Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Jumaat, Mei 30, 2008

Salam untuk semua rakan M3P....

Wah...nampak gayanya makin meriah blog kita ni! Alhamdulillah....Baruler nampak gempak sikit blog kita nie kan?

Untuk Zul,
nama je kita ni ngajar senegeri tapi nak jumpa pun susah kan? Padahal Kuantan tempat aku bermain2 setiap hujung bulan! Apa? Awak dah 75 kg? Normal la tu Zul... yang tak tambah berat badan cam kita ni yang tak normal kan? He..he.. tapi macam awak kata la kan... terkejut tengok Kamal la ni kan! Tapi aku rasa ler.. kisah cinta dia lebih kurang sama jer ngan kisah cinta awak ngan Zarida tu kan? Ha... jangan tak ngaku pulak... ahli St. John semua tahu citer ni.....Kah...kah..kah...

Untuk Ju,
Tap pe lah Ju... awak buka n citer apa2 pun dalam blog ni tetap orang baca gak! Cam mana kena tinggal ngan abang Amin? Tak kan tak biasa kena tinggal kot? Biasala adat guru kan... kejap jadi cikgu, esok jadi tukang kebun, lusa jadi ahli sukan, tulat jadi akauntan..yang penting kita tetap CIKGU kan?

Buat Sherry and Kamal,
Sik tauk agik bila kamek boleh singgah di Soromban! Mun kamek singgah kelak, kamek pasti cari agik rumah kitak! Mau nangga rumah kitak yang besar ya! Cam ne kinik tok? Sik mauk nambah anak agik kah? Bila kitak ngan Kamal mauk makan angin di Jengka tok? Bagus gilak di sitok koh....

Buak Kak Eton,
Malam ni saya akan berombongan ke Kelantan. Harap2 di sana nanti saya dapat berjumpa ngan member2 dari Kelantan. Kalau boleh nak jumpa partner sehati berdansa saya si mek Zura tu! Nak try contact ngan Nik Yee, harap2 leh jumpa dia gak.. Tak sabar rasenya nak bercanda di Kelantan n Terengganu... laluan memori selama 2 tahun setengah kembali terpahat tau!!! Nanti kalau ada apa2 kisah menarik di sana saya titipkan di sini k...

Buat Encik Sabri kite..
Mu ni Bri.. umah Kamal dah pegi, rumah Yazid dah jenguk.. bila lak nak ke Pahang di Jengka ni? Tapi umah kuarters ler... Seronok baca Misi Budu ko tu... tapi kalau kita jumpa nanti jangan bagi aku budu deh..aku tak pandai makan!! He..he..

Dan buat semua rakan yang dikasihi, seandainya masih ada lagi rindu di hati kalian, rasa sayang di dada kalian, kirim2 la berita di blog ni agar kita dapat bermesra kembali seperti 16 tahun dulu...M3P tetap di hati...

Ikhlas tapi jauh : Mas, Jengka 7

Durian Pok Mat


Untuk ahli rumah 'pok mat' denan , sihat, dan zul warden, masih kuat lagi di ingatan aku sepanjang kita di sana. Rumah yang luas, durian , buah duku langsat yang berada disekeliling kita. Pokmat bagi 'green light' untuk kita makan apa-apa aje kat dusun nya.Tapi selera muda kita , belasah buah durian yang baru gugur sampai pokmat tanya 'cikgu!buwoh duriang tu makang tingga kat orang lah sikik'.
Lawak sungguh, Tentang Kumpulan Jamming tu, aku masih simpan rakaman kita kat studio tu.... Cuma ahli kumpulan jamming kita tidak dapat kelulusan dan pengiktirafan RTM iaitu pn rogayah dan En Jali.Aku akan sambung cerita di blog yang akan datang. Aku harap si denan tu dapat respon e-mail aku ni.

Salam pekenalan bertemu lagi

Masih ingat lagi saya Azmi Mat nor, sekarang mengajar di sk jengka 23.

SK peroh



tengoklah gambar kita 17 tahun dulu mungkin tak percaya.................anak-anka lagi tak caya......aku la????lagi tak caya.....

zul warden

Khamis, Mei 29, 2008

lm

tengok gambar kamal, aku terpanggil untuk menulis kat sini. teringat masa LM kat Peroh dulu...bandingkanlah gambar Kamal masa 17 tahun dulu, rasanya tak berubah banyak.Lain aku......72 kg...masa keluar maktab 55kg..tu dia..
teringat lagi bgaimana cubaan memikat Sherry......jatuh motor......macam filem Ali Setan....macamana pun rasanya dah berbaloi....bila nak cukupkan satu team bola sepak??????
ingat macamana kita gi tolong kutip buah durian Pok Mat....dengan Adenan?....rasanya Pok Mat dah maafkan kita....dia pun tak tahu ada atau tidak lagii..
Meezee pun aku tengok sehat je...bila balik KL? . minggu depan aku balik Langat..ingat lagi rumah mak aku??/ kan dulu pernah sampai..kalau ada boleh jumpa kat sana......
jama aku rasa lagi hebat...macamana GB aje....walaupun kat Pekan aje..tapi tak pernah jumpa...pekan selalu je pergi nanti aku nak g rumah mu ok....
untuk kawan-kwan lain kalian selalu dalam ingatan...rasnya tak sabor nak g reunion, nak tengok sapa yang paling tak berubah ....ok aku cau dulu...nanti aku sambung lagi..untuk teem jeaming, kamal , shahril, saudi, labik dann sesiapa aje . cinta bandar tasik selatan sentiasa dalam nyayian aku

Rabu, Mei 28, 2008

Penangan Sabri

Aduhai Brie...Apa nak jadi ni, jadual berubah sejak sesi jejak kasih kat blog. Kawe rasa cam orang tua buang tebiat la pulok. Kalau tak jenguk blog dalam satu hari rasa cam ada perkara yang tak sudah. Tiap hari rindu rinduan, terpanggil nak layan blog sebab nak baca citer baru. Memang sah setiap hari ade citer baru. Siap gambor lak tu. Camne nak wat tak tahu je tu. Memang suka sangat tengok misi budu deme Brie. Dapat tengok rupa bentuk kengkawan yang terkini tambah teruja la hati. Sah jugalah rasanya kalu terserempak kena fikir banyak kali betul tak deme tu kawe kito pasal seme dah rupa ala2 pengetua vs tok ketua. Sonok deme Brie dapat kulu klio sebab dua2 cikgu. Kawe soghe jah cikgu, abe kawe tak cikgu, kalu idok senang gok nok menjejok kasih cam deme. Muka si Yazid tu dah ala2 PPD doh tu. He3... Sape sangke selepas 16 tahun gini le rupa bentuk kita seme...Takpe lah kawe, jago kesihate tu. Lebar takpe, janji sihat. Si Fauziah tu pulok buat kawe tamboh rindu. Ingat lagi dulu kat dia sebab dia ramah sangat dan suke bercerita.
Brie, kalu ada masa jumpalah kak Shidah kat SK Manir tu, ambillah gambor dia sekali, rindu sangat kat dier. Last jumpa 2 tahun lepas masa beraya kat banglo baru dier. Please...Semalam saje je kawe tengok blog SK Manir, ada satu gambor dier tapi kecik sangat. Sampaikan salam rindu kak padanyer. Kak Haslina Salleh pun kat Pahang gok Ida, tapi lupa alamatnya tu. Dua orang tu housemate kak tu dulu hok sewa rumah makcik depan M3P. Rindunyer...Satu lagi, Sabri ingat tak Azman Basri dak Pra, junior kita. Kak jumpa dia banyak kali sebab kami tinggal satu taman. Dah 3 tahun kenal kat sini, baru tiga minggu lepas diberitahu dia tu junior kita kat maktab. Kawe pelupe, patut la cam pernah kenal tapi tak terfikir pula. Selalu dia panggil kak cikgu, pastu mula la beradik kakak. Ada dua orang junior kita lagi duk satu taman ni iaitu pasangan suami isteri Khirul Anuar (Penang) dan Norizan (Johor). Kami berempat ni pun sama amik SMP-OUM. Gitule kisohnyer.
Ntah kali ke bape doh ni kawe tulis ari ni. Seme aktif hari ni. Jadinyer, kawe seru lah kawe hok tok aktif lagi kat sini tu, aktif2kanlah diri menulis. He3...Untuk kengkawan alias student selamat berkuliah dan berasignment. Majulah diri untuk keluarga, agama, bangsa, dan negara...Patriotik la pulok.
...che tun

Teruja Baca MISI BUDU...

Salam rakan2 sema...
Syabas Ju ucapkan pada ko Sabri.. Menarik sungguh baca xpdc BUDU tu..Terubat rindu tgk kwn2 lama tuh..Nak gelak ada, terharu pun ada.. Nak tergelaknya ialah rupa korang sema dah macam gaya Guru2 Besar or Pengetua2.. Susah nak delete rupa asal korang kat minda nih.. Dulu gaya bebudak je dan sikap korg yg nakal2 tu.. skrg nih dah tuan2 puan2 dah.. tak lama lgi kot ada yg jd dato'2 (or datuk2) huhu.. Paling ketara Yazid la.. dulu kecik molek je.. memang kalau terserempak, sah Ju tak kenal.. (rupa Ju pun korang pasti comfius..)

Rasa puas tgk muka sherry.. tak banyak berubah.. maintain je slimnya..
Bye.. JunainaNamin

MISI BUDU Apa mende lah tu ???????

Begini ceritanya, aku diminta menyertai rombongan perkahwinan anak sepupu aku ke Alor Gajah melaka. Mereka dah menyewakan bas... tapi aku ada plan lain... aku pergi dengan kenderaan sendiri ...inilah masanya aku nak jumpa kekawan di sana. Sebagai tanda persahabatan maka aku belilah beberapa botol budu untuk aku hadiahkan kepada rakan-rakan yang aku temui. Ikulah pejalanan cuti kenduri aku bersama rakan-rakan , aku dah susun jalan cerita supaya rakan rakan mudah faham dan dapat mengikutnya.Kepada rakan rakan yang suka menulis dalam blog ini aku sungguh seronok jangan takut dan bimbang nak tulis sepuluh kali sehari pun tak pe aku tetap membaca setiap ayat dan patah perkataan yang kalian tulis. ikutilah kisahnya ....

MISI BUDU 1 ( 24 Mei 08 ) 2.00 pm

Misi pertama ialah ke Pekan, aku sebenarnya belum pernah sampai ke pekan, sebelumnya aku dah maklumkan kepada Jama yang aku akan ke melaka melalui pekan, sebabnya aku nak jumpa mereka dan nak kenal bandar pekan. Kami jumpa mereka di tepi jambatan sungai pahang pekan dan terus ke rumah mereka. Mereka sempat juga menyediakan kami makan tengahari dengan berbagai jenis lauk pauk termasuklah ikan patin sungai. Terima kasihlah , tak tahu lah bagaimana kawe nak balas budi kalian. Bila jumpa ni panjang lah ceritanya .....


Pakcik Jama dan Makcik Gee



Dua orang ibu misali bersama anak-anaknya

MISI BUDU 2 (MAGHRIB 24 MEI)

Dari pekan pahang aku meneruskan perjalanan ke Tangkak, tiba di tangkak tepat waktu maghrib, meezee dah tunggu aku dekat sekolahnya , lepas itu diajaknya aku minum dia belanja termasuk yang dibungkus ( ini membuat aku sungguh terharu )...... tu kat tangan dalam plastik biru tu budu lah tu....... selepas tu kami terus ke ayer keroh dan menginap di situ.

MISI BUDU 3 ( 25 Mei 08 5.00 p.m)

Apabila selesai sesi melawat melaka serta sesi kahwin mahwin dengan penuh istiadat (inilah kali pertama aku menghadhiri majlis perkahwinan di melaka ) aku meneruskan misi dengan menghubungi kamal dan menyatakan hasrat ke rumahnya. dia menjemput aku di tol senawang dan terus membawa aku ke rumahnya ....... besau ...



"beginilah keadaan ketika kami bersanding dulu apabila dilakonlan semula"

Setelah 16 tahun berpisah akhirnya kita bersua di sini

ANAK NO 5 AKU DAN ANAK BONGSU KAMAL

anak aku dan anak kamal kalau dikumpulkan boleh dibuat satu team bola sepak serta seorang pemain simpanan

bergambar ketika hendak meninggalkan rumah kamal & sherry

MISI BUDU 4 (25 MEI 2008 WAKTU SENJA)

.....seterusnya kami dua family bertandang ke rumah yazid lebih kurang 15 minit dari rumah kamal & sherry..... tengok lah bawah ni......

Sesi bersanding di rumah yazid


Menjamu selera di rumah yazid

Sebelah kiri: Anak sulung dan isteri yazid (adik kak nor)

"kita mesti makan makanan berkhasiat seperti herba, akar kayu, dan minum jus kacip fatimah" Nasihat sharifah kepada orang rumah aku dan orang rumah yazid


"Ambo kelik dulu, kito jumpo semulo lah deh" kata kamal di maghrib itu


Rombongan aku dan kamal ketika hendak meninggalkan rumah yazid di waktu maghrib itu......... rumah yazid tu cat hijau bukan cat hitam. Misi budu berakhir. InsyaAllah 2 hingga 5 Jun aku ada misi di kelantan pula. Bye

Nota untuk Lia

Hi, sanding gitu... Berdua jek? Bila nampak gambar ko, aku mula teringat suara serak kering ko tu. He3... Nampaknya kita mantan M3P dah bersepah merata Malaya ye. Sonok gak berjejak kasih ni. Dapat le lihat gambor muke2 baru kita2. He3... Dah veteran bebeno le kite. Bila gamaknya boleh bersua di alam nyata...Terkenang...
...che tun

Untuk kak lia.....tak jauh rupanya kita

Tak sangka kak lia ada di kuantan. Di fakeh plak tu. Ida di Sk Batu 3. Dah lama ke kak lia di fakeh? Ari tu ada nampak kak lia, kat mana nyek.....? Terdetik dalam hati macam pernah tengok tapi takut salah orang.Nanti kalau jumpa tegor2 la.
Semua member sambung blaja. Orang ni kohort 1, orang tu dah habis. Nampaknya ida je la tak sambung blaja. Rasa macam dah berkarat kpala otak ni. Tak sanggup, tak yakin, tak apa lagi nyek...macam2 tak la. Untuk yang sambung blaja tu ida tabik aaaaarrrrr.
Korang memang superb. Jadi ibu, jadi isteri, jadi cikgu....macam2 la jadi nyer....
jangan tak jadi dah.
Ok jumpa lagi....zarida

Suke.... sangat!


(Aye & suami )

Assalamualaikum,
Firstly, thanks so much buat sabri & zie cos contact aye. Tahniah dan syabas buat sabri krn b'sungguh dan berjaya buat blog ni. Kawan rasa amat gembira dapat bersua semula dgn rakan-rakan walaupun hanya di alam maya. Diharap akan ramai lagi rakan yang lain mengetahui mengenai blog ini dan menghubungi sesama kite. Seronok tu....

Saya sekarang mengajar di Kuantan dan belajar OUM Kohort 2 di Inst.Kuala Terengganu. 2 minggu sekali ulang-alik Kuantan-Terengganu. Diharap selepas ini ramai member sudi hubungi aye. Phone : 013-9300535, email : sni@streamyx.com.Rindu...... sangat kat korang semua......

Sorry, tak boleh lama. Ikut hati banyak lagi nak kabor tapi aye kena gi sekolah ada hal. Nanti jumpe lagi.

Salam rindu,
NORLIAH BINTI OTHMAN (Unit E, 90/92 MPPP)
SK FAKEH ABD SAMAD,KUANTAN

Selasa, Mei 27, 2008

Wow, cutenye Atie...

Salam Atie, Tun, Shery dan rakan2 seMaktab Per'GURAU'an...

Fuh, rasa jauhnyalah tua kak Ju ni, Atie.. tak banyak berubah muka atie ek.. Tahniah la sebab ati pun ter'jebak' dgn KPM-OUM nih.. takpe la atie.. Insya-Allah kita dapat melepasi dgn jayanya.. orang lain boleh , kita lagi la boleh, kan?.. Baru ni ngobrol dgn Norinny, dia dah habis belajar.. rasa jealous gak.. Kalau ada kwn2 atie yg kohort 1, nak wat perkongsian pintar dgn kak ju dialu2kan..hehe.. kak ju masih lagi wat Bahasa Melayu.. Atie rajin2 la post kat sini ek.. Ada gak berita drp Unit D, temankan k ju..

Baru2 nih ambik MUET.. rasa macam nak 'beranak' dibuatnya.. 2 kali masuk tandas.. senggugut macam Sudin dlm seniman bujang lapuk.. maklum lah dalam sijil spm, Lembaga Peperiksaan 'lupa' nak print result BI aku nih.. hehe.. (faham2 je la)..

Amboi tun, berjalan sakan kamu cuti ni ek? Jgn wat2 lupa lak.. assgmnt tu.. hehe.. Ju dah ada satu yg dah ada kat LMS tu..boleh la tgk2(tgk je) Result dah kuar.. Alhamdulillah, tak ngulang...

Tuk Sherry, post la gambar ko yg 'dah tua' tu.. nak bandingkan dgn 'ketuaan'ku.. hehe.. Tapi ko mesti tak se'kembang' Ju.. Pepe pun Mas masih menang!!

Ju x dpt balik Johor cuti nih.. minggu pertama abg g bola baling kebangsaan di Melaka, nak hilang boring ju wat kelas SBT tuh. Minggu kedua lak, Ju ambik satu hari (Jumaat) kelas tambahan t6, anakanda lak ada kelas T6 penuh seminggu.. Erm, dok Jerantut je la aku nih.. Pun bagaimana walau (ingat En Mansur Kerma) dpt satu hari je Ju g makan angin, 29 Mei ni g nilai.. rombongan Kelab Staff sekolah.. Tak tau nilai berapa.. Nilai 3 kot..

K, tuk Atie, kalau dpt ctct kak Norizah, ambik la no phone dia..salam kat dia.. ajak dia bukak blog nih.. Wat Sabri 10Q bebyk.. 'Jasamu tetap dikenang'..sebab wujudkan blog nih..

K, adios... JunainaNamin..

Salaaam

Selamat ketemu lagi...
Hari ni kena tulis lagi kat sini apabila terpandang wajah Atie yang masih muda belia...Cam tak makan usia je. Dulu waktu kak layan blog ni kak ada gak hantar email guna adress yang Atie post kat blog tu. Tapi dapat message kata email tu tak aktif lagi. Hei, kak memang minat bebenor nak buat perkongsian pintar cam kata Ju tu. Memang elok le untuk orang 40-an yang jadi student balik ni. Nanti kita calling2 ek. Sekarang ni pun memang sentiasa pintar berkongsi dgn kengkawan satu sekolah. Atie tau, nak jadi cite kat sek kak ni ada 11 orang guru sedang wat SMP OUM dan 3 kat UKM termasuk bos. Dah tu kohort 3 ada 6 orang, bila ke IPBA kami naik satu MPV. Memang pintar betullah bila study apalagi bila wat assignment. He3... Leh la kalu nak join. Pastu kalau ada jumpa lagi Che Zul atau nama2 yang Atie sebut tu sampaikanlah salam kak untuk diorang dan wife mrk.
Fisrt week cuti kak kelas penuh. Second week akan ke Merlimau, Melaka menghadiri majlis perkahwinan anak buah. Lepas tu terus ke Bandar Baru Uda, JB, bercuti kat rumah kakak. Untuk Zarida, ada masa kita jumpa ek...Kalau dah sampai kampung Zul, calling2 k. Untuk Sherry, kak baru balik dari Nilai 3 ni, nak ke situ makan masa 30 ke 35 minit je dari rumah. Juling2 mata bila dah ke situ. Kalau tersesat ke Banting, datangle...Kita buat jejak kasih...
K, jumpa lagi.
...zaitun

Salam dari Kml n Sharifah

Salam buat semua...

Gembira dapat berhubung semula. Buat Ju, kak tun, zarida, mas dan lain2, walaupun lama menyepi tapi kalian semua masih dingati, masih dirindui...datang2lah ko nogori. Best betul dpt jumpa sabri n famili, tima kasih pd sabri yg bsungguh2 mgadakan blog ni, seronok dpt mgenang kisah lama, rasa muda semula...he..he. Buat kwn2 dr. Sbh n Srwk, joinlah sekali. Rindu kitak semua. Kml aktif bhubung dgn Adnan Sabah, beberapa bulan lepas saya dpt berbual dgn Seniah yg skrg menetap di Limbang. Katanya dia rindu sgt2 pd semua. Tahun lepas terkilan sebab tak dpt jumpa Mas kerana tgesa2 pegi kursus ke kl. Mas, kitak mesti dtg lagik ke sitok, embak famili sekali, mun sik kamek carik kitak sampe lubang cacing. Teristimewa buat adik-beradik Unit C, geng St. John, jiran-jiran sehostel dan X-roomates mudah-mudahan anda semua berbahagia, sejahtera dan diberkatiNYA sepanjang masa. Halalkan yang termakan, terminum, terkata-termengata........Gambar yg Kamal hantar tu gambar kandid, sebab tu la mutunya kurg baik. Sebenonyaa, saya alergik amik gambar, tengok gambar baru perasan rupanya dah tua......Stay young......at heart......

Sambung sikit

Lupa la nak cerita Kak Norizah Yusuf ada di Paloh, Kluang ..Dah lama tak contact dia,no phone diapun tak save.dan selalu juga terserempak dengan Che Zulkifli Che Kob , orang rumah nya Rokiah, junior kita.Diapun di Kluang.Dulu Zam Makmor pun di Kluang juga, dengar khabar dah pindah Perak.. tak tahulaa ye ke tak?
Key.. Jumpa lagi..
From Kluang..

Terubat rindu


Assalamualaikum..

Lihat paparan baru blog kita...waa..cantik ..yang lum ada gambar mesti jelous..tu yang atiepun cari gambar jugak...ni aje gambar terbaru bersama pelajar sewaktu Program Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Kluang pada 22 Mei lalu. Pelajar ni kategori slow learner dan ADHD. Nampak ok , kan.
Terusik hati membaca lirik lagu maktab tu... tapi dah lupa la melodinya...agaknya maktab kita dah pindah tu guna lagi ke lagu tu yek?
Ada dengar tak cerita Kak Anis... teringat kat dia panggil atie kat maktab dulu..."adik" coz atiekan paling muda. Haa. Kak Tun ... hantarlah email utk maklumat OUM , atiepun Kohort 3..pada kekawan yang dah habis belajar tahniah la..pada kita yang baru nak mula ni... jangan patah semangat..nak jejak 40 baru nak belajar ... tu la ...dulu-dulu enjoy je...kalu tak tentu dah boleh ikut jejak si Sani ...
Key jumpa lagi..jam pukul l3bih kurang 3.00 pagi kut...konon bangun nak study ke..nak settle keje sekolah ke..terbuka pulak blog yang mengasyikkan ini.Kak Sapura, Kak Keenah , Kak Aida dan lain-lain..apa khabar? Jom la join ...
Sekian...
Rohayati..Kluang, Johor.


Isnin, Mei 26, 2008

Family Jawa Terengganu



Salam untuk kengkawan...



Gambar terkini family kami. Diambil di majlis perkahwinan anak saudara saya di Carlton Holliday Shah Alam semalam. Kalau bersua tu tegur-tegurlah. Kalau terlanggar bahu tu senyum-senyumlah.

...che tun

Ahad, Mei 25, 2008

Misi Budu

25 mei 08 - 11.15 mlm - aku di hotel Residence UNITEN Bangi Selangor, Rasa dok sabo nok cerita kisah perjumpaan aku dengan jama, jee, meezee,kamal, sharifah dan yazid............ tapi nanti siap gambar dulu baru boleh cerita misi budu aku sehari dua lagi neh, ngantuk letih + malas ni , mlm ni dapat contact nama norliah othman~ sabri

Khamis, Mei 22, 2008

tak jemu jenguk blog

Assalamualaikum....
Sonok weh ada cerita baru kat blog nih. Baru la meriah kan? Tapi kalau ramai2 yang lain take part kan lagi meriah. Ngapa diorang tak join kita? Betul cam kak ju kata. Ida ni hari2 mesti nak buka blog, ada cita baru sonok gila. Ida dulu pun st john gak. Tapi macam sabri la, tak aktif sangat. Ke gunung tahan tu rasanya ida sorang je yang tak pegi. Tapi memang tak leh pegi, nampak je badan sihat tapi jenis `nyakitan'.
Semuanya ada hikmah. Macam2 cerita suka dan duka.
Bila ya kita nak jumpa? Untuk kak ju ida dah dapat kurangkan 3kg. Target sebelum reunion ni slim sket. Macamana kak ju ada turun ke naik?
Kalau ada kengkawan yang ke kuantan cuti ni contactla saya, insyaallah saya ada. Minggu pertama ni sekolah lagi. Buat program untuk budak KIA2M selama dua hari di samping budak2 tahun6 yang ada kelas. Namanya cuti......tapi tak berapa cuti gak.
Sabri tu bila nak ke Melaka? Saya akan balik kg Zul, Selangor pada minggu kedua. Kot2 boleh join ke sana juga.Meriah la kita...
Buat Mas, ingat agik kitak kelaka Srawak. Kamek boleh juak klaka tapi sik ada teman agik mauk berklakanya.Betul ke ni..he..he..he. Nanti kalau aku gi J7 aku cari ko.
Okeylah...ngantuk nih...nanti kita cita lagi ek....bye...zarida.

Sentiasa Merindu

Salam untuk semua. Semenjak tahu kewujudan blog ini, selalu la kujenguk ia sebab nak tahu perkembangan terkini kengkawan. Bak sepatah kata Ju, macam orang sedang bercinta gitu. Hari-hari nak jenguk. Hari-hari nak baca dan tatap wajahnya. Tak kesah sapa yang tulis, janji kita member lama tapi sentiasa dalam ingatan kan? Harap takde le yang jemu. Ala Ju, tak pe la kita2 je pun yang selalu hantar berita dalam blog ni.Kengkawan lain mungkin belum tahu atau mungkin belum ada kesempatan masa, peluang atau kemudahan agaknya. Sebelum diorang rempuh blog ni, kita jadi le penulis tetap menemankan Sabri.Takde le dia keseorangan menulis kat sini dan menanti berita kawan2... He3... Sabri jangan marah. Kalau takde berita baru rasa tak seronok juge kan? Dah tu pulak petang ni, aku gelak guling2 baca tulisan Ju, Sabri dan Mas.Korang ni, punye bahasa lucu pulak bila dibaca. Ha, Sabri, dulu memang ko tu memang kaki komputer kan? Takde aktif takpe, tengoklah sekarang, maju gak kan? Oh ye Mas, email kak dalam senarai tu kak tengok terbalik la. Nanti kak send email untuk Mas. Alamat email yang kak dah publish dalam blog kak dah delete sebab tak larat terima email hantu mantu tipu2 cam kata Sabri. Hari2 dapat email lucky draw. Kalau hilang akal, dah kaya raya dah kot ye betul lucky nyer.
Seronoknya Ju dah nak abis belajar, cam Hayati la. Dia pun kohort 1 gak tapi dia dah convert jadi guru BI sejak awal posting dulu. I lama lagi nak abis, final year 2010. Rasanya Nasobar pun sama korang.
Okey kengkawan, sampai jumpa lagi. "Selamat bercuti" Huwaaa........minggu pertama wa tak cuti. Ada kelas tahun 6. Minggu ke-2 baru nak rasa berehat. Kalau ikut ati tak cukup masa nak qada' masa tido. Sob...sob...sob...zaitun

Tak Jemu Bukak Blog...

Salam..
Ju tak kira.. nak tulis jugak, walau sebaris.. Korang sema tulis je la apa2.. Rasa seronok sgt apabila bukak blog ada post baru.. cam org tengah ber'cinta' dpt surat la kan? Ha camtu lah rasanya..

Kesempatan nih, nak ucap selamat bercuti wat sema ek.. Yg belajar tu, jgn ponteng2.. Wah, best giler la orang DG41 dpt time based ke DG44 ek.. naik lagik la gaji korang.. tahniah ya..

Ok.. sapa2 yg blajar OUM dan ambik kos Bahasa Melayu kohort satu, emel la ke Ju.. naik338@yahoo.com.my.. Leh la kita wat 'perkongsian pintar' melalui internet.. hehe..

Apa ko tanya Mas? Bisness? mana la ada aku bisnes.. aku wat sesikit je.. suka2.. hehe.. Tapi, kalau korang masih ingat Rahana Ngah.. memang tengah maju bisnes (suami) dia.. Kat Temerloh..

Untuk Sabri.. Jgn marah ya sebab kerap sgt Ju post kat blog nih..

K, sambung esok lak..

Selamat Bercuti

Salam hormat dan rindu rinduan, saya rasa kita ni dah jadi remaja semula bila sebut, kisah kisah lama , rupanya ketika waktu maktab dulu saya ni manusia yang sangat tidak aktif , bila teman-teman sebut pasal st john baru teringat sayapun unit st john tapi tak berfungsi langsung kerap je hilang, bila ada apa-apa aktiviti lain mas dengan amri (kami tinggal serumah bersama sani , nasober dan arif) balik berlatih saya akan kata ikut suka kau orang lah, abih-abih aku pergi kacau mak cik or masuk bilik komputer, itulah kisah dulu-dulu. aku cuba nak jeling-jeling takdak orang berkenan. Terlajak pulak, sebenarnya saya nak ucapkan SELAMAT BERCUTI kepada orang yang membaca blog ini ari tu lupa dok cerita pasal ucapan hari guru orang lain tapi lupa nak ucap SELAMAT HARI GURU untuk kau orang.Kira dah ucaplah tu.
Semalam ada baca e mail razima dan ada SMS dari Syadana tapi entah apa yang dihantar tak tahulah sebab aku pakai HP Nokia 3310 je. Oh ya cuti sekolah nanti aku berhasrat nak ke melaka kalau teman-teman nak ke sana kita boleh jumpe ye. Meeze dah janji nak jumpa di sana. Buat kak tun email mas ialah mlbn......... cuba rujuk email yang saya hantar.sebenarnya e mail tak sesuai publish di sini nanti macam -macam mail hantu kita terima , ok jumpa lagi ~sabri

Salam Untuk Ju....& rakan-rakan yang dirindui

Salam.....
Buat rakan se St.John ku Ju... amboi feeling abih awak baca catatan kawan ek? Janganler sedih sangat Ju... nanti aku yang nangis beria kang? La.. ingat lagi awak ngan kejadian2 dan peristiwa dalam aktiviti St. John tu ek? Aku yang paling tak boleh lupo tu Ju waktu di Gebeng dan naik Gunung Tahan... Pengalaman yang sukar digalang ganti... Baru le aku faham erti kekuatan waktu itu..yang besar tak semestinya gagah dan kecil tak semestinya lemah... Tengok sahaja si Yazid tu yang bergegas turun dari Gunung Tahan alih2 berlari tercungap2 kena kejar dek beruang kan? Lepas tu punya terperanjat jumpa ular sawa terus menjerit pyhton2 dalam kegelapan malam dibasahi hujan lebat! Nak tergelak aku bila ingatkan balik peristiwa tersebut.... Bisness awak cam na la ni Ju? Ko kan dah jadi bisnesswoman sejak dua menjak ni!

Buat kak Eton kita... tahniah dapat pulang ke kampung halaman1 Tentu seronok bukan kepalang kan? Saya cuba contact ngan e-mel kak eton tapi tak berjaya dihantar..tak tahu la ngape!

Buat Sabri tima kasih banyak2 wujudkan blog ni... Kalau ada anugerah insan prihatin aku confirm ko yang menang.

Buat mbiak Sarawak mun ada nangga blog tok, kirim2 la berita buat kamek di sitok? Kenak kita urang senyap ajak? Sik mauk berkawan ngan kamek urang agik kah? Buat Suriati, Suzana, Sagap, Syahdana, sine kitak urang kinik tok? Udah lama gilak sik dengar berita dari kitak semua....

Buat Fadhilaton dan abang Din.. teruskan tambah anak kerana itulah cita2 anda sewaktu di maktab dulu kan? Masih ingatkah lagi seorang manusia bernama pelik yang sering jadi orang tengah antara anda berdua? Last sekali kita berjumpa sewaktu perkahwinan anda dilangsungkan di Kampung Pandan, Kuantan. Lepas tu..kita semua bawa diri kan?

Buat Siah yang dah bertukar sekolah tu..jangan sedih sangat. Mungkin ada hikmahnya disebalik penghijrahan awak tu...setidak2nya bertambah dekat dengan Niza kan? Kirim salam sama Niza k... Harap2 sakit goutnya dah hilang!

Dan buat semua rakan2 m3p yang lain yang masih ingat dan cam sama saya, saya doakan agar kita semua beroleh kesejahteraan dalam hidup sama ada di dunia mahu pun di akhirat kelak... Teruskan bersatu agar Melayu tak terus layu dan pupus di muka bumi ini..... Salam kerinduan dari saya di Jengka 7. Jumpa lagi ~ MASLANASRIE~

Rabu, Mei 21, 2008

MPPP, ST John, dan Mr Yeo..Aku Rindu Kalian...

Salam Untuk Mas... Kuharap ko baca coretan aku nih...
Tersentuh pabila membaca emel drp ko Mas.. Lagi terkenang saat2 manis ketika bersama ngko, Sani, Kamal, Sagap, Sharifah Zainab, Seniah, dan Fadhilaton, ketika bersama2 Mr Yeo di St John dgn terpandangnya 'mangsa berdarah' tuh.... Terlebih sayu lagi sewaktu Pestarama Unit Beruniform di Gebeng, Kuantan, yg sgt2 memahat kenangan bersama kalian.. Nak mengalir air mata pabila teringat saat itu.. Rasa rindu sesgt..

Masih ingat tak lagi Mas,
Gelagat Kamal cuba memikat Shery? Ke mana Shery pegi, di situ Kamal ada.. Lucukan? En Yeo selalu usik mika tuh... Tapi, berbaloi la skrg nih.. dah ada 6 org anak... hehe..

Kawan kita sorg lagi tu si Sani.. Pun canggitu jugak.. dengan sapa tu ek? (taknak sebut la.. nanti ada yg marah lak..sbb xjadi)

Paling aku terkilan ketika panjat Gunung Tahan.. aku offer diri nak tinggal di camp site menemankan Norliha (la yg badan semangat tuh-ceh kata kat org.. skrg aku la pulak..) yg terkehel kakinya tuh.. masa tu aku suka ya amat dpt dok senang lenang je.. tapi ketika korg selamat sampai..aku rasa rugi la pulak.. Masa nih nama je dok kat Jerantut, tak pulak ada keinginan nak panjat Gunung Tahan tu balik..

Baca bait2 ayat yg ko tulis tu..cam aku kenal.. 'Lagu Maktab' ke? Aku lupa dah.. waktu aku baca, 'macam ku kenal' je.. tapi masih 'kurang ingatan' (camne nak kejar Sani wat PhD nih).. teringat aku waktu Pasukan Koir Maktab dulu..(walau org cemuh dan digelar penyanyi church tapi bagi aku yg minat melalak nih, aku niat yg elok2 je).. agaknya kalau waktu tu ada AF, aku pun nak uji bakat.. sama la ko tu Mas..

Satu ketika kita 'terjumpa' di Kuala Lipis kan Mas? Waktu tu Kokuria BM Negeri Pahang.. Ko kata aku nih Mak Cik mana la bawak anak.. Rupa2nya aku..hehe.. dan aku pun terperanjat jugak tgk ko yg juga dah 3G (gempal, gemuk, gedebab) ..

K, lah.. untuk Sabri.. kalau kita dpt masukkan 'Lagu Maktab' dulu tu kan best.. leh imbau kenangan kita tu..

Tuk Zaiton, best la baca 'cerita ketika melancong ke KT tu'..

Wat Sani.. teruskan usaha ko.. aku susah la nak kejo ko tuh.. Aku doakan Sani berjaya dpt PhD ek.. Satu je, kalu dah jadi org2 besar nanti ajak2 la kami ni minum semeja hehe..

Khas tuk Geng Unit D.. awat senyap je? Post2 la berita nih.. Asyik2 Ju dan Eton je.. pas tu Sabri.. nanti ada org boring lak dgn tulisan Ju nih..

K, kalu dpt malam nih nak mimpi adegan di maktab dulu tuh.. ermmmm...zzzzz..bestnyer..Rasa muda balik..masa tu umur 21,22, dan 23 tahun..

Selasa, Mei 20, 2008

Rindu Lagi

Salam untuk semua...
Hari ini semakin sayu dan syahdu menambah rasa rindu akan kenangan di M3P. Tak sangka pula dapat menatap wajah Mas dan familynya. Semalam yang ada cuma catatannya untuk Sabri sahaja. Wah, memang adik2ku semua sihat adanya. Maju ke depan ye tak? Takpe, janji sihat dan bahagia. Cantik2 tu anak2 Mas. Besan boleh ke? He3... Kak ada 2 hero ni. Nak minang pun tak le jauh sangat kalau setakat Jengka tu. Lagi satu wife Mas tu nampak familiar la. Orang mana ye? Kalau ada email, pas la kat kak sebab dalam senarai yang Sabri bagi tu cuma ada alamat sekolah dan no phone je. Atau Sabri boleh post alamat email Mas kat kak ye?
Untuk Ju, sorila dah jadi veteran ni pelupa lak kawan, sebenarnya yang saya jumpa kat IPIS tu bukan Rusini tapi Rosni Abdul Rahman. Dia pun dah jadi lecturer kat IPIS (dulu MPI). Tapi sayangnya jumpa sekali je, pastu dah tak pernah jumpa lagi.
Untuk Razima, sori la masa ke Terengganu tu kak tak contact Ma sebab masa pack sangat dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Kali ini lawatan kak memang betul2 untuk memberi pengalaman pembelajaran kepada anak didik. Selalunya lawatan lepas UPSR, tapi kali ni kami pergi sebelum exam untuk bagi pengalaman kat diorang. GB kak pun suka sangat dapat ke Terengganu. TQ untuk Sabri, sampaikan salam untuk isteri.
Bye...zaitun

Maslanasrie & Family



Sila rujuk maklumat dari e mail maslanasrie untuk memahami situasi (bagi suspen sikit ) Sabri
Salam,
No hp saya dalam senarai tu salah tau! Kwn2 yg cuba cntc saya tak dapat. Mereka terpaksa cntc hp niza pulak! So boleh tolong betulkan tak? Saya dah cuba buat tapi maklumlah sekadar buka dan baca tapi ilmu tak melangit macam orang lain, tak menjadi pula.
Ok, alamat sekolah terbaru saya, SMK Mengkarak (ditukarkan ke sekolah ini. Satu sekolah dengan Niza) No hp 0199781767.
Terima kasih. Niza kirim salam. Norsiah Kamari

Isnin, Mei 19, 2008

Kembali ke tanah kelahiran

Salam untuk semua, semoga rakan2 sihat sejahtera.
Tak terungkap kegembiraan bilamana tiba ke tanah kelahiranku di Terengganu semalam. Terlalu banyak rupanya perubahan berlaku terutama di bandaraya Kuala Terengganu. Mana sangka waktu Idil Fitri lepas pulang ke sana dah okey, kini terlebih okey, hinggakan ter'sesat' di kampung sendiri ketika tiba di bandar ini.
Tak sempat nak bercerita dengan Sabri tempoh hari, waktu nak masuk KT sejurus tiba hari Sabtu tempoh hari, sebagai penunjuk jalan ala2 tourist guide gitu, boleh pula aku terbabas, ingat boleh ikut jalan lama. Rupanya jalan tu dah one way, jadi kena ke depan lagi jadi jauh sikit la, pada hal dah terlepas simpang, nasib baik driver sporting. Ala, tersesat dalam bandar je...
Terima kasih untuk Sabri dan Mat Noor Gege. Seronok jumpa 2 al-ustaz tu, tapi malangnya masa nak rakam gambar bertiga, bateri kamera pula dah kiok. Sayang betul. Kalau tak boleh gak post kat sini untuk tatapan kengkawan. Lain kesempatan la ye? Korang tentu terkejut kalau tengok gambor kitorang pun, semua dah cam belon terutama I le. Boleh pulak Sabri cakap akak 'bulat molek' tu Razima & Zarida oi... He3... Tak kisah janji bahagia.
Kengkawan, kalaulah ada rezekiku, memang ingin pulang menetap di Terengganu. Bila berada di pantai Merang kat Kembara Resort tu, terasa sayu kerana pasir pantai Morib atau Kelanang mahu pun pantai Bagan Lalang tidak seputih bebutir pasir di situ (bukan kutukan tetapi keluhan). Masa muda remaja dulu aku kerap ke pantai ini, ke pulau2 di bumi Terengganu. Mungkin ada yang masih ingat dulu aku selalu ikut Persatuan Rekreasi Negeri Terengganu yang penuh dengan aktiviti luar yang lasak dan aku menjadi seorang jurulatih kayak persatuan tersebut. Dulu waktu kat maktab hujung minggu aku keluar ikut diorang mendaki gunung, ke pulau mahupun berekspedisi di sungai Terengganu. Kat Selangor, aku tak berpeluang berbuat demikian.
Apa daya, suamiku anak jati Selangor. Wak jawa gak la. Tak makan pujuk la nak bermastautin kat Terengganu. Walau dah tak ada orang tua, dan adik beradik merata Malaya, aku tetap pulang ke KT setiap tahun jumpa saudara mara.
Okey kengkawan, ada peluang bawalah rombongan melawat Terengganu Darul Iman kerana banyak khazanah budaya bangsa dan indah suasananya untuk diteroka. Memang tak puas 2 hari di Terengganu. Ada masa panjang usia, aku akan kembali lagi.
Salam sayang.
...zaitun

Ahad, Mei 18, 2008

Sms aku terima untuk hari guru......

"No cute graphics to foward..... juat a......LOVING HEART saying happy teacers day , from syadana

"walaupen terlewat tetapi masih belum terlambat.....Selamat Hari Guru .... Razima.

"Di kejauhan ini hanya ucapan TERIMA KASIH dan Doa sesejahteraan dipanjatkan. SELAMAT HARI GURU DARI SABANG , Sarawak.

"GURU dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya adadoa, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ad bijaksana, dalam tangannya kita terbina, berbahagialah menjadi guru , Selamat hari Guru"
Rosilawati Abd Rahman

"Ingatkan campak rupanya jerawat batu, Ngajar bagai nak rak, bebudak buat tak tahu, bila penampar cikgu kena buru, rasa nak sepak takut kena serbu, banyoklah sabo, kita ni kan cikgu kita ni kan cikgu ......SELAMAT HARI GURU " meezee & company

"Smiling, crying, angry, bored, proud, hungry, happy confused, sleepy, What ever you fell, I wish u happy Teacher day. Zainal, Gemas Negeri sembilan

"kerja paling tak glamer=guru, kerja paling leth=Guru, kerja selalu diancam=Guru, kerja paling mulia,paling berjasa, paling banyak berjihad, banyak pahala = tiada selain GURU. SELAMAT HARI GURU " Azimah.

"without teaechers--dayz are
"sadday..., moanday..., tearsday,... wasteday,...thirstday....,fightday....shatterday" so HAPPY TEACHER'S DAY" Nan(ADNAN) Sabah

Dah 6.30 petang ni (18 Mei 2008) baru lepas call zaitun nak bertolak dari marang ke cerating bersama rombongannya. Tapi kerana esok cuti rasanya tengok dan taipkan jugalah untuk blogni , kepada rakan-rakan yang tak ada lagi dalam gambar headline tu jangan khuatir insyaallah saya akan masukkan cadangan cikgu sabang supaya di buat gambar bergerak tu insyaallah saya akan cuba tapi dia take time sedikit kerana perlu edit gambar dulu kalau ada masa free benar barulah boleh buat , lagipun di rumah saya tak ada internet dan tak ada komputer pun kecuali bawa balik HAK KERAJAAN MALAYSIA , itupun bila ada kerja perlu di selesaikan di rumah. SABRI PKG Manir. Wassalam

----HARI GURU-----

Aku sungguh terharu dengan sambutan kawan-kawan tentang blog dan juga salam hari guru sebagai menghargai kalian aku ukirkan di sini ucapan hari guru yang aku dapat ;

"selamat menyambut hari guru untuk semua teman yang diingati lagi dirindui......... happy teaching" ~From Wan Mazlihah

"Terima kasih bang!!!...Abe ni bagus lah susah2 aje send file ni to we all....anywhere...thanks you very much..semoga usaha murni abe yiee mendapat berkat daripada Allah S.W.T...InsyaaAllah..Aminnn....BESAUUUU RUMAHH ABEEE YIEEE...tengok dalam blogs..Sorry abe yie saya sibuk nak siapkan thesis PhD saya ni..terpaksa ikut banyak seminar,bengkel, conference dan yang sewaktu dengannya lah...Abee Yiee tolong doakanlah Semoga saya akan perolehi PhD dengan cemerlang tepat pada masanya...InsyaaAllah Aminnn.. " - Daripada Mohd Sani,

pohon juga doa rakan-rakan untuk kejayaan Mohd sani, sesungguhnya kami berbangga di atas kejayaan tuan sebagai rakan seperjuangan, rakan se maktab dan rakan se rumah dan rakan sebangsa, teruskan perjuangan.
-Sabri

"Tak pe lah Bri.. awak lupa nak attach file semalam tapi hari ni dah ditambah! Aku kagum sebenarnya ngan sikap prihatin awak ni. Maafla Bri sebab lama tak bere-mel ngan awak. Aku baru je habis final exam second year USM penghujung bulan April tempoh hari. Semalam barulah aku buka blog rakanmppp tu. Waduh2.... jauh dah aku tertinggal ek? Sampaikan awak nak handle reunion pun aku tak tau! Nasib baiklah terbuka hatiku nak buka blog tu semalam... Bila cadangnya nak buat tu Bri? Kalau dalam cuti hujung tahun, sah2 aku tak dapat coz waktu tu aku ada intensif di USM Pulau Pinang. Rupa2nya ramai dah member yang awak dapat cari ek? Tersentuh hati lelaki aku ni membaca coretan setiap member yang baru dapat berhubung secara maya dalam blog yang ko wujudkan tu... tak sia2ler pengorbanan awak Bri... Aku ada layari blog tu and tengoklah dah gambor umah baru awak tu... Tahniah atas rezeki yang Allah berikan padamu...itulah rezeki anak ramai kan? Cuma aku nak minta tolong awak ajarkan aku bagaimana caranya untuk aku berhubung secara direct dalam blog tu? Maklumler...aku ni kan dok pedalaman ckit..so ilmu tu lambat sampai!

Maybe on 30th May ni aku gi lawatan ke Kelantan ngan rombongan sekolah. Tak tahuler singgah Terengganu ke dok.. kalau singgah boleh kita jumpa kot?

Seronok ek ko dah jumpa Zainal! Tak sangka aku c Zainal tu dah berisi ckit... nampak gayanya nak lawan aku la tu....

Satu lagi yang buat aku syahdu semalam bila layari laman blog tu ialah paparan gambar latihan kawat kaki yang dipostkan oleh kak zaitun kita tu... alahai.. teringin aku nak badan macam tu balik... Waktu tu kami berlatih kawat kaki dalam unit uniform masing2 utk ke peringkat Zon Timur dalam perkhemahan... rindu rasanya bila aku tatap gambor tu semula...aduhai....

Cakap pasal unit uniform ni, baru2 ni aku bawa budak PBSM sekolah aku ke perkhemahan daerah Maran. Sekolah aku tak de St. John so aku kena pimpin PBSM lah! Nak jadikan cerita, ada simulasi kecederaan dilakukan. So aku kena tolong fasi negeri buat simulasi luka. Alahai...terus aku teringatkan member2 St. John aku sewaktu berlatih sama2 untuk berkhemah dulu seperti Sani, Kamal & bininya si Sharifah, Fadilaton, Seniah, Sagap, Junaina tu...rindunya aku.... Ha, aku hantarkan gambar pada ko yang aku buat simulasi kecederaan tu k... real tak? Terus aku teringat Encik Yeo.. Awak tau tak dia di mana sekarang?

Gambar satu lagi tu, ha inilah family bahagia aku. Anak aku semuanya puteri ! Yang pakai spek n gemuk tu tak tahu la siapa??????Ok la tu.....

Ok Bri..sampaikan salam aku buat semua member2 yang ada contact ngan awak k.. Tolong forwardkan mesej di bawah ini ke dalam blog ek!

Masih ingatkah kalian dengan lagu ini?

Kalau siang sang suria terang,

Guru jadi teman bergirang,

Kalau malam tidak berbulan

Guru jadi pemandu jalan,

Kalau semak hutan belukar,

Guru jadi perintis akar,

Kalau luas laut gelora,

Guru jadi bintang utara..

Itulah sebabnya kami dilatih dengan sempurna

Supaya menjadi guru yang baik dan juga berguna....

SELAMAT HARI GURU UNTUK KENALANKU DI M3P.....KALIAN TETAP DI HATI!!
-Maslanasri

oleh kerana terlalu teruja dengan email kau mas, aku fowardkan semua sekali, tak ada apa-apa rahsia sulit kan ??????.

Jumaat, Mei 16, 2008

Selamat Hari Guru...

GURU (Guna Untuk Rakyat Umum)...
...dalam ajar ada harapannya,
...dalam tegur ada doanya,
...dalam marah ada sayangnya,
...dalam tawa ada mesranya,
...dalam diam ada bijaksananya,
...dalam tangannya kita terbina,
Berbahagialah sesiapa yang terus menjadi Insan Guru!!

Selamat Hari Guru..
Khasnya, buat...
*Semua guru yang mengajarku..terima kasih jua dititipkan..
*Semua pensyarah 'MP Pasir Panjang 90/92'.. jasa kalian tetap dalam ingatanku..
*Semua rakan guru yang mengenali diriku..kalian juga ada masanya menjadi guruku, terima kasih jua kuucapkan...

~JunainaNamin

Khamis, Mei 15, 2008

Wajah Baru

Salam untuk semua kengkawan...
Syahdu nye lihat frame baru blog ni. Tahniah le untuk Brie. Memang chanteque. He! He! He! Kena print ni. Harapan kawan semoga ramai lagi la rakan kita yang perasan dan menyertai blog ni. Tak sabar nak tengok kengkawan lain. Harap mereka ada kesempatan dan peluang untuk menghantar berita di sini. Rindu nak tengok rupa dan dengar cerita. Ramai lagi ahli unit B yang tak hantar berita kat sini. Apa pun time kacihlah untuk Brie sebab dengan ilhamnya dapat dengar khabar dan ber'email' dengan kawan yang lama dah putus khabar seperti Sani, Nasobar, Hayati, Razima dll termasuk Ju, Da, dan Norsiah.
Yang paling mengujakan gue, esok malem gue rombongan Che Tun bakal berangkat from Banting to Terengganu with love. Rindu sesangat nak tengok Bandaraya Kuala Terengganu. Banyak plan ni, nak makan pulut lepa, woh puk (kah!kah!kah!), sata, karipap ikan, dll. Of course la kepok leko panas...Wow... Harapnya, rege nyer masih murah2 tak cam kat sini satu ketul kue mau 40 - 50 sen. Pastu nak ronda Pasar Payang. Seronoknya...
Okey kengkawan, jumpa lagi.
...zaitun

Canteeeeeeeek......

Ni geram nih...! Gambo aku tak dok. Kena bertindak dari sekarang. Nok amik gambo banyok2 masukkan dalam blog nih. Sabri nanti kalau ada gambo aku mung letok gok deh?

Comel....ceria skit. Harap ke kita tok reti weh. Tumpang seronok le. Tentang tarikh reunion tu terpulang la mana yang baik sebab kalau boleh kita nak seme join kan. Sempena hari guru nih aku ucapkan SELAMAT HARI GURU pada kengkawan. Semoga kita akan terus tabah menempuh cabaran dalam bidang ini demi bangsa dan agama kita.

Jumpa lagi.....zarida

Sungguh Terkezuuuttt.....!!!!

Salam rakan2 pembaca blog...Ju emang terkejut apabila buka blog kepunyaan kita nih.. Wah, nampak berseri la wat canggitu.. Tahniah lah admin blog.. Takpe la Sabri, ko buat la apa2 yg patut.. kami nih tumpang tengok dan gumbira.. selagi gambar tu tidak menjolok mata..hehe..

Betul tu.. baik jugak cadangan tukar2 muka 'pragawati/wan' kat situn.. kalau tak nanti ada lak yang nangis.. merajuk.. Berkaitan dgn psword tuh, nanti la, ju try ek..

TQ Sabri coz dpt pulihkan 'ketamilan or kehindustanan' kat tulisan ju tuh..
K, jumpa lagi..

..JunainaNamin..

Jangan Terkejut atau Panik

Saya cuba tukarkan imej headline blog kita ini kepada design di atas tapi saya terfikir juga bagaimana nak masukkan semua gambar kerabat kita yang ramai tu. or kita gilir-gilirkan sapa ada idea khabor lah ye. satu lagi sekarang kita share password so kalau nak cuba password sendiri jawab invitation yang saya hantar nanti. Pn junaina tu cuba-cubalah dengan mail naik???? tu rasanya boleh jalan lagi ok, selamat mencuba. buat Pn. Atty terima kasih menghantar khabar berita buat kawan-kawan - sabri

Rabu, Mei 14, 2008

reunion

Assalamualaikum,
Cadangan tarikh reunion tu, ok la atau anjak sikit je.. janganlah buat akhir november atau awal disember sebab kekawan yang masih belajar kat OUM ada peperiksaan.Teringin gak nak joint, rindu nak jumpa kawan-kawan. Tak ada ke member yang datang ke kluang, jemputlah ke rumah..dekat je ngan bandar Kluang. Jumpa lagi.

-Atty

.......Anush Habib ....... SMK Simpang Pulai Perak...

Salam hormat, 14 Mei 2008, aku sempat call Anush Habib, dia mengajar di SMK Simpang Pulai Perak, katanya anak dah ada 3 orang isterinya baru seorang. Semalam lupa nak kabor bahawa rumah yg ada dalam gambor tu rumah aku lah tu, tapi sebenarnya bukan rumah aku ia rumah orang rumah aku ( rumah bini aku lah ) aku dah beli sebuah rumah dekat Institut perguruan Batu Rakit. Tapi rumah itu disewakan kepada salah seorang exco kerajaan negeri terengganu sekarang. Tu lah kalau kawan-kawan datang ke terengganu singgahlah atau kalau takdak hotel ke dok rumah aku je lah.

Aku dah call beberapa orang kawan PKG Paka dan Dungun tanya tentang Allahyarham Zakaria Yaakub. Tapi tak dak maklumat. Kalau sapa ada maklumat tolong inform ya.

Bagaimana dengan re union ni, ada orang suruh pinda lewat sikit lagi tarikhnya sebeb katannya tarikh yang dicsdsng dekat sangat dengan cuti , kalau ada idea tu kongsilah ye. Tq -Sabri

Selasa, Mei 13, 2008

Pesanan buat Zainal...

Salam..
Untuk Zainal, post la gambar keluarga U kat sini.. Mungkin ramai yg nak kenal.. Ju pun nak kenal jugak..hehe..

Oopss.. rumah dalam gambar tu rumah U ke Sabri? Bukan apa, cuma nak pastikan..besar umah U..

-Junaina

Zainal ........Gemas N Sembilan




13 Mei 2008 Zainal beraktiviti di Muzium negeri, bila aku tahu dia ada di muzium aku ke sana sempatlah berborak dan bergambar sekali, aku dapat juga satu lagi no hp rakan kita, anush habib. Zainal dok tengah buat master la ni. Lepas tu jadi jurulatih pusat ko, mari ke sini dok latih budak atas tiket pusat ko lah tu. sape nak no hp zainal contactlah kawe. tq sabri

........tempat tinggal ku........


hei kekawan, hari ini aku nak tunjuk tempat tinggal ku dalam belantara, bukanya apa , bila tengok gambar ni moga mengembalikan ingatan kalian yang pernah berkunjung ke rumah ku. satu lagi kalau naik kereta ke, bas ke jumpa rumah lagu ni singgah lah .... untung untung dapat minum teh free.

Jumaat, Mei 09, 2008

lama tak post kat blog ni. selalu bukak tapi tak sempat nak mengarangnye. Bukan tak nak anto gambo, nak tunggu badan kecik skit baru nak bagi gambo terbaru. Takut tok muak tek.....he..he...he
Tu la terkezut campo happy gak dapat berita dari family Sherry. Wau, memang kena bawak Unser atau Naza Ria!Sonok gak tengok askar ramai2 nih. Untuk Sherry, Apa khabar kitak? Lamak sik dengar brita. Kamek masih ingat agik klaka sarawak tapi sik ada orang nak berborak tok. Betul sik? Kamek ada berhubung ngan Shahdana. Teringin kamek ngan bubur pedas srawak, kek lapisnya. Camni mauk polahnya? Ko paham x sherry?
Eh, lupa plak ke Kak Ton. Bila nak jalan2 ke Kuantan plak. Kuantan pun hebat lani. Ada Giant, Mydin, Carefour dan lain-lain lagi....ha...ha...ha. Kak Ton blajo lagi ye? Ida tak sambong pun, otak dah betul2 berkarat. Dok tepi pantai lagi cepat bkaratnya.
Sebenonya bukan tak boh anto gambo. Tak dok kamera. Rosak we...Tak cukup duit nak beli hok baru. nanti la kalu doh beli kamera nanti Ida post comel2. La ni dalam proses mengecikkan badan pun ye. Taget reunion nanti turun la 10kg. Itulah impianku...semoga menjadi kenyataan...ha..ha..ha
Nani pun senyap je. Dulu mabuk2 la ni agaknya dah besar perutnya. Smoga sehat ngan baby...
Klu korang ingat lagi Basri junior kita, baru dapat baby girl hari ini. Anak ke 5. Isteri dia ngaja sama sekolah.
Untuk Sabri. sorry ari tu tak dapat nak raikan awak. Kebetulan zul di UPM. Nanti kalau ke Kuantan lagi jangan serik tepon saya. Rumah saya dekat beno doh dengan tempat yang awak pegi ari tu.
Okla,insyaallah kalau ada masa dan kesempatan kita post mengepost laei....Assalamualaikum.

Jjuppe lagi

Takziah untuk kak Salina. Tapi tak ingat sangat yang mana. Sabarlah hadapi dugaan.
Untuk Ju, laptop kawan ni tak dan anto kedai. Masa nak berblog beberapa hari lepas dah post message pasal anto kedai tu baru perasan rupanya ada icon kat sini yang tanya kita kalau nak translate nota kita ke Hindi language. Agaknya tu hari Ju terklik kot. Ada masa icon tu keluar ada masa tak. Tapi buat masa ni kawan punye laptop dah okey.

Zie, Yatie, Zima, buat apa dok diam je. Reply la email orang ni. Korang ni ye-ye suruh story mory, pastu dok diam tak balas-balas. Ni tengah rindu le ni.Zarida pun sama, balik2 anto lagu, kak nak tengok gambo kau dengan your hubby and your gerabak. Nak la tengok ada tak semeriah Sherry dengan Kamal tu.
Okeylah, chow dulu... Nak study 4 Muet 2moro...Korang dah lepas seronok kan? Nak wat camne, dulu tak sedo, time minda bekarat baru nak mula. He!He!He!
...zaitun

AlFatihah..

Assalamualaikum...
Ini ada satu berita sedih yang baru diterima.. Kalau rakan-rakan masih ingat Abang Zakaria b Yaakub (kalu x silap la)senior kita, telah kembali ke rahmatullah hari ini, Jumaat 9 Mei 2008.. kerana otaknya bernanah.. Khabarnya, beliau sedang mendapatkan rawatan pembedahan membuang nanah tersebut, tetapi telah menemui ajalnya hari ini.. Berita ini Ju baru terima melalui rakan kita Norinny Jamari yang memperoleh maklumat melalui suaminya yg sama bech (betul ke aku eja nih) dgn Allahyarham...yang call Ju jap tadi..isterinya Kak Salina..

Abang Zakaria dan Kak Salina pernah mengajar di Jerantut, dan Kak Salina pernah mengajar sama Ju di SK Bukit Dinding suatu ketika dulu.. dan sekarang ini beliau berdua menetap di Kelantan (atau Terengganu..aku pun tak pasti la..) Anak beliau rasanya seramai 7 orang..

Diharap Sabri leh siasat untuk maklumat lanjut rakan kita ni...

From JunainaNamin

Assalamualaikum..
Lamanye tak menyumbangkan idea kat blog nih.. Geram kat tulisan tamil tu.. Ni menjadi lagi kat tajuk tu.. Cuma kena elakkan drp tekan 'enter' dan 'spacebar'.. Kalau tekan, kuar la tulisan tu balik.. Tengok tu.. Ju tulis 'Daripada JunainaNamin' Ju buat dah yg Ton nasihatkan tu, bawak ke kedai, tapi stay canggitu jugak.. Bior je la ek.. Sapa yg faham ok la..yang 'buta huruf' tu faham2 je la.. Ju tak kira.. nak jugak pos kat sini...

Amboi, tembamnye Kamal tu ek.. Si Sharifah tu maintain je kurus.. Opppss.. ramai tul..6 worang!! Ju 4 je.. Betul kata Ton tu.. kot ye pun Kamal nih.. tang gambo die (yg dah memang beso)letak beso2, tang Jenab tu dah la mendongak, kecik lak.. Geng2 kita nih dah ramai yg rabun.. Pos la gambo yg besau sikit..

K, still rindu kat rakan2.. bilakan berjumpa.. Baru nih g Masjid Kristal, Sabtu 2 Mei 2008, Hari Kuarga SMK Pulau Tawar.. skolah suamiku (Aminudin).. Sori la Sabri tak bagitau, sebab malas nak kacau lagi.. maklum la ikut rombongan ni, masa pack sangat..

Khamis, Mei 08, 2008

Salam untuk Sherry

Hi, Sherry. Ingat kak chu lagi ke? Ai dulu pernah jadi roomate kan? Amboi ramai kerabat. Tahniah la. Seremban kat mana tu. Lain benar rupa Kamal dah veteran tu. Ala-ala pengetua gitu. Post la gambar Sherry yang okey sikit. Yang dah post tu mendongak sangat. He! He! Ada masa kalu teringat calling-calling okey. Jumpa lagi.
...zaitun

selamat berjumpo laei




asalamualaikum kepada semua warganegara MPPP 90/92 yang mengenali saya KAMAL ARIFFIN HJ ISMAIL dan isteri SH ZAINAB BT WAN ABDULLAH unit c. Kami sekeluarga di sini sihat walafiat.Masih bertugas di seremban semenjak 1999 , sebelum tu 5 tahun di selangor dan setahun di Sarawak. Masing - masing dah habis belajar . Anak 6 orang , 1 lelaki 5 perempuan. Cuti sekolah panjang ,itu sebab anak ramai. tel : 013 3593884 .Sesiapa yang tersesat kat seremban, telefon lah...................

Khamis, Mei 01, 2008

Promosi

SEDIKIT MAKLUMAT UNTUK KENGKAWAN JIKA NAK BAWA ROMBONGAN SEKOLAH MELAWAT SELANGOR DARUL EHSAN.

1) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
2) Pakej pelancongan meliputi destinasi eksotik, sajian makanan, penginapan, agro dan eko-pelancongan, penganjuran acara, warisan sejarah, taman tema, syurga membeli-belah, sukan dan riadah.
3) Kelebihan rangkaian sistem pengangkutan dan kemudahan serba maju, sistem lebuh raya terbanyak, menghubungkan sesuatu tempat ke destinasi lain, pengangkutan udara, bas dan teksi,sistem LRT, komuter dan ERL.
4) Ibu negeri bandar raya Shah Alam dengan masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah,masjid terbesar di Asia Tenggara. Kubahnya terbesar di dunia, 4 buah menara merupakan tertinggi di dunia. Masjid ini boleh memuatkan 16,000 jemaah terletak berhampiran Taman Tasik Shah Alam.
5) Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam ,berkeluasan 1,290 hektar di Shah Alam. Dibina mengikut pelbagai tema seperti Sawah Padi, Taman Cendawan,Taman Bonsai dan Taman Temperat yang boleh menjadi tarikan utama jika ingin merasai empat suhu dunia.
6) Taman Alam Kuala Selangor menjanjikan satu lagi siri lawatan unik. Taman seluas 330 hektar menyajikan pelbagai spesis burung, replilia, serangga dan unggas. Kawasan berpaya tepi lautnya dihuni 156 spesis burung , termasuk disinggahi lebih 57 spesis burung dari benua berhawa sederhana.
7) Keunikan suasana malam di Kampung Kuantan tidak jauh dari Kuala Selangor di mana berlaku fenomena malam yang barangkali tidak terdapat di mana-mana bahagian dunia. Pasti terpegun dan kagum ketika bersampan menyusuri sungai , menyaksikan gemerlapan kerdipan cahaya yang datangnya dari jutaan serangga kelip-kelip.
8) Lokasi semulajadi lain yang menjadi tumpuan termasuk pantai Morib, Bagan Lalang , di samping Taman Lipur Sungai Congkak , Sungai Tekala , Sungai Serendah , Sungai Pertak , Air Terjun Gabai. Air Terjun Batangsi dan Air Terjun Sungai Sendat.
9) Terdapat juga Pusai Pemeliharaan Badak Sumatera di Sungai Dusun , Taman Rimba Kancing , Taman Rimba Komanwel. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Air Panas Hulu Tamu dan Air Panas Dusun Tua, dan Gunung Nuang yang menyediakan panorama indah dari kemuncak gunung tertinggi di lembah Klang.
10) Muzium Orang Asli Gombak menyediakan gambaran budaya hidup masyarakat Asli di Semenanjung Malaysia , Zoo Negara , Muzium Getah dan Muzium Zoologikal.
11) Pulau Ketam pula terkenal dengan perkampungan nelayan dan makanan laut. Pulau Indah ( Pulau Carey ), terdapat petempatan Orang Asli dari suku Mah Meri yang terkenal dengan ukiran kayu .
12) Hasil kraf berkualiti tinggi berbentuk pewter buatan Royal Selangor Pewter yang wujud sejak 1885.
13) Batu Caves tempat masyarakat Hindu merayakan Thaipusam . Lebih 800,000 pengunjung domestik dan luar negara tertarik untuk menyaksikan penganut hindu membayar nazar.
14) Taman Tema The Mines Wonderland dan Sunway Lagoon sedia menanti pelawat .
15) Litar Sepang F1 litar perlumbaaan kereta berprestij Formula Satu mampu memuatkan 130,000 peminatnya.
16) Banyak lagilah kalau nak cerita, kat Banting je dah banyak juga dengan perusahaan kerepeknya yang dieksport ke luar negara.
Bukan lupa tanah kelahiran, tapi untuk maklumat yang mungkin dapat membantu kengkawan.
...zaitun

Salam

Hai kengkawan. Semua membisu nampaknya. Tentu semua sibuk kan. Yalah, tentu ada macam-macam program sekolah kan. Hari ni hari pekerja. Selamat menyambut hari pekerja. Selamat bercuti. Kita dah masuk bulan untuk sambutan perayaan hari kita. Jadi awal-awal lagi aku nak ucap selamat Hari Guru untuk kita-kita. Dua minggu lepas jumpa kak Asmak. Selama ni jumpa kejap-kejap je masa kuliah. Tak sempat nak borak-borak pasal family. Selalu borak pasal orang tua belajar je. Kak Asmak kahwin orang Pahang. Sekarang mengajar kat Klang. Di kesempatan ini nak minta sesangat jasa baik kengkawan post la gambar family terkini. Rindu nak tengok. Norsiah dan Hayati nape tak reply email kawan?
Rasa happy juga bila dapat mendengar berita Nasobar di SK Tok Motong tu. Nampaknya ramainya kawan seperjuangan yang jadi cikgu dan student. Tahniah pada kengkawan yang dah lepas. Semua yang berlaku pada perjalanan hidup kita ada hikmah-Nya kan? Sani pun nampaknya tengah sukses dengan proposal Phdnya. Selamat berjaya kak ucapkan.
Junaina, lama dah saya tak masuk blog sebab lepas tolong Ju tempoh hari, unsungkarable pulak saya kena problem sama. Nampaknya hari ni okey. Alhamdulillah.
Zie dengan Din pun lama tak berblog. Hantarlah berita member. Rindu ni.
Buat Sabri. Terima kasih bantu untuk projek lawatan ke Terengganu. InsyaAllah, tiada aral melintang, 17 Mei rombongan kami akan berlabuh di Terengganu. Ha, Yati,Zie, aku bawa rombongan 2 buah bas dan 2 buah MPV from Banting to Terengganu menginap di Kembara Resort kat Setiu atas jasa baik Sabri yang banyak membantu. Semua bos aku ikut kecuali GPK 1. Aku paksa suami aku ambil cuti untuk ikut serta satu family. Dah tu nak buat camne, selama ni susah sangat nak bercuti.
Okey kengkawan, jumpa lagi.
SELAMAT HARI PEKERJA & SELAMAT HARI GURU.
...zaitun