Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Mei 22, 2008

Sentiasa Merindu

Salam untuk semua. Semenjak tahu kewujudan blog ini, selalu la kujenguk ia sebab nak tahu perkembangan terkini kengkawan. Bak sepatah kata Ju, macam orang sedang bercinta gitu. Hari-hari nak jenguk. Hari-hari nak baca dan tatap wajahnya. Tak kesah sapa yang tulis, janji kita member lama tapi sentiasa dalam ingatan kan? Harap takde le yang jemu. Ala Ju, tak pe la kita2 je pun yang selalu hantar berita dalam blog ni.Kengkawan lain mungkin belum tahu atau mungkin belum ada kesempatan masa, peluang atau kemudahan agaknya. Sebelum diorang rempuh blog ni, kita jadi le penulis tetap menemankan Sabri.Takde le dia keseorangan menulis kat sini dan menanti berita kawan2... He3... Sabri jangan marah. Kalau takde berita baru rasa tak seronok juge kan? Dah tu pulak petang ni, aku gelak guling2 baca tulisan Ju, Sabri dan Mas.Korang ni, punye bahasa lucu pulak bila dibaca. Ha, Sabri, dulu memang ko tu memang kaki komputer kan? Takde aktif takpe, tengoklah sekarang, maju gak kan? Oh ye Mas, email kak dalam senarai tu kak tengok terbalik la. Nanti kak send email untuk Mas. Alamat email yang kak dah publish dalam blog kak dah delete sebab tak larat terima email hantu mantu tipu2 cam kata Sabri. Hari2 dapat email lucky draw. Kalau hilang akal, dah kaya raya dah kot ye betul lucky nyer.
Seronoknya Ju dah nak abis belajar, cam Hayati la. Dia pun kohort 1 gak tapi dia dah convert jadi guru BI sejak awal posting dulu. I lama lagi nak abis, final year 2010. Rasanya Nasobar pun sama korang.
Okey kengkawan, sampai jumpa lagi. "Selamat bercuti" Huwaaa........minggu pertama wa tak cuti. Ada kelas tahun 6. Minggu ke-2 baru nak rasa berehat. Kalau ikut ati tak cukup masa nak qada' masa tido. Sob...sob...sob...zaitun

Tiada ulasan: