Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Rabu, Oktober 08, 2008

Salam Lebaran d Alam Maya

Assalamualaikum....dan Salam Lebaran untuk semua.Sekian lama membisu tanpa berita bukan apa tiada masa sebenarnya hanya komitmen sebagai guru biasa yang asyik dengan muridnya disamping tugas yang entah ape-ape tapi buat juga kerana terpaksa.Tambahan pula sibuk dengan tugasan yang bertimbun menyahut cabaran nak sangat jadi mahasiswa.Walau bagaimanapun masa yang terluang tidak lupa membaca coretan kawan-kawan buat penghibur tika tengahmalam subuh menjelang tiba ketika mengadap komputer.Syabas buat Che tun ,Da dan lain-lain yang banyak cerita.Lama tak bercerita ,hiba juga membaca coretanmu mezee.Betullah tika orang tua ada luangkanlah masa menjenguk mereka,tanggal 13 Ogos yang lalu ayahanda tersayang telah pergi ke rahmatullah.Tahun ini Aidilfitri terasa sedikit hiba kerana hanya ibunda saja yang ada.Walau bagaimanapun hidup mesti diteruskan juga.Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua mantan M3P dari kami sekeluarga.Ton , mu lama tak tengok wajah Sk Sg Tong kan?Nanti kalau aku ada peluang aku sent wajah-wajah terbaru ok.Sekian.jumpa Lagi

Tiada ulasan: