Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Ogos 14, 2008

Seorang Guru Tua...

Kutitipkan Untuk Insan bergelar Guru
(Termasuk di M3P Kuala Terengganu)

Guruku yang baik,
masih lagi mengajar,
sedang aku kini sudah besar.
Dulu wajahnya muda,
kini rambutnya memutih kepala.
Ada anak-anak muridnya,
sudah menjadi menteri.
Ada anak-anak muridnya,
kini memegang jawatan tinggi.
Tidak kurang pula,
bergelar usahawan berjaya.

Guruku yang baik,
masih di situ,
masih memandu kereta lama,
masih menuju ke sekolah yang sama,
tiada kelihatan jemu,
dari air mukanya,
tiada kedengaran bosan,
dari suara bibirnya,
dia gigih menggenggam,
tanggungjawab yang diamanahkan.

Seorang guru tua,
dia masih di situ,
berdiri sebagai guru,
menabur jasa-jasa,
dialah pendidik bangsa

_JuNmie

Tiada ulasan: