Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Selasa, Disember 30, 2008

Al-Fatihah

Inilah wajah terakhir dapat kulihat, kiriman adikku, Rosmayazed Rosli sekembalinya beliau ke Sarawak setelah kita berpisah ke destinasi masing2... Takkan kulupa senyumnya yang tulus, tutur katanya yang lemah lembut, dan sangat pemalu orangnya. Sekali sekala bergurau menimbulkan kelucuan dalam kelas kami (unit B). Namun keakraban persahabatan masih kuingati hingga kini. Ketika menyelak album lama, kujumpa wajah ini...dan kukirim untuk tatapan korang. Semoga rohnya dalam kalangan orang2 yang beriman. Amin...

Isnin, Disember 29, 2008

Dulu dan sekarang

Korang tengoklah sendiri perbezaannyer... Dulu solid molid, aku masa tu maintain cekeding, 18 tahun lepas (gambar atas dirakam pada bulan Ogos 1990), aku dlm list top 10 acara merentas desa maktab kita... skrg??? Kalau dikejar anjing pun, belum tentu aku dapat lari, yang pasti pengsan dulu kot...he! he! Ju, Ana ngan Nor dulu kecik molek, skrg? masih molek juga. Kak Yah ngan Kak Noma ok kot. Lihatlah pakej masing2, lengkap 3G bak kata Ju dulu...Apa yek? Gemuk, gempal, gebu? Apa? Gedik? Okeylah tu. Apa2 aje lah. Aku paling suka tengok kelebaran pipi kita2 nih...Heh! Heh! Maintain terlebih makan...

Gambar Re Union 08 -Round 4

Gambar Re Union 08 -Round 3



Gambar Re Union 08 -Round 2




Gambar Re Union 08 -Round 1



30 Rakan Kita Menyertai Re Union

Sabri,Zaitun, Azlan Aseh, Noriny Jamari, Rahana Ngah, Zulkifli Mat Nor,Junaina Sulaiman,Zakaria Mohamad, Roshidah Mustafa, Arif Hamid, Jama Mat Yunus, Fauziah Kadri, Sehat, Tarmizi, Zalina Mahput, Noma Baba, Hasmah Sorumin, Zanariah Nawi,Siti Nor Baiti, Zamri Idris, Rosman Awang, Roziman Hussin, Mustafa Ali, Sabaruddin, Fazilahton, Razima, zam ma'mor , Mohd Awang Teh, Alias dan Redhuan Debok di Bekas MPPP serta keluarga masing-masing...... pohon buat semakan jika ada yang tertinggal

Tahniah, Sabri!!..

Assalamualaikum, geng... Wah, cukup teruja pabila bertemu dgn rakan2 yg lama tak kujumpa... Memang sukar utk Ju ceritakan perasaan ketika tu.. gembira tapi tergenang air mata, sedih tapi tertawa suka, terharu sesangat..

Apa yg rindu telah terubat.. sampai tak selera nak makan.. first sekali Ju jumpa Che Tun.. fullamak.. mulanya cam tak caya sungguh ketika jumpa tu.. memang terdetik kat hati.. eh, masa maktab dulu tudungnya labuh.. skrg dah cam aku ..hehe (jgn marah CT).. pehtu, badannya pun cam aku gak.. 3G tetap pilihan kami..(Gemuk, Gempal, Gedik).. org kedua aku jumpa kak Norma.. beliau tak banyak berubah..maintain je.. kemdian baru jumpa Sabri.. adik sabri kita ni nampak berisi jugak, tapi tak le 3G.. hehe..

Ju kau jangan lupe sambung crite ni........sabri

Salam Penghargaan

Aku mengambil kesempatan di sini untuk ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan re union kita. Rasanya kita juga dapat bergerak secara lebih mantap lagi setelah tertubuhnya jawatankuasa Alumni kita. Aku turut terharu dengan sokongan rakan-rakan kerana sebenarnya selepas pendaftaran aku nampak macam tak cukup bajet je, lepas tu tak putus-putus rakan-rakan kita bertanya khabar dan berjanji nak support jika bajet tak cukup. Alhamdullilah bajet kita mencukupi dan yang lebihnya kita tabungkan untuk masa depan. Begitu juga dengan rakan-rakan terpaksa berperang dengan nyamuk, tinggal di berek-berek usang tapi masih tabah dan bersemangat menjayakan re union kita. Aku dah kira ada lima ratus keping gambar yang ada semasa re union tu tapi lepas di edit tinggal 280 keping sahaja yang sesuai aku upload dalam blog kita secara berperingkat-peringkat... harap sabar . Terima kasih.

Ahad, Disember 28, 2008

16 tahun berlalu

Khas utk che da, atie dll member yg tak dapat menyertai reunion... Kak post sekeping je, nak wat korang suspen...lelain gambar, korang tunggu Brie balik dari KL okey...

Ahad, Disember 21, 2008

Kesahnya...iii

Salam utk smua...kabare? Semoga smua sihat, apatah lagi menjelang reunion kita yg tak berapa lama lagi je nih...Nampaknya masa aku nak habiskan silibus jait menjait ni pun dah hampir masa kecederaan dah. Dah naik sek karang dah sibuk, dah tentu suam2 sejuk nak teruskan. Tapi alhamdulillah dlm 5 ari ni, dah dapat 3 fesyen. Jimat nih Ju. Melaramlah kawe naik sek nih...

Dek kerana kelas jaitan nih, ari ni tak dapat aku ikut abe pergi mancing kat taman tasik shah alam (anjuran mbsa). Aku ingat dia dah nak tinggal hobi dia tu, alih2 ari ni dia masih on hobi dia skali skala ni. Korang camne? Kat taman aku nih, bukan main ramai kengkawan kitorang yang suka melepak mancing kat tepi kolam dekat rumah aku nih. Kekadang mengeluh2 jugalah isteri2 dorang nih. Pastu beli umpan udang nak pancing ikan, sodap. Tapi kan, kat kolam tu memang banyak ikan sbb ia bercantum pula ngan sungai langat. Udang pun banyak. Seb baik buaya tak join skali. He!He! Tapi tgh tahun 2008 nih ada sorang ninggal lemas kat situ.

Selalunya aku ikut suami aku pergi mancing sbb nanti anak2 boleh sertai macam2 pertandingan. Takat ni dapatlah saguhati je pertandingan melukis atau mewarna. Dapatlah hamper atau RM. Kali ni anak sulung aku je ikut temankan ayahnya. Tengah concentrate ngan klas, dapat pulak call drp anak aku tu dgn sukanya beritau dia dapat naib johan pertandingan melukis. Bukan main suka dia dpt hadiah. Alhamdulillah, di kalangan smua anak2 bangsa cina yg menang2 dlm semua kategori, terselit jugalah sorang malay. Nampaknya asuhan ayahnya bab lukis2 ni dah mula meningkat. Nak harapkan aku, mmg keras tangan.

Tapi, betul jugalah kata cikgu azizul dulu (brie, ko ingat tak cikgu zizul guru BI kat sek tok jiring dulu?), dia kata org cina suka asah kebolehan anak2, dia minat tang mana, itulah yg diasah. Pastu dorang aku tengok suka masukkan anak2 dlm mcm2 contest. Hantar ke mcm2 klas, melukis, menari, main alat muzik dll. Org kita pun ramai ge yg camtu. Aku ikut jugalah stail dorang. Kalau ada apa2 contest lukis atau kaler kat pasaraya ke, library ke, kat mana2lah, aku masukkan anak2 skali sbb kebetulan ketiga2 tu mmg pandai lukis tak macam aku, lukis ayam jadi rimau...keh!keh! lukis buah kelapa jadi bola kot, he!he! Jumpa lagi. Salam sayang.

Sabtu, Disember 20, 2008

Panglaman Menjahit..hehe



Assalamualaikum geng...!!!! Pe khabar? Harapnye baik sokmo2.. Lama tak nge'post' kat sini, bukannya tak jengah.. cuma kekadang takde idea nak tulis.. Lain cam CTun ..banyak sungguh idea dia.. hehe.. dari bab masak hingga bab jahit-menjahit.. Itulah keje owang pompuan.. Tu pun bagi mika yg kreatif.. tapi bagi yg kurang tu..sedia je la 'TOK AGUNG' bebanyak..

Pengalaman Ju lak, bab memasak nih..ala kadar je.. jgn sampai 'kurus' dah le..hehe.. Bab jahit nih, penah gak blajar menjahit.. Masa kat maktab dulu sempat siap sepasang baju kurung batik, beli kat pasar payang.. tu pun puas nak nyiapkannye..maklumlah mesin jahit asrama tu, kena gilir2..kekdg meroyan lak mesin tu.. Last Ju jahit baju sdn masa nak nikah.. baju nikah la katakan.. ada layer lak tu.. tapi kena komplin dgn mak andam sbb tak letak zip kat belakang.. cuma kancing ketap je (kancing kahwin..hehe).. Mulanya dia tak tau Ju wat sdn..Dia tanya, sewa kat mana baju nih..patutnya letak zip di belakang, mudah nak tukar baju tu.. maklumlah.. rambut dah sanggul melintang.. perantin kan kerap kena tukar baju.. Dgn senyum kambingnya Ju kata, hi hi.. nai (nama glamour aku) wat sdn mak cik.. Senyum kerang je Mak Andam tu jadiknya.. oo ye ke? tapi lawa berlip lap lip lap..(sbb ju letak labuci gold pada setiap bunga kat dada , lengan, dan leher..ambik ati la tu konon)

Lepas dari tu..ada la jugak nak menjahit baju anak sulung..masa tu umur 2 tahun.. tapi samapai skrg tak siap2.. lengan ntah ke mana, pesak ntah ke mana.. Jawapnya tempah je la.. huhu.. Tapi betul kata Ida n CTun.. upahnyer.. mahal giler.. baju lelaki Melayu lagi la mahal.. Raya baru ni, baju anak Ju umur 4 tahun, 9 tahun, 12 tahun sama je rega upahnya RM75 sepasang.. kat kedai China.. tapi puas hati..sebab tahun lepas baju anak Ju yg bongsu dibuat singkat.. separas atas punggung (xleh pakai samping).. Ju jadi pelik, guana dia ukur.. kesal tak sudah..(hajat nak tolong owang Melayu, lagipun upahnya tak semahal kedai China tu)

Wokey la.. bye dulu...

Jumaat, Disember 19, 2008

Kesahnya...ii

Salam utk smua...
Takde citer baru ke? Meezee, kalau boleh postlah gambar ke S'wak tu. Teringin ge nak nengok. Ju pun, takkan senyap je. Mas, lum abis lagi ke? Jomlah borak kat sini.

Hari ni nak nyambung kesah menarik kawe kat butik Eyda. Baru ari ni dapat tau rupanya dia graduan UiTM. Tak suka kerje ngan org dia buka butik sendiri kat kampung, Olak Lempit, lumayan ckit katanya. Sepanjang bbrp hari menimba ilmu ngan dia, dptlah experience baru buat kawe. Tak kedekut ilmu dia nih. Pastukan, kalau kita upah buat baju kat tukang mmg mahal sbb kalau fesyen yg macam2 era skrg, bukan senang rupanya.

Dulu2 kawe bljr utk buat baju sendiri. Bila dah ada paten badan tu, paten tu yg diguna sampai bila2 selagi boleh muat. Tu pasal smua lupa. Tapi dulu tak popular sangat baju kurung pahang ngan riau kan? Skrg dah jadi trend. Rupanya kritikal jugalah nak nyambung pesak baju2 ala kembang nih, tak macam kurung biasa. Tapi, mmg bagai org kata, menjahit perlukan kesabaran. Yelah, smua keje perlu sabar. Mana boleh baran2...jahanam hasilnya nanti.

Bila tengok costumer Eyda datang, mmg dapat congak sendiri kelumayanan pendapatannya. Maunya tak, sepasang kurung biasa rm35, kurung pahang/riau rm40 tak termasuk sulam leher lagi, kebaya rm50 butang biasa, nak butang cantik2 tambah ongkos lagi. Apa lagi ditambah manik atau labuci. Memang upah lebih mahal drp rege kain. Baju melayu lak cecah rm120. Tapi memang patutlah juga sbb buatnya perlu ketelitian dan kekemasan.

Selalu kawe merungut ge bila nak bayar upah baju, tapi sebetulnya, nak dapat hasil yg cantik memakan masa dan kehalusan kreativiti. Tailor juga ada tanggungjawab kata Eyda, kena fikir keselesaan pemakai, bukan pakai belasah saja. Tapikan Ida, rasa seronok jugalah dapat praktik seni jahitan nih, rasa tenang, cuma sakit belakang jelah. Pastu anak dara kawe yg paling seronok sbb dia tumpang sekaki dapat baju baru je. He! He!

Khamis, Disember 18, 2008

PENAMBAHAN KOLEKSI HP KAWAN-KAWAN

17 Disember saya terima call dari Wan Fazlina, katanya dari Temerloh, oleh kerana beliau ni termasuk dalam golongan orang yang sedang di cari maka bermakna bertambah lagi lah koleksi rakan-rakan kita. Apa kata kita adakan pertandingan cari sahabat kita yang paling sukar di temui. Kategori pertama sahabat lelaki, katogeri ke 2 sahabat perempuan. Tetapi yang lelaki dah berjaya menggondol gelaran tersebut iaitu CHE ZULKIFLI CHE KOB, manakala yang perempuannya pula masih ada calon-calonnya, hadiah pertandingan ni kita nak bagi apa ye ??

Rabu, Disember 17, 2008

Sarawak Bumi Kenyalang/Jupe Saing

Assalamualaikum, maaf ada teknikal error.Awal cuti 15 hingga 17 nov kawan skuarga telah terbang ke Bumi kenyalang naik belon Air Asia.Bukan apa untuk anak2 mendapat pengalaman naik kapal terbang sambil2 mencari pengetahuan dan pengalaman di tempat org. Tak rugi kalu gi sana tempatnya menarik.Satu bandar yg tenang dan cool tak spt JB atau Kl.Kucing di bahagi 2. Kucing Utara(Kaum Cina) dan Kucing Selatan (kaum Melayu) Kucing Selatan lebih luasdan padatpenduduk dpd Utara15 hb jam 12.45 tgh berangkat dr KLIA tiba 2.15 ptg di Kucing. Sampai si sana trus jalan meninjau bandaraya Kucing.menuju Muzium Negeri.Bermalam di Harbour View berdekatan Water Front.Kalu nak makan jln pintas naik sampantambang 50 sen.Makanan OK selera kita org Semenanjung yg masak.Tetapi tmpat lain bukan selera kita.Kebanyakannya masak air tak pedas.16 hb pergi ke Sarikin daerah Bau bersempadan Kalimantan Indonesia.Lokasi utk shopping sama spt Rantau Pjg dan Odg Besar.Kalau org pompuan gi rambang biji mata byk pilihan barang2.Awas jgn smpai tertipu mesti pandai tawar menawar.Peniaga org Indonesia.Perjalanan nak ke sana satu jam setengah 70kmdr bdr Kucing.Lepastu gi KG Budaya Swak terlatak d antara Gng Sejinjan dan Gng Santubong.Disyorkan gi disana tak rugi blh mengenali pelbagai ethnik dan budaya org Swak.Disajikan dgn persembahan setiap ethnik Kaum Penan Iban ,Melayu Melanau dll. Singgah di pasar tani daerah Bau satu makanan biasa dimakan oleh kaum Melanau dan Dayak iaitu ulat Gendong/Sagu.Byk dijual kawan nak cuba juge tp tak tergamok nak make pegang je.Slpas tu kawan gi kilang membuat KEK LAPIS terlatak di KG Gersik di Bandar Kucing.Pelbagai rasa dan warna harga RM10 satu.Mlm jupe Sabang sembang2 .Dia dah Master anak 3 Fizikal berubah dulu pendiam skrg byk mulut.17 hb sblum berangkat jupe Suzanna unit D .lamo tak jupe byk cerita .Dia ambil Master d UPM. Anak pun 3. Fizikal berubah dulu comel loni comel lote,,,,,,,. Pahtu kawan gi ke kilang buat PASU SWAK dan beli Ikan TERUBOK. Jam 11.30 berangkat pulang....22 dan 23 ganu dan Klate. Jupe saing lamo di Paka jupe Che Husin makan mlm di sana. Tak sedor jam pukul 9.30 masih lagi sembang2 byk cerite le.. 1.00 pagi sampai di Besut bermlm rumah saing.Esok pagi phone POK NIK ISMAIL jupe di Selising Pasir Puteh sarapan pagi nasi kerabu.Pahtu gi Kg Bayam KB rumah warih2 kawelah. Pkl 12 tgh Affendy Ghazali unit B saing sebilik rumah sewa.Make tghari.Sedap weh lamo tak make makanan Klate.....4.00ptg baru kelek sampai di Jasin pkl 2.30 pagi..penat weh rasonya......Dlm perjalanan gi dan balik hujan tak henti2...Wassalam Slamat berjupe d Ganu

RE: Kesahnya

Salam untuk smua.
Dah lama tak post ni. Baca crita kak tun ni seronok gak. La ni upah jahit poppaleh... mahal gila. Beli kain RM20 sepasang, upahnye 30 hinggit. Masa anak dara dolu2 memang jahit baju sendiri. Baju sekolah jahit sendiri. Tapi sejak dah berumahtangga ni tak pernah menjahit dah, setakat jahit langsir huduh2 ngan baju koyak2 ada la. Bukan apa, tak dapat nak luangkan masa dah. Teringin juga nak menjahit semula, entah bila la. Kain langsir dah berbulan beli tak jahit2 lagi.
Ida pun kagum la dengan cerita kak tun tu. Dalam sibuk2 cerita emak bapak suruh anak nyanyi tak payah blajo tinggi sebab income penyanyi lani lumayan gak, ada mak bapak yang anto anak dia blajo menjahit. Bagus tu. Kalau kita tengok anak2 kita tak berapa cemerlang dalam pelajaran kita boleh bagi mereka kemahiran seperti menjahit. Jahit manik la ni mahal upahnya. Bab menjahit ni yang ida tak berapa lepas lagi tang buat kain nya. Nak senang jahit letak getah jer....
Okeyla jumpa lagi di lain masa.....che da

Selasa, Disember 16, 2008

Kesahnya...

Salam utk smua... Kabare?...
Saja nak kongsi cerita ngan korang dgn harapan korang tak boring baca celoteh remah-remah aku ni. Saja nak meriahkan blog supaya tak sunyi drp cerita2 baru. Petang tadi aku memulakan misi menghabiskan masa cuti yg berbaki bbrp hari saje lagi ni dgn mengasah balik kemahiran menjahit yg telah lama aku tinggalkan. Aku tak nak cerita pasal aku, tapi aku tertarik dgn apa yg aku temui di situ. Yelah, ikutkan pun bukan rajin sangat, suka2 je, kluar duit ckit pun takpelah. Dulu belajar kat Kemas tak bayar, tapi skrg bila bayar ni akan lebih dihargailah kot kemahiran kita tuh.

Time sekolah kita dgn dunia kita je kan? Pagi ke sek, balik petang, esok pegi sek lagi. Ahad je lah satu2nya hari nak kemas rumah dan masak special ckit utk family. Berbalik pada apa yg aku temui, mungkin tak menarik pada korang tapi menarik pada aku sbb inilah kali pertama aku jumpa seorang kanak2 umur 12 tahun, nak masuk form 1 2009 belajar menjahit kat situ. Kagum gak lah aku. Dan lah aku interview dia jap sambil2 buat paten baju. Dia pulak tengah menjahit zigzag baju sek men dia sendiri. Wah, berdikari betul dak ni!

Kata dia, maknya yg suruh sbb tak nak dia buang masa tak tentu pasal. Mula2 dia tak berapa suka, tapi bila dah dapat menghasilkan sepasang baju, mulalah datang minatnya tuh. Eyda, tuan punya butik tu lak sporting, bagi dia guna segala kemudahan di butik utk dia asah kemahiran. Kagum gak ngan maknya sbb boleh galakkan anaknya buat satu perkara yg sgt berfaedah. Aku rasa boleh jadi inspirasi nih.

Yg sorang lagi pulak form 2 tgh belajar seni jahitan manik. Pastu si Eyda bagi plak kat dia projek menjahit manik kat baju pelanggan. Cantiknya Che Da. Nampaknya lama lagi la kot kak berguru ngan si Eyda nih. Ei, upah jahit manik bukan murah tau kan? Lumayan...Aku rasa elok diteladani wawasan mak budak2 nih. Biar anak2 kita tu ada tempat yg betul utk dituju dan ada pengisian masa yang bermanfaat, kan?

Isnin, Disember 15, 2008

SINGGANG TULANG LEMBU

Kak Tun, resepinya ringkas aje. Caranya dok beza mana dengan singgang ikan cuma ada bahan-bahan tambahan sikit. Kelemahan Ma dok leh nok khabo jumlah bahan yang khusus so Kak Tun kena agok2 la nok buh peralatannya banyok mana. Ok kita mulakan dengan resepinya.

1) Rebus tulang.
2) Kalu rasa tulang tu doh hampir nok empuk masukkan bahan-bahan di bawah. Masukkan aje
dok perlu tumis-tumis. Dengan kata lain campak aje ler.

3) Bahan-bahannya :
a) bawang putih - mayang atau ketuk
b) halia - mayang macam nok wat nasi dagang
c) lengkuas - hiris nipis-nipis macam nok wat singgang ikan
d) ketumbar - tumbuk recoh-recoh jer
e) asam keping
f) garam dan ajinomoto

Senang aje kan. Kuahnya mesti masam macam wat singgang ikan. Tapi aromanya lebih menyelerakan dari singgang ikan. SELAMAT MENCUBA.

FROM RAZIMA WITH LOVE

Indahnya cuti

Salam untuk semua...
Brie, tentu ko rasa bosan juga gamaknya bila buka blog takde post baru. Aku pun sama, tapi takde cite baru nak kongsi. Member kita pun ramai yg balik kampung, mana yg study, dan mungkin masih ramai yg tak tau kewujudan blog ni atau tak langgan talian. Yelah, aku pun kalau tak sbb belajar, guna kat sek je.

Kebelakangan ni bila buka blog sekadar baca saja dan sembang ckit. Takde perkara menarik nak post sebab sejak abis exam tempohari, duk lepak je kat umah. Layan anak2 yg tak cukup2 makan time cuti2 camni. Balik2 masuk dapur, balik2 anak2 cakap lapar dan tanya apa makan yang ada. Bila anak2 dah boring aku bawalah ke Morib atau ke library daerah, diamlah dorang tuh. Petang2 sekali sekala jenguk mertua.

Kali ni cuti tak jenguk sek langsung. Gasaklah apa nak jadi ngan pokok2 hiasan tu, tukang kebun ada kan? Time sek takleh nak lari, time ni la nak rehat sakan. Apa taknye, kalau kerje pegi pagi balik petang, takde beza ngan org office.

Yg tambah seronok, bila masak je, licin anak2 makan. Dorang tu duduk2 je pun lapar. Ekeke...Aku plak, dah berjaya siapkan pakaian sek anak2, jahit sendiri tau? Ntah apa angin aku, setelah kian lama tak menjahit ni, tahun ni menjadi2 pulak. Agaknya masih ada member yg ingat dulu2, mesin jahit kat hostel maktab tu, aku je yg selalu kerjakan. Sayangnya dek cbuk bbrp tahun kebelakangan ni, aku dah lama tak guna ilmu jahit menjahit, byk yg aku lupa. Ni kene blajar balik smula. Lagi plak, upah jahit baju skrg bukan main mahal. Boleh jimat dan isi masa lapang.

Satu lagi xtvt aku ialah bikin tuisyen utk anak sendiri. Kalau time sek, keletihan, jarang dapat beri perhatian penuh pd keje2 sek dorang, masa ni lah nak tebus balik. Lagi pulak kat sini Brie, sek pagi petang. Budak masuk pagi, tghari lepas makan dan solat, siap pulak ke sek agama. Sini macam Johor. Sek agama dah jadi kemestian. Dorang pun penat. Tapi, kalau tak hantar, rasanya kita parents pun tak dpt bagi ilmu agama setanding ngan sek agama. Dlm seratus budak, adalah sorang yg mak bapak tak hantar. Macam2 sbb tersendiri. Kita pun nak bagi yg terbaik utk anak2kan?
Okey, sehingga jumpa lagi. Salam sayang.


Ahad, Disember 07, 2008

Lawatan Ke Rumah Zul & Ida



Jumpa Kawan Lama

Assalamualaikum...
Lama sungguh tak berjumpa rakan mppp. Kebetulan ke terengganu pada akhir oktober lalu saya sempat berjumpa dengan Sabri dan Roshdi di Muzium Negeri , Losong.... ada lagi foto lain tapi cuti sekolah nie memang jarang online. Re Union nanti kemungkinan tak pergi.. Apa2 hal salam kat semua rakan.

dintahan

Rabu, Disember 03, 2008

Nasib Si Gadis


Sewaktu aku bermesyuarat di Kuantan ni ada satu cerita daripada bos aku yang aku nak konsgsi. Ceritanya begini. " Di sebuah lapangan terbang yang sibuk terdapat seorang gadis ayu yang menunggu untuk menaiki pesawat ke satu destinasi. Dia sempat membeli satu bungkus biskut dan senaskah surat khabar. Setelah mendapat satu sudut yang sesuai dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil membaca surat khabar. Tidak berapa lama kemudian datang seorang lelaki duduk di sebelahnya sambil membaca sebuah majalah. Dia mengambil sekeping biskut lalu memakannya. Kemudian lelaki tersebut turut mengambil biskut itu. Dia cuma mampu mengerling dan memendam perasaan geramnya. Kemudian dia mengambil sekeping lagi biskut itu sambil diikuti oleh lelaki di sebelahnya. Kali ini dia sangat geram hingga tidak mahu memandang lelaki itu lagi. Kali ketiga dia mengambil biskut di dalam bungkusan itu juga diikuti oleh lelaki sebelahnya dan seterusnya. Akhirnya biskut itu tinggal sekeping dan lelaki itu terus mengambil biskut itu lalu membahagikan kepada dua bahagian dan memberi separuh kepada si gadis.
Selepas itu lelaki berkenaan bergegas untuk menaiki pesawat untuk ke satu destinasi sambil si gadis memandang dengan wajah yang sangat geram. Setelah menaiki pesawatnya si gadis membuka beg bimbitnya untuk mengambil cermin dan alat soleknya. Dia terkejut apabila mendapati biskut yang dibelinya terdapat didalam beg bimbitnya dan baru tersedar bahawa biskut yang dimakannya ialah biskut orang lain. Kini dia sangat menyesal kerana tidak sempat memohon maaf kepada lelaki itu kerana mereka menaiki pesawat berlainan.

Moralnya ialah kadang-kadang kita tersalah sangka yang kita lebih baik daripada orang lain pada hakikatnya mereka lebih baik daripada kita.

Pada hari tu gak ada dinyatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang amat sukar di dapati semula :

1. Batu kerikil yang kita baling ke dalam laut.
2. Perkatan yang kita luahkan.
3. Kenangan silam.
4. Masa yang berlalu.
5. Sahabat/teman baik yang telah pergi.

Lihatlah dunia...

Pengguna mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan harga barangan keperluan? Fikir2kanlah...
Alhamdulillah, emas hitam negara kita turun harga lagi berkuatkuasa hari ini. Namun...
Harga minyak dah turun berkali2 , harga barang tak turun walau sekali!
Minyak turun harga hampir sehengget, beras turun 20 sen!
Kalau nak naikkan harga barang memang cepat, tapi nak turun, memang liat!

Sana sini dengar orang mengeluh tapi pasar raya sesak juga. "Jualan Murah", "Jualan Mega", "Harga Runtuh" , "Jualan Penghabisan Stok" dan "Jualan Musim Perayaan" serta pelbagai lagi gimik jualan yang dibuat oleh peniaga menyebabkan pengguna kadang kala jadi hilang arah dan kurang bijak mengatur belanja. Statistik Karnival Jualan Mega Malaysia (MMSC) yang berakhir 1 Sept lepas dilapor mencatat peningkatan aktiviti jualan 24 peratus pada minggu pertamanya berbanding tempoh sama 2007. Ini berdasarkan rekod dikeluarkan MasterCard. Jualan pada minggu pertama adalah RM188 juta berbanding RM151 juta tahun lalu. Secara keseluruhannya, rakyat tempatan dilapor kekal sebagai pembeli terbesar dengan nilai belian sebanyak RM171 juta!

Walaupun berlaku penurunan harga bahan bakar, namun ia tidak menyebabkan penurunan harga barang khususnya barang siap. Kerajaan juga tidak dapat melakukan tindakan penguatkuasaan kerana ketiadaan peraturan atau undang-undang yang membolehkan kerajaan berbuat demikian. Itu kata Fomca. Apa kata kita?

Walaupun merungut, akhirnya kita terpaksa beli juga walau berapa harga yang dikenakan peniaga. Aduhai, tiap kali ke pasar, aku paling tak tahan lihat warga emas yg membayar harga barangan dgn muka yg sayu dan terpaksa. Kalau tak beli, nak makan apa? Sabarlah hati...Pesanan untuk rakan dan diri sendiri, belanja dengan berhemah ketika menyiapkan kelengkapan persekolahan anak2...

Sabtu, November 29, 2008

AL FATIHAH



Perginya seorang pejuang....... sedekahkan Alfatihah untuknya,semoga rohnya bersama roh orang-orang yang sholeh amin.

Khamis, November 27, 2008

Re : Mesyuarat Reunion

Salam semua...Brie, aku nak respon pasal program nih. Aku malas nak call, lebih mudah tulis kat sini, bolehlah member lain pun bagi respon jugak. Camne plan ko. Aku setuju semua yg ko dah terangkan tu. Cuma aku rasa, oleh kerana objektif kita ni 'reunion', maka aku rasa apa kata, program malam tu yg rasmi melibatkan kita ex-student mppp je. Tak yah libatkan family sbb kita bukan buat 'family day'. Dah 16 tahun tak jumpa bukan tempoh singkat. Banyak peristiwa dulu dan kini nak borak ngan member2 aku rasa. Jadi, malam tu dapatlah kita duk dekat2 ngan member lama. Kalau malam tu ngan family, dah tentu tak begitu capai objektif kot. Bagi couple mktb cam zie n din, zul n ida dll kira special kes la. Ni pandangan peribadi aku jer...Pastu yg nak kenal2 mesra2 family masing2 tu, baru kita buat sok paginya kat pantai cam ko rancang tu. Lagi pun, kalau ada yang sampai awal ke sana, masa pendaftaran tu pun dah mula berkenalankan?Ke memang gini plan ko? Nanti ko citer psl ni yek...

Rabu, November 26, 2008

Kesahnya...ii

Salam utk smua. Kabare? Waras...
Ju, tadi kwn dpt contact Rosnie A. Rahman. Kwn lupa betullah usia2 kita2 ni. Kwn panggil dia kak Ros. Tapi dia bahasakan diri aku cam dulu gak. Agaknya kwn tertukar kot dgn Rusini. Ntahlah, kadang2 hilang ingatan ge kesah2 lama ni. Mesranya masih sama cam dulu. Januari 2007 ada kwn terpandang dia kat IPIS Bangi. Tapi masa tu dia tgh leka sembang dgn pensyarah2 IPIS, jadi kwn ingat lain kalilah kwn jumpa dia. Segan lak masa tu sebab takut ganggu pula. Jerit2 dia bila kwn citer kisah nampak dia tu. 'Nape tak peluk aku?' katanya. Yelah, sapa kita. Heh2!!! Tapi lepas tu kwn lak terkilan sbb lepas tu dah tak jumpa lagi dah.

Kwn tanya staff IPIS minta no contact dia tapi kena jawab macam2 sbb title dia kan lecturer. Tapi oklah sbb orgnya tak berubah. Rupa dan sikap masih cam dulu. Ramah. Panjang citer ngan dia. Rupanya dia tinggal dekat kwn ge, Kajang tu ha. Tak jauhlah kalau nak jumpa. Rasa nak juga nak jejak kasih. Lagi lak selalu ke Kajang tu, ramai member suami. Rupanya, skrg kak Ros dah tak IPIS lagi. Dia dah kat BPG. Pastu sedang mohon nak ikut jejak Sani. Alhamdulillah. Dia kirim salam kat semua...

Kwn cakaplah, kak Ros tolong2le mana2 kwn yg masih try nak jadi mahasitua ni. Gelak besar dia. Che Da, camne? Kak Ros dah ada tu, apa lagi. Tapi tak leh lah publish no dia kat sini. Kak ada gak bagi no kak Ros kat Azwan@Dollah (skrg kat UKM buat master). Cubalah, itulah gunanya kawan kan. Nampaknya dua tiga hari lagi bolehlah jumpa dia sambil jamu sate kajang. He2!!! Jumpa lagi. Salam sayang.

REUNION

Salam...
Wah, meriah sungguh blog ni ngan citer2 emosi n reunion kita tuh... Baru jap tadi ni Kak Tun sms bgtau ttg reunion pada 26 & 27 Dis nih!
Teruja sangat nak pergi tapi kena bincang dulu ngan orang rumah dan keluarga... Almaklumler...dah ada 2 keluarga ni kena bertanya dulu takut nanti keluarga belah isteri saya ada program2 tertentu... Tp setakat ni belah keluarga saya ok jer.... Tp nak tanya jugak lah kan...Masa tu agak2nyer dah lepas x musim banjir? Bukan apa, takut tak lepas nak gi ngan balik je kang!!
Masa Che Tun antor sms tu kawan baru jer abih kelas di USM. So, la ni ada kat USM berkursus intensif selama 3 mggu di sini...Gelak kalau nengok orang2 tua berduyun2 ngan beg masing2 berkejar2 ke sana ke mari ke kelas atau jumpa lecturer...Nasib mahasitua la...Dah berumur baru ingat nak study lak, tak gitu Che Tun n Che Ju?
Ramai ke member2 kita yang dah daftar nak sertai reunion tuh? Harap2 ramai agar meriah nanti majlis tu...... Harap2 kawan boleh join!
Ok la, buat semua teman yang bergelar ibu, teruskanlah tugas suci kalian dalam membina keluarga....Buat teman2 yang bergelar ayah, jangan lupakan keluarga tanggungan anda termasuk ibu bapa kerana tanggungjawab anak lelaki tak putus terhadap ibu bapa selagi hayat kita dan mereka dikandung badan!! Teruskan menyokong blog kita....M3P tetap di hati...
Ikhlas dari kejauhan : Mas, USM Pulau Pinang.

Isnin, November 24, 2008

Kesahnya...

Skali lagi masuk ni. Ekeke... alhamdulillah dah ok lak internet ko ye Brie... Ya Allah sahabat2ku! Che Din camtu gak. Mat Nor? Tu ari masa balik Trg lawatan tahun 6 tu cam ustaz, skrg cam YB you... Alamak datuk Pa kita. Bila tengok dia ingat YB Mustafa Ali. Bolehlah tu, layak juga pegang title YB. Roshdi tak berubah. Tak makan usia ye? Kak Noma? Masih cam dulu, cuma selayaknya cam dah GB atau GPK je kawan tengok. Ke dah pengetua? Jangan korang marah, gurau je. Teruja nengok gambar member kita nih. Harap boleh jumpa yang lain2 nanti...hai, boleh bertembung lak kawan ngan Brie nih...takpelah, kira okeylah ye, bagi promosi...boleh adjust pun ni, kepakaran ko nih...Ju, kwn ngan Brie dulu satu sek men. W/pun dia junior kwn, tapi selesa ko aku jer...

Rakan-rakan yang rela bekorban untuk kita


Berita terkini, cerita sensasi...

Salam utk smua...Kabare? Ramai pegi bercuti kot. Slamat beristirahat. Takpe, aku masih setia.

Hari ini saja ingin menyampaikan khabar dari Brie kita. Tadi abis exam, Brie call. Ada masalah internet kat sana. Patutlah senyap je, ingat demam ke. Jadi setakat ni dia tak dapat nak citer pasal hasil mesyuarat tempoh hari. 22 November tuh! Menurut beliau, alhamdulillah setelah meeting seharian (tak dapat mengalahkan che da kita sampai 4 ari meeting perdana, he2!! jangan mara che da, luv u) dan yang hadir tu biarpun 6 org shj mewakili kita2 ni, tapi ok lah dan dapat capai kata sepakat.

Lupa lak tadi sapa yg hadir. Tapi kalau tak silap selain Brie, ada Che Din Zie, kak Noma dll, tak dengar jelas tadi sbb masa tu tgh menikmati cendol kat sebelah Uniten Bangi. Release tensen konon la. He2...Sorilah, nanti Brie citer panjang bila internet dah ok. Harap ok cepat sbb nak tgok gambar dorang. Camnelah rupa kak Noma skrg...

Tarikh sebenar reunion kita 26 hingga 27 Disember. Bertempat kat sebuah resort di Penarik, Setiu. Korang ingat tak Penarik kat Setiu? Ala, lalu jalan pantai nak ke Besut tu, nampaklah pemandangan laut, pantai dan pulau. Jalan Sg. Tong - KB , kampung Sabaruddin pun boleh gak. Tempat kwn posting dulu. Sana best, boleh mancing lagi kalau ada kaki pancing antara kengkawan kita nih. Kawan nak borak je...Dah belas2 tahun tak jumpa, banyak citer nih...

Okey, kita boleh gi sana cuti X'mas. 28 tu bolehlah balik. 29 rehat. 30 kalau ada meeting cam kawan, kita meetinglah. Duit gaji simpan siap2, gaji Disember awal tu. 20 hb tak silapnya. Ala korang smua tak de mslh tang tu kan. Harapnya ramai lah sudi memeriahkan majlis kita yang julung kali nak buat ni. Sama2lah bagi sokongan, tak kita siapa lagi kan? Semoga menjadi kenyataan dan tak ramai yang ada aral. Dengan izin Allah dapatlah kita bersua di tempat yang telah lama kita tinggalkan.

Jumpa lagi. Salam sayang.

Mesyuarat Re Union

Alhamdulillah Mesyuarat untuk re union terlaksana sudah walaupun cuma 6 orang hadir. Tarikh dipersetujui ialah 26 dan 27 Disember. Masa mesyuarat kami bercadang nak adakan di Kuala Terengganu, tetapi setelah survey dibuat kami putuskan di Nelayan Resort Setiu. Kos untuk makan 3x bagi dewasa ialah RM20.00 dan Kanak-kanak lima belas ringgit manakala penginapan ialah diantara RM 100 - RM 150.00 bergantung keadaan bilik. Bilik-bilik ini mesti di confirm awal, jadi siapa call dulu dia dapat buat pilihan. Tentang perlantikan AJK pula , Sabri (aku lah) akan uruskan segala surat menyurat dan tempahan , Sabarudin/Fadzilaton Penempatan. Matnor/Noma Cenderahati manakala Roshdi Aziz dan Mustafa Ali bahagian aktiviti. Orang lain yang hadir juga dikehendaki membantu. Dan dua jawatan penting ialah Pengerusi majlis sukacitanya kami lantik Che Tun dan Bendahari Puan Razima. Segala bayaran hendaklah dibuat kepada puan Razima (nanti callah aku ). Aktiviti pula ialah, bermula dengan pendaftaran ( ajak penempatan akan tentukan tempat penginapan ). Jamuan rasmi serta sesi berkenalan yang akan dikendalikan oleh puan zaitun (aturcara kita bincang bersama) keesokan hari kita adakan sesi ramah mesra di tepi pantai penarik yang indah. Pertemuan akan berakhir pada waktu tengahari. Setiap keluarga dikehendaki membawa satu hadiah sekurang-kurangnya beharga RM 20.00. Selepas makam tengahari lebih kurang 12.00 kita akan bertolak ke Maktab Lama Kita dan selepas itu bolehlah membawa haluan masing-masing. Saya ingatkan kepada kawan-kawan yang berblog supaya me war-warkan perkara ini mulai sekarang. Keputusan awal dari tuan/puan amatlah mustahak untuk melicinkan pengurusan terutama urusan penempatan. Saya sangat khuatir tempat penginapan kerana pada masa tersebut adalah musim cuti krismas dan bilik resort akan di tempah oleh orang lain. Sekian, sila buat confirmation sekarang !!!! terima kasih.

Jumaat, November 21, 2008

Coretanku

Seronoknya baca coretan Kak Tun dan Ju. Ma ni suka baca tapi tak rajin nak menulis. Ada juga rasa nak berkongsi cerita tapi biarlah dulu. Dapat jenguk blog kita ni pun dah rasa seronok. Begitulah kehidupan kita ni, kita susah ada yang lebih susah lagi. Kalau senang pun, ada yang lebih senang lagi. Semoga kita digolongkan dalam golongan orang yang tidak lalai dan sentiasa bermujahadah. Bersyukur dengan nikmatNya, redha dengan dugaan dari Nya dan yakin dengan hikmahNya. Sesungguhnya kita sebagai hambaNya tidak sunyi dari ujian dan dugaan.
FROM RAZIMA WITH LOVE

Khamis, November 20, 2008

Kau memang Ibu Mithali

Khas buat Che, Tun dan ju , aku tengah sebak ni bila teringat gelagat anak-anak aku sambil membaca coretan kalian.Tambahan pulak aku tinggal keseorangan di hotel KL oada malam ni. Cuma aku ucapkan ribuan terima kasih diatas kecaknaan kau orang. Aku tambah terharu apabila kau orang mampu menghadapi pelbagai dugaan dalam membesarkan anak-anak, last sekali aku ucapkan tahniah diats ketabahan mendidik anak-anak sendiri dan anak-anak orang. Aku selalu menyebut begini bila berucap dlm majlis - majlis PIBG "...... kita tidak rugi memberi sumbangan kepada PIBG, kerana duit sumbangan tuan-puan akan kembali kepada anak-anak kita juga ....atau kmungkin kepada anak-anak orang lain yang akan menjadi menantu kita satu hari nanti........". Terima kasih.

Permata hati ii

Salam kembali. Seronok baca respon Ju. Teruja nak respon kembali. Ju, spt mana yg tlh dikata pada Mas sebelum ini, Allah memberi dugaan kepada hambaNya yang mampu menanggungnya, tambah lagi satu, Allah akan memberi dugaan kepada hambaNya yang terpilih sebagai satu ujian keimanan. Kalau kita ingat balik ustaz/ah kita dulu selalu cakap, Allah bagi dugaan dalam pelbagai bentuk. Sama ada kesusahan atau kesenangan. Sekarang kita diuji dengan sedikit kesusahan yang diharap akan berbuah manis spt kata Ju. Ada juga yang diuji dgn kesenangan dan kemewahan. Kalau lupa padaNya nescaya hanyutlah. Kalau ingat padaNya, nescaya selamat. InsyaAllah. Semoga kita semua tergolong dlm golongan org2 beriman.

Mula2 terima berita ketidaknormalan anak dulu, hati memang resah dan gundah. Kami berdua pernah rasa takut memiliki anak lagi. Namun, bila kerapkali bertemu ibu2 dan bapa2 senasib atau yg memiliki anak yg lebih teruk mslh kesihatan, ia menjadi motivasi berguna dlm membesarkannya. Kami kerap bertukar fikiran. Dr pula sentiada memberi nasihat dan tunjuk ajar bgmn menangani dan membantu anak ini. Sebenarnya dalam hidup ini ramai yang sudi membantu. Cuma kekadang, kalau tak melalui pengalaman spt kita, dorang susah ckit nak faham.

Jangan susah hati Ju, kita bantu anak kita seberapa daya upaya. Berhabis duit pun takpe kalau itulah ujian yg kita perlu terima. Dulu, permata hatiku, bermacam ubat tradisi dan moden ditelan. Allah melihat usaha kita. Alhamdulillah, ada hasilnya walaupun perlahan. Selang dua tiga bulan, ada bbrp hati dia akan melepek je atas katil. Tak larat bangun. Tido manjang. Kadang meresahkan, takut dia tak bangun. Allah Maha Besar. Sakit ketika muda akan membuatkan anak2 kuat dan tabah. Kalau kena cucuk tak pernah nangis. Masa sunat selamba je. Si abang mengongoi2. Patah tangan jatuh beskal pun cam tak de apa2. Masa Dr betulkan tulang tu nangeh ckit. Ju boleh tengok perkembangan anak Ju nanti.

Kalau berkenaan tulang atau sendi, Ju cuba cari 'trace mineral drops' keluaran revell. Ia amat berguna untuk darah dan tulang. Tu jadi minuman harian kami satu family. Mineralnya lebih kaya drp susu. Kami juga guna rx-water (Dr Nordin Darus). InsyaAllah kalau kuat berusaha dan yakin denganNya, Dia akan membantu. Dan jika ada rakan M3P senasib, ingin berkongsi rasa dan resah, amat dialu2kan.

Jumpa lagi. Salam sayang.

Akar Pendidikan Pahit, tapi Buahnya Manis...

Assalamualaikum rakan2 yang dirindui...
Tersentuh membaca coretan Brie dan Che Tun.. Memang itulah pengalaman yg amat berharga utk kita sebagai ibu bapa kan? Walau apapun kepahitan yg kita alami dlm uruskan ank2, sebenarnya itulah kemanisan yg tiada galang gantinya.. biarpun air mata yg menjadi taruhan.. apatah lagi jika kita masih berpeluang utk mendidik atau membentuk mereka...

Untuk Brie, napa tak ambik gambor ber'sanding' kali kedua tu.. tentu berbagai rasa ada kan? Ju dapat selami rasa hati kalian ketika tu.. ada terharu, teruja, terkilan..dan semua 'ter' akan terbit... tapi di sebalik semua itu, rasa yg pasti menjadi ingatan sepanjang usia ialah rasa bangga jauh di sudut hati kita...bila mana kita tersedar, bahawa anak kalian 'sedang berusaha untuk mengambil hati kalian'.. kan, Brie?,, Ish, rasa hangat di mata Ju ni.. Ah, tergenang lak air mata terharu Ju... Kamu bertuah Brie.. anak2mu amat mencintai kalian.. harapnya akan berbunga dan terus berkembang bagi menerbitkan buah2 yg manis di usia kalian...bak kata pepatah bijak pandai.. "Sesungguhnya akar pendidikan itu pahit, tapi buahnya manis"...Amin...

Tapi, memang benar kata Che Tun, dalam setandan kelapa tidak semua akan elok, tentu ada yg bermasalah.. Satu kita perlu ingat yg bermasalah itu bukan bermakna tidak berguna.. mungkin Allah bagi peluang utk kita berfikir, utk menambah pahala, mengenali erti sabar dan sejuta rahmat serta kebaikan yg Allah lindungkan agar kita mencari... Syabas utk Che Tun, sebab tabah menjaga ank yg 'mungkin' pada kita bermasalah pada ketika ini.. (sebab ank yg ok ketika ini sebenarnya BELUM bermasalah lagik...) Jika kita kata kita sukar, masih ada lagi yg susah... Semua itu adalah pengalaman yg tidak boleh dijual beli...

Anak sulung Ju juga mengalami masalah kesihatan... 'seronegative athritis', yg melibatkan keradangan setiap sendinya...Kata doktor, antibodi yg sering melindungi badan kita, terlalu aktif dan memusnahkan sistem badan dia (pelik kan?) mula dikesan selepas menyertai sukan tahun lepas.. dia aktif sukan sejak skolah rendah lagi... nak jadi sebab, naik tingkatan satu, selepas sukan dan merentas desa, lututnya bengkak.. skrg ni, bengkak dah ok, tapi sakit setiap sendi.. bertahan dgn ubat setiap masa... solat duduk, naik turun tangga kena kurangkan, segala aktiviti fizikal kena stop, kena guna tandas duduk... Kami terpaksa mohon tak duduk asrama melalui surat doktor... Masalah tuk menulis sering berlaku, masa peksa la sian sgt.. skolah tu kalau dpt 'D' kena wat ulangan peksa kat dataran.. angkat meja menulis sdn.. tu yg anak Ju takut sgt.. Subjek yg lemah sejarah n bahasa Arab... selalu dpt 'C'...

Ok la... byk dah ter'coret' nih... jumpa lagi nanti ek..

Permata hati

Salam buat smua. Kabare?
Bila baca cerita kengkawan rasa teruja. Harapnya lebih ramai kengkawan lain sudi mengepost apa2 cerita ke sini. Bolehlah kongsi pandangan cam sebelum ni. Nampak kurang meriah pulak blog ni. Tapi mungkin masing2 sibuk. Yelah, mana nak ngurus famili lagi kan? Cuti2 ni dah tentu anak2 tuntut nak jejalan ke mana2 kot. Tahun ni aku rasa dah cukup bawa anak2 jejalan sbb tahun depan aku tuntut anakku dok diam2 nak UPSR. Tahun ni aku layan je kehendak dia. Tahun depan jangan harap. Aku cakap siang2 ngan dia, kalau cemerlang ok, boleh minta apa yg patut. He2...!!

Brie, kecemerlangan permata hati kita ada bahagian masing2. Mungkin ada antara mereka kelihatan tak cemerlang, tak dapat hadiah akademik, tak dapat naik pentas yang selalunya buat hati ibu bapa berbunga, tapi mereka cemerlang dalam melakukan perkara lain. Orang tua2 pun ada kata, setandan kelapa tak semuanya berbuah elok. Kita doa aje yang baik2 untuk mereka. Usah biar mereka terbeban dan tertekan dengan kehendak kecemerlangan kita.

Awal menjadi guru aku juga garang sungguh. Apa lagi bila ajar th 6 dan jadi guru disiplin. Darah muda beb. Pantang silap sikit, aku bahasakan sesedap rasa. Tapi aku bukan jenis memukul. Pantang aku pukul budak @ anak, tangan aku mesti bengkak. Tak taulah, sampai skrg masih bengkak 2 hingga 3 hari kalau terpukul. Sekali, 2002 aku dapat budak istimewa, pesakit 'bronchiolitis obliterans' barulah aku mula lembut setelah lihat keajaiban ciptaan Tuhan. Murid tu antara bbrp anak istimewa di M'sia, lahir ke dunia dgn paru2 yg tak dapat berfungsi (cam hangus). Ke sana sini usung tangki oksigen. Kat rumah ada tangki besar. Kat sek pakai yang kecik dan kena beli oksigen hari2. Kita guna oksigen free tapi dia kena bayar. Khusairi namanya. Aku jadi ibu angkat dia. Pernahlah aku masuk tv 3 kali sbb jadi cikgu dia. Mengenalinya dan familinya mengajar aku sesuatu tentang kesabaran.

Skrg anak kedua aku kurang cemerlang berbanding abang dan adiknya. Tapi aku redha. Membesarkan dia pun dgn airmata. Demam kuning seumur 4 hari sampai 3 bulan. Klinik pakar kanak2 jadi rumah kedua kami hingga kini. Kata doktor 'hypotyroid'. Masa tu, ada mslh hormon, darah, tulang dan jantung. Segalanya tak normal. Di hospital mcm bahan ujikaji. Tapi taulah itu dah keje Dr utk bantu dia. Dah besar skrg nampak okey, tapi masih ada mslh injap jantung. Dia slowlearner. Boleh baca, tulis, kira, tapi lambatlah. Aku usaha macam2 sbb kalau ikut nasihat Dr kena hantar sek khas. Tapi ego aku dan suami hantar gak sek biasa dgn bermacam ikhtiar kami utk bantu dia sampai skrg. Alhamdulillah, aku rasa pencapaian akademik tak cemerlang pun, agak baik berbanding kwn2 dia yg bukan cam dia. Aku cuma harap dia dapat hidup sebagaimana anak2 lain apbl dewasa.

Spjg menjadi guru, dah bermacam perkara dpt dilihat. Anak2 didik yg cemerlang kat sek rendah, ada yg hanyut bila sek men (tak smua laa). Sebaliknya pun ramai, yg selalu lembab dan kena marah kat sek ren, bila jumpa dorang dah dewasa, berjaya cemerlang pulak. Melihat kejayaan dorang, kita taulah kecemerlangan mereka lambat. Dan cepat atau lambat atas usaha dorang jugak. Okey, hingga jumpa lagi. Salam sayang...

Rabu, November 19, 2008

12 November Mengujakan

Apabila aku membaca coretan che tun dan che ju, teringat pulak aku akan perihal aku, aku le ni ada anak 6 orang seperti dlm gambar yang aku selalu pos, no 1 , 11, tahun diikuti 10 tahun, 9 tahun, 7 tahun 4 tahun dan 2, tahun. 12 Nov adalah tarikh aku berkahwin dgn my darling le ni,. Petang 12 Nov aku sampai di rumah lebih kurang 6 petang dan terus ditarik tangan oleh dua tiga orang anak aku ke dalam bilik anak sulung aku. Apabila masuk tiga orang lagi anak aku sedang menunggu, rupanya didalam bilik itu telah disiapkan satu "pelamin". Kemudian mereka menjemput "uminya" lalu aku disanding kan oleh anak-anak aku. Selepas itu aku diberi hadiah oleh tiga orang anak no 1,no 2, dan no3, masing masing membungkus dua hadiah untuk aku dan uminya. Aku berasa sebak sebab baru sehari dua sebelum tu aku memarahi seorang daripadanya kerana prestasi peperiksaan akhir tahun amat merosot. Pernah satu ketika aku dan isteri berpakat agar pada hari penyampaian hadiah nanti dia tak perlu pergi sebab nanti aku tak sanggup menatap wajahnya apabila semua adik beradiknya dapat naik ke pentas dan menerima hadiah. Apa yang dirancang tidak jadi, pada hari penyampaian hadiah dia berkeras nak ikut juga. Kebetulan pada hari itu aku jugak yang jadi wakil pengerusi PIBG (aku naib pengerusi PIBG) untuk menyampaikan ucapan dan hadiah bersama PPD Kuala Terengganu sendiri dan Guru Besar sendiri. Hari penyampaian hadiah sehari lebih awal dari hari ulang tahun perkahwinan kami .... kesimpulannya ... aku dapat banyak pengajaran daripada apa yang berlaku. terima kasih kepada semua kekawan terutama che ju dan che tun

Selasa, November 18, 2008

Cinta yang Berharga..

Assalamualaikum rakan penatap blog...
Agak lama menyepi dari mencoret di sini.. Hai, Che Tun.. paparan yg disuakan ni, amat2 memberi erti kepada kita.. Tersentuh hati pabila membacanya.. Amat tinggi mesej yg hendak disampaikan.. Itu pun jika yg membacanya menyedari apa yg tersirat...

Teringat gelagat si anak sendiri, pabila tiba tarikh ulang tahun, mesti tuntut hadiah drp kita.. walhal sepatutnya anak2 yang perlu memberi hadiah kpd ibu bapa, sebab ibu bapa telah mendidik, memelihara, dan melindungi mereka.. begitu juga pabila mereka peroleh apa2 kejayaan..hadiah juga yang akan dituntut oleh mereka drp ibu bapa..ye ngak?

Dalam kes nih.. kekadang silapnya berpunca drp 'kita' sebagai ibu bapa.. yang suka memberikan ganjaran dlm setiap tercapainya 'objektif' yg ditarget.. Apapun, terpulang kepada kemampuan seseorang.. sejauh mana kesanggupan kita hendak memenuhi tuntutan sedemikian... dan ganjaran amat perlu sebelum penaakulan moral berlaku supaya tanda Cinta kita berharga... JuNmie..

Jumaat, November 14, 2008

Harga sebuah cinta

Khas buat kengkawan bergelar ibu... Sebuah cerita yang dipetik drp sebuah akhbar yg kulupa siapa penulisnya. Terima kasih kepada penulis berkenaan kerana menghasilkan sebuah cerita yang amat dalam maknanya...

Pada suatu petang, seorang kanak2 lelaki lingkungan usia 7 menghampiri ibunya. Si ibu ketika itu sedang sibuk menyediakan makan malam untuk mereka sekeluarga di dapur. Anak kecil itu menyerahkan selembar kertas yang siap ditulisnya. Ibu mengelap tangannya, lalu membaca warkah penting seperti yang dinyatakan permata hati kesayangan.

Kandungan tulisan si kecil;
Upah bersihkan bilik tidur sendiri : RM 2
Upah menjaga adik waktu mama keluar : RM 3
Upah sapu sampah, kemas rumah dan laman : RM 3
Upah buang sampah : RM 1
Upah lipat baju dan angkat pakaian jemuran : RM 2
Upah pergi kedai beli barang dapur mama : RM 0.50
Upah potong rumput : RM 5
Diskaun sebab mama beli hadiah dapat nombor satu dalam kelas : RM 2
Jumlah : RM 14.50

Ibu memandang wajah anak kesayangan dengan penuh kasih. Terlintas di fikiran, segala kenangan manis saat itu. Lalu ibu mengambil sebatang pen, membalikkan kertas dan menulis sesuatu.
Ini tulisan si ibu ;
Untuk sembilan bulan sepuluh hari mama mengandungkanmu dan selama kau tumbuh membesar dalam perut mama : tiada bayaran.
Untuk segala kesakitan mama saat bertarung nyawa melahirkanmu ke dunia : tiada bayaran.
Untuk seluruh malam ketika mama menemanimu saat kau ketakutan pada waktu malam dan terkejut akan dentuman guruh : tiada bayaran.
Untuk kesakitan, kos ubat dan rasa mengantuk mama semalaman menjagamu yang sakit, mengelap hidungmu dan memandikanmu : tiada bayaran.
Jangan lupa saat mama lelah berpusing keliling mengelakkan nyamuk menggigitmu : tiada bayaran.
Untuk segala barang permainan, makanan, pakaian, buku, basikal, permainan video : tiada bayaran.
Untuk semua saat sukar, dan semua air mata yang tumpah kerana kamu selama ini : tiada bayaran.

Anakku sayang, kalau dijumlahkan semua harga cinta mama padamu, mama tiada kenakan sebarang bayaran. Untuk semua malam yang dipenuhi rasa takut, rasa cemas mahupun kesusahan yang perlu mama tanggung untuk mendidik dan membesarkanmu pada waktu akan datang pun, tiada bayaran. Dan jika kamu menjumlahkan semuanya, harga cinta sejati mama tetap sama, tiada bayaran.

Selesai si anak membaca tulisan mamanya, air matanya jatuh berlinang. Dia menatap wajah si ibu lalu mendakap seraya berkata, "Mama, saya sayang pada mama". Kemudian, dia mengambil pen tersebut lalu menulis dengan huruf besar : TUNAI.

Khamis, November 13, 2008

Salam ingatan

Salam buat smua. Kabare? Tentu masih sibuk di penghujung tahun ini. Pelbagai perkara perlu dibereskan. Bagi yang berkhidmat di pantai timur, selamat bercuti. Kami ada satu hari lagi.
Apa khabar Ju, Mas ngan Din. Result UPSR okey? Kak kat sini cam biasa. Jumlah calon dapat 5A lebih kurang tahun2 terdahulu. Tahniah kpd kengkawan yg telah mendidik anak bangsa hingga berjaya.
Nampaknya korang dah makin slow ngepost ye. Takpelah, bila ada masa korang hantarlah berita. Dah lama tak publish gambar, ni gambar masih panas cam goreng pisang, majlis malam anugerah ko-ku malam tadi. Pagi ni pula anugerah kecemerlangan. Saja posing ngan member ala2 tokoh ko-ku. Malam tadi kemain gembira, tiba hari ni ramai menangis. Yalah, ada nangis gembira, ada nangis sedih dgn result upsr. Apapun alhamdulillah dgn pencapaian anak2 didik. Basah tudung kawan bila dipeluk bebudak ngan mak budak yg nangis2. Kepenatan mendidik mereka rasa terbalas dgn keputusan yg diterima. Puas. Tu pasal Mas, kak tak serik ajar tahun 6. Penat bertungkus-lumus di awal, seronok di penghujung. Lupa kepenatan mengajar mereka sebelum ini. Kengkawan guru2 yg ajar tahun 6 juga, sudilah apa kiranya berkongsi cerita result upsr korang. Taklah sunyi blog kita ni. Okey, jumpa lagi.

SELAMAT BERCUTI

Hai nampaknya dah bermula nya cuti buat kau orang ye. tidak cuti pulak bagi aku dan beberapa insan lain yang memilih laluan lain sikit daripada cikgu sekolah. tak pelah cuti tak cuti pun harapnya segar bugar selalu. Aku ucapkan selamat bercuti buat semua teman kepada yang jenguk kaki ke Kuala Terengganu jangan lupa calling-calling aku. Bacalah kisah redang aku tu kalau sudi. Orang lain tak berapa post dah le ning sibuk. Bye.

Aku Seorang Che'gu Part 15

GURU YANG GARANG. Pada peringkat awal mengajar aku boleh dikatakan sedikit agresif , kerap menghukum murid-murid, sekeh kepala dan merotan tapak tangan bila tidak buat kerja sekolah, bising atau tak dapat menjawab soalan. Di samping sifat "monggoh" juga tidak lokek memberi pujian dan "pitih" 10 sen, 20 sen, 50 sen atau seringgit bila dapat jawam soalan , atau kadang-kadang aku beli gula-gula sehingga satu tabung. Murid-murid sekolah ini akan mencari kita sampai di dalam rumah jika kita tidak masuk kelas.
Sikap aku yang agresif tadi disedari oleh guru besar tetapi bukan aku seorang sahaja , ada lagi beberapa orang guru lain yang lebih agresif. Suatu hari aku dan beberapa orang lain dipanggil oleh guru besar. Mula-mula sekali kami dipuji melambung di atas kesungguhan mengajar murid-murid sekolah kebangsaan pulau redang. Beliau memaklumkan guru-guru di sini perlu melipatgandakan usaha mereka kerana murid-murid disini semata-mata bergantung kepada guru untuk mengajar mereka. Selepas pelbagai pujian dan dorongan disampaikan barulah dia memaklumkan , untuk mencapai objektif janganlah kita terlalu menghukum murid-murid. Lalu diceritakan bagaimana kisah guru-guru terdahulu dipukul atau diugut oleh pulau Redang kerana memukul anak mereka. Barulah kami tersedar maksud guru besar tersebut memanggil kami. Cara guru besar menyampaikan mesejnya begitu profesional sekali menyebatkan kami berasa kagum. Selepas itu kami tidak lagi menghukum murid-murid Pulau Redang. Sikit-sikit adalah.

Ahad, November 09, 2008

Pulau Bidong

Membaca cerita Pulau Bidong tu mengingatkan aku pada kenangan awal 1992. Aku pernah sampai ke pulau tu. Dulu aku gila2 ikut persatuan rekreasi negeri Terengganu. Lepas lulus kursus jurulatih kayak dan ditauliah sbg jurulatih kayak, aku dipelawa ikut setiap xtvt dorang. Ketika tu pengerusinya ayah Wan (GB SK Paya Bunga), dan jurulatih lainnya yang aktif abang Zul kontraktor, abang Apek (Sabri gok nama dia) dan abang Usop (cikgu SK Kebor Ayer).

Kami ikut pers. pelancongan Trg naik bot laju persatuan tersebut. Sampai ke pulau tu yg memang cantik sebenarnya amat mengujakan. Cuma rasa sikit seram kadang tu sbb desiran ombak dan anginnya macam membawa sst. khabar. Sukar nak cerita perasaan ketika itu. Depan pulau adalah hospitalnya. Perabot dalamnya dah uzur. Mandi dlm bangunan tempat tinggalan dorang tinggal. Korang tau, kami pegi mandi reramai atas nasihat ayah Wan dan pegawai tentera yg jaga pulau tu ketika itu. Bila berada dlm bangunan tu, gemanya seram tau. Ada perigi besar. Kami guna timba. Pastu bila air jatuh ke simen, gemanya mak oi...Cepat2 mandi, pastu pegi khemah tepi pantai (bhg hadapan).

Petang tu ronda kat situ dan tepi pulau. Ada tugu dorang tau. Tapi mmg bila berada di tepi pantai dan pulau, desiran ombaknya lain semacam. Mungkin sbb dah tau berapa ramai yg terkorban di situ dan pelbagai cerita sedih dan ngeri, tu rasa lain macam. Lepas ronda, aku naik kayak K2 dgn abg Usop ronda bhg depan je. Belakang tak dibenarkan pergi, laut china selatan kata peg. tentera tu. Dalam dan bahaya. Ronda dari hujung ke hujung, siang2 tu, tiba2 bulu roma kami berdua meremang, apa lagi kami pun patah balik ke pantai. Sukar nak cerita, tapi yg dpt diingat, mmg bunyi air, ombak, angin yg kurasa seram.

Malam tu pulak, bbrp orang ahli rombongan pegi mencandat sotong. Yg pompuan tak ikut. Bila dorang balik, kami bakar sotong. Tido malam pulak, ribut. Hujan tak seberapa tapi angin kuat, roboh khemah. Akhirnya kami pakai sleeping bag je tido atas pasir. Peg. tentera tu tak bagi tido dlm bangunan sbb dah uzur dan takut berlaku sst. Tido semalam je. Esok petang kami balik.

Hai, boleh buat filem seram ni. Dan kalau diingat masa muda, lasak betul ngan daki gunung, kayak, xpdc ke pulau2. Seronoknya masa tu, dah tua ni berkepuk kat sek. ngan kat umah je. Yelah, buat2lah amal ibadah ye. Mana tau umo tak panjang...Salam ingatan, jumpa lagi.

Khamis, November 06, 2008

Aku Seorang Che'gu Part 14

Fizikal Sekolah. Sekolah kebangsaan Pulau Redang mempunyai dua blok bangunan kayu yang bersambung dan satu lagi blok bangunan batu iaitu bangunan kilat. Sebuah kantin , dua buah rumah guru empat pintu dan sebuah bangunan seperti bangsal yang dijadikan stor. Bangunan kayu ini menempatkan bilik guru besar berkeluasan 10' x 12, pejabat 10' x 12' PSS 10' X 24' , 2 unit tandas dan kelas-kelas pembelajaran. Di sini tidak ada bilik guru yang khusus. Cikgu-cikgu mencari sediri sudut mana yang boleh dijadikan bilik guru kerapkali rumah penginapan kami jadi bilik guru, boleh tidur dan pesan kepada murid-murid , panggil cikgu biloa sampai masa. Kelas pemulihan diadakan di rumah guru yang paling hampir sekali dengan sekolah. Guru yang mengajar pemulihan tak perlu pergi ke sekolah . Panggil je murid-murid pemulihan ke rumah cikgu dan ajar dalam ruang tamu. Pelajaran pendidikan jasmani diadakan di antara dua bangunan kayu itu yang merupakan gelanggang serbaguna, boleh jadi gelanggang bola jaring, badminton, takraw, bola tampar dan tempat perhimpunan. Bekalan elektrik cuma ada dari tujuh malam hingga tujuh pagi sahaja, kalau nak tengok TVP memang susahlah tetapi ada juga guru-guru yang menggunakan radio, "pakai ubat lampu". Biasanya aku gunakan radio untuk ajar murid-murid lagu nasyid....(to be continue)

Selasa, November 04, 2008

PENAT WEI....

Salam buat semua teman yang setia menatap blog ni!

Kawan mintak maaf bebanyak pada member2 yang rajin hantor berita di sini. Buat Kak Ton, syabaslah pasal selalu top up citer baru kat sini. Bukan tak nak join tapi apa nak buat...baca sempat tapi tak dan nak balas lah....

Lepas cuti raya ari tu, kawan dah kena handle untuk perkhemahan tahunan. Nak mati rasanya jaga bebudak Jengka ni...meskipun 2 ari 2 malam tapi kawan berjaga 24 jam...Terpaksa sebab umah depan sekolah...so kita lah jadi balacinyer.... cikgu2 lelaki sekolah kawan cuma ada 7 orang jer..tolak GB n GPK ada 5 orang jer guru biasa..tolak lak ngan kaki2 ponteng tuh..tinggallah i bertiga ...hua...hua...nak pecah kepala rasanyer berjaga 24 jam... Dah lah gitu kak Ton, ari Isnin tu tak dapat lak cuti peristiwa...ngajor macam biasa.... lagiler pening... Nak jadi citer lak, lepas jer berkhemah tuh kawan flat pasal diserang demam...batuk..selesema...4 ari kawan tumbang tak larat nak bangun....ni sampai la ni dok batuk2 lagi... Tambah tension lak, sekolah kawan terpilih untuk Malam Pertandingan Sketsa Kembara Buku 2008 Daerah Maran. Si GB tu pulok cam tak de orang lain nak disuruhnyer...kawan yang setengah hidup setengah mati ni dia suruh jadi pengarah la pulok.... aduh ... T E N S I O N..... La ni tengah berperang ngan bebudak tahun 6 ngajor sketsa tuh... Malam esok hari pertandingannyer... doa2kan ler kawan berjaya ek....
Kalau ada rezeki, sekolah isteri kawan akan buat hari keluarga di Taman Negara hujung minggu ni! Harap2 dapat jumpa Din di sana...! Din, kalau deme ada baca blog ni, tunggu aku ek....
Eh, Bri.. betul ker tarikh reunion tuh dah berubah ke 25 & 26 Disember? Kalau betul ada can ler kawan nak sertai... Mu tengah study iklan PJJ USM? Jom ler join kawan kat USM...menjimatkan tau...tapi letih lah sikit sebab kena stay kat kampus setiap hujung tahun hingga tamat pengajian...tapi itu semua pengalaman tau...seronok Bri... Ju...o Ju... mane awok nih? Ok lah, kawan stop sini dulu. Jumpa lagi. M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7.

Let's Read English

Salam hormat, lama dah rasanya kekawan tak post di sini, agaknya sibuk lah tu, macam aku gak.Tapi bila dok sibuk dan tension aku buka blog.... baru lega. Aku dah tulis banyak cerita masa di Pulau Redang tapi masa nak upload dalam blog ada je problem, buku tinggal rumahlah , dok dalam kereta lah dan gitulah seterusnys. Kini bila ada masa aku dok baca kisah pelarian di pulau bidong dulu... walaupun dah lama cerita tu berlalu namun kini barulah sesikit sebanyak dapat gambaran apa yang telah berlaku, bagi aku cerita begitu sungguh menarik. Tambahan pula aku lalu kot tulah waktu gi pulau redang dulu. Cuma sedikit terkilan aku rasa ialah kebanyakan luahan yang di tulis dalam bahasa lain. Tetapi ada baiknya juga sekurang-kurangnya dapat pengetahuan dan memperbaiki bahasa inggeris aku yang sememangnya mendapat gred 9 waktu periksa SPM dulu. Sekiranya kawan-kawan nak join juga kliklah Tales From Bidong yang aku telah link kan. Selamat membaca dalam bahasa Inggeris. Thank You Dear.!!!

Sabtu, November 01, 2008

MAKLUMAN TERKINI RE-UNION

Salam hormat, pagi tadi setelah berbincang dengan sabaruddin, kami bersetuju untuk adakan 2 kali re union, ( pra dan re union ), pada 22 november nanti kita adakan pra re union untuk yang dekat-dekat sahaja dan tak bermalam pun adalah cadangan untuk pra re union ini untuk membincangkan pasal re union yang sungguh-sungguh tu, cadangan nama yang akan hadir untuk pra re union ialah aku, sabaruddin & co, mat nor, alias hussin, noma baba, reduan debok, razima, che usin, azmi (besut ), pendi, dan kaum kerabat kita yang ada kelapangan.( Pohon tawarkan diri ) re union yang sungguhnya 25 dan 26 Disember, cuti krismas, akhir tahun, harap-harap lepas bah dah. Duit bonus pun banyak lagi masa tu. Sekian sahaja harap maklum. Terima kasih.
Blog kita ni lak dah makin slow orang masuk tapi tengok pada pembaca makin bertambah sibuk ke weh. Aku la ni dok tengah study iklan PJJ USM. Sapa nak join jom lah.

Khamis, Oktober 30, 2008

Gambar aku masuk paper he...he....

sapa-sapa baca utusan malaysia edisi timur ari ni ms 26 ada gambar aku lak. nak tahu berita apa bacalah sendiri yek. sepatutnya aku tak terlibat langsung dengen bende tu. kebetulan wartawan tanya nama aku ..... itu je tetiba masuk paper , gambar pun gambar curi ......

Aku Seorang Che'gu Part 13

Suasana Kehidupan di Pulau Redang 94/94. Hari hari seterusnya kami guru-guru baru belajar menyesuaikan diri dengan sekolah dan masyarakat Pulau Redang.Kehidupan seharian cuma berkisar di sekitar sekolah, masjid dan deretan rumah penduduk yang dibina secara berbaris baris di atas air. Untuk makan dan minum kami wujudkan satu tabung dan adakan giliran untuk memasak sesuai dengan jadual waktu mengajar. Janji bila balik sekolah hidangan siap. Begitu juga pada waktu malam. Kadang-kadang kami makan di kantin sahaja, suruh pekerja kantin masak. Ada juga 'wartawan' hari tu yang datang sekali sekala membantu taukeh kantin, rupanya anak beranak dia. Kami guru-guru SK Pulau Redang akan makan bersama-sama. Hubungan kami sangat akrab macam adik beradik. Tiga rumah kongsi satu dapur termasuklah guru besar.
Pada bulan Ogos hingga Februari bekalan ikan banyak di Pulau Redang, harga pun murah. Biasa juga penduduk Pulau Redang hantar ikan kepada kami. Kadang-kadang sampai berbesen-besen. Tak habis makan kami goreng celup tepung kemudian ajak anak murid makan beramai-ramai. Ada juga penduduk Pulau Redang yang hantar kerepok lekor yang dibuat secara tradisional, siang secara manual, tumbuk dalam lesung kayu, gentel, rebus atas dapur kayu. Bila dihantar kepada kami, kami tibai je lah , tak ada lagi pantang dan larang.
Pada bulan Mac hingga Julai ikan susah sikit nak dapat, nelayan tak ramai turun ke laut pada masa ini. Biasanya pada musim sebegini kami dan penduduk Pulau Redang akan makan nasi berlaukkan sardin dan telur.Jarang-jarang sekali apabila ada bot yang 'masuk' dan 'tubik' semula membawa pulang ayam dan daging , dapatlah raya lauk yang istimewa sikit , itupun terpaksa membeli secara berebut dengan orang kampung..... ( to be continue )

Selasa, Oktober 28, 2008

Aku seorang Che'gu Part 12

Aku Menjadi Imam Masjid.Ketika hari-hari awal di Pulau Redang , aku dan ahli jemaah masjid Pulau Redang telah dijemput untuk bertahlil di rumah seorang penduduk Pulau Redang.Setelah selesai sembahyang asar pergilah kami secara berkumpulan ke rumah berkenaan. Dalam perjalanan imam masjid bertanya siapakah dikalangan kami seramai lima orang ini yang menjadi ustaz. Maka kawan-kawan aku menunding jari ke arah aku lah, aku pula secara selamba tunjukkan ke arah pakya (rakan kita) , lepas itu imam itu menyatakan bahawa pada hari jumaat nanti dia hendak ustaz membaca khutbah jumaat. Selepas peristiwa itu aku,pakya dan imam itu sendiri bergilir-gilir menjadi imam solat biasa dan solat jumaat di pulau redang, termasuk lah solat tarawikh selama dua tahun aku bertugas di pulau redang. Pada sebelah malam pula aku dan pak ya baca juga kitab-kitab fardhu ain. Secara peribadi boleh dikatakan orang-orang pulau redang yang dewasa dan tua sangat respek dengan ustaz tetapi golongan muda agak kurang sedikit tetapi bukan kesemuanya. Berita apa yang berlaku kepada aku dan pakya ini sampai khabarnya kepada Hj.khairuddin pensyarah maktab kita. Bila aku jumpa di daratan dia mengucapkan syabas kepada aku dan Pakya.....(to be continue)

Din Tahan vs Hari Keluarga



Pada masa yang sama , Kamaruddin juga berkunjung ke terengganu, tak sempat juga berkunjung ke rumah aku kerana masing-masing sibuk, walau macammana pun aku rasa bersyukur dan gembira sekali dapat bertemu semula dengan rakan-rakan kita. Untuk din mung jangan lupa upload gambar hak kita ambik bersama ari tu. Kepada kawan-kawan yang lain bila datang ke terengganu calling-calling lah aku.

Abang Lan Yang Pemalu


24 hingga 26 Oktober Abang lan ( Azlan Aseh ) dan keluarganya berkunjung ke Terengganu), kami sempatlah berborak bermacam-macam perkara daripada kenangan silam sehingalah perancangan masa depan. Secara peribadi saya sangat mengkagumi abang lan kerana beliau mempunyai sifat kebapaannya yang sangat menarik. Kalau kawan-kawan masih ingat beliau merupakan YDP Kita satu ketika dan pernah menjadi ketua unit C. Rasanya jawatan yang disandang dahulu baru diganjari pada masa kini. Satu perkara yang menarik juga abang lan seorang yang banyak berahsia banyak kali dia pesan jangan masukkan dalam blog. Nak ambil gambar pun susah , terpaksalah aku suruh anak bongsu aku tarik-tarik untuk ambil gambar dia, nak ambil gambar family dia pun segan katanya. Buat abang lan aku mintak maaf lah sebab tak sempat jemput berkunjung ke rumah aku kerana keluarga aku pada masa tu berada rumah mak mertua, mak mertua aku sakit. Satu lagi aku masih ingat kerabu pucuk paku yang kau masak sewaktu di wakaf tapai dulu , memang sedap dimakan disamping lauk pauk yang dibawa oleh anak-anak jiran-jiran yang berlainan bangsa(dia makan sendirilah, kita tengok je). Jangan lupa pos gambar malam tu bersama ak arifin. terima kasih atas segalanya.

Sabtu, Oktober 25, 2008

Rupa Raya Tahun 2008 JuNmie..

Assalamualaikum, geng.. Ni la rupa kami raya tahun nih.. Tak dapat jejalan jauh.. dok umah je melayan chiku2..hehe.. Tambah la kertu setahun lagik drp gambo lama..

Rabu, Oktober 22, 2008

Golongan Marhean

Salam hormat, terima kasih kerana masih sudi mengikut perkembangan blog kita. Blog adik-adik(91/93) kita di sebelah sana pun nampaknya makin aktif.Dalam kesibukan kalian di akhir tahun ini rasanya patut juga kita kongsi-kongsi cerita dan pengalaman. Dua hari lepas aku dan isteri melawat mak mertua di hospital Kuala Berang, biasa lah sakit orang tua. apa yang nak dikongsi bukan ibu mertua ku tetapi pesakit di sebelah ibu mertua ku. Seorang kakak yang menunggu emaknya yang terlantar sakit menceritakan kisahnya seorang ibu tunggal dan bekerja sebagai tukang sapu. Dia menyatakan dia mempunyai 12 orang adik beradik tetapi semuanya telah berjaya dalam hidup cuma dia seorang sahaja yang kurang bernasib baik. apa yang dinyatakan apabila dalam kesusahan beliaulah yang terpaksa menjaga orang tuanya sementara orang lain sibuk dengan tugasan masing-masing. Abih. Apa yang aku nak cuba sampaikan di sini ialah perkara seperti ini memang banyak berlaku dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Masa zaman persekolahan dulu aku baca buku gila-gila kisah 'Ujang' pun hampir sama gak dengan peristiwa ni. Tetapi kebanyakan ibubapa bila cerita pasal anak-anak mereka akan ceritakan anaknya yang berjaya dan memperolehi pekerjaan yang baik-baik dan yang pakai kereta besar-besar, kalau ada anak mereka golongan sebegini tak nak di sebutpun. Padahalnya golongan yang tak nak di sebut itulah yang akan tukar lamping, basuh berak dan kencing bila tua nanti. Takkanlah anak atau menantu yang bekerja sebagai pengarah, pegawai eksekutif dan macam macam pangkat lagi nak basuh berak ayah dia. Semoga kita semua menjadi anak-anak yang baik dan menjadi ibu bapa yang baik-baik juga.

Isnin, Oktober 20, 2008

Reunion vs Final Exam

Salam buat smua, kabare? Manusia merancang segala, Allah menentukannya. Camne che Mas dgn Che Ju kita. Apa cite? Jadual final exam kita dah kuor che Ju weh. Dah sihat lum tu hang? Kawan pekse 24 dan 25 November. Last paper 4 Disember. Camne yek? Atie pun sama cam kak kan? 2 paper kita tu sama je. Kalau nak diubah tarikh pun dah tentu sangkut tang kengkawan lain kut.

Haiiii, pobem gak nih. Tapi kalau tak gi reunion, ntah bila lagi berpeluang jumpa korang. Pegi karang ntah bila masa pulak nak ngadap modul. Ala, tapi kan kalau tak pegi pun blum tentu ngadap study mudynya. Heh! Heh! Ye le, dah nama pun mahasitua, ngadap skit, mata mula berpinor. Belang2 je nampak tulisan tu ala2 pelangi pas ujan. Ekeke!!! Che Ju kawan benonya dah 4 mata menjak jadi mahasitua nih. Apa taknye, manjang ngadap laptop dgn modul. Tulisan bebyk dlm modul pun nampak cam cacing kerawit je. Pe nak buat, terima je lah keadaan kita ni bukan muda no lagi.

Deq Ma, lama senyap, ke mana? Raya sakan le tu. Takde ke nak anto gambor beraya? Nak tgoklah gambor anok2. Mesti comei cam mok dio.

Ahad, Oktober 19, 2008

Aku Seorang Che'gu Part 11

Wartawan.Setelah beberapa hari aku tinggal dan menghuni Pulau Redang sebagai seorang che'gu / ustaz , pada suatu petang aku menyangkul rumput di belakang rumah. Tempatnya agak tersorok kerana dibelakang rumah tempat aku tinggal merupakan bukit yang agak curam dan berbatu. Di situ juga terdapat sebatang pokok mempelam atau dikenali dengan nama pauh peda ayam. Kalau musim buah selalu nya kera -kera liar bergayutan untuk makan buah mempelam tersebut. Sedang asyik menyangkul rumput tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu kilatan cahaya. Dalam keadaan terkejut aku melihat seorang gadis terpacak di depan dengan memegang kamera. Aku panik dan tidak mampu untuk berkata apa-apa , mungkin takut atau gelabah..... "buat kenangan" itu lah apa yang aku ingat apa yang dikatakan oleh gadis itu, kemudian dia pun menghilangkan diri..... (to be continue )

Jumaat, Oktober 17, 2008

Tak dok air lah pulok...

Salam buat smua smoga gembira selalu. Ni baru dpt lunjur kaki slps kepenatan menadah air. Segala periuk belanga dan pnggan mangkuk pun baru berbasuh. Korang pun ada tengok brita kan tempat kawan takde air. Segalanya berlaku dek kerakusan manusia yg tidak bertggjwb dan pentingkan diri. Dek tamakkan harta dunia sanggup melihat keperitan org lain menjalani hidup. Mati tertimbus pasir tu baru tahu.

Bukan daerah kwn saja tapi nampaknya senasib adalah daerah Sepang dan Hulu Langat. Penduduk 3 daerah kini terpaksa mencatu air. Kalau diikut makluman Syabas, kami mungkin berada dlm situasi ini paling kurang 3 ari ke seminggu. Bayangkan apa berlaku di sek2 dan hospital atau tempat awam lain. Pagi tadi saja mrd2 kwn menahan kencing, bagi yg tahan le sbb tangki air sek besar mana sgt.

Spjg pjlnn balik dr sek tadi dptlah kwn lihat berapa byk tong air tersusun di tepi jalan. Kesian lihat warga emas mengangkut air. Para pengusaha restoran pula mengangkut air dlm tangki besar menggunakan 4WD. Tak taulah camna kalau ada ibu2 baru bersalin. Kwn2 sek pun ramai yg nak ke rumah sedara mara area Klang, KL @ Shah Alam nak tumpang semlm dua.

Kwn pulak bersyukur sbb blk sek tadi air ada sbb tumpang tuah duk dekat pusat operasi Syabas Kuala Langat. Segala urusan bekalan air beroperasi di situ. Tu gamaknya kwsn terdekat pusat operasi tu je yg ada air. Member lain mengeluh tapi kwn mmg pelawa kalau terdesak, boleh tumpang. Kalau satu dua hari takde air okey, ini kalau seminggu camne. Cuma kwn stanby seberapa byk tong yg ada, isi air penuh2, bila2 masa boleh putus balik.

Kwn2 yg dah jemput utk open house pun terpaksa teruskan sbb smua dah jemput, segala keperluan lak dah tempah. Doakan mslh kami cepat selesai. Maklumlah, masih bulan Syawal ni...

Khamis, Oktober 16, 2008

Jejak Kasih di Cameron Highlands



Assalamualaikum...
Pada minggu lalu, SK Kuala Tahan telah mengadakan lawatan ke Cameron Highlands. saya pun turut serta...tumpang sekali....sebelum pergi tu teringat kat rakan M3P...Kak Husna....cuba telefon kat dia...dapat tapi dia tak berapa ingat kat kawan....pastu hantar sms pulak. Pada jumaat 10.10.2008 bertolak ke CH melalui Gua Musang....tiba pukul 4.00 pm...call kak Husna....tapi masih tak jumpa...kami bermalam di Brinchang...budak2 di Asrama SK Tanah Rata. Keesokan hari sabtu...barulah jumpa kak Husna di MARDI. Dia tak perasan kat kawan....maklumlah dah 16 taun tak jumpa... saya panggil dia...barulah kak Huna tu perasan...dulu lain sekarang lain....danlah bergambar kenangan bersama di depan MARDI. Petang tu berhari raya di CH...kebetulan kawan masa di PKG buat rumah terbuka...pastu baru pegi rumah kak Husna...lama juga berada di sana. Suami kak Husna tu sangat friendly...dan mesra...kami berbual panjang....anak2 sayapun cukup mesra dengan mereka....macam dah kenal lama...Terima kasih kak Husna...insyalllah datang lagi ke CH...tahun nie aje dah dua kali ke sana...tempat yang paling kerap dikunjungi....

Sekian wassalam....
dintahan

Khabar dari Kuala Tahan


Assalamualaikum....
Lama dah nak upload gambar raya nie...tapi line slow sokmo... alhamdulillah hari nie boleh dah. Tahun nie beraya di Kuala Tahan aje... Inilah keluarga ku seramai lima orang...dua putera dan seorang puteri...


wassalaam

dintahan

LAMO TAK JUMPO

Ketemu kembali.Malam ni tongah buek kojo skolah , tibo-tibo raso nak bukak pulak blog ni. Kepada kekawan yang masih beraya teruskanlah dengan 'open house' anda.Tinggal beberapa minggu aje lagi cuti , kerja skolah banyak perlu diselesaikan. Saja nak berkongsi pengalaman beraya di marudi baru-baru ini. Suka si sherry dapat berjumpa sedara mara. Gambar di atas adalah pemandangan dari atas kapal terbang Twin Otter yang boleh muat 18 orang penumpang. Itulah kampung Narum Marudi. Sungai Baram di depannya.Kalau guna flight tambang seorang RM110 seorang ,pergi balik, masa 16 minit dari Miri. Bot Ekspres RM72 pergi balik seorang masa 3 jam. Jalan Darat guna Kereta 4 WD tambang RM 80 seorang pergi balik, masa 2 jam. Dengan anak-anak yg berderet serta bagasi yang berat, kami terpaksa memilih penerbangan dari Miri ke Marudi. Apa-apa pun, itulah dugaan.Selamat berjumpa lagi.......................

KML N9


Selasa, Oktober 14, 2008

Oh Chikugunya

Salam Ju, ala sayang mucuk, sian pulak dgn deme. Banyakkanlah minum air kosong biar kuman2 tu cepat kuor. Dah memang takde ubat katanye. Cam denggi juge le, kalau kena tahan kat spital kena masuk air ubat je le. Kawan pada kawan pun ada yg kena juga waktu balik beraya kat Kota Tinggi. Jalan siap papah lagi, kalau org lain sengih sbb gembira, tapi pesakit chiku sengih menahan sakit.

Satu cerita sodih utk kita kongsi bersama, jadikan teladan dan sempadan. Kisahnya panjang dan memilukan tapi kuringkaskan. Hujung minggu baru2 ini seorang junior kita sesi 91/93 telah ditahan dan terpaksa bermalam di lokap polis. Namanya tak perlu disebut di sini kerana ini melibatkan reputasi beliau. Nak jadi cerita, adik kita ni pergi berbelanja ke sebuah pusat beli belah kerana isteri dan anaknya demam. Dia pergi sendirian. Setelah selesai urusan pembelian di situ, dia pun keluar dan park kereta di sebelah tandas kerana hendak ehem2... Apabila melangkah ke dlm tandas tu, ada 2 lelaki yg berwajah serius merenung beliau sambil bersandar pada dinding. Dia rasa tak sedap ati tapi masuk juga menyelesaikan hajat. Apabila keluar drp toilet, dua lelaki tadi memegangnya sambil salah seorang drpnya mencengkam bahu dan tulang selangkanya. Dia cuba melepaskan diri tetapi dua lelaki tu perkenalkan diri sbg polis sambil mengeluarkan kad id. Tapi korang tau, yg keluar tu kad pusat belah tu, then dia keluarkan kad kedua, kad atm pulak. Yg harunya id tak kuo2. Pastu dlm kelam kabut dia tunjuk gari dan pistol. Apa lagi, adik kita ni pun lari keluar menuju ke balai polis yg mmg sebelah je dgn pusat beli belah tu sbb ingat dorang tu penyamun.

Ketika di balai dia disoal siasat dan baru tahu ketika itu dua lelaki itu mmg polis dan mrk sdg bersiap nak ambush pengedar dadah. Jadi dia telah berada at the wrong time and the wrong place. Sudahnya dia dituduh mengganggu siasatan dan ditahan. Kwn2 rapat membantu tapi tak dpt buat apa2 sehinggalah dia dibantu oleh kerabatnya yg mmg 'someone or somebody'. Namun kena juga tido di lokap tanpa baju dan kesejukan selama semalaman. Kwn2 rasa terkilan dgn peristiwa tersebut turut sedih. Traumanya masih belum hilang. Korang bygkan tanpa sengaja kita ke tempat awam, tanpa sedar ada operasi, akhirnya menjadi mangsa. Si penjenayah yg ada di luar tak jauh dr situ lepas lari setelah melihat kekalutan yg berlaku. Mmg kasihan dgn pegawai polis tu juga sbb dah lama menunggu akhirnya gagal menangkap penjenayah sebenar. Rakan sepenjawat awam pula yang kena.

Keesokan hari dia telah dibebaskan dan pegawai penyiasat meminta maaf kerana salah faham dan kesnya digugurkan katanya. Mungkin id polis tu tersilap pampang sbb kepenatan tunggu lama suspek sebenar. Namun korang bayangkan kalau terkena pada kita. Kes dadah bukan sebarangan. Namun begitu, kwn cukup simpati pada beliau kerana masih trauma. Ye lah, kalau kita salah, tak ke bodoh lari ke balai minta bantuan. Nasib baik ada 'someone/somebody' kalau tak kawan tak taule. Bulan raya ni.

Kepada anggota keselamatan, tugas anda memang dihargai dan disanjungi. Berhati2lah menjalankan tugas dengan bijaksana supaya tiada yg tidak bersalah menjadi mangsa. Baik guru mahu pun polis, kita sama2 mencari nafkah sambil berbakti kpd bangsa dan negara. Org mmg sentiasa pandang silap kita. Kalau boleh elakkan kita sama kita salah faham. Kepada kengkawan pula, berhati-hati ye sbb malang mmg tidak berbau. Sebelum keluar tu bacalah apa yg patut supaya terpelihara sepanjang perjalanan. Allah selamanya bersama org2 yg benar.

Chikugunya.

Assalamualaikum, satu penyakit yg jarang didengari dan dihidapi oleh masyarakat Malaysia,Menurut sumber-sumber tertentu punca penyakit ini adalah dari gigitan nyamuk aedes dan tikus. Ada pula mengatakan ia dari kuman burung layang-layang .dan ada pula mengatakan ia berpunca dari pelancong asing dari Afrika. tak tahu mana yg betul. Yg pastinyabile dak kena tuan punya diri yg tahu seksanya.Gelihati ada, simpati ada sedih pun ade bile Ju menelefon mezee tentang Chikugunya.Bukan ape penyakit ini dah lame ada di Tangkak. dan ramai yg dah kene termasuk cikgu-cikgu sekolah mezee.Seksenya bukan main-main tak buleh jalan sendi-sendi tangkap habis. Yg kesian org tua dan kanak-kanak melepek aje kalau dah kene.Sakitnya itu berulang-ulang sehingga enam bulan. bayangkanlah betapa seksanya .
Bile Ju phone nak ubat kebetulan ada member beri suggestion makan maajun.Ramai juge yg makan dan insyaallah mujarab.Baru-baru ni mezee ada phone Ju tentang Chikugunya jawapannya OK.Smoge Ju Skuarga akan ok dan pulih spt sediakala.Wassalam

Mezee