Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Rabu, Disember 03, 2008

Nasib Si Gadis


Sewaktu aku bermesyuarat di Kuantan ni ada satu cerita daripada bos aku yang aku nak konsgsi. Ceritanya begini. " Di sebuah lapangan terbang yang sibuk terdapat seorang gadis ayu yang menunggu untuk menaiki pesawat ke satu destinasi. Dia sempat membeli satu bungkus biskut dan senaskah surat khabar. Setelah mendapat satu sudut yang sesuai dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil membaca surat khabar. Tidak berapa lama kemudian datang seorang lelaki duduk di sebelahnya sambil membaca sebuah majalah. Dia mengambil sekeping biskut lalu memakannya. Kemudian lelaki tersebut turut mengambil biskut itu. Dia cuma mampu mengerling dan memendam perasaan geramnya. Kemudian dia mengambil sekeping lagi biskut itu sambil diikuti oleh lelaki di sebelahnya. Kali ini dia sangat geram hingga tidak mahu memandang lelaki itu lagi. Kali ketiga dia mengambil biskut di dalam bungkusan itu juga diikuti oleh lelaki sebelahnya dan seterusnya. Akhirnya biskut itu tinggal sekeping dan lelaki itu terus mengambil biskut itu lalu membahagikan kepada dua bahagian dan memberi separuh kepada si gadis.
Selepas itu lelaki berkenaan bergegas untuk menaiki pesawat untuk ke satu destinasi sambil si gadis memandang dengan wajah yang sangat geram. Setelah menaiki pesawatnya si gadis membuka beg bimbitnya untuk mengambil cermin dan alat soleknya. Dia terkejut apabila mendapati biskut yang dibelinya terdapat didalam beg bimbitnya dan baru tersedar bahawa biskut yang dimakannya ialah biskut orang lain. Kini dia sangat menyesal kerana tidak sempat memohon maaf kepada lelaki itu kerana mereka menaiki pesawat berlainan.

Moralnya ialah kadang-kadang kita tersalah sangka yang kita lebih baik daripada orang lain pada hakikatnya mereka lebih baik daripada kita.

Pada hari tu gak ada dinyatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang amat sukar di dapati semula :

1. Batu kerikil yang kita baling ke dalam laut.
2. Perkatan yang kita luahkan.
3. Kenangan silam.
4. Masa yang berlalu.
5. Sahabat/teman baik yang telah pergi.

4 ulasan:

che tun berkata...

He!He! Faham tu. Tapi kan citer tu cam iklan tv yg adibah noor belakon tu, tapi dia beli makanan kat stesen ketapi. Tu psl bila belaku sst kejadian, kita kena hayati bukan setakat perati sajakan...

Cikgu Sabri berkata...

hee...heee aku tak pernah tengok lagi lah iklan tu, malu lak rasanya

che tun berkata...

alahai, apa nak malu, tiap cerita ada pelbagai versi, yang penting apa yang nak disampaikan dan yang nak dikongsi.
betullah tu, sama2lah kita menilai persahabatan...

che tun berkata...

alahai, apa nak malu, tiap cerita ada pelbagai versi, yang penting apa yang nak disampaikan dan yang nak dikongsi.
betullah tu, sama2lah kita menilai persahabatan...