Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Isnin, Ogos 18, 2008

Ikan di Laut Asam di Darat

Salam utk semua. Kabare? Panjang lebar juga ulasan topik yg dibawa Ju. Rasanya kesimpulannya camni lah.
"Rumahtangga yang aman damai itu terbina antara gabungan kegagahan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita pengurus rumahtangga. Namun realiti kehidupan skrg berubah bilamana wanita juga berperanan mencari nafkah (bagi membantu suami yg dikasihi), maka suami ingatilah isteri anda yg baik2 shj. Jika isteri membantu suami menambah rezeki, sudah tentu tidak salah suami membantu isteri mengurus rumah. Jangan rasa tercabar bila suami membantu di dapur, kerana tugas tersebut bila dilakukan bersama akan menambah kasih mengerat sayang yg telah terbina. Perlu diingat tidak akan wujud sebuah rumahtangga yang bahagia dek kegagahan seorg lelaki semata2 atau kelembutan isteri shj. Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredhaan Allah swt. Juga pada bahu suamilah tergalas tanggungjawab atas segala masalah anak isterinya. Hargailah suami @ isteri anda ketika ada hayatnya, jika marah atau bosan, sebelum berpaling kpd yg lain, kenangi saat mula cinta berputik dan berpadu janji, saat memula bahtera rumahtangga, dan saat pertama menimang cahaya mata, saat isteri bertarung nyawa untuk menghadiahi suami seorang zuriat berbinkan suami tercinta. Andai sudah memiliki kehidupan selesa, saling mengasihilah sebagaimana awalnya. Fikir banyak kali sebelum mengucap sayang kepada yang lain. Ingat yang pertama itulah bersama susah senang membina hidup. Usah khianati dia dgn mudah kerana yang kedua belum tentu sanggup bersusah payah sbgmn yang pertama". Okey geng, lepas ni topik lain pulak ek? He3...bila lagi topik masak-memasak nak mula schedule ni...
...che tun

Tiada ulasan: