Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Mei 01, 2008

Promosi

SEDIKIT MAKLUMAT UNTUK KENGKAWAN JIKA NAK BAWA ROMBONGAN SEKOLAH MELAWAT SELANGOR DARUL EHSAN.

1) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
2) Pakej pelancongan meliputi destinasi eksotik, sajian makanan, penginapan, agro dan eko-pelancongan, penganjuran acara, warisan sejarah, taman tema, syurga membeli-belah, sukan dan riadah.
3) Kelebihan rangkaian sistem pengangkutan dan kemudahan serba maju, sistem lebuh raya terbanyak, menghubungkan sesuatu tempat ke destinasi lain, pengangkutan udara, bas dan teksi,sistem LRT, komuter dan ERL.
4) Ibu negeri bandar raya Shah Alam dengan masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah,masjid terbesar di Asia Tenggara. Kubahnya terbesar di dunia, 4 buah menara merupakan tertinggi di dunia. Masjid ini boleh memuatkan 16,000 jemaah terletak berhampiran Taman Tasik Shah Alam.
5) Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam ,berkeluasan 1,290 hektar di Shah Alam. Dibina mengikut pelbagai tema seperti Sawah Padi, Taman Cendawan,Taman Bonsai dan Taman Temperat yang boleh menjadi tarikan utama jika ingin merasai empat suhu dunia.
6) Taman Alam Kuala Selangor menjanjikan satu lagi siri lawatan unik. Taman seluas 330 hektar menyajikan pelbagai spesis burung, replilia, serangga dan unggas. Kawasan berpaya tepi lautnya dihuni 156 spesis burung , termasuk disinggahi lebih 57 spesis burung dari benua berhawa sederhana.
7) Keunikan suasana malam di Kampung Kuantan tidak jauh dari Kuala Selangor di mana berlaku fenomena malam yang barangkali tidak terdapat di mana-mana bahagian dunia. Pasti terpegun dan kagum ketika bersampan menyusuri sungai , menyaksikan gemerlapan kerdipan cahaya yang datangnya dari jutaan serangga kelip-kelip.
8) Lokasi semulajadi lain yang menjadi tumpuan termasuk pantai Morib, Bagan Lalang , di samping Taman Lipur Sungai Congkak , Sungai Tekala , Sungai Serendah , Sungai Pertak , Air Terjun Gabai. Air Terjun Batangsi dan Air Terjun Sungai Sendat.
9) Terdapat juga Pusai Pemeliharaan Badak Sumatera di Sungai Dusun , Taman Rimba Kancing , Taman Rimba Komanwel. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Air Panas Hulu Tamu dan Air Panas Dusun Tua, dan Gunung Nuang yang menyediakan panorama indah dari kemuncak gunung tertinggi di lembah Klang.
10) Muzium Orang Asli Gombak menyediakan gambaran budaya hidup masyarakat Asli di Semenanjung Malaysia , Zoo Negara , Muzium Getah dan Muzium Zoologikal.
11) Pulau Ketam pula terkenal dengan perkampungan nelayan dan makanan laut. Pulau Indah ( Pulau Carey ), terdapat petempatan Orang Asli dari suku Mah Meri yang terkenal dengan ukiran kayu .
12) Hasil kraf berkualiti tinggi berbentuk pewter buatan Royal Selangor Pewter yang wujud sejak 1885.
13) Batu Caves tempat masyarakat Hindu merayakan Thaipusam . Lebih 800,000 pengunjung domestik dan luar negara tertarik untuk menyaksikan penganut hindu membayar nazar.
14) Taman Tema The Mines Wonderland dan Sunway Lagoon sedia menanti pelawat .
15) Litar Sepang F1 litar perlumbaaan kereta berprestij Formula Satu mampu memuatkan 130,000 peminatnya.
16) Banyak lagilah kalau nak cerita, kat Banting je dah banyak juga dengan perusahaan kerepeknya yang dieksport ke luar negara.
Bukan lupa tanah kelahiran, tapi untuk maklumat yang mungkin dapat membantu kengkawan.
...zaitun

Tiada ulasan: