Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Mei 01, 2008

Salam

Hai kengkawan. Semua membisu nampaknya. Tentu semua sibuk kan. Yalah, tentu ada macam-macam program sekolah kan. Hari ni hari pekerja. Selamat menyambut hari pekerja. Selamat bercuti. Kita dah masuk bulan untuk sambutan perayaan hari kita. Jadi awal-awal lagi aku nak ucap selamat Hari Guru untuk kita-kita. Dua minggu lepas jumpa kak Asmak. Selama ni jumpa kejap-kejap je masa kuliah. Tak sempat nak borak-borak pasal family. Selalu borak pasal orang tua belajar je. Kak Asmak kahwin orang Pahang. Sekarang mengajar kat Klang. Di kesempatan ini nak minta sesangat jasa baik kengkawan post la gambar family terkini. Rindu nak tengok. Norsiah dan Hayati nape tak reply email kawan?
Rasa happy juga bila dapat mendengar berita Nasobar di SK Tok Motong tu. Nampaknya ramainya kawan seperjuangan yang jadi cikgu dan student. Tahniah pada kengkawan yang dah lepas. Semua yang berlaku pada perjalanan hidup kita ada hikmah-Nya kan? Sani pun nampaknya tengah sukses dengan proposal Phdnya. Selamat berjaya kak ucapkan.
Junaina, lama dah saya tak masuk blog sebab lepas tolong Ju tempoh hari, unsungkarable pulak saya kena problem sama. Nampaknya hari ni okey. Alhamdulillah.
Zie dengan Din pun lama tak berblog. Hantarlah berita member. Rindu ni.
Buat Sabri. Terima kasih bantu untuk projek lawatan ke Terengganu. InsyaAllah, tiada aral melintang, 17 Mei rombongan kami akan berlabuh di Terengganu. Ha, Yati,Zie, aku bawa rombongan 2 buah bas dan 2 buah MPV from Banting to Terengganu menginap di Kembara Resort kat Setiu atas jasa baik Sabri yang banyak membantu. Semua bos aku ikut kecuali GPK 1. Aku paksa suami aku ambil cuti untuk ikut serta satu family. Dah tu nak buat camne, selama ni susah sangat nak bercuti.
Okey kengkawan, jumpa lagi.
SELAMAT HARI PEKERJA & SELAMAT HARI GURU.
...zaitun

Tiada ulasan: