Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Ogos 07, 2008

PENAT WEI......

Salam buat semua penatap setia blog ni....

Minta maaf bebanyak kerana tak sempat nak luangkan waktu mencoret apa2 yang patut di daerah blog ini. Biasala kan... Koi rase semua member2 yang tenggelam timbul tuh tentunya tengah berpinar2 bijik mata melayan karenah pentadbir sekolah yang mahukan kecemerlangan anak2 didik dalam UPSR! Tak buat dah tanggungjawab..

Ntahler...kekadang tuh dah nyampah nak ngajor tahun 6 tapi apabila awal tahun diseru oleh GB n GPK 1 untuk mengajar tahun 6, tak tergamak nak menolaknya... Mak koi kata, jika orang dah merisik itu tandanya orang suka...! Ye ker...? Tapi ini cakap masjid tau... Setelah koi merayu untuk direhatkan selama 3 tahun dari kelas tahun 6, nampaknya tahun ini koi tewas dengan pujuk rayu GB koi yang lembut berbicara tuh....

So tahun ni, seperti 15 tahun dulu semangat tuh teramat lebih!!! Tapi yang nak gerem tuh.. anak2 peneroka kat cni yang buat spoil lak...Cikgu dah beria2 mengajor siang malam tapi kesannya tak seberapa... Cuba korang bagi petua jap, guano nak buak kak bebudak Jengka ni...

Untuk Che Ton kita, yang udah menjadikan sekolahnya umah no 1 tuh... tahniah ler.. cantik corak batik mu lukis tuh... Pah tu mai ler sini pulok deh...! Che Tun tak per la ngajor di bandar, penat2 boleh gak g spa! Den kak hutan sawit ni manolah nak cari spa... so sebagai escapismnya mana2 anak murid yang tertinggal buku @ tak siapkan kerja sekolah, koi denda picit badan koi yang lesu2 nih!!! Relax la sekejap rasa badan.... Tapi korang jangan tiru ek.. ni berbahaya.. tapi koi dah buat perjanjian ngan anak2 murid lelaki yang langgar peraturan jer...

Eh, Ju ni merajuk ker cbuk nagn PLBS lagi? Dah lama rasanyer dia tuh menyepi? Ke kena jaga pantang tak boleh cakap ngan sape2 sampai UPSR kot? Takut ilmu melimpah keluar la tuh ek? JU... JU...? Ke mu tengah mabuk2 tuh??? Sekarang ni kan sejuk!!!??

Buat Bri, koi setuju sangat hang nak buat kad raya.. Ok, dalam seminggu dua lagi koi antar madah hari raya tuh! Untuk abe Fendi yang dah mula menulis di cni, tahniah kerana berani menyahut cabaran kami... teruskan menulis deh...!

Juga pada teman2 yang menelusuri blog ini, salam dari kejauhan daripada koi di Jengka. Semoga hubungan kita kian mesra n berpanjangan senantiasa. M3P tetap di hati...

Ikhlas : Mas, Jengka 7

Tiada ulasan: