam orang tua buat kat kampung dulu2 tu. Walaupun tak sama rasa, tapi adalah bentuknya tu. Orang Trg rasanya tak susah nak dapat laksa tu tapi kalau ada rakan2 tempat lain yang terpaksa guna laksa kering yg kena rebus dulu tu boleh cuba ni. Kak bagi ramuan utk percubaan (kalau rajin le).He2..
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu tepung ubi
Sedikit air panas
Sedikit air sejuk
Campur 3 tepung tu pastu masukkan air panas, sebatikan. Pastu masukkan air sejuk. Uli macam doh donut. Pernah buat donut sendiri tak? Jangan lembik nanti benyek. Masuk dalam acuan maruku, tekan/pusing ke dalam periuk air mendidih. Bila dah terapung, tandanya dah masak le tuh. Terus angkat. Jangan biar lama sangat dalam periuk tu nanti overcook, benyek lagi. Cubalah. Sedap jugalah rasanya kalau nak banding dengan laksa kering. Kalau tak menjadi tu, korang tak leh buka restoran la tuh. Heh2.. Jumpa lagi. Roger n out.
...che tun

Bertemu Kembali

Salam untuk semua...
Kabare? Waras la tuh! Semoga kalian dalam lindungan dan rahmat Allah selalu. Menarik nota Ma tu. Sama2lah saling mengingati. Ma, minggu ni kak dapat call dari Nik Yee. Menariknya dia nak cuba kenakan kak, tapi malangnya masa tu kat skolah bising yang amat dgn mcm2 latihan. Tak menjadile plan dia tu. Bila kak call balik dia, dia main teka2 pulak. Ingatan kak ni memang dah banyak lupus apalagi bila tak cam langsung sore dia. Dia kata, Asri. Konfius tapi kak layan cam bese macam dah tau sapa padahal tak berapa ingat lagi sehinggalah bila dia kata, "oloh tok ingak ko adik" dan dia sebut Mas baru terlintas Nik Yee. Deq, kalu ko baca ni jangan amik ati ye. Memang kak pelupa tapi rupa dan memori dulu bila diimbas, boleh jadi novel. He2.. Tapi kak tabik la rupa dan bentuk mu sama cam dulu.
Ju, slamat bertugas. Mencabar kan? PLBS bagi minggu ni nak minggu depan resultnya. Cam robot je kita. Tapi alhamdulillah warga guru memang selalu bersedia berkhidmat kan? Mas pulak apa crita? Sibuk ke? Ha, lepas UPSR nanti kak nak bawa budak uniform ke taman negara. Bos dah luluskan proposalnya. Memang nasib baiklah ada Din kita kat Tahan tu. Kalu tidak asyik2 camping kat Bagan Lalang atau Kem Gelanggang Buaya. TQ utk Din yang sedia membantu. Ada sapa nak join silalah. Bole kita buat usahasama. Ida camne skrg? How about your poco2? Jomlah ke Tahan. Nanti kita poco2 sama2. Kik2...Deq Yee, toksahlah baca blog je. Jomla hantar berita. Tentu banyak crita menarik dalam pasukan polis tu kan? Boleh la kita sama2 baca. Okey, jumpa lagi. Roger n out.
...che tun

Singgah jap..

Salam dan selamat siang..
Lama tak coret kat karpet nih.. Sejak ada gambar Mr Yeo.. Ju dah cuba post kat sini..tapi dah puas taip, nak edit..tetiba je hilang.. tinggal tajuk je.. pening betul jadiknya.. pastu nak taip semula.. tak berapa ingat lak yg ditulis tu..

Apapun.. tengok semakin meriah..Minggu lepas cukup memenatkan..sibuk dgn PLBS..kena pulak ngintai kawan2 yg wat PLBS kat skolah2 berhampiran.. Ingatkan seronok jadik pemantau nih..tetiba terserempak dgn nazir2 kat skolah yg Ju pegi tu.. Diorang nazir tu bongkar habis bab pemulihan, pra, protim dan Bm pun terlibat sama..Balik je ke skolah, Ju jadik reporter la pulak..Capai fail2 berkaitan bawak balik umah tuk update..hehe.. bukan takut, tapi xnak bagi diorang tgk kecacatan keje kita..

K, nanti sambung lagik..JuNmie..

Jumaat, Julai 11, 2008

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suamiterhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu,

a) dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
b) dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
c) Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
d) Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

3) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,

'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'

'Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk duniamu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk akhiratmu'

Subhanallah...

FROM RAZIMA WITH LOVE

JIKA TUHAN MENARIK PERHATIAN KITA

Dikisahkan, seorang mandor bangunan yang sedang bekerja di sebuah gedung bertingkat. Suatu ketika dia ingin menyampaikan pesan penting kepada tukang yang sedang bekerja di lantai bawahnya. Mandor ini berteriak memanggil seorang tukang bangunan yang sedang bekerja di lantai bawahnya, agar mendongak ke atas supaya dia dapat menjatuhkan pesan. Kerana suara mesin-mesin dan pekerjaan yang bising, tukang yang
sedang bekerja di lantai bawahnya tidak dapat mendengar panggilan dari Sang Mandor. Meskipun sudah berusaha berteriak lebih keras lagi, usaha Sang Mandor tetaplah sia-sia saja.

Akhirnya untuk menarik perhatian, mandor ini mempunyai idea melemparkan duit syiling yang ada di poket seluarnya kepada seorang tukang yang sedang bekerja di lantai bawahnya. Tukang yang bekerja dibawahnya apabila melihat duit syiling di depannya, berhenti bekerja sejenak kemudian mengambil duit syiling itu, lalu melanjutkan pekerjaannya kembali. Beberapa kali mandor itu mencuba melemparkan duit syiling, tetapi tetap tidak berhasil membuat pekerja yang ada di bawahnya untuk mendongak ke atas.

Tiba-tiba mandor itu mendapatkan idea lain, dia kemudian mengambil batu kecil yang ada di depannya dan melemparkannya tepat mengenai seorang pekerja yang ada dibawahnya. Kerana merasa sakit kejatuhan batu, pekerja itu mendongak ke atas mencari siapa yang melempar batu itu. Kini Sang Mandor dapat menyampaikan pesan penting dengan menjatuhkan catatan pesan dan diterima oleh pekerja di lantai bawahnya.

Sahabat yang baik, untuk menarik perhatian kita manusia sebagai hambaNya, Allah seringkali menggunakan cara-cara yang menyenangkan, maupun kadangkala dengan pengalaman-pengalaman yang menyakitkan. Allah seringkali menjatuhkan "duit syiling" atau memberikan kemudahan rezeki yang melimpah kepada kita manusia, agar mendongak ke atas, mengingatNya, menyembahNya, mengakui kebesaranNya dan lebih banyak bersyukur atas rahmatNya. Tuhan seringkali memberikan begitu banyak berkat, rahmat dan kenikmatan setiap hari kepada kita manusia, agar kita mau menengadah kepadaNya dan bersyukur atas kurniaNya. Namun, sayangnya seringkali itu tidak cukup untuk membuat kita manusia untuk mendongak ke atas, mengingat kebesaranNya, menengadah kepadaNya, mengagungkan namaNya dan bersyukur atas rahmatNya.

Kerana itu, kadang-kadang Tuhan menggunakan pengalaman-pengalam yang menyakitkan, seperti musibah, kegagalan, rasa sakit, kelaparan dan berbagai pengalaman menyakitkan lainnya untuk menarik perhatian manusia agar mau mendongak ke atas. Menarik perhatian untuk mau menengadah kepadaNya, menyembah kepadaNya, mengakui kebesaranNya dan bersyukur atas rahmatNya. Dengan demikian, pengalaman-pengalam yang menyakitkan yang kadang kala diterima manusia, hendaknya diterima sebagai peringatan dari Tuhan untuk menarik perhatian kita. Hendaknya hal itu membuat kita semakin mempererat hubungan dengan Allah. Hendaknya hal itu mengajar kita untuk mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah dan menyedarkan kita adalah makhlukNya yang sangat lemah dan tidak berdaya.

Sahabat yang baik, sudah begitu banyak rahmat dan barakah Allah senantiasa mengalir setiap detiknya kepada kita semua manusia. Seperti memiliki pekerjaan yang baik, memiliki kesehatan yang kita rasakan, kelengkapan pancaindera yang menyokong kehidupan kita, mendapatkan rezeki yang kita nikmati setiap hari, keluarga yang bahagia yang kita miliki dan lain sebagainya. Semua itu sesungguhnya adalah rahmat dan barakah dari Allah SWT yang tak ternilai harganya. Kini apakah anda akan segera
menengadahkan wajah kepadaNya atau menunggu Allah menjatuhkan "batu" kepada kita?

SEMOGA BERMANFAAT!

FROM RAZIMA WITH LOVE

Rabu, Julai 09, 2008

Reunion Confirmation

Salam untuk Sabri.
Saya dah SMS beberapa rakan dari Unit A. Azwan dah stuju untuk hadir untuk satu orang dewasa. Tapi Shahdana husband dia jaga budak STPM. Adanan plak nak g umrah. Yang lain blum conpem lagi. Ejaan nama Zul tu ZULKAFLE. Kena ikut ejaan IC nanti jadi orang lain plak. He...he....he

Selasa, Julai 08, 2008

Aku dan Mr Yeo


Khamis 3 Julai 2008 , aku berkesempatan bawa Mr Yeo jalan-jalan di sekitar Marang, sungguh banyak perkara yang dibualkan , Mr Yeo masih macam dulu juga peramahnya malah sekarang jenakanya lebih banyak. Banyak juga perkara yang aku kongsi dengan nya satu perkara menarik Mr Yeo akan ingat setiap nama bila aku sebut, malah dapat diceritanya watak-watak sewaktu di Maktab dulu. Dia masih ingat seniah jemputnya ke majlis perkahwinan. Aku ada jumpa juga dengan encik Jo di Batu Enam tapi tak sempat nak bergambar masing-masing banyak bawa barang di tangan.Pak Ya PGPI teman dengan aku sepulau (Pulau redang) pun ada jumpa juga. Lastly kawan-kawan yang belum confirm re union tolong confirm cepat-cepat ye. tq - belajar join yahoo group juga.

RE : Yahoo Group

Assalamualaikum...
Buat sahabat..untuk masuk ke yahoo group masing-masing kena ada email yahoo. Daftar / joint group dan send kemudian saya akan approve. Tak perlu guna email kawanmaktab@yahoo.com. Guna email peribadi sendiri. Kalau tak de ,,, daftar kat yahoo. Kalau dah jadi members boleh upload apa sahaja , kalau nak upload soalan , scan dan upload macam gambar aje...hantar kat folder : FILE :..dia macam kita attch kat email juga. Tak perlu kita hantar kat sorang2...jenuh kalau ramai. Hantar kat yahoo...pastu rakan lain download sahaja... Harap dapat membantu dan kalau dapat soalan2 cam tu boleh kongsi sama...

Sekian , wassalam
dintahan@yahoo.com


alt="Click here to join rakanmppp">
Click to join rakanmppp

Isnin, Julai 07, 2008

Yahoo Group

Salam untuk semua.
Din, saya dah explore yahoo group tapi tak faham sangat. Camne nak send apa2 kat c2. Nampaklah gambor kawad depan dewan M3P tu. Guna password Sabri tu tadi. Memang password sama ke? Pastu nak hantar soalan UPSR memang amik masa sikit. Kalau kat cni, kami tak taip sendiri soalan2 tu. Kami akan bina soalan dalam bengkel anjuran PPD. Pastu MGB yang akan pilih soalan yg sesuai dan siapkan naskhahnya. Kami akan dapat balik naskhah yg siap. Dalam word memang takde. Tu ari sent kat Sha pun lepas scan dulu. 20 ms kena attach satu2. Renyah ckit kerjanya. Utk kengkawan lain kalu ada kelapangan boleh buat perkongsian soalan ye. Mudahlah ckit kerja kita. Ju, Mas, Ida, Zima, Atie, dll, mana korang ni?
...che tun

Soalan-soalan latihan UPSR...

Assalamualaikum...
Rentetan dari catatan-catatan yang lalu , saya amat berbesar hati kiranya rakan-rakan dari seluruh Malaysia dapat berkongsi bersama soalan-soalan ramalan .. UPSR. Tidak kiralah apa soalan. Kalau dapat semua subjek lagi baik. Berbagai kaedah dapat dilakukan..nak pos pun boleh...tapi bagi saya kalau dapat soalan dalam format word lagi baik. Post sahaja kat yahoo.groups...semua ahli dapat mengambil soalan tersebut. Bila sahaja on line kita dapat download atau pun upload soalan ataupun lain-lain bahan. Untuk menjadi members cuma daftar yahoo id aje...mudah...lepas approve..boleh terus hantar apa sahaja. Kalau banyak foto hantar aje...


alt="Click here to join rakanmppp">
Click to join rakanmppp



Sekian...wassalam
dintahan@yahoo.com

p/s : saya dah uploadkan serba sedikit foto kat yahoo groups...

Sabtu, Julai 05, 2008

Dulu lain sekarang.....lagi lain


Tengok gambar ni, Jama cekeding je. La ni....

Jumaat, Julai 04, 2008

Kenangan Unit A...MPPP


Assalamualaikum...
Kembali bersua di alam siber...Hari ini cuma nak berkongsi kenangan semasa di M3P... Masih ingatkah lagi rakan-rakan seunit...Masih banyak lagi foto akan saya upload ke blog untuk tatapan rakan .
Mengenai lawatan ke Taman Negara...insyallah suatu masa nanti saya akan uploadkan pakej ... untuk rakan M3P.Kat sini pelbagai aktiviti boleh diadakan contohnya...menaiki canopy walkway...titian gantung terpanjang dan tertinggi di dunia , menyusuri 8 buah jeram , night walk , memancing , jungle treking , eksplorasi gua ...dan macam-macam lagi.
Untuk rakan-rakan saya juga mengharapkan kalau dapat kita berkongsi bersama soalan2 peperiksaan UPSR.. Kalau boleh uploadlah kat sini.... group M3P... di alamat http://groups.yahoo.com/group/rakanmppp/...daftar sahaja menggunakan email yahoo anda dan bolehlah upload apa sahaja kat situ dan dapat dikongsi bersama...

Jom joint..


alt="Click here to join rakanmppp">
Click to join rakanmppp



Sekian...wassalam ..

dintahan@yahoo.com

Khamis, Julai 03, 2008

Masihkah Kau Ingat...

Salam untuk semua. Apa khabar hari ni kengkawan? Okeyla tuh! Tapi yang tak okeynya, Julai ni tak banyak lagi yang post berita ye. Kirim2lah berita untuk tatapan kengkawan kita. Ha, ingat lagi kat member sebelah? Ju, dulu kawan kamceng hang ni kan? He2... Baru jumpa pagi tadi masa meeting PLBS utk guru2 T6 daerah Kuala Langat. Kawan memang dah sedia kamera awal2 lagi pasang niat kalu jumpa deme ni memang kawan nak posing bersama utk tatapan kengkawan. Sebelum ni kalu ke umah dia lupe pasal nak amik2 gambo ni. Borak je. Noor Inny kirim salam kat kengkawan seme. Pastu kawan dah cite pasal reunion dan segala yang sewaktu dengannya pada dia, tapi dia belum buat keputusan sbb suaminya sdg study juga. Noor dah DG41 nak masuk 44. Minggu lepas juga kawan dihubungi Shahdana. Kami tukar2 soalan UPSR by email. Husbandnya yg ngajar dak UPSR. Sha ajar T4. Rindu bebeno ngan deme kat seberang tapi apa boleh buat, masa belum mengizinkan utk bertemu. Paling dirindu simanja Sha n Suzanna. Seniah dll anto2 la mari berita tu ye. Gi2 juga dgn yang lain. Oya Brie, dalam senarai yg belum ketemu tu, yg kak tau, si Rosliza Sulong tu dulu kat SK Tok Jiring, tapi tak pasti la skrg kat mane. Atie pula kata ada jumpa Che Zul sekali sekala. Kak dah inform dia minta maklumkan pasal reunion kalu ada jumpa. Setakat tu je le yg boleh ditolong. Okey, sibuk ni, ada masa kawan anto brite lain. Roger n out.
...che tun/chu
P/s : Nota utk Dintahan - offer tu memang menarik. Ni tengah bincang ngan kengkawan kat sekolah ni kalu member nak ke sana lak. Kalu ada masa beritahu kat sini apa aktiviti yg menarik boleh dibuat di sana dan anggaran belanja ye. TQ.

Selasa, Julai 01, 2008

sorry banyak-banyak

anush aku memang tertunggu-tunggu berita dari mu. terima kasih kerana selalu call aku. kata nak antar gambar terbaharu. antarlah emel kat aku , emel kau tak boleh nak send. jangan tak datang nanti, aku nak tengok anak-anak kau. untuk bri sori tak ada rezki nak jumpa ,dah dua kali datang kuantan. nanati kalau datang jangan lupa tepon aku lagi. semoga rancangan kita diberkati Allah

SELAMAT HARI JADI

Hee....rakan2 blog.Hari ni 1 Julai,Sabri ucapkan terima kasih kepada rakan blog yang setia.Ma pun ada nak buat ucapan juga....hari ni 1 Julai,HARI JADI ma.Jadi Ma ambik peluang menggunakan blog kita ni nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY to me yang ke 37.Jadi apa salahnya kepada kawan2 ucaplah SELAMAT HARI JADI ke Ma....he he he bunyi macam promote jer....
FROM RAZIMA WITH LOVE

RE UNION

Salam ketemu lagi, buat semua teman. hari ini satu Julai 2008. terima kasih di atas kesetiaan teman-teman mengunjungi blog ini. Terima Kasih juga kerana sangat berminat dengan re union. saya rasa sudah sampai masanya kawan-kawan dari unit masing-masing yang di lantik untuk mengesahkan penyertaan re union.Tolong sebarkan kepada Kawan kawan dari unit tuan-puan. sila emailkan atau sms kan pengesahan kawan-kawan kepada saya untuk pengesahan. Nama kawan-kawan yang confirm aka saya publish di sebelah kiri blog ini. Anggaran KOS RM 200 - RM 300.00 untuk sekeluarga

Salam dari Anush

Salam buat semua rakan mppp
Didoakan semuanya berjaya di dunia n akhirat. kalau datang ipoh singgah ke rumah.
dah dekat 2 dekad .. mppp terpisah jauh
dulu kita berguru di situ .. hari ini buat generasi berlari
segalanya kenangan.....ANUSH HABIB