Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Rabu, Ogos 27, 2008

Gambar Lucah

Salam hormat, mungkin sedikit terkejut bila tajuk ini di paparkan , tetapi saya paparkan di sini sebagai perkongsian idea ilmiah bersama kawan-kawan. Pernahkah kita terfikir mengapakah gambar-gambar lucah begitu berleluasa di internet ????
jawapannya begini, ( lepas ni jangan tiru ) nanti setiap kali orang lain klip kita dapat dosa. Gambar-gambar lucah dijadikan daya penarik untuk manusia pergi ke laman web atau blog berkenaan. Ya lah , kalau durian ada orang suka, ada orang tak suka, kalau judi ada orang suka dan ada orang tak suka , kalau gambar sabri, zaiton, junaina, kamal, meeze ramai orang suka tengok tapi lebih ramai lagi orang tak suka , last sekali gambar tu juga yang disukai termasuk orang jahil, orang alim, tok guru, anak murid, lelaki , perempuan, kecik dan besar normal dan menjadi fitrah manusia suka tengok gambar gitu wlau pun malu-malu. Tapi kita bedosa tengok benda gitu.
Mesej nak disampaikan di sini ialah gambar lucah telah diexploitasi untuk kepentingan tuan punya web dan blog berkenaan. Apakah Faedahnya apabila laman web mereka laku???
1. Hak penajaan web berkenaan, pembina lama web berkenaan ( web master ) akan dapat banyak duit daripada syarikat koporat yang memasukkan iklan dalam laman web berkenaan.
2.Pembina laman web berkenaan dapat mengiklankan barang atau produknya sendiri.
3. Penyampaian Idea, sehingga pembaca (audience) boleh terpengaruh : contoh apa yang berlaku dalam arena politik tanah air kita sekarang.

Laman web yang tidak ada pelaris ( daya tarikan ) aka layu, dan kaku, contohnya laman web sekolah yang bersemangat atau hidup satu atau dua bulan sahaja.

Alhamdulillah blog kita yang bermula satu tahun lepas masih segar bugar dan aktif apakah pelarisnya ??? Tidak ada gambar lucah kan !!???

Pada pandangan saya pelaris untuk blog kita ialah "keutuhan persahabatan" dan kejujuran kita dalam membina semula apa yang telah bermula berbelas tahun yang lalu dan sehingga ini saya belum terjumpa satu blog yang sebegini walaupun hampir setiap hari saya memantau (search ) perkembangan dalam blog..... kalau ada tolong tunjukkan boleh kita kongsi idea. Dan ini membuktikan bahawa perkongsian kita adalah perkongsian yang sungguh hebat ...!!!!

Tiada ulasan: