Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Sabtu, Julai 12, 2008

Sekali Lagi Edisi 1

Ma, kak rindu sangat dengan makanan Trg. Tapi nak buat sendiri cuma tahu beberapa masakan mudah je. Pastu beberapa hari dulu kak ada terbaca dalam blog resepi cara nak buat laksa beras cam orang tua buat kat kampung dulu2 tu. Walaupun tak sama rasa, tapi adalah bentuknya tu. Orang Trg rasanya tak susah nak dapat laksa tu tapi kalau ada rakan2 tempat lain yang terpaksa guna laksa kering yg kena rebus dulu tu boleh cuba ni. Kak bagi ramuan utk percubaan (kalau rajin le).He2..
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu tepung ubi
Sedikit air panas
Sedikit air sejuk
Campur 3 tepung tu pastu masukkan air panas, sebatikan. Pastu masukkan air sejuk. Uli macam doh donut. Pernah buat donut sendiri tak? Jangan lembik nanti benyek. Masuk dalam acuan maruku, tekan/pusing ke dalam periuk air mendidih. Bila dah terapung, tandanya dah masak le tuh. Terus angkat. Jangan biar lama sangat dalam periuk tu nanti overcook, benyek lagi. Cubalah. Sedap jugalah rasanya kalau nak banding dengan laksa kering. Kalau tak menjadi tu, korang tak leh buka restoran la tuh. Heh2.. Jumpa lagi. Roger n out.
...che tun

Tiada ulasan: