Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Ogos 21, 2008

Sedikit Makluman

Salam Hormat, terima kasih di atas komen dan pendapat kalian tentang bengkeng, nasi tambah dll. terima kasih terutamanya buat mas di atas laporan berinformasi dari Bera dan sekitarnya. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan kepada sahabat kita Niza, semoga cepat sembuh. Saya cuba nak maklumkan sekiranya kita menggunakan internet di sekolah terdapat tiga jenis teknologi untuk capaian internet. Pertama ADSL iaitu sambungan biasa, ke dua VSAT iaitu yang menggunakan cakera yang macam kualidan wirwless biasanya ada tiang yang pakai antena yang tinggi tu. Sehingga kini kalau pakai ADSL tu kira ok lah. Tapi kalau yang pakai wireless atau VSAT tu capaian agak lambat dan kadangkala kejap ada-kejap tak ada. Ini saya nak kaitkan dengan kawan kita yang di pendalaman terutama di sabah dan sarawak, so agak terbatas sedikit capaian mereka, mungkin boleh baca tapi nak menulis agak sukar, itu lah agaknya mintak password tapi tak muncul juga. Walau bagaimana pun saya mengharapkan kita terus me war-warkan blog ini, kini kita dah merasai bagaimana hubungan kita yang terputus sekian lama dapat dihidupkan semula dengan adanya blog ini. tq

Tiada ulasan: