Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Isnin, Mei 19, 2008

Kembali ke tanah kelahiran

Salam untuk semua, semoga rakan2 sihat sejahtera.
Tak terungkap kegembiraan bilamana tiba ke tanah kelahiranku di Terengganu semalam. Terlalu banyak rupanya perubahan berlaku terutama di bandaraya Kuala Terengganu. Mana sangka waktu Idil Fitri lepas pulang ke sana dah okey, kini terlebih okey, hinggakan ter'sesat' di kampung sendiri ketika tiba di bandar ini.
Tak sempat nak bercerita dengan Sabri tempoh hari, waktu nak masuk KT sejurus tiba hari Sabtu tempoh hari, sebagai penunjuk jalan ala2 tourist guide gitu, boleh pula aku terbabas, ingat boleh ikut jalan lama. Rupanya jalan tu dah one way, jadi kena ke depan lagi jadi jauh sikit la, pada hal dah terlepas simpang, nasib baik driver sporting. Ala, tersesat dalam bandar je...
Terima kasih untuk Sabri dan Mat Noor Gege. Seronok jumpa 2 al-ustaz tu, tapi malangnya masa nak rakam gambar bertiga, bateri kamera pula dah kiok. Sayang betul. Kalau tak boleh gak post kat sini untuk tatapan kengkawan. Lain kesempatan la ye? Korang tentu terkejut kalau tengok gambor kitorang pun, semua dah cam belon terutama I le. Boleh pulak Sabri cakap akak 'bulat molek' tu Razima & Zarida oi... He3... Tak kisah janji bahagia.
Kengkawan, kalaulah ada rezekiku, memang ingin pulang menetap di Terengganu. Bila berada di pantai Merang kat Kembara Resort tu, terasa sayu kerana pasir pantai Morib atau Kelanang mahu pun pantai Bagan Lalang tidak seputih bebutir pasir di situ (bukan kutukan tetapi keluhan). Masa muda remaja dulu aku kerap ke pantai ini, ke pulau2 di bumi Terengganu. Mungkin ada yang masih ingat dulu aku selalu ikut Persatuan Rekreasi Negeri Terengganu yang penuh dengan aktiviti luar yang lasak dan aku menjadi seorang jurulatih kayak persatuan tersebut. Dulu waktu kat maktab hujung minggu aku keluar ikut diorang mendaki gunung, ke pulau mahupun berekspedisi di sungai Terengganu. Kat Selangor, aku tak berpeluang berbuat demikian.
Apa daya, suamiku anak jati Selangor. Wak jawa gak la. Tak makan pujuk la nak bermastautin kat Terengganu. Walau dah tak ada orang tua, dan adik beradik merata Malaya, aku tetap pulang ke KT setiap tahun jumpa saudara mara.
Okey kengkawan, ada peluang bawalah rombongan melawat Terengganu Darul Iman kerana banyak khazanah budaya bangsa dan indah suasananya untuk diteroka. Memang tak puas 2 hari di Terengganu. Ada masa panjang usia, aku akan kembali lagi.
Salam sayang.
...zaitun

Tiada ulasan: