Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Rabu, Julai 30, 2008

Khabar dari Kuala Tahan

Assalamualaikum....
lama dah tak jengah kat blog ni...hampir seminggu..bukannya apa line telefon terputus entah kat mana...aduh siksa sungguh kerana kat sini betul-betul bergantung kepada internet dari membayar bil hinggalah kepada pengajaran dalam kelas. Banyak dah rakan-rakan dah mula menulis di blog. Tahniah.
Minggu ini anak-anak didik dah mula peperiksaan percubaan UPSR. Insyallah saya akan uploadkan soalan-soalan negeri Pahang kat Yahoo Groups. Kak Tun dah pun upload teknik pengajaran Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C. Kepada rakan yang ada bahan bersama boleh dikongsi kat Yahoo tu.
Mudah sahaja ... daftar email yahoo lepas approve upload sahaja kat ruangan yang disediakan. Utk Saabri...boleh tolong app aje member punye...sebab sabri punye status moderator dan boleh approve orang lain punya. Cuba check kat ruangan member tu.
Mengenai reunion...saya memang nak sertai sangat. Pada bulan oktober nanti sekolah saya akan mengadakan Hari Keluarga di Angullia Resort Marang....pergi...bulan nov nanti pegi lagi...last saya ke Terengganu tahun 2001...masa itu masih di PKG...kursus di Permai Park Inn.
Seperti mana rakan...sekarang ni masa sibuk. Jadual anjal tu biasalah...pastu pukul 1.45 sambunglagi hingga 3.45 petang. Itu tak masuk hari sabtu dan ahad serta kelas malam. Walau dalam kesibukan itu , kami sempat cuti masa nak bawak budak ke Pusat Perlindungan Gajah , Kuala Gandah , Lanchang pada 10.8 nanti...tenangkan fikiran..untuk bebudak tahun 6 aje. Bulan okt nanti nak ke Cameron Highlands pulak...pelajar asrama..
Rasanya cukuplah buat kali ini. Kepada rakan kongsilah soalan-soalan percubaan tu...manalah tahu ada rezeki ... soalan keluar... pakar-pakar tu janganlah malu-malu nak kongsi pengalaman.

sekian...Wassalam
dintahan
Kuala Tahan , Jerantut 30 Julai 2008. 10.15 pagi. Makmal komputer.


alt="Click here to join rakanmppp">
Click to join rakanmppp

Tiada ulasan: