Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Ahad, Ogos 31, 2008

Kepiluanmu Kurasai Jua..

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...
Terkedu pabila kutatap dan hayati ceritamu Che Tun.. dapat kubayangkan betapa gundahnya hatimu.. terkejut, sedih, terkilan, tentunya bercampur baur.. Dalam ke'akur'an menerima suratan Illahi, tentunya satu rasa yg mungkin kita ter'igau'.. Jika terdetik rasa bersalah atas keenakan yang disajikan mengundang satu musibah.. Kau banyak2 lah bersabar dan berdoa.. dan.. Alhamdulillah, andainya tiada insan yg menuding jari ke arah pihakmu dan sekolah... Insya-Allah, pihakmu dilindungiNya..

Apapun keikhlasan warga kerja yang terlibat dan suntikan semangat yg dibaja, jgn terluntur dek dugaan yang terserlah.. Keampunan dan doa yang terjunjung pada malam solat hajat yg diterajui harus terus dipanjangkan.. mungkin ada rahmat di sebalik kejadian.. Namun, hati yang ditinggalkan, Allah sahaja yg mengetahui akan beratnya dugaan itu.. Ya Allah, tak tertanggung rasanya.... Sama2lah kita mengharapkan agar Allah mencucurkan rahmat ke atas Rohnya..amin...

Innalillahiwainailaihirajiuun..JuNmie..

Cerita Ceriti ii

Salam hormat utk kengkawan. Aku ingin meneruskan cerita ceritiku. Harapnya tidak menjemukan korang. Saja nak kongsi kisah kita seorang guru.

Kengkawan, majlis kenduri doa selamat dan solat hajat kami Jumaat kelmarin selesai dengan jayanya. Ramai pula ibu bapa yang memuji masakan dan usaha kami. Sedap cikgu masak kari daging dan daging masak palembang kata mereka, siap tambah2 lagi. Seronok rasanya dihargai. Lewat 12 malam baru kami pulang ke rumah setelah siap mengemas. 8.00 pagi keesokan harinya kami guru2 tahun 6 tiba di sekolah semula utk menjalankan rutin biasa, tuisyen. Berita yang sampai ke telinga kami mengejut dan menghibakan hati. Seorang drp bapa yang memuji menu hidangan telah meninggal dunia jam 2.00 pagi. Apa lagi, kami terus ke rumah arwah. Ketika memeluk muridku, badannya panas, demam terkejut. Kata ibunya, selepas arwah pulang dari majlis di sekolah, dia telah muntah semua isi daging yang dinikmati. Kemudian ketika tidur, jam hampir 2.00 pagi dia bangun namun jatuh di tepi katil. Rupanya arwah penghidap darah tinggi. Ketika aku memeluk isteri arwah, dia tersedu sedan mengatakan redha ketentuan Allah. Kami yang hadir turut menitiskan air mata kerana baru malam tadinya semua anak2, ibu bapa dan guru bermaafan dan memohon restu. Apatah lagi aku yang menjadi master mind penghayatan. Baru malam tadinya kami menyebut antara bait2 ini, "Ya Allah, janganlah Kau ambil nyawa ibu dan ayahku sebelum aku mampu membuat mereka tersenyum, sebelum aku mampu menghadiahi mereka sebuah kejayaan". Ramadhan bakal menjelang esok hari, semoga memberi ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan. Semoga ada sinar cemerlang di hadapan mereka. Al-Fatihah untuk arwah. Amin.
...che tun

Khamis, Ogos 28, 2008

Cerita Ceriti

Salam untuk semua, kabare? Waduh, waduh! Ju, kwn ketawa guling2 baca post ko. Tak kesahlah sapa punye ide tapi mmg pintar sungguhlah bina info yang mengelitikkan hati. Tapi kan, kwn tak dan nak pk psl @#$tuuuttt tu skrg, kalau ter@#$tuuuttt pun mesti dgn tak sngaja. Yelah, otak takde pk mende lain selain bdk2 kita yg nak berUPSR bbrp ari lg. Tapi korang kan, sorang kwn kpd kwn yg sdg tunggu ari nak bersalin boleh pulak minta discaj dr hosp bila Dr tahan dia krn kencing manisnya kronik, 8++ dah tu atas alasan susah nak urus anak sdgkan benonya risau psl bdk2 UPSR. Siap kena marah dgn Dr lg tapi dia ttp berkeras tak nak diwadkan. Terharu lihat ketabahannya.

Geng, ari ni penat betul rewang kat sek sbb esok nak bekwoh (big work). Kitorang share tumbangkan sekor lembu sempena solat hajat dan ckit majlis penghayatan bersama anak didik dan parents dorang malam sok. Sok kenduri besar kwn Ju. Kalu sempat berposing kwn post gambo ek? Pastu kan, dlm cbuk2 berewang, dan lagi kwn and geng cabut kejap gi spa. Adu mak, leganya... Mas, jgn jeles. Itu je la antara cara kitorang nak relis tensen. Esok nak keje kuat lagi sampai mlm kat sek.

Tak lupa juga, kwn nak ucap selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan dan selamat berpose Ramadhan. Ida, kak pun sama cam ko, awal2 dah cyap baju bebudak. Yelah, mega sale kat keliling, tergoda jg. Rebeh jg poket kitorang utk anak2, tapi janji lepas ni tak yah pk lg psl pakaian raya. Kite pakai je yg mana ade. Kue raya rasanya th ni kena cut bajet ckit ah. Idang kepek ok kot. Apa taknye kat Kanchong ni berlambak kilang kepek. Cyap ekspot ke luar negara lg. Tiap th kak tak abih kue raya sbb tetamu dewasa lebih suka borak dan minum lebih kurang, dak kecik lak lebih minat fulus. Harap Pak Lah umum bonus utk dua tiga bln sok ek? He2... Th ni satu balang kue isi 2, 3 keping kue ok la tuh. Jemputlah ke umah nanti ek? Out dulu. Bye...
...che tun

Membina blog sendiri

Selamat menyambut ramadhan, selamat menempuhi debaran anak-anak dan anak didik yang menghadapi peperiksaan. Terima kasih buat ju kerana"kentutnya" , che tun yang tak jemu-jemu dengan celotehnya dan ida yang kejap ada kejap tak ada, terima kasih juga untuk Kamal & Syarifah , sesungguhnya aku sangat setia tunggu gambar yang janji nak pos di blog ini. Setelah sekian lama berblog ada tak kawan-kawan yang berasa nak memiliki blog sendiri ??? Aku mencadangkan kau orang buat blog sendiri , kita sebagai cikgu menjadi webmaster dan anak murid sebagai pengarang ??? membina blog adalah satu perkara yang agak mudah boleh klik pada tutorial , tukar kepada bahasa melayu jika sukar memahami bahasa inggeris. Masa lepas UPSR + bulan puasa ni sesuai kot. Kalau berminat bolehlah contact aku??
Aku ada satu idea, bagaimana kita wujudkan perkongsian pintar dikalangan anak-murid kita lepas UPSR nanti. Caranya kita wujudkan satu blog. Beri satu tajuk dan suruh mereka buat projek samada individu atau kumpulan. Aku jadi mastermind kau orang jadi pemantau , lepas tu aku carilah hadiah sikit buat budak-budak tu, beri sijil ke ??? kalau sapa-sapa setuju aku nak draf tatacara projek tu. semoga berjaya.

Rabu, Ogos 27, 2008

Bila Terasa Rindu...ingat KENTUTnya..hehe

Assalamualaikum geng..
Bersua kembali.. Sehari dua ni sibuk belek2 web2 berkaitan pilihanraya Permatang Pauh tu.. seronok jugak tambah ilmu.. bukan nak berpolitik, cuma takut dipolitikkan..hehe..

Apapun, web M3P tetap dijenguk dan jadi pilihan utama.. dpt realease 10sen.. 10Q Brie, banyak info pasal internet yg belum sempat kami kaji..post la kekerap..leh +pgtahuan ni.. Tapi bab2 lucah tu.. xpayah la.. nanti jadi lak baby baru..(huhu..)

Mana la menghilang Mas, Cik Yeo dan sahabat2 yg lain ni ek?.. Betul kata Che Tun, laman ni je la tempat kita suburkan ke'mesra'an.. Memang pun d M3P dulu, Ju kurang rapat dgn Che Tun (CT) ni.. tapi kalu tersua, terjumpa, kita pasti bertukar2 senyum kan? Borak2 tu emang kurang sesgt.. tapi rupa CT tu amat kuingat..Tapi Ida memang rapat gak sbb satu St. John.. Cuma susah nak borak dgn Ida waktu tu, sbb ade je bodyguard dia..hehe

K, kali nih ada nak konsi sama Cara Kenali Personaliti melalui KEN...TUUUUUT (Ju amik drp satu laman web..so, leh la ingat balik ciri2 kawe kite utk pubat rindu..)
Rahsia Kentut ~ Just For Fun!
1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.
2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.
4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.
6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.
7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang
8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terusdikibaskan baunya.
9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’
10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.
11. Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.
12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh
13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.
14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.
15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.
16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air
17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut
19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.
20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut
21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating
22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut
23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri
24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut

Teringat kat KAK RUSINI.. satu bilik dgn dia, dia cakap k****t Ju tu MORTAR.. masa tu perang Iran Iraq.. ganas tul dia..(masih kuingat lagi waktu itu..ermmm)

Kalian pulak? Try la K****t.. Dok no brape?hahahaha.. K, kalu ada yg nak ulas.. silakan... ..JuNmie..

persahabatan berkekalan

Salam untuk semua. Lama juga saya tak mengepost di sini. Tak de ide banyak keje ye jugak. Cerita pasal rapat-rapat masa kat MPPP, kita memang sekepala kan kak tun. Kira masuk book jugala. Dengan kak ju pun satu uniform. Tapi kan ida rasa kita punya ikatan rapat blaka. Buleh gi kata orang. Sebenarnya kita berharap sangat agar member-member lain join kita kat sini. Lagi happening kan. Tentang KDP tu resultnya bulan Nov, 4hb. Bila tengok hubby dok pening ngan assigm dia, rasa slow sikit semangat tuh. Mintak2 biarladi kuatkan semangat. Tapi tu la kak tun, kalau dapat tak dapat gi reunion nampaknya. Sesungguhnya benar seperti yang kak tun tulis, semua yang terjadi ada hikmahnya. Harap2 yang baik-baik je.
Macamna dengan sambutan Ramadan? Dah ready? Baju raya anak-anak dah beli? Bukan apa kalau dah bulan posa malas nak bersesak-sesak. Lagipun anak-anak mesti penatkan. Ida dah beli sikit-sikit. Tiba nak raya nanti tak la teruk sangat. Kalau ikut kita tak beria pun, budak-budak lain meriahnya. Kuih-kuih raya dah tempah? Kat sini dah bertaburan sample untuk rasanya. Sedia duit je lah nampaknya. Kalau dulu posa dan raya dalam cuti sekolah dapat gak buat sejenis dua. La ni tak de masa la nak buatnya. Kue tunjuk2 la.
Kawan-kawan kat Sarawak tu tak nak buat bisnes jual kek lapis sarawak ke? Okey, kita jumpa lagi- ida.

Persahabatan

Terharu kawan membaca bahagian akhir tulisan Brie. Memang benar bagai dikata. Kewujudan blog ini tidak sebagaimana blog lain yang dalam rangkaian yang kelihatannya hidup segan mati tak mahu. Tahniah untuk kita2 kerana persahabatan ini masih utuh. Sebenarnya kawan rasa teruja ukhuwwah kita kembali terjalin erat sebagaimana dulu bilamana ada perhubungan di blog w/pun ada antara kita ni dulunya kurang rapat. Kawan rasa contoh terbaik adalah antara kawan dengan Ju. Yelah, dulu rasanya kami tak sekelas dan gerko pun lain2. Tapi blog ni dah merapatkan kami. Dulu kawan suka buat hal sendiri2 dan selalu keluar ikut kelab rekreasi. Biasalah, kita kamceng warga seunit, sebilik, atau serumah sebagaimana kawan dengan Kak Rashidah dan Kak Haslina. Persahabatan di talian ini yang membuatkan kawan aktif berblog kerana kenangan dulu2. Terima kasih untuk korang kerana menjadi sahabat yang baik. Untuk Ida, camne, dah keluar result permohonan KDP tak? Kalau dapat jangan banyak fikir, terima sahaja kerana peluang tak selalu datang. Segala yang kita terima tentunya bersama hikmahNya.
...che tun

Gambar Lucah

Salam hormat, mungkin sedikit terkejut bila tajuk ini di paparkan , tetapi saya paparkan di sini sebagai perkongsian idea ilmiah bersama kawan-kawan. Pernahkah kita terfikir mengapakah gambar-gambar lucah begitu berleluasa di internet ????
jawapannya begini, ( lepas ni jangan tiru ) nanti setiap kali orang lain klip kita dapat dosa. Gambar-gambar lucah dijadikan daya penarik untuk manusia pergi ke laman web atau blog berkenaan. Ya lah , kalau durian ada orang suka, ada orang tak suka, kalau judi ada orang suka dan ada orang tak suka , kalau gambar sabri, zaiton, junaina, kamal, meeze ramai orang suka tengok tapi lebih ramai lagi orang tak suka , last sekali gambar tu juga yang disukai termasuk orang jahil, orang alim, tok guru, anak murid, lelaki , perempuan, kecik dan besar normal dan menjadi fitrah manusia suka tengok gambar gitu wlau pun malu-malu. Tapi kita bedosa tengok benda gitu.
Mesej nak disampaikan di sini ialah gambar lucah telah diexploitasi untuk kepentingan tuan punya web dan blog berkenaan. Apakah Faedahnya apabila laman web mereka laku???
1. Hak penajaan web berkenaan, pembina lama web berkenaan ( web master ) akan dapat banyak duit daripada syarikat koporat yang memasukkan iklan dalam laman web berkenaan.
2.Pembina laman web berkenaan dapat mengiklankan barang atau produknya sendiri.
3. Penyampaian Idea, sehingga pembaca (audience) boleh terpengaruh : contoh apa yang berlaku dalam arena politik tanah air kita sekarang.

Laman web yang tidak ada pelaris ( daya tarikan ) aka layu, dan kaku, contohnya laman web sekolah yang bersemangat atau hidup satu atau dua bulan sahaja.

Alhamdulillah blog kita yang bermula satu tahun lepas masih segar bugar dan aktif apakah pelarisnya ??? Tidak ada gambar lucah kan !!???

Pada pandangan saya pelaris untuk blog kita ialah "keutuhan persahabatan" dan kejujuran kita dalam membina semula apa yang telah bermula berbelas tahun yang lalu dan sehingga ini saya belum terjumpa satu blog yang sebegini walaupun hampir setiap hari saya memantau (search ) perkembangan dalam blog..... kalau ada tolong tunjukkan boleh kita kongsi idea. Dan ini membuktikan bahawa perkongsian kita adalah perkongsian yang sungguh hebat ...!!!!

Ahad, Ogos 24, 2008

banyak idea tuh....

Salam hormat, banyak sungguh idea rakan kita dua orang ni che tun dan che ju, aku sebagai lelaki yang mewujud blog ni rasa kian tercabar, dah macam macam idea di keluarkannya, mana geng-geng lelaki mas, pendi, jama, azwan, rusdi, sagap, sabang, kamal, meezee, yazid dan lagi dan lagi ke mana hilangnya ??? Din ??? ada yang dah minta password tu masuklah jangan segan dan silu ?? pada kesempatan ini nak sambung sikit lagi maklumat internet ni. Hari ini tajuknya Internet Protokol or IP. kalau kita nak hantar e mail, komen dan sebagainya melalui sesebuah komputer maka apa yang kita nak sampaikan itu hendaklah tidak menyalahi undang-undang sesebuah negara, contohnya dalam kes fitnah dan sebagainya kerana orang boleh mengesan nombor IP kita. Nombor IP ini lebih kurang samalah no talian tetap di rumah kita. Kalau kita menggunakan komputer untuk menghantar atau menerima benda-benda terlarang sebenarnya lebih merbahaya daripada membuat panggilan telefon. Jika kita berbual mungkin tidak ada orang merakam perbualan kita. Tetapi jika kita berkomunikasi dengan komputer bukti yang terlarang akan tersimpan pada tiga tempat. pertama komputer penghantar , ke 2 server (contohnya pengendali yahoo, google), dan ke tiga komputer penerima, so kalau ada satu satu e mail yang dianggap bersalahan dengan undang-undang jangan cuba-cuba nak sebarkan, baca dan padamkan sahaja. Apa yang berlaku terhadap Sharifah Aini dan Peminatnya vs Siti Nurhaliza adalah salah satu contohnya . tq.

Khamis, Ogos 21, 2008

Jangan Ketawa Dulu..

Salam persahabatan..
Teruja aku dengan topik Nasi Tambah Che Tun.. Gerampun ada kalau ada rakan sejawat yg brprangai canaggitu.. Itulah manusia yg mungkin bekerja hanya memenuhi tuntutan rutin biasa-biasa.. Bagi kita yang bekerja kerana Allah dan kerna tanggungjawab, akan memungkinkan kita bekerja secara luar biasa.. Apa yg kita kesalkan, natijahnya akan dirasa oleh anak didik kita..

Tapi, dalam tak sedar atau sebaliknya.. hidup ibarat roda.. kalau kita berbuat sedemikian kpd ank2 didik kita, tidak mustahil ank2 kandung, ank2 saudara kita atau apa2 ank2 kitala.. akan diperlakukan sedemikian juga..So, JANGAN KETAWA!!

Untuk Che Tun.. ko boleh ketawa sekarang sebab ko adalah org yg serius dlm menunaikan tanggungjawab ko dgn baik.. Drp crite2 ko tu, pasti ank2 murid ko syg kat ko..tahniah tuk ko..

Cantik bahan yg ko coretkan tu.. banyak manfaatnya tuk kita agar tak 10sen.. Tapi hati2 gak kalu nak ketawa tau.. Jgn disalahgunakan.. bimbang akan disalahertikan..huhuhu..NANGIS nanti..

10q tuk Brie bagi info tuh.. kat skolah Ju pakek kuali tu.. ada masa lembab sesgt.. rasa nak terajang je kuali tuh.. nak bukak satu2 web tu kekdg habis masa free canggitu je.. baik bukak kat umah..pakek Y5.. laju giler!!!

K, wat Che Tun, kencangnye post ko kali nih.. dah selak modul lum? hehe.. Ju baru ambik smlm.. mak oii.. tebal ngko!!.. JuNmie..

Ketawa

Aku lagi ni...He! He! He!
Kengkawan, ari ni aku ada baca satu fakta menarik dalam akhbar yang boleh kita kongsi bersama. Topiknya pasal ketawa.

Menurut kajian pakar psikologi Barat, kanak2 ketawa 100 hingga 200 kali sehari berbanding orang dewasa antara 20 ke 50 kali shj ( stress la tu ). Menurut mereka, ketawa merangsang kelenjar pituitari merembeskan endorphin iaitu hormon yang membuat kita rasa gembira ke dlm sistem pengaliran darah. Ketawa akan mengaktifkan tenaga positif serta meredakan tekanan.

Golongan perubatan jg percaya ketawa mampu menjadi terapi mengubat tekanan, menghindar pelb. penyakit bahaya spt barah, kencing manis, jantung dan darah tinggi. Ia amat baik utk kesihatan fizikal, melalui dua cara ie sbg ‘bahan perangsang' yg sihat dan merehatkan tubuh badan.

Penyelidikan perubatan mendpti ketawa merupakan senaman yg baik bg melancarkan pengedaran udara ke paru-paru, otot, saraf dan jantung krn ketika ketawa kita akan menggerakkan otot wajah dan tubuh, serta mempercepat kadar degupan jantung dan pernafasan.

Menurut fakta tersebut lagi, ketawa 100 kali sama dengan joging 10 minit. Bukan apa, cuba renungkan, kalau kita ketawa, seluruh anggota badan bergerak ( bergegar satu badan kata aku ). Kok ye pun jangan sampai mengilai plak. Mengilai dah lain citer. Silap mengilai org kata gile. Agak2 kalau kita malas joging yg sepatutnya 30 minit sehari ( betul ke fakta aku ni... ) kita ketawa je 300 kali sehari. Kik3... agak2 lah kok ye pun nak ketawa ek jgn sampai buat org keliling bengang.

Fendi, tq 4 ur comment. Aku bayangkan ko ketawa dulu, ada seni tersendiri. Bilalah gamaknya kita sembang secara live. Bila dikenang aku rasa tak tau nak bercerita hal apa dulu kalu dpt sembang dgn ko. Cam ari tu bila deq Yee call, byk no kenangan tak reti nak mula kat mana. K geng, chow dulu. Roger n out. Tengoklah brp lama aku dpt out sblm in balik.
...che tun

RE: Sedikit Makluman

Salam semua. Kepada semua rakan, izinkan aku tambah ckit pasal harapan Sabri. Bukan apa, berkenaan kawan kita juga iaitu Niza. Bukan apa, bak kata Mas, ada perkara yg tak sesuai nak publish kat cni. Cuma utk perhatian korang, Niza bukan setakat gout. Awal tahun ni alhamdulillah aku dpt contact Norsiah semula sbb Brie juga. Kami berbalas email dan kalau mendapat khabar dr dorang memang menyayat hati. Korang tengok sendirilah rupa Niza kat blog kita ni. Cuba selak satu2 post lama dulu. Kat atas ni kcik sgt gambonya. Itu masa dia masih okey ckit. Kalau skrg tak taulah sbb kata Nor dah makin kurus. Kalau berkelapangan elok kita ziarah dia. Nak cadangkan apa ubat pun aku tak tau tapi aku rasa mrk sgt perlu sokongan moral kengkawan. Nor, kalau ko baca ni jgn marah aku pulak sbb aku rasa kita perlu maklumkan berita kita sama ada susah atau senang supaya silaturrahim akan berkekalan. Setakat mana yg boleh bantu, kita samalah usahakan. Tabahkan hatimu kerana di sebalik setiap dugaan tentu ada buah yang manis untuk dinikmati.
...che tun

Sedikit Makluman

Salam Hormat, terima kasih di atas komen dan pendapat kalian tentang bengkeng, nasi tambah dll. terima kasih terutamanya buat mas di atas laporan berinformasi dari Bera dan sekitarnya. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan kepada sahabat kita Niza, semoga cepat sembuh. Saya cuba nak maklumkan sekiranya kita menggunakan internet di sekolah terdapat tiga jenis teknologi untuk capaian internet. Pertama ADSL iaitu sambungan biasa, ke dua VSAT iaitu yang menggunakan cakera yang macam kualidan wirwless biasanya ada tiang yang pakai antena yang tinggi tu. Sehingga kini kalau pakai ADSL tu kira ok lah. Tapi kalau yang pakai wireless atau VSAT tu capaian agak lambat dan kadangkala kejap ada-kejap tak ada. Ini saya nak kaitkan dengan kawan kita yang di pendalaman terutama di sabah dan sarawak, so agak terbatas sedikit capaian mereka, mungkin boleh baca tapi nak menulis agak sukar, itu lah agaknya mintak password tapi tak muncul juga. Walau bagaimana pun saya mengharapkan kita terus me war-warkan blog ini, kini kita dah merasai bagaimana hubungan kita yang terputus sekian lama dapat dihidupkan semula dengan adanya blog ini. tq

Nasi Tambah dua

che tun,tidak dinamakan pejuang kalu kalah sblm berjuang,bukan cikgu kalu tak ditimpa ngan berbuyung masalah.Cikgu ngan masalah srupa adik beradik, suami isteri sling rapat merapati..tak leh renggan.Kalu ada keserabutan, ketensionan dan apa2 juga namanya kembalilah ko fitrah kita sbg hambaNYA.Itulah penawar,adalah ubat.Gaulah ilmu, kemahiran, keadah, taknik dengan keperihatinan, kesabaran, kasih sayang..insyAllah manis,lazat,berzat,berkualiti dan berinsaniah kita kecapai.
Tok sohlah dok cara ko puak-puak atas...kalu bergolek kita luka, digolek pecah terburai..buat kerja kito...depang tu amanah yg akan disoal.Biasala akan ada geng yg dengki, kecek banyak...tok soh layang..tak dok masa.Suakan Keterampilan dan kehebatan.

Pendi Dewan Beta

Rabu, Ogos 20, 2008

Nasi Tambah..

Salam geng..
Kamus Dewan kata 'bengkeng' (béngkéng): bengis, garang, pemarah..KD juga kata 'sensitif' tu maknanya mudah (lekas) merasai sesuatu, lekas bergerak balas (memberikan reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah tersinggung (perasaan, peribadi)..

Jadi, maksud yg Ju faham, ayat Brie bermaksud.. org yg rajin bkerja ni jadi sikit bengis dan mudah bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan.. Tak kira jantina (Ju silap mula tu terfokus kpd wanita lak..sori Brie..tq Che Tun..), umur atau latar belakang ekonomi..Ju sokong 100%.. Mereka jd senCtif & akan btindak pd pkara2 yg mereka X stuju.. Dalam hal nih ada pro n kontranya..

Boleh jadi +ve jika boleh menigkatkan mutu keje semua pihak.. tapi sejauh mana? Pada pendapat Ju , banyak -Ve drp +ve.. sebab:
*silaturrahim akan renggang
*hilang rasa hormat antara staff
*tekanan dlm bekerja bertambah
*tua sebelum waktunya..(hehe)
*ni paling pilu.. TAKDE ORG RESPECT SELEPAS BERSARA SOK..

Bengkeng dan sensitif ni bukan oleh pentadbir je.. boleh juga berlaku dlm kalangan org biasa, cam kita terhdp murid2, ank2, dan kuarga.. So,
*perlu byk2 bersabar
*fahami org lain bak kata pepatah Inggeris bermaksud “Letak-kan diri saudara di dalam kasut orang lain.”
*dan.."Cermin Diri Kita" sebab kita juga tidak sempurna..

Hehe..seronok gak bertukaq2 pendapat nih

Seronok baca brite tentang Norsiah n 10Q Mas, wartawan Sinar Hari2..hehe Ye la.. betul kata Che Tun.. sama2 kita doakan agar Niza cepat sembuh.. sapa2 yg ada petua2 cara ubat gout leh la kongsi2 kat sini, dpt tlg Niza tu.. K, jumpa lagi.. ..JuNmie..

Panaaasss!

Alahai korang ni, boleh tahan juga ek? Geliati kawan baca kenyataan provokatif Mas dan pasal bengkeng ii. Publishlah nama kok ye pun. Takde sape pun nak hentam w/p dlm lucu ade lu$#@#.

Bagi kawan semua org ade pandangan sendiri tapi kalu boleh jgn sampai nampak sgt berat sebelah atau menidakkan keupayaan mana2 pihak. Kawan lebih suka ambil jalan tengah bagi mengelakkan silap faham serta rasa tak puashati. Kawan berpendapat siapa pun ketua, sama ada dia bengkeng atau tegas atau lemah, dia tetap perlu dihormati. Bayangkan kalau kita berada di tempatnya dan tidak dihormati anak buah. Terasa kan?

Mas, pandangan Mas tu bersifat peribadi dan tak sepatutnya ada sesiapa berasa sbb itu ikut pengalaman sendiri kan? Pengalaman kak pula berbeza. Kak bertugas dengan 6 org bos setakat ini di 3 sek. Beza sgt dgn Mas tapi kak tak boleh kata bos perempuan lebih baik atau huru hara. Setiap bos sama ada lelaki atau wanita ada kelebihan dan kelemahan masing2. Yang penting adalah bgmn cara kita berhadapan dgn mrk. Tegas atau bengkeng camana pun, kalau komunikasi kita ok (bukan ampu), okey je deme tu.

Tapi kalau kita dah komunikasi ok, tapi deme masih nak tunjuk bengkeng juga, buat tak tau atau tak faham je. Dah penat marah atau sakit ati tu nanti, dorang tu cari gak kita balik utk buat keje. Cam kita dgn anak isteri atau suamila, kalau deme bercakap dlm nada hormat dan sopan, takkan kita nak bertegas tak tentu pasal. Ala, bukan tak biasa buat adegan pujuk memujuk sama ada suami isteri atau anak2 dgn kita kan?

Ida, menurut kamus dewan (kah3!!!, jgn marah sbb ini tempat rujukan bahasa kita yang paling tepat) tegas bukan bengkeng. Bengkeng tu cam kata kak sebelum ini adalah garang @ bengis sedangkan tegas tu bermakna tetap pendirian. Cuma bahasa pasar kita kalau nampak org kurang mesra mula kita tafsir bengkeng.

Kak setuju juga dgn pandangan Ida pasal pasangan. Yelah, Allah dah pasang2kan kita. Pandai2 bawa diri, jgn asyik tuduh menuduh satu sama lain bengkeng. Apa yang penting? Kerjasama!!!(kata wonderpets). Kalau tak nak pasangan kita bengkeng, kita pun kena buat perkara yg samalah supaya hidup rukun. Ni asyik2 pikir nak cari no 2,3. Korang dapat lebih drp satu nanti, taulah korang langit tinggi rendah camana nak handle dua dapur. Tapi kalau dapat handle dgn baik, wa tabiklah. Cuma apa yg boleh dikata takut luar je cantik, dalam berkudis sakit jiwa. Kik3...Dah byk eden tengok suami tak terurus sbb ada byk bini. Apa boleh kita buat? Buat bodoh jele...ok dipersilakan panel seterusnya. Babai...Roger n out!
...che tun

lagi bengkeng!!!!!

Ha...ha...ha..gelinya hati aku. Tapi sape yang hantar kat bawah nih. Nama takde...takut kena hentam ker???????? Betol tu. Luar je tua dalam sama jer. Tapi kan kalau bini bengkeng, kawin lagi conpem ke tak kena yang bengkeng. Baru-baru tok la, kalu doh lama ambik nok! Ha...ha..ha. Gurau2 jangan mare....Nasib blaka. kalau doh ditakdirkan bengkeng, pasangan dia cool. Tuhan wat molek doh. Diri kita adalah cermin bagi pasangan kita dan begitula sebaliknya. Orang yang baik adalah untuk orang yang baik dan sebaliknya- zarida.

bengkeng ii

kawan nak mencelah sikit.kalau pompuan tu bengkeng sangat,lelaki tu kahwin la lagi satu.Ada lagi yang ketiga dan keempat. lagi pun yang nampak tua pada lelaki tu dari hujung rambut ke atas pusat je. Tapi dari pusat ke hujung kaki tak tua-tua. Betul tak? kalau tak percaya , tanya sama Abdullah Badawi dan Datuk 'K'.

Bengkeng....?

Salam untuk semua.Macamana PTK? Soalan semuanya senang tinggal lagi jawapan nya susah nak pilih. Tak tau la tahun depan, isi borang lagi la gamaknya.
Wah! Topik baru ni best jugak. Betul tu kak Tun. Wanita ni apabila jadi bos kena tegas. Bengkeng tu cakap kampung je. Sebenarnya tak kira lelaki ke pompuan ke...mesti tegas. Yang kawan meluat nya jenis tegas tak bertempat, atas orang-orang yang tertentu sahaja. kalau orang yang tidak disukai...malang la jawabnya. Tapi kalau kepada orang-orang yang sebulu dan sewaktu dengannya bukan main lagi depa layan. Faham maksud kawan kan. Kalau tergolong dalam orang-orang yang tidak disukai (kerana tidak pandai mengampu) tersisihla ko. Kalau bos lelaki lak suka yang bergetah je....yang tua-tua srupa kita ni....meluat je dia tengok. Padahal cikgu lama2 ni la yang berkualitinya, kerja tidak berkira masa dan tenaga. Kalau kita ada rezeki jadi pentadbir, ingatlah jangan kita jadi macam diaorang yang EMOSIONAL tidak PROFESIONAL.Itu tegas dalam kerjaya. Dalam rumah tangga kena tegas gak. Bukan nak melawan. Supaya orang jangan pandang rendah ngan kita. Jangan orang dengan mudah mempermainkan kita. Kalau apa2 terjadi kita fikir untuk diri kita. Sebab tiada orang nak fikir pasal kita melainkan diri kita.
Amacam ngan KDC? Ramai tak member kita join? Tu la kalau dapat, tak dapat la nak join reunion nanti sebab daftar 17 nov. Dalam hati biarla tak dapat, kalau dapat sayang plak nak lepas. Tak isi borang kan ramai yang suruh cuba..oh....tidak!!!!!!
Aku masih dalam dilema!!!!!!!!!
Okeylah kawan-kawan. Jumpa lagi yek - zarida

Selasa, Ogos 19, 2008

Kisah Dulu-Dulu

Salam semua. Eden in lagi sekalik. Bkn ape Mas, anak2 dah pos ke kg. Dah diamik atuk nenek dorang. Byk le mase nak ngadap blog ni. Siang mlm in out berkali2. Tak sah tak jenguk. Seronok juga dpt tgok rupa dua rakan sekelas kita tu. Nor makin kuruh nampaknya. Tau gak la pasal Niza tu. Ye lah, semoga dia kembali sihat cam dulu2. Hasmah plak tu,wow!!! vogue abis. Apa salahnya dah nama pun isteri bos (GB). Mmg ala2 mak datin tu ha cam kata Mas. Eloklah tu. Janji bahagia dgn pilihan dan kehidupannya. Tak sangka sungguh dia bermastautin kat Semenanjung. Kalau diingat dulu2 asyik nangis je. Tapi kita pun kena faham situasi dorang kan? Jauh dari keluarga masa tu. Tapi kak mmg byk kenangan ngan adik2 Sabah S'wak. Dulu2 dorang tiak kak chu psl kak ni bongsu tapi tak manja, bole jadi kakak. Rindu dgn kenangan zaman dulu2. Bila nak refresh balik okey gak. Yang ada contact lepas posting cuma Seniah dan terkini Shahdana. Yang lain entah apa cerita. Kalau ada baca blog ni, masuklah hantar berita. Jgn malu2 ek.

Mana pulak si Razima ni. Lama membisu. Dintahan pun sama. Jenguk2lah sini. Ma, puasa ni buat bisnes ke? Kat sini meriah, masuk Syaaban je dah mula member tayang macam2 biskut dan kek. Pastu paksa2 beli. Tak nak beli dah kawan. Pastu kak pulak toke tupperware kat sek. Hik3...kalu kak tak beli, naya kena bambu dek deme tu. Yg kak hangin tu, kak tak ode pun deme tulih nama kak ode. Suke ati dorang je. Beli brg kak nak harga adik-beradik. Tang brg jualan dorang punya harga cam kat pasaraya. Botak kepala haku. Keh3...saja suke2. Bye!!!
...che tun

C U T I @ K E R J A ?

Salam buat sahabat2 yang setia mengunjungi blog ini.....

Amboi.... macam2 reaksi yang tiba ngan topik ko tu JU!! Apa2 pun koi bangga sangat kerana masing2 ada pendapat tersendiri yang boleh dikongsi bersama...

Sebelum koi melalut ngan cerita lain, terlebih dahulu nak sampaikan salam daripada Norsiah Kamari dari Unit B untuk semua sahabat yang membaca blog ini. Sebenarnya, sewaktu di Bera minggu lepas, saya berkesempatan berjumpa dengan Norsiah. Cuba lihat gambar di sebelah ini..
Ha.. ini Nor ngan anak tunggalnya.. Untuk pengetahuan kita bersama, suami Norsiah yang juga rakan maktab kita si Niza dari Unit C, tidak berapa sihat dan ada masalah untuk berjalan disebabkan penyakit gautnya itu.. So koi harap sesangat agar kita semua dapat mendoakan agar kawan kita ni sihat seperti sedia kala.. Sedih juga dengar cerita Norsiah.. Kalau kawan2 kebetulan lalu di Bera, telefon aje Nor untuk berjumpa ngan familynya.. nak maklumat lanjut, telefon Norsiah kerana ada beberapa perkara yang tak dapat kawan ceritakan secara terbuka di sini..


Ha.. gambar lagi satu pulok n i, yang abih kamera koi ditutup ialah Hasmah Sorumin! Kebetulan jumpa dia sewaktu Karnival Pra Sekolah peringkat Daerah dulu.. Dia malu sangat nak bergambar... soriler kalau imejnya tak berpa jelas ek!!

Ok..berbalik kepada topik yang dibincangkan, bagi pendapat ana kita perlu seimbang! Ada waktu kita berlembut dan ada waktu kita kena tegas..bukan bengkeng. Tapi pengalaman kawan ngan guru besar yang bertugas, kebanyakan guru besar pompuan semuanya bengkeng tak bertempat!! Sabor2 bukan nak provoke ni tau Ju.. tapi kenyataan.. kerana guru besar pompuan ini emosinya 9, akalnya 1! Sebab tu dia jadi bengkeng gitu! Semua benda salah di mata dia... kalau tak caya cuba awak siasat mana2sekolah yang berhampiran yang ditadbir oleh guru besar pompuan...confirm ada masalah...

Kekadang kan kita ni perlu kembali kepada akar kita. Untuk mentadbir manusia ini kita perlu seimbangkan antara kuasa dan timbang rasa. Kalau kita dapat menyeimbangkan kedua2 unsur ini, insyaALLAH masalah tegas @ bengkeng tak kan timbul! Percayalah... Untuk mentadbir manusia yang ada hati dan perasaan kita perlu ada ketegasan dan timbang rasa. Terlalu banyak timbang rasa, akan ada yang pijak kepala! Terlalu kuat bertegas, ada pulok yang berkeras sampai nak melawan arus.. So pada mana-mana kawan yang dah ada angin perubahan dalam kerjayanya ( maksudnya yang dah nak naik pangkat ke GPK atau dah jadi GPK )fikir2kan ler kata-kata ana ini!!

Ok la...koi kena berenti di sini dulu. Untuk kak Tun, koi juga tak bercuti!! Seminggu ni penuh ngan kelas tambahan untuk anak2 didik tersayang! Apatah lagi orang rumah guru BI di sekolahnya so kena lah banyak2 berkorban waktu cuti ni.. So kepada kawan2 yang senasib dan sewaktu dengan koi, redholah ngan apa yang kita buat. InsyaALLAH...pasti kita beroleh kenikmatan suatu hari nanti, PERCAYALAH.....

Dan bagi member2 yang kena berPTK seperti koi esok, semoga kita berjaya menjawab soalan2 yang memeningkan itu dengan cemerlang, gemilang dan terbilang...jangan TERLENTANG udohler... Ok..chow dulu...
M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7

Bengkeng Atau Tegas???

Hi Brie, Ju, dll. Topik ko ni dialu2kan sbb dah lain dgn topik yg dibawa Ju tempohari. Ju bawa topik suami isteri. Ko plak pasal orang rajin bekerja bengkeng? Okey, ni respon kawan. Kita kongsi pendapat k?

Kawan pikir orang berkerjaya tu bukan semua bengkeng. Bengkeng tu maksudnya garang atau bengis. Kawan lebih setuju kalo kata tegas. Biasanya kita ni waima lelaki atau wanita perlu lebih banyak tegas, bukan bengkeng. Kawan meluat beno kalo org bengkeng tapi suka kalo tegas. Lagi pula bukan setakat wanita jelah yang bengkeng camtu, lelaki pun ada. Begitu juga dengan wanita yang berkerjaya sbg surirumah, pun boleh tahan bengkeng. Tapi kawan selalu lihat orang yang rajin bekerja memang lebih ramai yang tegas berbanding yang bengkeng. Kenapa?

Tegas dapat dilihat apabila mereka mempamer dan mengamalkan sikap yang tetap pendirian, bersungguh-sungguh dan mempunyai visi dan misi yang jelas. Biasanya orang yang rajin bekerja ni mempunyai visi dan misi tersendiri tu pasal kdg2 mereka selalu diberi kepercayaan oleh bos2 mereka untuk menjalankan sst tugas. Macam mana nak bagi kerja pada org yg tak tegas, nanti kena buli oleh ahli pasukan pula. Begitu juga sebaliknya, kalu bagi tugas mengetuai kerja utk org bengkeng, nanti org bawahan pula kena buli. Ha, tak ke bos pula pening kepala nanti! Nanti kerja ke mana, hasil ke mana. Org yg tegas akan memastikan segala perancangan akan berjalan lancar dan membuahkan hasil yang cemerlang. Dia tahu apa yang org atasan nak, apa yg dia nak, dan apa manfaat utk anak buahnya. Kalu asyik nak bengkeng pun tak ke mana juga. Yele, sikit2 marah. Marah dia je yg dia tau. Marah org camne? Bengkeng2 tu karang membawa padah kepada kesihatan.

Satu lagi pasal sensitif. Kawan berpendapat setiap individu sama ada rajin kerja atau tidak perlu sensitif terhadap semua keadaan. Kawan tak setuju kalo sensitif tu merujuk pada emosional. Sepatutnya sensitif tu merujuk kepada keadaan semasa. Contohnya keperluan, pendapat dan masalah diri sendiri, bos dan rakan sekerja. Jangan kerana terlalu tegas hinggakan mengabaikan pendapat, perasaan mahu pun masalah orang di sekeliling kita. Kita kena terima hakikat kita memerlukan orang lain dlm hidup dan dlm pekerjaan. Jangan asyik nak org terima dan ikut arahan kita semata2. Kadangkala dlm byk hal, kita perlu beri laluan utk mendengar dan menerima pendapat org lain. Toksahlah nak emosional tak tentu pasal. Orang tak suka dan tak hormat nanti. Kalo nak org hormat kita, kita perlu hormat org lain dulu. Kalo nak org berubah pun kita dulu yg perlu mula mengorak langkah.

Dalam hidup perlulah memberi dan menerima. Juga perlu sentiasa bermuhasabah diri utk kebaikan diri dan org di sekeliling. Dunia ni hanya pinjaman. Biarlah kita tinggalkannya dgn kenangan yg baik2. K, kawan serah pada panel lain pulak untuk memberi pendapat. Jumpa lagi. Roger n out.
...che tun

Wanita Bengkeng?

Salam,
Tersentak baca komen Sabrie tu.. Bengkeng dalam kalangan wanita bekerjaya memang tidak boleh disembunyikan.. Ju setuju.. walaupun amat pahit untuk ditelan.. Apapun, Brie.. itu semua berpunca daripada sikap asal kewanitaan itu sendiri yg mahukan hasil usahanya perfect (betul ke aku eja nih?), kemudian ditambah pulak tiadanya sikap tolak-ansur n kesabaran di hati..

Tapi, bagi Ju, sikap bengkeng nih ada ketikanya perlu dalam menjalankan tugas kita.. Jika tidak, kekadang ada pihak yang tidak mengambil pot akan tanggungjawab masing2.. Prinsip pekerja keRAJAan dengan KERJAan, akan memaparkan amalan bekerja yang berbeza.. di sinilah kekadang sikap keBENGKENGan perlu..

Cuma, pandai2lah menggunakan sikap kebengkengan kita tu ek..JuNmie..

Bengkeng ???

Salam hormat, sorilah che tun, walau pun tajuk ni dah nak di berhentikan tapi aku nak buka sikit lagi, ada setengah pendapat mengatakan orang yang rajin bekerja jadi sikit 'bengkeng' (garang) dan sensitif ?

Isnin, Ogos 18, 2008

RE: macam-macam

Hi Ida, memang lama beno ko tinggalkan blog. Camne? Seronok dan puaskan bila selesai satu tugasan kita? Selamat membuat laporan. Perjalanan camping tentu okey sangatkan? Memang nak memulakan satu2 program memerlukan komitmen yang tinggi, penat tak usah nak cerita tapi bila dah berhasil, rasa tak serik. Next time mesti nak buat lagi. Camtulah yg biasa kak hadapi. Kak memang selalu buat cam kata Brie. Jangan fikir banyak kerja dlm satu masa. Kita memang banyak keje, buat satu2. Sediakan jadual keje, pasti bereh.
...che tun

Ikan di Laut Asam di Darat

Salam utk semua. Kabare? Panjang lebar juga ulasan topik yg dibawa Ju. Rasanya kesimpulannya camni lah.
"Rumahtangga yang aman damai itu terbina antara gabungan kegagahan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita pengurus rumahtangga. Namun realiti kehidupan skrg berubah bilamana wanita juga berperanan mencari nafkah (bagi membantu suami yg dikasihi), maka suami ingatilah isteri anda yg baik2 shj. Jika isteri membantu suami menambah rezeki, sudah tentu tidak salah suami membantu isteri mengurus rumah. Jangan rasa tercabar bila suami membantu di dapur, kerana tugas tersebut bila dilakukan bersama akan menambah kasih mengerat sayang yg telah terbina. Perlu diingat tidak akan wujud sebuah rumahtangga yang bahagia dek kegagahan seorg lelaki semata2 atau kelembutan isteri shj. Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredhaan Allah swt. Juga pada bahu suamilah tergalas tanggungjawab atas segala masalah anak isterinya. Hargailah suami @ isteri anda ketika ada hayatnya, jika marah atau bosan, sebelum berpaling kpd yg lain, kenangi saat mula cinta berputik dan berpadu janji, saat memula bahtera rumahtangga, dan saat pertama menimang cahaya mata, saat isteri bertarung nyawa untuk menghadiahi suami seorang zuriat berbinkan suami tercinta. Andai sudah memiliki kehidupan selesa, saling mengasihilah sebagaimana awalnya. Fikir banyak kali sebelum mengucap sayang kepada yang lain. Ingat yang pertama itulah bersama susah senang membina hidup. Usah khianati dia dgn mudah kerana yang kedua belum tentu sanggup bersusah payah sbgmn yang pertama". Okey geng, lepas ni topik lain pulak ek? He3...bila lagi topik masak-memasak nak mula schedule ni...
...che tun

Tercabarkah Aku?

Assalamualaikum penatap blog semua..
Aik, tak sangka rupanya banyak respon terhadap isu 'Suami n Isteri' nih.. Terima kasih atas pandangan rakan2 semua.. Ju sokong 100%.. Jangan lak ada 'tersirat' rasa di hati.. Petikan tu Ju 'copy paste' je drp emel kawan Ju.. Bukan idea Ju sdn pun.. hehe.. Tapi pabila Ju amati teks tu, memang ada betulnya tentang apa yg kita lalui seharian.. Cuma nak kongsikan sama betapa remehnya keje 'wanita' seharian, tetapi perlukan komitmen yg besar..

Betul kata ko Mas, sebagai insan, sama ada 'isteri' atau 'suami', peranan 'KITA" memang saling melengkapi.. tidak pulak nak mengata 'suami' KITA tu bermasalah dlm rumah tangga.. Contohnya, ko, rakan2 lelaki kita, dan 'suami2' KITA, che Tun kan? Kalau ada yg tak beres, tentunya kita dah jadi ibu tunggal..huhu.. Na'uzubillah.. tapi kalu sikit2 tu, adat ler.. Sedangkan lidah lagi tergigit..

Walaupun begitu, jika 'tercabar' anggaplah itu satu cuitan yg seharusnya kita berikan sedikit perhatian kepada insan 'tersayang'.. Bukan maknanya 'dia' terabai, tetapi untuk pupuk rasa lebih memahami agar 'cinta' tetap mekar di hati..

Kesempatan ini juga nak ucap 'Selamat ber'PTK'.. semoga tak ngulang lagi tahun depan!!..' Uuuummmuah..JuNmie..

Ahad, Ogos 17, 2008

macam-macam....

Salam untuk smua.....
memangnya dah lama tak post kat sini. Sibuk jugak akhir2 nih. Awal bulan ogos baru ni dah selesai perkhemahan uniform. Sekarang kena wat laporan plak kak tu oi! Letih kemain sebab tahu-tahu je la...all rounder. Sampai berjerawat habih muka. Ini baru balik dari JU Kelab Doktor Muda kat Temerloh.
Cerita pasal pengorbanan wanita ni memang banyak sebenarnya. Tapi bila kita cerita kata kita mengungkit plak. Macam yang Mas cakap tuh. Sebenarnya tanggungjawab menguruskan rumah tangga dalam Islam adalah tanggung jawab lelaki. Basuh kain, masak, kemas rumah, menyapu. Bukan tugas seorang wanita. Jika lelaki tidak dapat melakukan dia kena ambil orang gaji. Walaupun isterinya surirumah. Ini kan pula isteri yang sama-sama mencari nafkah. Tetapi kita sang isteri masih tegar dan sabar membuat segala tugas itu. Cuma kekadang TERKELUAR juga keluhannya. Takkan nak pendam je. Tidak timbul masalahnya lelaki berebut untuk membuat kerja rumah. Sememangnya kita mengharapkan balasan pahala. Sepatutnya lelaki sama-sama menghulurkan tangan membantu isteri yang sebenar membantu suami membuat kerja rumah. Sama-sama kita menuju bahagia. Kalau isteri dah bertungkus lumus siang malam.....kesian dia mesti letih sakan. Wah...terceramah la pulak. Bukan apa..kadang-kadang lelaki ni tak sedar tanggung jawab sebenar dia. Tapi saya mendoakan agar kekawan semua yang menjadi suami, agar dapat menjadi seorang suami yang memahami hati seorang isteri. Layani la isteri dengan lemah lembut. Dengarlah keluhannya. Kekadang bukan dia inginkan balasan emas menggunung, hanyalah sekadar meluahkan keresahan. Semoga rumahtangga yang kita bina adalah kerana Allah dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Sekarang ni macam-macam yang terjadi di sekeliling kita. Kelahi sana, kelahi sini. Cerai sana, cerai sini. Affair sana, affair sini. Anak-anak.....kesian mereka. Selalulah kita berdoa agar rumahtangga kita kekal selamanya. Jika ada kelemahan masing2, jangan salah menyalahi. Kita hanya manusia, masing2 tidak sempurna. Jika kita terlajak, tidak terlambat untuk kita kembali.
Macamana kak tun ok tak apa yang ida tulis ni. Takutla tengok la ni. Macam2 kes rumahtangga.Okla semua....ida ucapkan selamat bercuti...kalau cutila. Dan selamat amik peksa PTK. Semoga lulus ya. Study jangan tak study.Bye...jumpa lagi.

Tersentuh hatiku

Salam hormat, tersentuh hati kecil ini bila kalian ( ju,mas, azwan, che tun dll) membuat ulasan tentang kehebatan seorang wanita, apakan daya aku ini seorang lelaki..... maka kehebatan itu tidak lah dapat di rasai sepenuhnya sperti merasai bagaimana isteriku mengandung. Aku juga begitu kagum dengan kawan-kawan yang memberi pandangan siap dengan hujjah dan hadis sekali. Dah lama aku tidak menyusuri blog ini sebab pertamanya PC dalam bilik aku dah terbakar, yang ke duanya aktiviti tugasan aku agak padat juga sekarang, aku berada di Kuala Lumpur Pada hari Isnin hingga khamis, Jumaat Sabtu di rumah ibu mertua dan hari ini hingga selasa di BTPN Marang menghadhiri kursus. Baru-baru ini suffian Maidin mintak password nak masuk blog ni tapi belum muncul lagi ni..... masukklah ...pian. Bila kah Yazid nak ke Kota Bharu ??? cuba call pendi @ nik yee mungkin boleh tolong kot!!!
Apabila aku membaca kisah Junaina tu , rasanya macam pernah terdengar cerita tu. Kalau tak silap dalam buku Less Stress karangan Dr Julian Melgosa, cuma cerita itu diceritakan semula oleh seorang suami yang ditugaskan oleh isterinya menjaga anaknya apabila dia bertugas...... selepas mengalami peristiwa sebegitu barulah si suami menyedari betapa hebatnya seorang wanita.Kalau nak tahu lebih lanjut lagi cerita tu bacalah buku tu ye, aku dah baca dah..... cuma satu kesimpulan ringkas yang aku nak buat di sini ialah kita menjadi stress apabila kita memikirkan akan melakukan banyak kerja dalam satu masa.so nak hilangkan stress maka dicadangkan (mengikut buku itu ) letakkan satu perkara sahaja dalam fikiran kita dalam satu masa kalau bolehlah. rasanya ada disebut juga kisah bagaimana seorang bos yang bergaduh dengan isterinya dirumah meluahkan kemarahannya kepada setiausahanya. So jangan heran kalau GB/Pengetua bergaduh dengan isteri/suami di rumah esok cikgu sekolah jadi mangsa or kita suami isteri bergaduh (berselisih faham ) di rumah, esok anak murid kita jadi mangsa... fikir-fikirkanlah..

Jumaat, Ogos 15, 2008

'Selamat Bercuti'

Salam untuk semua. Kabare? Waras? Utk ke sekian kalinya, kuingin mengucapkan selamat bercuti kpd kengkawan yg berkesempatan menikmati cuti. Nikmatilah cuti utk kita seadanya. Namun begitu, sodih juga bila kawan tak berkesempatan spt kalian. Tentunya ada lagi rakan senasib yg terus bertungkus-lumus membantu anak didik UPSR yang akan menghadapi ujian tersebut dengan berbaki 25 hari saja lagi. Takpe lah demi tugas dan amanah. Alah bisa tegal biasa. Rasanya korang pun sama ada kelas spnjg cuti ni. Semoga usaha kita berbalas hasil yang manis. InsyaAllah.
...che tun

ANTARA SUAMI & ISTERI

Salam buat penatap setia blog nan meriah ini…..

Wow… baru 3 ari tak jengah kat sini, dah macam2 cerita yang ada. Lucu ada, sedih pun ada. Apa2 pun bersyukur atas nikmat Allah kerna dihidupkan kita sehari lagi untuk melayari bahtera kehidupan di bumi yang dipinjamkan ini…

Tersentuh hati kecil lelakiku ini tatkala membaca luahan hati seorang isteri yang dicoretkan oleh Ju. Sememangnya isteri mempunyai peranan yang besar dalam ruang lingkup rumah tangganya.

Kaum hawa dicipta dari rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasnya..
bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya..
melainkan dari sisinya,
untuk dijadikan teman hidupnya...
dekat pada lengannya untuk dilindungi
dan dekat pada hatinya untuk dicintai...

(Hadis Rasulullah s.a.w)

So, dalam keadaan senang mahu pun susah, tempat isteri adalah di sisi suami….Tak perlu dirungkai dengan kata-kata berjela, khalayak sudah maklum dengan tugas isteri apatah lagi jika sudah bergelar ibu. Dahulu keseorangan, kini berdua apabila diijabkabulkan. Persetujuan yang diberikan sewaktu lafaz akad itu bukan untuk sewaktu senang sahaja malah termasuk waktu2 susah juga.. Bebanan isteri kian bertambah selepas kelahiran anak pertama. Ini bermakna sudah ada 2 jasad yang perlu diberi perhatian!! Tambah lagi satu bebanan!!!

Mana yang perlu diutamakan? Mana yang perlu disegerakan? Tanggungjawab itu menjadi milik seorang isteri… Memasak, melipat kain, mengasuh anak, menjemur baju, membasuh pinggan mangkuk, menyiram bunga, mengemas rumah, melayan suami n bermacam2 pekerjaan lagi sudah sinonim dengan insan bergelar ibu atau isteri. Justeru, wajarkah lelaki berebut2an untuk membuat perkara2 tersebut hingga timbulnya konflik rumah tangga??

Dalam Islam, suami yang wajib menyediakan makanan dan keperluan asas untuk keluarganya. Jika tidak mampu, maka wajib baginya melakukannya sendiri. Itu fakta yang tidak boleh disangkal lagi! Namun tahukah para isteri sekalian, sebaik2 pertolongan daripada seorang perempuan yang bergelar isteri adalah memberi pertolongan kepada suaminya sendiri.

Sebenarnya para isteri dan ibu-ibu sekalian, apa jua rutin hidup anda dalam melengkapkan kehidupan berumah tangga ada pahalanya! Kasih sayang yang anda curahkan dalam masakan, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan! Apa jua yang anda lakukan buat keluarga akan menimbulkan kepuasan seandainya anda ikhlas. Tapi percayalah…sedetik hati anda merasakan terbeban dengan tugasan seorang isteri hingga membanding2kan dengan peranan suami, anda sebenarnya menghampiri dosa. Kesemua kerja yang anda lakukan jika tiada keikhlasan Allah akan balas dengan kepenatan sahaja tanpa pahala!! Tapi seandainya, segala rutin yang anda lakukan dengan niat ikhlas untuk memakmurkan alam rumah tangga anda sendiri, diberi seribu satu nikmat oleh Pencipta tanpa anda sedari …

Sememangnya para isteri dan ibu mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mengurus rumah tangga. Sebab itu dalam Islam, apabila ditanya oleh seorang kenalan kepada Rasulullah, siapakah yang harus ditaati selepas Allah? Tahu jawapannya kan? Ya… ibu…ibu…ibu… selepas kali ke-3, baru insan lelaki disebut! Cuba para isteri fikirkan kenapa? Oleh sebab itu juga, pepatah melayu ada mengatakan Syurga itu di telapak kaki ibu….. Jadi, apakah perlu seorang suami mempunyai tugasan seorang isteri juga? Jika isteri menuntut tanggungjawab yang sama antara suami dan isteri, apakah perlunya perkongsian hidup? Suami dan isteri seharusnya lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Peranan dan tugasannya mungkin berbeza! Ada isteri lebih kerja di bahagian A tapi suami lebih juga dalam Bahagian B! Namun matlamatnya sama – mewujudkan keluarga bahagia…

Secara jujurnya, saya menghargai insan yang bergelar ibu dan isteri. Bersyukur kerana mendapat isteri yang rajin tapi itu bukan bermakna saya mendiamkan diri daripada membantunya dan tidak perlu dibongkar segala pertolongan yang diberikan untuk mendapatkan perbandingan siapa banyak kerja siapa banyak rehat??Nilailah suami anda sewaktu suami sedang bekerja bukannya sewaktu suami berehat..kerana apabila kita menilai orang yang berehat sewaktu kita bekerja, pandangan skeptikal pasti berlaku…Sementara suami masih bernafas dan menjalankan tanggungjawabnya sebagi suami, sayangi dan layanilah suami kerana syurga isteri DI TELAPAK KAKI SUAMI…..

Ikhlas daripada seorang SUAMI : Mas, Jengka 7.

Khamis, Ogos 14, 2008

Seorang Guru Tua...

Kutitipkan Untuk Insan bergelar Guru
(Termasuk di M3P Kuala Terengganu)

Guruku yang baik,
masih lagi mengajar,
sedang aku kini sudah besar.
Dulu wajahnya muda,
kini rambutnya memutih kepala.
Ada anak-anak muridnya,
sudah menjadi menteri.
Ada anak-anak muridnya,
kini memegang jawatan tinggi.
Tidak kurang pula,
bergelar usahawan berjaya.

Guruku yang baik,
masih di situ,
masih memandu kereta lama,
masih menuju ke sekolah yang sama,
tiada kelihatan jemu,
dari air mukanya,
tiada kedengaran bosan,
dari suara bibirnya,
dia gigih menggenggam,
tanggungjawab yang diamanahkan.

Seorang guru tua,
dia masih di situ,
berdiri sebagai guru,
menabur jasa-jasa,
dialah pendidik bangsa

_JuNmie

Selasa, Ogos 12, 2008

Guru Oh Guru

Buat sahabatku yang senantiasa dalam kenangan, kutitipkan sajak nukilan Usman Awang untuk tatapan kalian sebagai pendorong semangat juang mendidik anak watan ke mercu gemilang. Walau di mana menabur bakti, jasa dicurah tetap diingati, usah berkeluh kesah dengan tugas yang membebani, kerana kemuliaan tugas kita dasari, memberkati rezeki yang kita kecapi di bawah lindungan restu Ilahi. Bacalah dengan hatimu...

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979
...che tun

Sekali Air Bah.....

Salam.... Dulu masa d m3p tahun 90/92,kita semua masih muda remaja... metabolisme masih kuat.... pantang pihak pengurusan buat aktiviti.... semua nak join... masa tu tak fikir penat, takut or masa.... yang kita fikir seronok aja... tpi sekarang setelah 16 tahun berlalu.... segala aktiviti yg pihak sek buat... macam2 alasan pula kita berikan... masa tak ada lah, anak tak ada org jaga lah..atau ada yang kata xtvt ni sesuai utk cikgu muda2 buat, kami dah biasa dengan xtvt ni.... perasan tak sebanarnya... tahap kemalasan kita makin bertambah sering dgn usia kita.... Tambah2 lagi apb bentuk badan pun dah berubah... dulu sikit punya slim.. tapi sekarang macam badan sumo or orang nak masuk angkat berat... tu le yang dikatakan sekali air bah sekali pantai berubah..... agak2 rambut ko org dah beruban tak !!!! kawan dah ada dua tiga helai uban miang tumbuh...

Frm Abdullah Azwan Jb

Isnin, Ogos 11, 2008

Cikgu 0h Cikgu

Salam utk smua. Kabare? Waraaasss...He2... Tu je kalimah jawa yg kufaham. Yg lain2 tgh menuntut lg ni tapi suam2 kuku je. He3...Ju, Ju...dalam maknanya citer tu. Utk kaum hawa ye beno le tu. Tuk kaum lanang ye tak ye, kena ye kan je ler. Tak ngaku? Ala cam tak tau. Tabik ler utk ibu2 seMalaya. Tapi slalu ge kawan 'pukul anak sindir menantu' ngan org umah dan anak2. Kataku, "Ai, yg pakai baju 5 org tp yg tukang cuci, lipat kain sorang jer. Kalo tak sanggup lipat, beli ler mesin lipat kain." Nanti bila tlinga dah hangat, deme 4 branak tu buka ler kilang proses lipat kain. He3...Tak yah marah2 nnti BP naik. Apa tak nye, kalo kita dah sakit, satu umah tunggang langgang. Ha, Mas, langkah pjg gak yer? Sonok tu, kalu jumpa Siah ngan Niza krm slm kat deme. Dulu ada gak beremel ngan dia tp dah lama tak berbalas. Siah citer gak pasal Hasmah ngan Arif. Nnti kita citer pjg ek?... Tapi kan petua Mas tu kejam sgt. Tak tau ler nak ckp camne tapi benonye sek kak ni keras ckit. Kadang tu kalo tak bdk2, cikgu yg kena. Kerap juga. Dah tu ada jg blaku kes bdk2 ilang. Biasanya antara jam 4 ke 6 ptg. Naik rehat je dak djh 2 ilang pastu bila jam 6 muncul blk. Bila tanya nnti dia ckp lah dia ikut cikgu mana2 pegi kat sekitar sek. Biasanya dorang ckp ikut cikgu sapa2 pegi bagi makan ayam kat taman botani sek. Tak lucu kalo dah selalu. Nasib baik ada ustaz2 Jqaf. Korang tau, dulu ada cikgu yg kena, pastu kwn2 baca Yasin, pastu dia gelak ckp tak yah baca. Kami lagi pandai baca, katanya. Tak haru tu. Okey lah, citer lain plk, camne PTK. Kita pekse lagi ye. Jgn jemu jgn segan, kita amik je. Study le apa yg patut. Oh ya, korang jenguk jg yahoo group, ada soalan dan nota UPSR kat sana. Kalau nak tambah koleksi, postlah ke sana. Okey?...Ma, bila nak on projek masak-memasak kita ni. Start le. Dua tiga ari lagi kak post satu dua resepi yek? Korang nak msk apa, stail jawa? Ooooo, belum blajo sgt lagi. Apa2 je lah ye. Janji sedap dimakan. Iiiiiidaaaaaaa, buat apa lgi tu? Lamanya membisu...Rindu ni. Jomlah berblog. Sunyi lak Brie tu nnti. Bye, roger n out.
...che tun

SAPA Lebih PENAT: Lelaki atau Wanita???

WANITA sangat Istimewa......
Mama dan Papa sedang menonton TV..Mama berkata. "..i letih la.. dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti.. dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi... check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....

Pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

Baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

Ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah,asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow
sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..." masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

Bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

Dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik... owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap... check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyaknya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang... cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni... tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

Aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus..setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....(ermm.. senangnya papa nak tido???!!!)

So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT.... tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Ceritakan ini kepada semua WANITA yg anda rasa sungguh hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri... Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka... untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...
Renungan drp JuNmie...

PENAT LAGI???!!!

Salam buat semua teman-teman seperjuangan.

Syukur alhamdulillah kerana diizinkan Allah untuk berbicara di blog ini untuk ntah kali kali berapa ek..!? Hentam saja la labu....

Sebenarnya, baru sat tadi terima call daripada Yazid dari Unit E tuh! Dia hadapi masalah untuk cari hotel penginapan yang tak berapa mahal pada Sabtu akan datang d Kelantan. Kisahnya, budak sekolah dia terpilih wakil Negeri Sembilan dalam acara Sajak Dadah! Semua penginapan peserta n guru pengiring dibereskan oleh JPN Kelantan tapi disebabkan c Yazid ni kena jadi baby sitter untuk 3 orang anaknya maka dibawanya semua anaknya ke Kelantan coz urang umahnya tengah berpantang n mak mentuanya ke Mekah untuk umrah.. So terpaksalah dia cari hotel2 yang berhampiran ngan tempat pertandingan tuh! Siapa boleh tolong ek..? Helo..rakan2 di Kelantan, ada sesiapa boleh bantu c Yazid ni tak?

Buat kak Tun..lucu gak baca kisah bab cintan-cintun kat sekolah akak tu.. tapi jangan ingat kat cni tak de kes serupa! Asal nama murid tahun 6 mesti dah jiwang2!! Cekgu2 pompuan sikit punya menyampah ngan perangai bebudak pompuan yang ngengade ngan cekgu lelaki... Kami cekgu lelaki layan sepatutnya ajer lah.... Tentang histeria tu, penawarnya berikan sajer penyepak sulung 16!!! Kekadang tuh dorang ngengade jer lebih!!!

Oh yer... esok saya ke Bera kerana bertugas sebagai hakim lagi tapi kali ini dalam Karnival Pra Sekolah la pulok!! Harap2 dapat jumpa c Siah n suaminya c Nizar tuh.. Lebih kurang 2 hari saya di sana. Hari tu masa karnival peringkat daerah Maran, saya sempat ketemu ngan Hasmah Sorumin unit B. Kak Tun ingat lagi tak ngan mek Sabah yang asyik nangis jer masa mula2 dtg ke Terengganu 16 tahun dulu?La ni, dia dah havoc... Pakaian ala-ala mak datin u.... n berisi la ckit. Ada 2 orang cahaya mata n sulungnya dah sekolah menengah..Meriahnya hidup dia kan!! Anak sulung dah besor wei... Cam saya ni, yang sulung baru jer darjah 2... Cubaan....

Baiklah minta diri dulu. Dah awal pagi pun..esok nak ke sekolah pulok. Kalau saya jumpa ngan Siah n Niza nanti, saya titipkan citer kat cni ek. M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7

Sabtu, Ogos 09, 2008

Penat???

Salam utk smua. Kabare? Penat??? Wa pun penat gak. Tst ler. Geliati tul baca nota Mas tu. Jangan ler kecik ati. Kak pun telupe plak kat member felda. Soli ler. Mas tau, dulu masa kak posting kat SK Sg Tong, Setiu tu kan sek kampung. Felda tu. Tapi kat Trg aktif manjang dgn mcm2 xtvt. Kalu dah penat kitorang pegi ke Gunung Tebu. Ingat tak Gunung Tebu kat Besut? Pastu ada satu lagi tempat kat Setiu, kalu tak silap Lata Tembakah kot. Spa la kat air terjun/sungai tu sama bebudak (camping la tu). Seronok ajar sek kg tak sama cam sek bandar. Sana mak bapak okey, yela anak org kg, dorang tu jenis tak meninggi diri. Sejak ke Shah Alam, pening sbb anak2 org2 berada paling tdk pun yg jenis mengada2. Bila kat cni pulak okey ckitlah. Tapi dah nama djh 6, biasaler Julai mulalah kronikkan? Masing2 berebut nak masuk klas. Pastu minggu ni plak kat sek kak dua mrd pompuan tahun 6 histeria. Mana taknye, dah stress, dorang baca buku bukan2. Sorang bdk tu pinjam buku kat library bgerak yg dtg ke sek pasal hantu hasil tulisan uncle seekers. Dah tu sorang dak jantan baca mentera yg ada dlm tu, pastu blagak ala2 bomoh baca jampi halau benda tu plak. Apa lagi, meletup satu sek. Nak jadi cerita, masa tu kak tgh settlekan bdk2 pompuan klas elit yg bergasak iri hati antara satu sama lain. Kononnya cikgu lebihkan yg sorang, tak kesahkan yg lain. Berebut pakwe lah. Pening pale kak. Tiap2 tahun mesti ada kes cintan cintun dan histeria. Tapi kan, dah lama beno ajar dak tahun 6 rasa dah tak reti nak lyn bdk2 kecik tahun 1, 2 tu. Dahlah sound tu asyik tinggi je. Teperanjat2 dak2 tu kalu kak ajo gamaknya. Mas, kalo nak baiki prestasi tu, cuba minta ilmu kwn2 kat Trg. Dulu masa kat sana, biasa kami buat motivasi bermalam kat sek. Cikgu mmg rapat dgn bdk. Tapi kak kat sini dah lama, bila nak wat camtu ada je member tak stuju. Kesian kat bebudak asyik anjal sana sini, tension dorang. Sabo le Mas, Ju. Harapnya Allah berikan kekuatan tuk kita terus berusaha utk anak2. Dan utk p'getahuan Mas mmg bg kak, sekolahku rumahku. Bukan apa, che abg bkn cikgu. Dia tu cbuk manjang ngalahkan YB. Keja pagi blk mlm. Kalo outstation lg haru. Dah takde baby rasa sunyi kat umah sorang2 bila ptg sbb smua anak2 dah sek. Tu pasal kak lebih byk duk kat sek. Buatlah apa yg patut. Okey smua, jumpa lagi.
...che tun

Jumaat, Ogos 08, 2008

Tak Merajuk ah..

Salam semua...
Mana ada merajuk lak, Mas.. Tiap hari Ju bukak blog ni n baca..tapi, tak post je.. Penat tu memang la penat.. dengan kelas anjal menganjalnya, SBT, kelas tambahan lak.. tambah lak ajo BM tahun 2 yg ada budak pemulihan.. eeii.. penatnyer.. sampai serak suara.. budak asli lak tu.. last2 Ju belajo bahasa asli lak..hehe.. Ju sayang dah bebudak tu..thn depan nak ikut ke thn 3.. dah 2 org leh baca..2 lagi baca 2 suku kata..3 org (2 lompat kelas= x masuk thn 1, 1 x bunyik2)mengeja suku kata.. Azam, mika tu boleh membaca naik thn 4..

Haha.. mana lak aku berpantang or mabuk2.. aku pose ganti la.. tambah la letih aku nih.. padan muka aku..dulu malas sgt nak ganti awal.. tangguh punya tangguh, dah nak temu ramadhan balik.. ada 3 hari lagik nih..

Apapun dah tugas.. Betul kata ko Mas, kalau masa penat canggini, memang serik t6.. tapi dah hilang penat, sanggup pulak.. bukan apa, kalau x ajo thn 6, nanti rasa banyak yg kita tak tau..

K, lah nanti sambung..hehe..nak memasak lak.. JuNmie

Khamis, Ogos 07, 2008

PENAT WEI......

Salam buat semua penatap setia blog ni....

Minta maaf bebanyak kerana tak sempat nak luangkan waktu mencoret apa2 yang patut di daerah blog ini. Biasala kan... Koi rase semua member2 yang tenggelam timbul tuh tentunya tengah berpinar2 bijik mata melayan karenah pentadbir sekolah yang mahukan kecemerlangan anak2 didik dalam UPSR! Tak buat dah tanggungjawab..

Ntahler...kekadang tuh dah nyampah nak ngajor tahun 6 tapi apabila awal tahun diseru oleh GB n GPK 1 untuk mengajar tahun 6, tak tergamak nak menolaknya... Mak koi kata, jika orang dah merisik itu tandanya orang suka...! Ye ker...? Tapi ini cakap masjid tau... Setelah koi merayu untuk direhatkan selama 3 tahun dari kelas tahun 6, nampaknya tahun ini koi tewas dengan pujuk rayu GB koi yang lembut berbicara tuh....

So tahun ni, seperti 15 tahun dulu semangat tuh teramat lebih!!! Tapi yang nak gerem tuh.. anak2 peneroka kat cni yang buat spoil lak...Cikgu dah beria2 mengajor siang malam tapi kesannya tak seberapa... Cuba korang bagi petua jap, guano nak buak kak bebudak Jengka ni...

Untuk Che Ton kita, yang udah menjadikan sekolahnya umah no 1 tuh... tahniah ler.. cantik corak batik mu lukis tuh... Pah tu mai ler sini pulok deh...! Che Tun tak per la ngajor di bandar, penat2 boleh gak g spa! Den kak hutan sawit ni manolah nak cari spa... so sebagai escapismnya mana2 anak murid yang tertinggal buku @ tak siapkan kerja sekolah, koi denda picit badan koi yang lesu2 nih!!! Relax la sekejap rasa badan.... Tapi korang jangan tiru ek.. ni berbahaya.. tapi koi dah buat perjanjian ngan anak2 murid lelaki yang langgar peraturan jer...

Eh, Ju ni merajuk ker cbuk nagn PLBS lagi? Dah lama rasanyer dia tuh menyepi? Ke kena jaga pantang tak boleh cakap ngan sape2 sampai UPSR kot? Takut ilmu melimpah keluar la tuh ek? JU... JU...? Ke mu tengah mabuk2 tuh??? Sekarang ni kan sejuk!!!??

Buat Bri, koi setuju sangat hang nak buat kad raya.. Ok, dalam seminggu dua lagi koi antar madah hari raya tuh! Untuk abe Fendi yang dah mula menulis di cni, tahniah kerana berani menyahut cabaran kami... teruskan menulis deh...!

Juga pada teman2 yang menelusuri blog ini, salam dari kejauhan daripada koi di Jengka. Semoga hubungan kita kian mesra n berpanjangan senantiasa. M3P tetap di hati...

Ikhlas : Mas, Jengka 7

Rabu, Ogos 06, 2008

Rindu di Kejauhan

Salam utk semua. Kabare? Sibuk semua tu senyap sunyi kapet ni melainkan 2, 3 brita yg mana ada. Yg lain2 ke mana? Taula sibuk pulun dgn bdk2 tp kalau ada masa, hantarlah brita ye? Kat sini sibuk pulun juga lps trial last week, ni tgh key in markah bdk2 sbb sok kena hantar PPD. Next week ada satu lg trial. Mmg mabuk tanda ketas kan? Mas ok lg ke? Takpe lah kan demi tugas dan tggjwb. Kpd seme kengkawan, sibuk camne pun jaga kesihatan tu. Kalau pening, penat, rest la kejap. Org laki2 tak taulah camne tp kalu cam kawan kalau penat, kawan mulalah belek2 pokok tak kira lah kat sek ke kat rumah. Cam ko Wan elok ko perati ikan kat kolam atau akuarium, nanti tenang sikit. Pastu kalu penat sgt pegilah overhaul body kat spa. Cam sek kawan ni kira pekan. Jalan kaki ke spa pun boleh reramai. Pastu massage relax2kan minda. Lega sikitlah. Yelah, nak pencen pun lama lagi. Segala urat saraf kena jaga. Ari ni birthday kawan. Welcome 2 DG 40. Slamat pjg umur utk kawan. Hik3...Seronok ge bila kengkawan kat sek rai dan ingat bday aku. Hi, kenalah semakin mengingati mati. Kena tambah amal ibadat ye. Ngantuk dah, ta ta, ti ti, tu tu. Jumpa lagi. Roger n out.
...che tun

Kad Raya

Salam hormat dan salam rindu, lama dah kawan-kawan tak masuk blog ni, sunyi lak rasanya , tak mengapalah tentu sedang berjuang habis-habisan untuk memastikan kecemerlangan anak bangsa bulan september nanti, aku pun nak ucapkan tahniah di atas kejayaan Kamal Arifin dan zam Ma'mor selamat menjadi graduat, bagi yang belum mulakan tu mulakanlah ... dalam kesibukan mengejar kecemerlangan aku baru teringat yang kita ni dah masuk bulan Sya'aban . rasanya bolehlah nak mula hantar ucapan untuk diisi dalam kad raya nak buat macam tahun lepas , kalau ada e mail bolehlah email sebelum ramadan nanti, boleh pos awal sikit, itupun kalau sudi nak buat ucapan dalam kad tu. kalau ada sape-sape nak bantu aku pun boleh juga . Tapi ucapan raya tu jangan publishkan dalam blog ni nanti "dok suspeng" boleh sms juga, bagi kawan-kawan yang dok tengok blog ni kalau konteks tolong maklumkan nanti ada yang tertinggal . Tolong juga hantar alamat terbaru untuk senang aku hantarkan kad raya nanti tq.

Selasa, Ogos 05, 2008

penat

salam... lama tak dengar berita dri kawan2.
aku di jb macam biasa, sibuk memanjang.....tak tahu bila boleh relex....
bila aku tengok kiriman gambar dri kawan2 rasa kelakar pulak.... wajah masa 90/92 tersangatlah muda dan nampak tak matang lgi....
Di sini nak minta le jasa baik kekawan bagi tips cara2 nak hilangkan penat.....
kalau dah penat, kepala berdenyut badan lemah2..... so tolong le bagi tips utk atasi masalah ni....

FRM Abdullah Azwan Jb

Sabtu, Ogos 02, 2008

tahniah

Aku tumpang gembira terlihat dalam LMS OUM senarai nama bergraduat oum 23 ogos ini yang tercatat nama kawan-kawan unit E 90/92 iaitu kamal ariffin Ismail dan zam maamor untuk sarjana muda pendidikan sains (BESC). Tahniah. Aku masih dalam menuntut ilmu sebagai mahasitua.

Jumaat, Ogos 01, 2008

Hi, Fendi

Salam utk semua. Kabare? Wah, seminggu jugalah tak berblog, nampaknya ada member baru masuk. Welcome abe Fendi. Oloh demo gok, kawe baru tinggal blog 4-5 ari. Demo tengoklah weh keaktifan kawe, bowoh nota demo tu keh ado gamba kawe tengoh canting batik kat dinding. Kawe tok lari sbb tak dok sapo nok kejar. Kawe ni sibuk2 pun kalu ade mase meme dua tiga brita kawe post saghi. Tapi kalu tok cukup mase meme 4-5 ari tok atar. Kade2 kawe raso susoh gok jadi kawe. Khijo betimbung2 weh. Kawe keno jadi s/u keceriee. Kena tgok seme2 kawe2 buak khijo. Duduk sini org situ panggil. Pening gok pale kawe. Pahtu kalu tok cukup pitih nok wak projek, kawe jual besi buruk, buat recycle sbb nok ccomel skolah. Rumoh kawe tok comel lagu mane pung. Nok wak lagu mano kalu doh kuli. Lagu ni ah. Tokleh nok kato gapo2 lah. Tahun ni projek mega demo tau. Kalu siap kekgi, kawe poh gamba yek? Okey lah, doh 6.15 ni. Nok siap gi skolah pulok. Pagi ni kena handle majlis penutup minggu Pss. Pete pulok ke PD spai Ahad, kursus utk satu skoloh. Juppo lagi deh! Untuk Ju, slamat menjawab. Goreng baik2 bhg B dgn C tuh. Ma, mana pegi? Ida, proposal dah siap? Mas, cbuk ke? Brie?... Tuk yg lain2 juga, salam ingatan...
...che tun